MASALAH LONGGOKAN SAMPAH KAWASAN PERUMAHAN BERTERES KAJIAN KES: TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR MUHAMAD FIQRURAZI BIN AHMAD SHAMSURI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MASALAH LONGGOKAN SAMPAH KAWASAN PERUMAHAN BERTERES KAJIAN KES: TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR MUHAMAD FIQRURAZI BIN AHMAD SHAMSURI Projek Sarjana Sains ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia OGOS 2015 iii DEDIKASI “Segala Puji-Pujian Dan Maha Berkuasa Hanyalah Allah SWT. Tuhan Segala Pencipta Bagi Sekalian Alam Yang Maha Agung Lagi Bijaksana Dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam’ Buat Keluarga Yang Tercinta, Mislina Binti Bohari Dan Siti Shakila Binti Ahmad Shamsuri Terima kasih di atas kesabaran, ketabahan, dorongan, dan doa dipanjatkan untuk mengiringi agar dipermudahkan segala usaha bagi menyiapkan projek sarjana ini tercapai Buat Pendidik Yang Dikagumi, Dr.Ainur Zaireen Zainudin Terima kasih kerana menjadi individu paling penting dalam usaha untuk menyiapkan Projek Sarjana ini. Jasa dan sumbangan idea dalam pelbagai perkara amat sangat dihargai Rakan-Rakan Taulan, Muhd Arif Bin Abu Bakar Jasa dan sumbangan anda sangat dihargai dalam mengeratkan semangat setiakawan iv PENGHARGAAN Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana ini dalam masa yang telah ditetapkan dan cuba melakukan yang terbaik. Pada kesempatan ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya sendiri, Dr. Ainur Zaireen Zainudin. Dalam proses menyiapkan penyelidikan ini, banyak tunjuk ajar yang telah diberikan oleh beliau. Bukan itu sahaja, malahan beliau sentiasa mengambil berat segala perkembangan kajian saya. Segala tunjuk ajar, pandangan, teguran, dan penambahbaikan dari beliau amat berharga sekali bagi saya. Tidak lupa juga kepada keluarga saya sendiri terutama ibu saya sendiri iaitu Mislina Binti Bohari. Tanpa restu dan sokongan motivasi daripada beliau, adalah rumit bagi saya menjalankan kajian pada masa-masa tertentu. Doa dari ibu saya dan sumbangan kewangan bagi melancarkan proses pengajian saya membantu membangkitkan semangat kepada saya semasa pengajian. Terima kasih juga kepada kakak saya Siti Shakila Binti Ahmad Shamsuri. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada syarikat EQRICH iaitu Encik Muhd Arif Bin Abu Bakar. Kerana jasa beliau yang juga sahabat saya banyak membantu saya pada waktu-waktu kesempitan. Akhir kata, Tidak dilupa kepada kesemua pihak agensi serta para responden yang sudi bekerjasama membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. v ABSTRAK Masalah longgokan sampah yang berlaku di kawasan perumahan berteres di Taman Universiti merupakan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan alam sekitar tercemar, malahan masyarakat di sekeliling juga akan menjadi kurang selesa dengan persekitaran alam semula jadi mereka. Oleh itu, satu kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti punca-punca masalah ini berlaku dan mencari kaedah yang sesuai bagi menyelesaikannya berdasarkan objektif kajian. Kajian ini telah dijalankan dan ditumpukan di kawasan perumahan berteres di Taman Universiti, Skudai, Johor. Pelaksanaan kajian ini dilakukan dengan melakukan sesi temu bual ke atas beberapa responden daripada wakil agensi yang terbabit dalam pengurusan sampah. Peranan agensi ini dalam pengurusan sampah di kawasan kajian juga dilakukan dalam kaijan ini. Sesi temu bual ini juga bertujuan bagi mendapatkan pandangan, cadangan, dan langkah-langkah yang boleh diaplikasikan dalam kajian ini. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisis melalui kaedah analisis kualitatif. Hasil daripada analisis kajian yang dilakukan, pengkaji telah mengenal pasti punca- punca masalah longgokan sampah ini berlaku. Selain itu, sesi temu bual terhadap responden daripada wakil agensi terlibat bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah yang sedang berlaku berdasarkan pengalaman mereka di lokasi kajian. Bagi pihak agensi yang terlibat pula, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh mereka. Antara masalah ini ialah kos, sosial masyarakat, dan masalah dalam pengurusan pihak berwajib. Cadangan-cadangan penyelesaian masalah longgokan sampah ini juga telah dilakukan terhadap pihak agensi yang terlibat berdasarkan peranan mereka. vi ABSTRACT Problems pile of waste that occurs in the area of terraced housing in Taman Universiti, Skudai, Johor is the problems associated with the environment. These problems not only cause environmental pollution but also the people around will also become less comfortable with their natural environment. Therefore, a study was conducted to identify the causes of this problem occur and seek ways to solve it by research objectives. The study was conducted and focused in the area of terraced housing in Taman Universiti, Skudai, Johor. Interviews were conducted on a number of agencies that involved in waste management. The agency's role in waste management in the study area was also carried out in this study. The interview aimed to seek views, recommendations, and the steps that can be applied in this study. Data and information collected will be analyzed by means of qualitative analysis. The results of the analysis of studies conducted, researchers have identified the causes of this garbage heap problems occur. In addition, interviews with respondents session of representatives of agencies aimed at identifying the source of the problem is happening on the basis of their experience in the study. On behalf of the agencies involved, there were some problems and constraints faced by them. Among these issues are the cost, social, and problem management authorities. Recommendations to solve the piles of garbage has also been made for the agency involved based on their role. vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xv SENARAI RAJAH xvi SENARAI SINGKATAN KATA xviii SENARAI LAMPIRAN xix 1 PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 3 1.3 Matlamat Kajian 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Skop Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Susun Atur Bab 8 Bab 1: Pendahuluan 8 Bab 2: Kajian Literatur 8 Bab 3: Metodologi Kajian 9 Bab 4: Kajian Kes 9 Bab 5: Analisis Kajian 10 viii Bab 6: Cadangan dan Kesimpulan Kajian 10 1.8 Rumusan 12 2 KAJIAN LITERATUR 13 2.1 Pengenalan 13 2.2 Pengertian Longgokan Sampah 14 2.3 Pengurusan Sampah 17 2.3.1 Jenis- jenis Tong Sampah yang Disediakan di 18 Kawasan Perumahan 2.3.1.1 Tong Sampah Communal 19 2.3.1.2 Tong Sampah Kitar Semula 20 2.3.1.3 Tong Sampah Berwarna Hitam Gleen 23 2.3.1.4 Tong Sampah Kompaktor (RORO) 24 2.3.2 Isu- isu Longgokan Sampah Global 25 2.3.2.1 Amerika Syarikat 26 2.3.2.2 Indonesia 27 2.3.2.3 Kawasan Negara-negara Afrika Selatan 28 2.3.2.4 India 30 2.3.2.5 China 31 2.4 Masalah Sampah di Kawasan Perumahan yang berlaku di 31 Negeri Lain di Malaysia 2.4.1 Sarawak 31 2.4.2 Kuala Lumpur 32 2.4.3 Pahang 33 2.4.4 Pulau Pinang 34 2.5 Punca-punca Longgokan Sampah di Kawasan Perumahan 36 2.5.1 Wujudnya Kawasan Tanah Lapang 36 2.5.2 Majlis Keramaian 36 2.5.3 Terdapatnya Aktiviti Pembangunan 38 2.5.4 Masalah Organisasi 39 2.5.5 Kurang Kesedaran Sivik 40 ix 2.6 Kesan Pengurusan Sampah Yang Tidak Diurus Dengan Baik 41 2.6.1 Menjejaskan Aktiviti Harian Penduduk 42 2.6.2 Keselamatan 43 2.6.3 Kesihatan 44 2.6.4 Pencemaran Udara 45 2.6.5 Pemandangan Menjadi Serabut dan Tidak Bersih 47 2.6.6 Pencemaran Bau 49 2.7 Kaedah Penyelesaian Masalah Pengurusan Sampah 50 2.7.1 Kerajaan 50 2.7.2 Komoditi Masyarakat 52 2.7.3 Media 53 2.7.4 Agensi Swasta 54 2.8 Rumusan 55 3 METODOLOGI KAJIAN 56 3.1 Pengenalan 56 3.2 Kajian Awalan 57 3.3 Kajian Literatur 60 3.4 Pengumpulan Data 62 3.5 Kaedah Analisis 62 3.5.1 Kaedah Kualitatif 63 3.5.2 Peringkat Analisis Data 66 3.6 Kesimpulan dan Cadangan 69 3.7 Rumusan 70 4 PENGURUSAN SAMPAH DI TAMAN UNIVERSITI 71 4.1 Latar Belakang Kawasan Kajian 71 4.2 Kemudahan-Kemudahan yang Disediakan di Taman Universiti 72 4.3 Jenis-Jenis Tong Sampah yang Disediakan di Taman Universiti 73 x 4.3.1 Tong Sampah Beroda 73 4.3.2 Tong Sampah Biasa Warna Hitam Gleen 74 4.3.3 Tong Sampah Communal atau Jenis Bersaiz Besar 74 4.4 Jadual Kutipan Sampah dan Pembersihan Awam 75 4.5 Kawasan Longgokan Sampah di Taman Universiti 79 4.5.1 Jalan Perubatan 13 80 4.5.2 Jalan Perubatan 23 81 4.5.3 Jalan Kejayaan 10 82 4.5.4 Jalan Kejayaan 39 84 4.6 Pihak-pihak yang Terlibat Dalam Pengurusan Sampah Taman 85 Universiti 4.6.1 Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) 85 4.6.1.3 Peranan Majlis Perbandaran Johor Bahru 86 Tengah (MPJBT) 4.6.2 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan 87 Awam (PPSPPA) 4.6.2.1 Peranan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal 89 dan Pembersihan Awam 4.6.3 Syarikat Southern Waste Management 91 (Environment) Sdn. Bhd. (SWM) 4.6.3.1 Peranan Pelaksanaan Tugas SWM 93 4.6.3.2 Pemberian Tong Sampah Beroda Percuma 93 4.7 Rumusan 95 5 ANALISIS DATA 97 5.1 Pengenalan 97 5.2 Pelaksanaan Temubual: Responden yang Terlibat 97 5.2.1 Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) 98 5.2.2 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 99 (PPSPPA)
Description: