Title Pendidikan berteraskan kebolehan (ability-driven education): Reformasi dalam pengajaran Bahasa Melayu Author(s) Tajul Arif Mohd Yusof Source Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu ke-2 bertemakan “Ke arah bitara kesarjanaan Melayu”, Singapura, 1-3 September 2002 This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. , PENDIDIKAN BERTERASKAN KEBOLEHAN (ABILITY-DRIVEN EDUCATION): REFORMASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Tajul Arif Mohd Yusof National Institute of Education Singapore 1 Pendahuluan Sistem Pendidikan di Singapura merupakan sebuah sistem yang diakui sebagai sistem yang berjaya. Kejayaan ini tercapai kerana kepimpinannya yang cekap, visi yang jelas dan keyakinan yang kuat. The Times Educational Supplement mengiktiraf Singapura sebagai ''the most academically successful nation in the world". Walau bagaimanapun masih ada ruang yang harus diberi perhatian agar kejayannya bukan sahaja berkekalan malah lebih meningkat lagi. Dalam masa dua tahun yang lepas Kementerian Pendidikan Singapura telah berusaha menentukan arah tuju yang baharu bagi masa depan negara. Arah tuju ini diharapkan dapat membentuk pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik , kreatif dan mempunyai komitmen terhadap negara Singapura. Dalam dunia yang cepat berubah ini, negara Singapura harus melabur dalam bidang pendidikan golongan muda supaya mereka menjadi pemikir negaranya agar masa depan negara ini terjamin. 2 Falsafah Pendidikan Sekolah Singapura Falsafah yang mendasari sistem pendidikan di Singapura telah termaktub di dalam Misi Perkhidmatan Pendidikan. Ciri-cirinya adalah seperti berikut: a bagi membentuk masa depan negara melalui pembentukan rakyatnya b akan menyediakan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh c memperkembang sepenuh potensi mereka d memupuk mereka supaya menjadi warga negara yang baik dan e peka akan tanggungjawab mereka terhadap keluarga masyarakat dan negara. Falsafah ini digubal kerana keadaan Singapura yang unik yakni .sebuah negara yang kecil, keluasan tanah yang terhad, kurangnya hasil-hasil semula jadi, dan rakyatnya yang berbilang bangsa dan budaya. Pendidikan di Singapura bertujuan membentuk rakyatnya yang bermoral, berdaya intelek, produktif dari segi ekonomi, bertanggungjawab dari segi sosial, cergas serta bertenaga, dan perihatin terhadap nilai-nilai estetik. Sistem pendidikan di Singapura mencerminkan prinsip-prinsip utama dan jati diri masyarakat Singapura. Ciri-cirinya ialah: a peluang untuk semua b meritokrasi c dwibahasa d pendidikan moral dan kewarganegaraan 2 e penekanan kepada nilai-nilai, ilmu dan kemahiran bagi kehidupan yang efektif Pendidikan di sekolah-sekolah nasional membekalkan ilmu-ilmu asas, dan seterusnya pendidikan dan latihan untuk menyediakan mereka akan ekonomi yang berteraskan ilmu pengetahuan. 3 Evolusi Pendidikan Sekolah di Singpura Dalam tahun 1959, Singapura sebagai sebuah negara yang merdeka bertanggungjawab mendidik warga negaranya.. Sudah empat dekad berlangsung sistem pendidikan Singapura telah berkembang bagi memenuhi keperluan keperluan sebuah negara yang merdeka di setiap peringkat perkembangannya: Polisi-polisi telah digubal dan diubah mengikut masa dan keadaan. Walau bagaimanapun prinsip-prinsip meritokrasi dan keharmonian kaum dan agama merupakan dasar yang menentukan polisi-polisi sistem pendidikan itu. 3.1 Survival- Driven Education: Membina Asas Pada tahun 1959, keutamaan negara ialah penakatan - bertujuan membina negara yang bersatu padu dan maju ekonominya. Pendidikan merupakan strategi utama melahirkan warga negara yang berkemahiran dan bersatu padu. Justeru itu tugas yang utama ialah menyediakan peluang belajar bagi setiap pelajar, menempatkan guru-gurunya dan menyatukan aliran-aliran pendidikan yang mengikut etnik kepada satu sistem pendidikan nasional. tlit 3 3.2 Efficiency- Driven Education: Mengurangkan Pembaziran, Meningkatkan Pencapaian Dalam tahun 1979, sistem pendidikan digubal yang bertujuan meningkatkan keberkesanan dan mengelakkan pembaziran. Pada tahun tersebut Laporan Goh Keng Swee 1979 telah_ diperkenalkan yakni 'streaming by ability' bagi pelajar-pelajar rendah dan menengah. Mereka diajar 'differentiated curricula' dan 'differentiated pace of learning'. Hal ini dilaksanakan kerana kebolehan para pelajar yang berbeza-beza. Justeru itu pendidikan rendah mengambil masa 6 hingga 8 tahun dan pendidikan menengah 4 hingga 5 tahun berdasar kepada aliran masing-masing. Melalui sistem yang berkesan ini, kadar berhenti sekolah menurun dan kadar pencapaian meningkat. Para pelajar yang berbeza kebolehan mereka telah merasakan kejayaan dalam pembelajaran masing-masing. 3.3 Ability-Driven Education: Mendidik untuk Masa Depan Dalam tahun 1997, pendidikan di Singapura memasuki fasa baru. Tren dunia ke arah globalisasi, perubahan teknologi yang pesat, dan kepentingan modal intelektual, menjadi pencetus inisiatif-inisiatif baru dalam pendidikan. Untuk negara Singapura beroleh kejayaan dari segi ekonomi, rakyatnya perlu mengikuti tempo perubahan tersebut. 4 Adalah penting dipupuk di dalam diri para pelajar minat belajar sepanjang hayat. lni termaktub di dalam visi Kementerian Pelajaran Thinking Schools, Learning Nation." Tumpuan pad a masa kini ialah: a struktur pendidikan yang responsif b menjana enviromen sekolah yang berpusatkan pelajar c menyemai nilai dan memupuk kemahiran berfikir dan d membina perkhidmatan pengajaran yang bermutu Kurikulum telah digubal supaya penekanan ditumpukan kepada: a kemah iran berfikir dan pembelajaran independen b kandungan pelajaran dikurangkan untuk memberi lebih masa kepada pemupukan berfikir kritis dan kreatif c membina kualiti-kualiti intelektual, moral dan sosial d penggunaan teknologi maklumat sebagai elemen utama dalam pengajaran dan pembelajaran. dalam masa yang sama: a Pendidikan Nasional diserapkan ke dalam kurikulum sekolah bagi memupuk rasa taat setia kepada negara Singapura b Pendidikan moral perlu ditekankan seterusnya supaya para pelajar berpegang teguh kepada prinsip··prinsip moral di dalam dunia yang ilit1e~ 5 l8955 ;@spc sering berubah nilainya. c Cara-cara penilaian diperluaskan merangkumi kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, berkerjasama dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan efektif. d Kerja-kerja projek telah dilaksanakan di sekolah-sekolah dan maktab-maktab rendah. Justeru itu apabila pelajar-pelajar keluar dari sekolah, mereka sudah mendapat kemahiran-kemahiran asas berfikir secara kreatif dan independen, berkomunikasi dengan berkesan, menyelesaikan masalah, tinggal dan bekerja dengan harmoni dalam kumpulan-kumpulan kerja dan sosial, berkekalan di Singapura dan terus belajar sepanjang hidup mereka. Pendidikan rendah bertujuan membina asas numerasi, literasi, pembinaan watak dan perkembangan kemahiran - kemahiran sosial dan emosi. Pendidikan menengah pula menyediakan pendidikan yang lebih luas yang berasaskan pendidikan asas tersebut. Pendidikan selama 10 atau 11 tahun akan menentukan semua pelajar belajar kemahiran-kemahiran dan ilmu-ilmu asas untuk menyediakan mereka ke alam pekerjaan dan latihan seterusnya, dan menerima pengalaman pendidikan yang sama bagi membina jati diri nasional dan perpaduan sosial. 6 3.3.1 Visi "Sekolah Berdaya Fikir, Negara Pencinta llmu" Visi "Sekolah Berdaya Fikir, Negara Pencinta llmu" yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Singapura pada tahun 1997 adalah wawasan pemerintah bagi pendidikan Singapura dalam abad ke-21. Wawasan ini bertujuan untuk memajukan sistem pendidikan Singapura bagi menyediakan rakyat menghadapi masa depan negara. Memandangkan bahawa abad akan datang pelbagai cabaran perlu ditempuhi, pemerintah berpendapat sistem pendidikan Singapura harus mewujudkan para pemimpin yang berkaliber yang akan dapat mengenal pasti masalah dan langkah-langkah bagaimana untuk menyelesaikan masalah- masalah tersebut. "Sekolah Berdaya Fikir" bermaksud negara akan menyediakan para pelajar yang berkemahiran, berilmu pengetahuan, mengamal nilai-nilai yang baik bagi menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan. "Negara Pencinta llmu" pula bermatlamat memupuk dan menanam budaya terus belajar sepanjang hayat. Pada tahun 1997 itu juga, Kementerian Pendidikan Singapura telah memperkenalkan tiga inisiatif iaitu Kemahiran Berfikir, Pendidikan Nasional dan Teknologi Maklumat. Ketiga-tiga inisiatif ini perlu diserapkan dalam pengajaran. 3.3.1.1 Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Dengan kadar perkembangan ilmu pengetahuan yang pantas, keperluan kepada kemahiran berfikir semakin penting di kalangan masyarakat. Dengan hal I HI< 7 yang demikian adalah perlu supaya para pelajar sekolah dilatih dan dibekalkan kemahiran berfikir seperti menganalisis, menilai maklumat, membuat keputusan dan sebagainya. Selain daripada membekalkan mereka kemahiran berfikir, para pelajar harus ditanam sikap berdikari dan berkeinginan belajar sepanjang hayat. Marzano (1992) mengkategorikan perlakuan minda yang produktif ini kepada tiga kategori umum berfikir yakni, kritikal, kreatif dan self-regulated. Program Berfikir telah dirangkakan dengan objektif-objektif berikut: a Membolehkan pelajar-pelajar memperolehi dan memahami kemahiran- kemahiran berfikir yang utama dan cara-cara penggunaannya b Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran berkenaan ke dalam pengajaran mata pelajaran bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah c Memupuk perlakuan-perlakuan yang positif yang akan membantu para pelajar menjadi lebih kritis, kreatif dan self-regulated Program Berfikir ini menumpukan kepada Iapan kemahiran berfikir yang utama iaitu memberi tumpuan, mengumpul maklumat, merancang, menganalisis, menghasilkan, mengintegrasi dan menilai (Marzano, 1988). Kemahiran kemahiran ini penting untuk menyelidik, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 8 q p 3.3.1.2 Perutusan Pendidikan Nasional dalam Pendidikan Matlamat Pendidikan Nasional ialah untuk memupuk perpaduan nasional, "survival instincts", dan keyakinan terhadap masa hadapan Singapura. Sikap ini dapat disemai melalui kesedaran terhadap identiti dan maruah sebagai rakyat Singapura. Negara Singapura telah berjaya mengharungi berbagai rintangan sebelum menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Nilai-nilai yang disebut di atas yang telah menentukan kejayaan dan kesejahteraan Singapura. Perdana Menteri Singapura, En Goh Chok Tong dalam ucapan beliau di Teachers' Day Rally pada 8 September, 1996 telah menggariskan tujuan Pendidikan Nasional. "It is an exercise to develop instincts that become part of the psyche of every child. It must engender a shared sense of nationhood, an understanding of how our past is relevant to our present and future. It must appeal to both heart and mind." 3.3.1.3 Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Beberapa tahun kebelakangan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan telah berlaku di kawasan Asia Pasifik yang memerlukan para guru meningkatkan kemahiran teknologi mereka. Perubahan-perubahan tersebut adalah disebabkan oleh polisi-polisi kerajaan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat di sekolah-sekolah. Hal ini terjadi kerana kemajuan ekonomi sesebuah negara dalam abad ke-21 bergantung kepada sejauh mana negara- 9
Description: