ebook img

tafsiran suarh al kahfi PDF

46 Pages·2016·1.45 MB·Indonesian
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview tafsiran suarh al kahfi

Bahagian Kedua: Tafsiran Ayat-ayat 9-31 Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang dikaitkan dengan Isu Akidah. MAFHUMNYA: Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Allah, Pembimbing kami! Cucurkanlah RahmatMu terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10) Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11) 1 (Kemudian Kami kejutkan mereka dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu), siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul, berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu (atau mengenai kemungkinan kebangkitan semula selepas mati). (12) Tafsiran: Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) Tujuannya ialah, untuk membandingkan apa yang diminta oleh kaum Quraisy dan Yahudi itu tidaklah begitu penting jika dinilaikan dengan keimanan, Al-Qur’an dan Islam. Ismail Haqqi mentafsirkan pengertian ayat ini sebagai: “Sepatutnya, apa yang mereka mahu itu tidak perlu dianggap penting dan tidak perlu engkau merasa ianya penting.” Ibnu Jarih pula mentafsirnya: “Terdapat tanda-tanda lain yang lebih ajaib dan menghairankan dari kisah ini!” Ibnu Kathir pula menjelaskan ayat sebagai: “Tanda-tanda Allah mencipta bumi dan langit, pergerakan siang dan malam, perjalanan bintang, bulan dan matahari, dan bintang-bintang lain adalah tanda-tanda agung tentang kekuasaan Allah, dan Allah berbuat apa yang Dia mahu. Oleh itu sepatutnya cerita penghuni gua ini tidaklah sebesar-besar keajaiban dari tanda-tanda Allah.” 2 Syed Qutub pula berkata: “4 ayat ini hanya menonjolkan kisah penghuni Gua dari segi penceritaan Allah kepada umat Muhammad. Dan kisah ini walaupun penuh keajaiban, tetapi bukanlah ianya dari sebesar-besar keajaiban Allah.” Ayat-ayat 9-12 ini menceritakan: a) Sekumpulan remaja, bersembunyi di dalam gua dengan penuh iman pada Allah. b) Allah telah menidurkan mereka semua beratus-ratus tahun, kemudian dibangkitkan mereka semula. c) Terdapat 2 kumpulan yang bertelagah tentang lamanya masa mereka berada di dalam gua itu atau bertelagah samada Allah berkuasa menghidupkan semula manusia yang telah mati. Inilah buktinya. d) Riwayat Ibnu Abbas, tentang 2 kumpulan ini ialah: Pertama: remaja-remaja itu sendiri yang mempertikaikan lamanya masa mereka ditidurkan dan berada di dalam gua itu, dan Kedua: Raja yang memerintah negeri itu sendiri yang menunggu kehadiran pemuda ini, dan dia juga mempertikai tentang lamanya masa mereka berada di dalam gua itu. e) Walaupun kisah ini luar biasa, ianya bukanlah luar biasa sangat berbanding dengan tanda-tanda keagungan Allah yang lain. Dalam Tafsiran Ruhul Bayan, diceritakan bahawa kumpulan remaja-remaja yang beriman itu adalah dari kumpulan beriman pada zaman Nabi Isa as, dan mereka adalah dari golongan bangsawan Rome. Raja mereka bernama ‘Diqyanus’ dan dia sangat membenci orang-orang yang beriman. 3 Tekanan demi tekanan membuatkan mereka melarikan diri dari Raja itu dan bersembunyi di dalam gua. Diqyanus telah menutup pintu gua itu, dan kaumnya rata-rata tidak percaya tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi di sinilah adanya pertelingkahan di antara kumpulan pertama yang percaya adanya kebangkitan semula dan kumpulan kedua pula tidak mempercayai adanya kebangkitan semula. Dengan kemunculan kumpulan ini dari dalam gua itu, maka ia membantu keimanan orang yang percaya pada Allah dan beriman pada hari kebangkitan semula. Seorang raja yang memerintah negeri itu, yang beriman pada Allah, telah memohon pada Allah agar Allah menunjukkan yang kebangkitan semula itu benar. Allah telah memilih seorang rakyatnya, dan dia telah berjaya membuka pintu gua yang telah ditutup oleh raja Rome itu, dan membenarkan kambing-kambingnya berteduh dalam gua tersebut. Pada masa itu, kesemua penghuni gua yang telah ditidurkan selam 300 tahun itu dibangkitkan semula. Apabila berita itu tersibar luas maka semua penduduk negeri itu, lelaki dan perempuan, muslim dan kufur, berpusu-pusu datang dan berbual dengan mereka dan benarlah apa yang didakwah oleh raja itu yang manusia akan dibangkitkan semula dan Allah berkuasa berbuat demikian. Setelah semua remaja-remaja itu menemui raja dan pulang semula ke gua itu, mereka semuanya dimatikan mengikut ajal mereka masing-masing. Dan orang-orang yang beriman mencadangkan supaya sebuah masjid dibina di atas kawasan gua itu sebagai tanda. (Petikan dari Ruhul Bayan, Juzuk 5, m/s 224) 4 Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Rabb, Tuhan kami! Cucurkanlah RahmatMu terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10) Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan berkata: “Remaja-remaja mukmin yang melarikan diri itu, melarikan ugama mereka dari kaum mereka agar mereka tidak difitnahkan, dan tempat persembunyian mereka ialah di dalam gua di kawasan bukit. Apabila mereka masuk sahaja ke dalamnya, mereka semua berdoa memohon supaya Allah menurunkan rahmat terus dari sisiNya ke atas mereka, menjaga matlamat mereka dan memberikan mereka petunjuk.” Syed Qutub pula merakamkan bahawa kisah Ashabul Kahfi ini menggambarkan tauladan bagaimanakah kesan iman ke atas kecelaruan dan kekusutan hidup, dan bagaimana mereka yang menghadapi masalah besar ini, demi mempertahankan iman dan akidah mereka, sanggup berlindung di dalam gua dan memohon RAHMAT Allah. Rahmat yang diharapkan ialah perlindungan dengan rahmat itu dari semua kecelaruan ini. Ismail Haqqi pula menghubungkan keimanan kumpulan remaja ini bagai besi, dan ianya dikenali dengan nama Ilmu Ladunni, iaitu ilmu terus dari Allah. Mereka menanggalkan dari dalam diri mereka semua unsur-unsur keduniaan, wang, pangkat, dan menerapkan kalimah Lailahailallahu, dengan penafian adanya lain Tuhan dari Allah, sehingga hati-hati mereka dipenuhi Nur Iman, dan terpancarlah Ilmu Ladunni itu. 5 Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11) (Kemudian Kami kejutkan mereka dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu), siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul, berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu (atau mengenai kemungkinan kebangkitan semula selepas mati). (12) Mengikut Ibnu Kathir, Allah telah menidurkan mereka selepas mereka berdoa dan masuk ke dalam gua itu, dan lamanya masa itu digambarkan sebagai ‘bertahun-tahun’ lamanya. Ismail Haqqi pula mentafsirkan bahawa Allah melucutkan semua pancaindera, pendengaran dan lain-lainnya dan menjadikan mereka terus nyenyak tidur tanpa gangguan atau terjaga. Apabila sampai masa 300 tahun lamanya, maka Allah membangkitkan mereka dari tidur mereka itu. Mengapakah mereka dibangunkan semula, disimpulkan oleh Allah sebagai: “Tujuannya untuk Kami mengetahui siapakah di antara dua kumpulan di kalangan mereka, yang tepat meneka berapa lamakah mereka berada di dalam gua itu.” Apabila mereka dibangunkan semula, mereka sesama mereka mempersoalkan lamanya mereka sudah berada di dalam gua itu. Sekumpulan dari mereka berkata baru sehari, sekumpulan lain pula berkata baru separuh hari, sedangkan mereka telah tertidur di situ selama 300 tahun lamanya. 6 Kesimpulan yang boleh kita turunkan di sini ialah: 1. Mempertahankan iman dan akidah adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Pertahankanlah iman dan amal anda dari kekufuran dan kecelaruan. 2. Setakat mempertahankan saja? Tidak! Kita bersandarkan kepada Allah, pohon Rahmat Allah, dan bertawakkal padaNya. Lihat saja pengertian doa yang dilafazkan oleh Ashabul Kahfi itu: a) Menggunakan perkataan ‘Rabb’, yang bererti Penyayang dan Pembimbing, untuk berkomunikasi dengan Allah. b) Memohon rahmat terus dariNya, dan meyakini rahmat Allah itu terlalu luas. Luas untuk membantu kita dari sebarang urusan yang sulit, luas sekali hingga boleh mencakupi beratus-ratus tahun kesannya. Itulah Iman dan tawakkal pada Allah. c) Memohon agar Allah memastikan matlamat keimanan dan akidah mereka menjadi sasarannya, bukan harta dunia dan kemewahan. d) Yakinkanlah dalam diri sendiri yang kita akan mati dan akan dibangkitkan semula. Beribu-ribu tahun dalam barzakh itu hanyalah kelmarin atau baru tadi sahaja. Kuasa Allah tidak terhad. 7 Ayat-ayat 13-16: Kami menceritakan pada engkau perihal mereka dengan penuh kebenaran! Sesungguhnya mereka itu adalah remaja-remaja yang kuat beriman dengan Allah, Tuhan mereka. Dan Kami telah membantu menambahkan Hidayah ke atas mereka. (13) Dan Kami telah memperkuatkan hati-hati mereka dengan keberanian dan kesabaran semasa mereka terus beristiqomah (dengan Tauhid dalam diri mereka, dan menegaskan): “Tuhan kami (ialah Allah), Dialah Tuhan Pencipta dan Pentadbir langit dan bumi, dan kami semua! Bahawa kami memperakui tidak sekali-kali akan kami menyembah selain dariNya, dan jika kami menyembah selain dariNya, bererti kami mengucapkan sesuatu yang membohongi kenyataan kebenaran.” (14) 8 (Sambil bercakap-cakap sesama sendiri, mereka berhujjah dengan berkata): “Tengoklah kaum kita semua tu! Mereka menyembah Tuhan-tuhan selain dari Allah. Sepatutnya (dalam mencari kebenaran), mereka hendaklah mengemukakan bukti-bukti tentang ketuhanan sembahan mereka itu! (Tetapi mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya mereka berdusta terhadap Allah) Maka tidak ada yang lebih zalim, dari orang-orang yang mendustakan Allah!” (15) Dan oleh kerana kamu telah memutuskan untuk memisahkan diri kamu dari orang-orang yang kufur itu, dan mengasingkan diri kamu dari apa yang mereka sembah, maka pergilah kamu bersembunyi dan berlindung di dalam gua itu, supaya Allah, Tuhan kamu, akan melimpahkan RahmatNya ke atas kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan cita-cita urusan kamu itu dengan bantuan-bantuan yang berguna. (16) Tafsiran: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat-ayat 13-16 dengan menyifatkan ianya sebagai permulaan sebuah cerita sejarah yang mengisahkan sekumpulan remaja yang kuat iman mereka. Mereka adalah remaja-remaja yang telah menerima kebenaran dari Allah dan beriman denganNya. Mereka hidup berbekalkan hidayah dari Allah, menolak segala kebatilan dan kekufuran menyembah selain dari Allah, menguatkan ketaqwaan mereka dengan bersyahadah menyembah hanya Allah yang Maha Esa sahaja, bersabar dengan penuh berani menentang kaum mereka yang kufur, serta sanggup berpisah dengan kemewahan hidup (kebanyakannya mereka adalah anak raja Rom). 9 Ini adalah semata-mata kerana mereka tidak mahu sujud kepada patung-patung yang disembah oleh kaum mereka. Hati-hati mereka telah Allah ikatkan menjadi satu ikatan yang sekata dan mereka boleh saling percaya mempercayai, sehingga ianya menyuburkan tauhid dalam hati-hati mereka. Mereka meninggalkan fitnah-fitnah itu dan diarah oleh Allah untuk bersembunyi di dalam sebuah Gua yang dikenali sebagai ‘Al-Kahfi’ (kerana janji Allah mencucurkan rahmatNya ke atas mereka dan menguruskan semua urusan mereka). (Rujukan Ibnu Kathir, Jilid 3, m/s 75/76) Ismail Haqqi Rusawi dalam Tafsir Ruhul Bayan pula mentafsirkan ayat-ayat di atas menekan bahawa cerita yang diminta oleh orang Quraisy supaya disampaikan oleh Rasulullah ini sebagai satu cerita yang BENAR dan ianya dari Allah. Di antara sebab-sebab kumpulan remaja ini beriman pada Allah ialah adanya paksaan dari Raja Rom supaya penghuni negeri itu sujud kepada patung dan menyembah selain dari Allah. Mereka memutuskan untuk melarikan diri dari fitnah itu. Allah telah menetapkan ugama yang Haq kepada mereka dan amalan ‘taqarrub’ mereka pada Allah adalah mengikut naluri hati mereka dan ditambah hidayah itu oleh Allah. Sebuah Hadith: اعرذ هلا تبرقت , اربش ىلا برقت نم Maksudnya: “Sesiapa yang berusaha dengan mendekatkan dirinya pada Ku pada kadar sejengkal, maka Aku akan mendekatinya pada kadar satu hasta.” (Rujukan Tafsir Ruhul Bayan, Jilid 5, m/s 222/3). Kumpulan remaja ini berusaha mendapatkan hidayah terus dari Allah, hidayah kepada beriman dengan ajaran-ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi tentang kebangkitan 10

Description:
Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang dikaitkan dengan Isu Akidah. Tiada sesiapa pun yang berupaya mengubah kalimah-kalimahNya;.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.