ebook img

Unsur-unsur Retorik dalam Puisi Melayu Al-Amin Karya A. Samad Said Rahmah Ahmad H ... PDF

34 Pages·2014·0.47 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Unsur-unsur Retorik dalam Puisi Melayu Al-Amin Karya A. Samad Said Rahmah Ahmad H ...

Jurnal Usuluddin (Januari – Jun 2013) 37:117-150 Unsur-unsur Retorik dalam Puisi Melayu Al-Amin Karya A. Samad Said Rahmah Ahmad H. Osman1 Mohd Shahrizal Nasir2 Abstrak Makalah menganalisis sebuah karya sastera Islam iaitu puisi Al-Amin oleh A. Samad Said yang memaparkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Ia turut membuat penelitian terhadap kemunculan serta kebangkitan perbincangan berkaitan sastera Islam di Malaysia, dengan tujuan untuk memperlihatkan konsep pemikiran yang mendasari perbincangan sastera Islam dengan menjadikan Al-Amin sebagai contoh. Makalah ini mengaplikasikan beberapa teori retorik dalam bahasa Melayu dan Arab untuk menganalisis kualiti kesusasteraan yang ada dalam Al-Amin. Lebih terperinci lagi, beberapa contoh bait dalam Al- Amin ditonjolkan untuk menzahirkan kehadiran prinsip estetik berkenaan. Akhirnya, makalah ini mendapati Al-Amin mempunyai banyak nilai estetik seperti anafora, asonansi, aliterasi, unsur prosa dalam puisi, unsur khayalan, penggunaan kata sendi “yang”, dan penyenaraian nama-nama insan, tashbīh, uslūb al-istifhām, waṣf al-ṭabī‘ah, tikrār dan iqtibās. Secara langsung, ini menunjukkan bahawa Al-Amin adalah sebuah karya sastera Islam. Kata kunci: retorik, puisi Melayu, sastera Islam, Al-Amin, sirah Rasulullah Rhetorical Elements in the Malay Poetry Al-Amin by A. Samad Said Abstract This article analyses a product of the Islamic literature namely the poem Al-Amin by A. Samad Said which presents the story of Prophet Muhammad’s (p.b.u.h.) life. It also observes the emergence and development of the discourse of the Islamic literature in Malaysia, in order to highlight the conceptual thinking underlying this discourse by studying Al-Amin as an example. This article applies several Malay and 1 Rahmah Ahmad H. Osman, PhD, adalah Profesor Madya di Jabatan Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Kuliah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. E-mel: [email protected]. 2 Mohd Shahrizal Nasir, adalah Pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. E-mel: [email protected]. 117 Rahmah dan Shahrizal, Unsur Retorik dalam Puisi Al-Amin Arabic rhetorical theories to analyses the linguistic value of Al-Amin. It also quotes several verses from Al-Amin to show the utilisation of such theories. Finally, this article finds that Al-Amin contains various esthetical values such as anaphora, assonance, alliteration, prosaic, imagination, preposition, listing of names, tashbīh, uslūb al-istifhām, waṣf al-ṭabī‘ah, tikrār and iqtibās. This directly indicates that Al-Amin is a product of the Islamic literature. Keywords: rhetoric, Malay poetry, Islamic literature, Al-Amin, Prophet’s biography Pendahuluan Islam merupakan agama yang sentiasa meraikan naluri kehidupan manusia. Hakikatnya, manusia tidak dapat dipisahkan daripada kesenian yang merupakan antara wadah untuk menjiwai dan menginsafi ciptaan Ilahi. Al-Qur’an yang merupakan panduan utama bagi umat Islam telah diturunkan di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliah yang pada ketika itu hebat dengan seni puisi yang memiliki keunikan tersendiri. Penurunan al-Qur’an memberi tamparan yang hebat kepada kesusasteraan Arab Jahiliah. Hakikatnya, al-Qur’an membawa seribu satu hikmat dan rahmat kepada masyarakat Arab. Ini kerana, dengan penurunan al-Qur’an, satu bahasa yang selaras dapat diguna pakai secara formal dan meluas dalam tradisi persuratan Arab iaitu bahasa Arab Quraisy. Al-Qur’an juga menggunakan kalimah-kalimah yang terungkap dengan cara yang amat indah dari segi lafaz dan maknanya. Sesuatu yang amat menakjubkan masyarakat Arab pada ketika itu yang sedang mabuk dengan dunia kepenyairan. Al- Qur’an juga mengurangkan aspek kekaburan dan dapat disesuaikan dalam semua genre sastera.3 Namun, perlu ditegaskan di sini bahawa keadaan ini tidak sesekali menyamakan al-Qur’an dengan sastera atau menganggap al-Qur’an sebagai sebahagian daripada karya sastera. Begitulah hebatnya al-Qur’an yang kekal sehingga ke hari ini sebagai mukjizat dan warisan peninggalan insan agung Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya, jika diteliti secara mendalam, kedatangan Islam dapat memperjuangkan kedudukan pemuisi yang sentiasa menepati ciri-ciri seorang yang bersifat mulia dan terpuji. Hal ini 3 Nurazmi Kuntum, Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991), 3. 118 Jurnal Usuluddin (Januari – Jun 2013) 37:117-150 dapat mengelakkan pemuisi daripada terus berkarya sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Perkara ini berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam al-Qur’an, َُلاُامَُنَو لوق َ يُمْه َّ نَأوَُ.ُنَوم يهَِيُدٍاوَُلِّ ك ُفُِِمْه َّ نَأُرَ َتُْلَََأُ.ُنَوو اَغْلاُم ه عِبَّتَ يُ ُءارَعَشُّ لاوَ ُدِعَْ بُنمُِاور صَ َتناوًَُايرِثكََُهَّللاُاور كََذوَُتِ اَلِِاصَّ لاُاو لمِعَوَُاو نمَآُنَيذَِّلاَُّلاِإُ.ُنَو لعَفَْ ي ُُ4.ُنَو بِلقَنَيُبٍ َلقَنم ُيَّ َأُاوم َلَظُنَيذَِّلاُم َلعْ َيسَوَُاوم ِل ظُامَ Terjemahan: Dan para pemuisi itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah. Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak lakukan. Kecuali (para pemuisi) yang beriman dan beramal soleh dan banyak menyebut Allah SWT dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman, dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. Ayat di atas menunjukkan bahawa Islam menerima apa juga bentuk kesenian selagi ia tidak melanggar batas-batas yang telah jelas ditetapkan. Islam juga secara jelas mengiktiraf kewujudan pemuisi yang tidak dinafikan mempunyai sumbangan dan peranannya yang tersendiri dalam kehidupan manusia. Pelanggaran batas-batas yang dimaksudkan oleh ayat-ayat di atas adalah merangkumi perkara-perkara buruk dan negatif yang secara mudahnya dapat dicontohkan seperti penghinaan, caci-mencaci, membangga diri secara melampau, penipuan, khayalan yang melampau, ketaksuban dan sebagainya yang larangannya telah dijelaskan secara terperinci di dalam al-Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah SAW. Dalam konteks dunia Melayu, para pengkaji sejarah telah bersependapat bahawa sastera Islam telah masuk ke Alam Melayu seiring dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Hal ini sekali gus membuatkan ciri-ciri seni Melayu yang pada ketika itu dipengaruhi oleh budaya Hindu, turut mengalami proses pengislaman. Dalam proses ini, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan atau disebut lingua-franca bagi membolehkan ia berjalan dengan lancar dan berkesan serta terbukti sebagai 4 Al-Shu‘arā’ (26):224-227. 119 Rahmah dan Shahrizal, Unsur Retorik dalam Puisi Al-Amin media penyebar yang berkesan pada ketika itu.5 Meskipun berlaku proses Islamisasi dalam dunia Melayu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bukan semua karya yang mengalami proses pengislaman itu layak untuk dikategorikan sebagai sastera Islam secara tulen. Ini kerana kebanyakan karya-karya terbabit hanya mengandungi unsur-unsur Islam dan bukan membawa pengertian ajaran Islam secara jelas. Namun, hasil usaha yang dipelopori oleh tokoh-tokoh ulama seperti Hamzah Fansuri melalui prosa dan puisi tasawufnya, maka sastera Melayu mula terarah kepada penghasilan karya sastera yang mencapai tahap sastera Islam. Keadaan ini bermula pada akhir abad ke-16 hingga ke-17 di Acheh.6 Di Tanah Melayu pula, kesusasteraan Melayu Islam mula mencapai tahap perkembangan yang jelas kira-kira pada abad ke- 19 di Terengganu dan Pattani.7 Keadaan ini semakin rancak menjelang abad ke-20. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan sastera pada awal abad ke-20, khususnya yang berunsurkan Islam, diterokai oleh golongan penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam dari Timur Tengah seperti Syed Syeikh al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, dan Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu.8 Apa yang jelas, sastera Melayu pada ketika itu amat tebal dengan bentuk sastera saduran dan terjemahan dari Timur Tengah dan Parsi.9 Seterusnya, pada tahun-tahun 1970-an pengislaman yang lebih meluas terlaksana dalam pelbagai aspek di Malaysia.10 Selain bidang pendidikan dan keilmuan, bidang sastera juga tidak terlepas daripada kemasukan nilai-nilai Islam secara menyeluruh. Justeru, telah timbul satu istilah dan konsep baru yang disebut sebagai “Sastera Islam” bagi menjelaskan pemahaman umum tentang sastera yang bercirikan Islam. Walaupun pada awalnya istilah ini agak kabur dan kurang jelas, tetapi dengan usaha beberapa tokoh seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas, Mohd Kamal Hassan, Muhammad Uthman el-Muhammady, Ali Ahmad, 5 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972), 36. 6 Nurazmi, Teori dan Pemikiran Sastera Islam, 14. 7 Nurazmi, Teori dan Pemikiran Sastera Islam, 14. 8 Nurazmi, Teori dan Pemikiran Sastera Islam, 17. 9 Nurazmi, Teori dan Pemikiran Sastera Islam, 17. 10 Nurazmi, Teori dan Pemikiran Sastera Islam, 20. 120 Jurnal Usuluddin (Januari – Jun 2013) 37:117-150 Shahnon Ahmad, Lutfi Abas, Ismail Ibrahim, Shafie Abu Bakar,11 Ismail Hamid, Yusof Zaky Yaakob dan Hashim Musa,12 istilah dan konsep ini semakin difahami dengan lebih jelas. Demikian secara ringkas kedudukan seni sastera dalam Islam serta perkembangan diskusi sastera Islam di Tanah Melayu. Berlatarbelakangkan sejarah dan perkembangan tersebut, makalah ini secara khusus membincangkan nilai estetik atau keindahan dalam pemahaman retorik bahasa Melayu dan Arab menerusi puisi Al-Amin karya A. Samad Said. Perbincangan ini penting untuk mengemukakan kefahaman yang tepat mengenai perkara asas serta ciri-ciri sastera berpaksikan Islam dengan mengambil Al-Amin sebagai karya contoh untuk dianalisis. Untuk tujuan ini, perlu difahami seni puisi itu sendiri yang dibincangkan secara khusus dalam bahagian seterusnya. Antara Puisi Melayu dan Shi‘r Arab Puisi merupakan salah satu bentuk kesenian indah yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu mahupun kesusasteraan Arab. Istilah ini juga merupakan istilah moden yang dipinjam daripada bahasa Indonesia yang membawa maksud karangan berangkap yang mementingkan persajakan, irama, suku kata dan pilihan kata- kata.13 Dari sini dapat diperhatikan bahawa seni puisi telah menjadi antara cabang seni sastera yang telah bertapak dalam dunia kesusasteraan antarabangsa. Istilah “puisi” yang dipinjam ini telah menjadi popular dan sebati dalam bahasa Melayu sehingga ke hari ini. Penggunaan bahasa yang terhad dalam puisi membolehkan ia dibezakan dengan prosa secara lebih jelas. Bagi disesuaikan dengan Islam, secara mudah dapat disimpulkan bahawa apa juga jenis puisi yang menyeru manusia kepada perbuatan baik (al-ma‘rūf) dan mencegah mereka daripada perbuatan keji (al-munkar), ia dikira sebagai puisi Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam al-Qur’an, 11 Ahmad Kamal Abdullah, Unsur-Unsur Islam dalam Puisi Melayu Moden (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988), xv. 12 Kamal, Unsur-unsur Islam dalam Puisi, 21-22. 13 Nurazmi, Teori dan Pemikiran Sastera Islam, 25. 121 Rahmah dan Shahrizal, Unsur Retorik dalam Puisi Al-Amin ُُرِكَ نُم ْلاُنَِعُنَوْهَ نَْ يوَُُفِ ور عْمَْلاُِبُنَور م ْأَيوَُيرَِْلْْ اُلََِإُنَو عدَْيٌُةمَّ أُمْك نمُِّنك َتْلوَ 14 ِ ِ ُ .نَوح لفْم ْلاُم ه ُُكَ ئَلوْ أوَُ Terjemahan: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang- orang yang beruntung. Justeru, dapat difahami bahawa Islam yang merupakan agama fitrah tidak pernah sesekali menafikan apa juga bentuk perkara baik dalam kehidupan manusia, malah turut mengambil kira sebagai perkara baik walaupun dalam peringkat niat dan akan diberi ganjaran yang selayaknya di sisi Allah SWT. Sebelum perbincangan lebih jauh dilakukan, perlu dijelaskan di sini bahawa istilah puisi dalam bahasa Melayu adalah menyamai istilah shi‘r dalam bahasa Arab. Dalam al-Mu‘jam al- Wasīṭ, perkataan shi‘r bermaksud ungkapan yang bermeter dan berirama, manakala shā‘ir pula merujuk kepada individu yang menggubah atau mengungkapkan rangkap-rangkap shi‘r.15 Muḥammad Mandūr menyatakan bahawa Abū al-Faraj Qudāmah bin Ja‘far al-Baghdādī (m. 948) mendefinisikan shi‘r sebagai satu rangkaian kata-kata yang mengandungi wazn (irama bermeter) dan qāfiyah (berima) serta mempunyai makna.16 Adaptasi perkataan shi‘r dalam bahasa Arab kepada perkataan “syair” dalam bahasa Melayu merupakan satu perubahan biasa yang berlaku pada perkataan-perkataan pinjaman Arab disebabkan penyesuaian sebutan dalam bahasa Melayu. Antara contoh perkataan bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab dan kemudiannya berlaku perubahan dari segi sebutan adalah seperti madḥ kepada “madah”, fiqh kepada “fiqah”, ‘aql kepada “akal”, naḥw kepada “nahu” dan sebagainya.17 Di dalam al-Qur’an, terdapat beberapa ayat yang mengandungi perkataan shi‘r yang merujuk kepada puisi sebagai 14 Āli ‘Imrān (3):104. 15 Al-Mu‘jam al-Wasīṭ (Beirut: Dār al-Amwāj, 1987), 484. 16 Muḥammad Mandūr, al-Naqd al-Manhajī ‘ind al-‘Arab (Kaherah: Maktabah al-Nahḍah al-Miṣriyyah, t.t.), 297. 17 Ab Halim Mohamad, “Unsur-unsur Ilmu Badi‘ Arab dalam Syair Hamzah Fansuri,” Sari: International Journal of the Malay World and Civilisation 29, no. 2 (2011), 67-82, 69. 122 Jurnal Usuluddin (Januari – Jun 2013) 37:117-150 satu genre dalam kesusasteraan Arab dan juga shā‘ir yang merujuk kepada individu yang mengungkapkan shi‘r. Antara ayat- ayat tersebut ialah, ُ18.ينٌ ِبم ُنٌآرْ قوَُرٌكْذَُِّلاإُوَه ُنْإُ هَلُيِغَبنَُْ يُامَوَُُرَعْشِّ لاُ هاَنمَّْلَعُامَوَ Terjemahan: Dan Kami tidak mengajarkan puisi kepadanya (Muhammad) dan berpuisi itu tidaklah layak baginya. Al- Qur’an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. ُ19.نٍو نمََُُْرٍعِاشَ ُِلُاَنِتَلِِآُاوك رِاَتَُلُاَّنإَُأُنَو لوق َُ يوَ Terjemahan: Serta mereka berkata: “Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang pemuisi yang gila”. ُ20.ُنِو نُمَُْلاُبَ ْيرَُهِِبُص َّبرَ َتَُ نُُرٌِعاشَ ُنَو لوق َُ يُمْأ Terjemahan: Bahkan mereka mengatakan, dia adalah seorang pemuisi yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya. ُ21.نَو نمِؤْ تُامًَُُليِلَقُُرٍعِاشَ ُلِوْقَُِبُوَه ُامَوَ Terjemahan: Dan al-Qur’an itu bukanlah perkataan seorang pemuisi, sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Kesemua ayat-ayat yang memperkatakan perihal shi‘r dan shā‘ir tersebut menjadi bukti bahawa puisi merupakan satu genre yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan Arab sejak sebelum kedatangan Islam. Ayat-ayat tersebut menggambarkan sikap golongan musyrikin terhadap al-Qur’an dan Rasulullah SAW. Di samping itu, ayat-ayat tersebut secara jelas menafikan bahawa al- Qur’an merupakan satu ciptaan dan rekaan Rasulullah SAW yang digelar sebagai pemuisi oleh golongan musyrikin, sebaliknya ia merupakan kitab suci yang merupakan Kalamullah. Kedudukan puisi dalam Islam adalah baik.22 Hal ini berdasarkan ayat-ayat 224 hingga 227 daripada surah al-Shu‘arā’ yang telah dinyatakan di atas. Ia memberi petunjuk mengenai 18 Yāsin (36):69. 19 Al-Ṣāffāt (37):36. 20 Al-Ṭūr (52):30. 21 Al-Ḥāqqah (69):41. 22 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Sofyuddin Yusof, Mohd Faiz Hakimi Mat Idris dan Nik Murshidah Nik Din, “Kedudukan Syair dalam Islam,” Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 2 (2009), 21-40. 123 Rahmah dan Shahrizal, Unsur Retorik dalam Puisi Al-Amin pendirian Islam terhadap golongan karyawan. Islam tidak menerima perlakuan mereka secara total dan tidak pula meminggirkan mereka secara total. ‘Abd Allāh ibn ‘Abbās (m. 687) menyatakan bahawa ayat 224 hingga 226 ditujukan kepada golongan pemuisi daripada golongan musyrikin seperti ‘Abd Allāh bin Ziba‘rī, Hubayrah bin Wahb al-Makhzūmī, Abū ‘Azzah al- Jumaḥī dan Umayyah bin Abū Salṭ.23 Mereka merupakan golongan pemuisi yang sesat dan menyesatkan kerana sering mendakwa bahawa puisi mereka menyamai hadith-hadith Rasulullah SAW. Manakala ayat 227 pula merujuk kepada para pemuisi daripada golongan sahabat Rasulullah SAW seperti Ḥassān bin Thābit (m. 674), Ka‘ab bin Mālik (m. 670) dan ‘Abd Allāh bin Rawāḥah (m. 629).24 Mereka merupakan pemuisi Rasulullah SAW yang memanfaatkan kepakaran mereka untuk menghasilkan puisi yang indah bagi memperhebatkan proses penyebaran Islam kepada masyarakat Arab Jahiliah pada ketika itu.25 Ayat tersebut di atas juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara karyawan yang benar dan beramal salih, dengan karyawan yang sesat. Kedua-dua golongan ini dibezakan berdasarkan ilmu yang benar, yang kemudiannya diamalkan sebagai amal soleh. Di sisi Islam, ilmu yang benar merujuk kepada ilmu yang membawa manusia kepada mengenali Allah SWT. Dengan ilmu yang benar, manusia akan dapat membezakan antara kebenaran dengan kepalsuan. Selain itu, hanya dengan ilmu yang benar sahaja segala tindak-tanduk manusia terkeluar daripada perbuatan yang sia-sia, dan menjadi amal soleh yang diterima oleh Allah SWT. Apabila diletakkan dalam konteks Islam, sastera mesti bermatlamat, dan matlamat itu ialah menyampaikan kebaikan menerusi ilmu yang benar.26 Penerangan lanjut mengenai kedudukan puisi menurut kaca mata Islam dapat dilihat menerusi rangkap-rangkap puisi seorang 23 Shihāb al-Din Maḥmūd Shukrī al-Alūsī, Rūḥ al-Ma‘ānī fī Tafsīr al-Qur’ān wa al-Sab‘ al-Mathānī (Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-‘Arabī, t.t.), 19:146. 24 Sayyid Quṭb, Fī Ẓilāl al-Qur’ān (Beirut: Dār al-Ma‘ārif, 1971), 6:247. 25 Osman Khalid, Kesusasteraan Arab Zaman Permulaan Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1999), 148-149. 26 Mohd Shahrizal Nasir dan Mohd Firdaus Yahaya, “Peranan Novelis Muslim dalam Usaha Menyebar al-Ma‘ruf dan Menyekat al-Munkar,” Jurnal Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) 6 (2013), 209-232, 213. 124 Jurnal Usuluddin (Januari – Jun 2013) 37:117-150 pemuisi Rasulullah SAW iaitu Ḥassān bin Thābit dalam puisinya yang berbunyi, ُُاقَ ُح ُنِْإوَُاسً ُيُْكَُنِْإُسِ ُِلاجَ مَْلاُىَلعَُ ُ ُهُض رُِعَُْ يُءِرْمَْلاُبُّ لُُر عْشِّ لاُاَنََِّّإوَُ ُ27اَقدَصَ ُ هَتدْشَ ْنَأُاَذِإُُلَاُقَ ُ يُتٌ يَْ بُ ُُ ُه لِئاَقُتَ ْنَأُتٍ يَْ بُرََعُشَْأُنَِّإوَ Terjemahan: Dan sesungguhnya puisi merupakan minda insan yang dipersembahkannya, Pada majlis-majlis bagi mencerminkan kebijaksanaan, mencerminkan kebodohan, Dan sesungguhnya seindah rangkap yang kamu ungkapkannya, Adalah rangkap yang diungkapkan, kamu dendangkannya sebagai kebenaran. Dalam dua rangkap puisi di atas, Ḥassān bin Thābit menyatakan sifat shi‘r atau puisi yang memenuhi tuntutan Islam. Pada rangkap pertama, Ḥassān bin Thābit menyatakan bahawa puisi merupakan cetusan fikiran manusia yang dipersembahkan dalam majlis-majlis atau acara keraian, yang mungkin kadang-kala mencerminkan kebijaksanaan dan keindahan, atau mungkin juga mencerminkan kebodohan dan kekejian. Manakala pada rangkap kedua, beliau menyatakan bahawa, sesungguhnya puisi terbaik adalah yang diucapkan oleh pemuisi atau penuturnya secara benar dan jujur. Dari sini, dapat disimpulkan bahawa unsur kebenaran (al-ṣidq) merupakan antara aspek penting dalam pengucapan puisi Islam. Dengan adanya unsur kebenaran, maka semua bentuk puisi yang mengandungi unsur pembohongan dan khianat terkeluar daripada daerah karya sastera Islam. Ini adalah satu definisi yang amat terang dan jelas bagi pengklasifikasian karya Islam dan yang sebaliknya. Abū ‘Alī al-Ḥassān ibn Rashīq al-Qayrawānī ada menukilkan kata-kata ‘Alī bin Abī Ṭālib yang menyatakan peranan puisi sebagai pengukur kepada kata-kata dan penentu martabat bangsa. 27 Ḥassān bin Thābit, Dīwān Ḥassān bin Thābit, ed. Walīd ‘Arafāt (Lahore: Al- Maktabah al-‘Ilmīyyah Lahūr, 1971), 430. 125 Rahmah dan Shahrizal, Unsur Retorik dalam Puisi Al-Amin 28ِ ِ ِ ِ ُ ُموْقَلاُن ازَ يْمُر عْشِّ لَاُ ُُلوْقَلاُن ازَ يْمُر ُعْشِّ لَا Terjemahan: Puisi pengukur kata, puisi pengukur bangsa. Seterusnya, apabila berbicara mengenai puisi Islam, ia tidak lari daripada pengambilan nas-nas yang terdapat di dalam al- Qur’an mahupun hadith. Maka, adaptasi kedua-dua sumber teras agama Islam tersebut dalam penciptaan puisi-puisi Islam menjadikan genre yang tertua dan popular ini terus berkembang sejak dari zaman pra-Islam sehingga kepada zaman Islam dan tersebar ke serata dunia. Oleh itu, tiada sebab bagi masyarakat Islam untuk menolak puisi-puisi seperti ini, malah ia menjadi popular dalam kalangan mereka sebagai satu cara memahami Islam secara lebih mendalam melalui kesenian. Bagi masyarakat Melayu pula, seperti yang telah sedia diketahui, mereka memang telah lama mengenali puisi atau mencipta puisi. Kedatangan Islam telah melahirkan istilah “syair” yang diambil daripada perkataan shi‘r. Manakala dari segi maksud dan bentuknya, ia telah diberi penyesuaian dengan kesusasteraan setempat.29 Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam telah sampai di Kepulauan Melayu sejak kurun ketujuh Masihi. Selain itu, telah wujud masyarakat Arab di Sumatera Timur pada tahun 55H bersamaan 673. Ini menguatkan hujah bahawa penggunaan istilah syair dan syair Arab telah dikenali oleh masyarakat Melayu Islam sejajar dengan pengetahuan mereka mengenai al-Qur’an.30 Malah, C. Hooykaas telah menyatakan hal ini dalam bukunya Malay and Indonesian Literature iaitu tentang istilah syair yang mempunyai perkaitan dengan istilah shi‘r dalam bahasa Arab, namun dari segi bentuknya ia merupakan ciptaan masyarakat Melayu.31 Manakala Harun Mat Piah menafikan secara total bahawa syair Melayu berasal daripada shi‘r Arab ataupun sebagai penyesuaian daripada mana-mana genre puisi Arab atau 28 Abū ‘Alī al-Ḥassān ibn Rashīq al-Qayrawānī al-Azdī, al-‘Umdah fī Maḥāsin al-Shi‘r wa Ᾱdābih wa Naqdih (Beirut: Dār al-Jīl, 1972), 28. 29 Nurazmi, Teori dan Pemikiran Sastera Islam, 35. 30 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Preliminary Statement on the General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1969), 11. 31 C. Hooykaas, Malay and Indonesian Literature (Jakarta: J.B. Wolters, 1952), 70-71. 126

Description:
also quotes several verses from Al-Amin to show the utilisation of such theories. Finally, this article finds that .. Jangan Ikut Jalan Ini (1969), Keledang (1979), Di Simpang Jalan. (1980), Jalan Retak (1980). i. bertanya-tanya kepada al-Lata, al-'Uzza dan Manat93. Rangkap puisi di atas adalah
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.