ebook img

SATU PENGENALAN* Ahmad Farid Abdul Jalal, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ab. Halim Ismail, Hu PDF

17 Pages·2016·0.4 MB·English
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview SATU PENGENALAN* Ahmad Farid Abdul Jalal, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ab. Halim Ismail, Hu

MEREKONSTRUKSI SEJARAH ISLAM PAHANG : SATU PENGENALAN* Ahmad Farid Abdul Jalal, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ab. Halim Ismail, Huzaimah Ismail, Nor Adina Abd. Kadir & Muhammad Ikhlas Rosele Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur ABSTRAK Sejarah Islam di Pahang dianggap sebagai sesuatu yang pasif ia ditenggelami dalam citra sejarah negeri-negeri di Tanah Melayu. Namun, hakikatnya terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Pahang mempunyai sejarah Islam yang tersendiri dan wajar diketengahkan. Lantaran itu kertas kerja ini mengemukakan pengenalan terhadap usaha untuk merekonstruksi sejarah Islam di Pahang. Untuk tujuan itu, beberapa data dan bukti diketengahkan seperti permulaan Islam yang datang ke Tanah Melayu adalah melalui Pantai Timur, pengaruh hubungan Aceh dan Alam Melayu serta hubungan Alam Melayu dan Haramayn. Hasil dapatan tersebut menjadik titik utama dalam melakukan rekonstruksi sejarah Islam di Pahang. Kata kunci: Alam Melayu, Pantai Timur, Sejarah Islam, Pahang PENGENALAN Sejarah adalah bersifat dinamik dan perlu sentiasa direview oleh sarjana terkemudian. Ianya perlu melalui proses on going process sehingga semua perkara terpenting yang berkaitan dengan fakta sejarah diambilkira sepenuhnya (Mohamad Raduan 1995: 131-132). Kepentingan konsep sejarah amat penting sekali memandangkan sebahagian besar daripada kandungan al-Quran mempunyai paparan sejarah, yang perlu diambil iktibar oleh seluruh umat manusia. Atas dasar itu, pihak Muzuim Pahang telah menaja suatu projek ilmiah bermatlamatkan merekonstruksi sejarah Islam Pahang yang dipinggirkan sebelumnya. FAKTOR UTAMA PENYELIDIKAN DIJALANKAN Sebagai bangsa yang pernah terjajah, masyarakat Melayu terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesan penjajahan. Mengikut Ibn Khaldun, hal ini adalah feomena biasa yang perlu diatasi secara berhemah oleh bangsa yang pernah terjajah (Saleh Faghizadeh 2004). Antara kesan-kesan ini adalah trauma kehilangan jati diri, penjajahan epistemologi dan nisbah negatif yang dikaitkan dan dianggap betul oleh masyarakat antarabangsa kepada bangsa terjajah. Selepas merdeka, seperti mana masyarakat bekas tanah jajahan yang lain, usaha merekonstruksi kembali sejarah mereka telah diusahakan (Arba’iyah 2011). Atas dasar itu, kita dapat menyaksikan lahirnya beberapa pendekatan merekonstruksi (reviewing) subjek sejarah (Siti Hawa, 2007), antaranya; 1. Pendekatan Sabelturn studies yang mendedahkan sejarah daripada golongan bawahan yang tertindas. Mereka memainkan peranan utama dalam perjalanan sejarah tetapi peranan mereka dilupakan keranapenulisan sejarah biasanya penuh dengan agenda kolonial dan feudal (Mohamad Saleeh 2007). * Projek penyelidikan ini dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Muzium Negeri Pahang. 8 2. Pendekatan pasca kolonialism yang mencabar dan merekonstruksi ilmu dan sejarah yang ditulis oleh golongan kolonial (Zawiyah 1994). Sebaliknya sejarah daripada pandangan golongan terjajah akan didedahkan. Ia termasuk usaha merekonstruksi kesemua keilmuan yang dihasilkan oleh pihak kolonial barat. Secara terang-terangan pengaruh world-view sekular kolonial telah diterapkan dalam keilmuan ini, samada ilmu sains sosial (Mohd Hazim Shah 2005: 91-92) ataupun ilmu sains tulen (Mohd Hazim Shah 2007). 3. Pendekatan epistemologi-occidentalism Islam. Ia mendedahkan kelemahan pendekatan kolonial-orientalism yang dipakai oleh sarjana barat. Sebagai gantinya, pendekatan ini menggunakan world-view Islam yang lebih holistik, bukannya secara tempelan semata- mata yang biasanya dilakukan oleh golongan sosialisme (Shamsul Amri 2004). Jadi, berasaskan kepada ketiga-tiga pendekatan di atas, kajian ini dilakukan dengan pelbagai teknik;tetap menggunakan bahan sejarah lama yang berotoriti, mengcungkil bahan baru yang kurang diberikan perhatian dan mengaitkan bahan sejarah kawasan luar Pahang dan Alam Melayu. Ia bakal diulas menggunakan; a) ulasan yang lebih kritikal dan integrated dari pelbagai bidang ilmu; b)memperkemaskan bahandan ulasan terhadap fakta sejarahyang dikesampingkan selama ini dan c) analisis kritikal terhadap idea yang dilakukan oleh sarjana barat. Ini kerana kebanyakan catatan sejarah kolonial sentiasa mmburukkan sejarahPahang. Maknanya, projek penyelidikan ini secara langsung berusaha mengaplikasikan kesemua pendekatan ini bagi memastikan mendapat hasil yang lebih kondusif dengan prinsip Islam dan realiti Malaysia yang merdeka. DAPATAN KAJIAN Kita dapat menyenaraikan beberapa perkara utama. Antaranya; 1. Islamisasi Tanah Melayu Yang Terawal Bermula Daripada Pantai Timur. Pandangan ini dikemukakan berasaskan kepada beberapa bukti utama, seperti; Pertama; negeri Pahang sebelum diperintah oleh kerajaan melayu Melaka telah pun dilawati oleh pengembara-pengembara dan penulis-penulis berbangsa Arab dan China. Negeri itu telah dikuasai oleh kerajaan Seri Wijaya (Palembang), kemudian diperintah oleh raja-raja Ligor (Melayu) yang dikuasai oleh Siam dan dalam kurun ke-14 Masihi di bawah kuasa kerajaan Majapahit (Buyong 1972). Pengembara-Mubaligh Arab yang terkenal dengan usaha dakwah ada mencatatkan perihal negeri Pahang. Contohnyaulasan seorang pengembara Arab Mas’udi dalam karangannya Muruj al-Dhahab (Wheatley 2010: 228); “Di-laut Kanderang ramai orangnya, termasoklah orang yang disebut Fanjab yang berambut ikal dan berbentuk badan yang ganjil rupa-nya. Mereka menggunakan perahu kechil, dan datang datang mengelilingi sa-barang kapala yang tiba ka-tempat nereka, dan mereka melepaskan (memanahkan) sa-jenis anak panah yang ganjil dan berachun. Di- antara tempat orang-orang ini dengan negeri Kalah ada-lah lombong-lombong timah dan gunong-gunong yang mengandungi perak. Ada juga lombong-lombong emas dan timah yang jarang-jarang di-bongkar mengeluarkan-nya” Menurut G. R. Tibbets (1956) perkataan Laut Kanderang adalah merujuk kepada Laut China Selatan dan Fanjab pula adalah Fanhan yang merujuk kepada Panghang atau Panhang iaitu Pahang. Kedua; negeri Pahang juga sebuah negeri yang makmur dan menjalankan aktiviti laut. Perkara yang disebut oleh Godinho de Eredia yang menyatakan bahawa negeri Pahang adalah tempat kerajaan Melayu kedua selepas Kerajaan Melayu Patani di Semenanjung 9 Tanah Melayu (Linehan 1936: 226-227). Keterangan mengenai menjalankan aktiviti laut pula boleh dipetik daripada kenyataan Mas’udi sebelum ini. Dengan kedudukan Pahang yang strategik, penduduknya di persisiran pantai dan laut, serta mempunyai kerajaan yang makmur secara logiknya dapat menarik pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari china dan tanah arab, dan ia juga membuka ruang kepada penyebaran dakwah melalui pedagang-pedagang arab secara lansung mahupun tidak lansung. Ketiga; penemuan Batu Nisan di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang. Batu nisan tersebut ditemui pada awal tahun 1954 ketika mana orang-orang kampung Permatang Pasir menggali kubur (Zakaria 1982: 8). Penemuan batu nisan ini telah menunjukkan kedatangan Islam lebih awal di negeri-negeri Tanah Melayu (Amnah Saayah & Farid, 2004), bahkan membuktikan kedatangan Islam di Pahang lebih awal berbanding Melaka (1414M) dan Terengganu (1303M) (Farid 2007: 190). Batu nisan tersebut ditulis dalam perkataan Arab yang terjemahannya adalah seperti berikut (Mahmud 1955): Wahai yang mengampuni Firman Allah Taala Tiap-tiap yang bernyawa mesti merasai Mati dan sesungguhnya akan Disempurnakan Pahala-pahala kamu Pada hari kiamat Maka barang siapa yang dijauhkan Dari neraka Tidak takut Ialah Allah Firman Allah Tabaraka Wa Ta’ala dalam kitabnya Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah itu Di atas mereka dan Tiada mereka Berdukacita Berpindah di waktu subuh (pagi) Wahai Allah yang menjelaskan Ketahuilah sesungguhnya dunia itu Seperti rumah tumpangan Berehat di waktu isyak (malam) Dan dia Melainkan mata benda Yang memperdayakan Telah benarlah Allah Yang mulia Tahun empat Wahai Allah yang mengasihani Tarikh wafatnya hari Rabu, Empat Belas dan bulan Rabie Dan dimasukkan Ke dalam syurga maka sesungguhnya Menanglah ia dan tidaklah Hidup di dunia Dan Sembilan belas. 10 Tarikh orang berbangsa Arab ini meninggal adalah pada hari Rabu 14 Rabie tahun 419H/999M. Tambahan pula batu nisan yang dijumpai ini mirip seperti batu nisan yang dijumpai di Perlak dan Pasai (Zakaria 1982) yang mengalami proses islamisasi awal dalam bingkai sejarah. Begitu juga penemuan Makam Keramat Galong yang membuktikan masyarakat pra-Melaka ditemui dan memungkinkan bahawa masyarakat di kawasan itu ketika itu telah memeluk Islam (Linehan 1936: 226-227). Keempat; golongan syed merupakan orang yang berketurunan arab yang dikatakan bersusur galur dengan keturunan Rasulullah. Kebanyakan syed yang berada di Tanah Melayu adalah datangnya dari satu Daerah iaitu Hadramaut, Yaman (Mahayudin, 1984: 3). Kedatangan golongan syed ke Pahang merupakan satu bukti penyebaran Islam di Pahang. Kedatangan golongan syed ke tanah melayu dikatakan sekitar abad ke-14 dan le-15 Masihi (Mahayudin, 1998: 160). Bahkan ada kenyataan yang menyatakan bahawa tarikh asal kedatangan golongan syed sebelum kedatangan Belanda, pada abad ke-17 Masihi. Walau bagaimanapun kenyataan yang dikemukakan oleh W. Linehan perlu diambil kira. Menurut W. Linehan pengaruh Islam telah sampai ke Pahang sebelum terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka lagi. Ini adalah kerana terdapat banyak makam Syed yang membuktikan mereka telah sampai di Pekan sebelum Abad ke-15 Masihi (Linehan 1936). Kenyataan ini menunjukkan golongan syed telah berhijrah ke Pahang lebih awal dan membuktikan bahawa kedatangan Islam di Pahang juga adalah lebih awal. Kelima; Pahang dan Tioman juga merupakan kawasan perlabuhan kapal dagang disamping Jawa, Sriwijaya, Kedah, Jambi dan Palembang (Nurul Wahidah, Ali & Saim, 2011: 5). Berikutan terdapat teori yang mengatakan Islam datang ke tanah melayu melalui aktiviti perdagangan (Saifullah & Samsul Adabi, 2009: 33). Kenyataan mengenai Pulau Tioman dan Pahang sebagai tempat perlabuhan kapal telah dijelaskan di dalam karangan Abu Zaid al-Sirafi (Wheatley 2010: 229) bertajuk Akhbar al-Sin wa al-Hind (Bosworth, et.al 1980: 55), buku ini telah dikarang pada tahun 851 Masihi (Lunde 2005) Oleh kerana Pahang juga merupakan kawasan perlabuhan pedagang ia dapat mengukuhkan kemungkinan Islam disebarkan ke Pahang melalui perdagang bukannya melalui Kerajaan Melayu Melaka. Bukti Tambahan Lain Asasnya untuk mengetahui tempat awal yang menerima Islam perlu didokong dengan beberapa bukti khusus, iaitu; kitab atau manuskrip agama, masjid tertua, institusi pendidikan Islam, kubur seorang ulama’ dan pengaruh pemikiran Islam yang berkekalan serta dapat dikesan penggunaannya secara meluas dalam masyarakat (Rahimin Affandi, Ab. Halim & Nur Adina 2014: 13). Berdasarkan kayu ukur tersebut, kubur ulama’ paling awal ditemui di Pahang. Institusi pendidikan Islam juga menjadi tonggak kepada teori perkembangan Islam di sesuatu tempat (Gamal 2010: 46). Semua kawasan yang disebarkan Islam pasti akan wujud aktiviti pendidikan keagamaan. Antara pondok-pondok yang telah ditubuhkan di negeri Pahang ialah pondok di Kampung Pasir Mas, Kuala Lipis yang ditubuhkan oleh Haji Ismail bin Akil dan di Kampung Air Hitam, Pekan yang ditubuhkan oleh Haji Kamaludin bin Othman. Walaubagaimanapun institusi pengajian Islam terawal yang dapat dikesan di Pahang ialah Lubuk Pelang, pada tahun 1640 Hamzah Fansuri telah pergi ke Lubuk Pelang untuk mendalami ilmu Hakikat dan ilmu Tasawuf. Pusat pengajian ini yang bertempat Bukit Ketupat, Jerantut telah menjadi pusat pengajian tumpuan sekitar tahun 1490 hingga 1640 di bidang tasawuf (Abdul Jalil 2014). 2. Pengaruh Hubungan Politik-Intelektual Aceh Dan Alam Melayu Tamadun Islam mempunyai dua jenis bentuk; material dan bukan material. Bentuk bukan material antara lainnya adalah pemikiran intelektual. Keduanya sama penting mengikut 11 proposionnya yang tersendiri. Namun begitu, pengaruh intelektual didapati lebih penting kerana ianya dapat membentuk sikap dan pemikiran masyarakat Islam. Tambahan pula, ia bersifat anjal yang dapat berkembang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Kajian ini mendapati Pahang telah menjadi kawasan Melting Pot, tempat yang menerima pengaruh Islam daripada kawasan luar, khususnya daripada Aceh. Hal ini kemudiannya telah memperkayakan lagi pemikiran Islam di Alam Melayu amnya dan negeri Pahang khususnya. Merujuk kepada peranan Aceh dalam memperjuangkan agenda politik Islam, kita dapat mengenalpasti beberapa perkara utama; Pertama, Aceh adalah kuasa besar Islam yang mampu menghalang perkembangan agama Kristian yang menjadi agenda utama penjajah Portugis. Ia semakin ketara selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis. Pemerintah Aceh dalam paparan sarjana barat digambarkan sebagai kerajaan yang ganas dan suka menumpahkan darah orang barat yang berbeza agama (Hurgronje 1985). Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis. Catatan sejarah Portugis menerangkan bahawa pihak Portugis beberapa kali cuba untuk mengelakkan peperangan secara baik, kerana matlamat mereka adalah untuk menjalankan perdagangan dengan kerajaan lain di Alam Melayu. Mereka juga menggambarkan secara berlebihan berkenaankehebatan tentera Portugis berbanding dengan tentera Aceh. Kerajaan Aceh dikatakan berusaha memonopoli sumber rempah di Alam Melayu dengan menyerang dan memusnahkan ladang lada hitam di kawasan lain. Aceh juga dikatakan suka menyerang kawasan lain untuk memperluaskan kuasa dan diikuti dengan dasar membawa balik tawanan perang ke Aceh untuk dijadikan hamba dan gundik (Smith 2007). Hamba-hamba ini dikatakan dizalimi oleh masyarakat Aceh. Masyarakat Aceh dikatakan mempunyai ramai hamba dan gundik untuk kepentingan pembesar Aceh (Mitrasing 2011). Sarjana barat juga melalui catatan pengembara asing telah menggambarkan Aceh mengamalkan sistem undang-undang hudud yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan (Jajat Burhanudin 2014). Sekiranya Aceh tidak mengambil langkah proaktif ini, besar kemungkinan masyarakat Alam Melayu akan menganggap perkembangan agama Kristian sebagai perkara biasa. Lebih penting lagi penjajah Portugis dicatatkan dalam sejarah sebagai bangsa yang suka menggunakan kaedah kekerasan terhadap masyarakat Islam. Selain itu, mereka juga kerap menggunakan kaedah tipu muslihat dalam penyebaran agama Kristian. Hasil usaha Aceh ini memang terbukti berjaya menghalang perkembangan agama Kristian dan mengekalkan dominasi Islam di Alam Melayu (Tisdall 1916). Setelahdilakukan analisa yang lebih mendalam, ternyata usaha Aceh ini dibuat berasaskan beberapa sebab utama iaitu (Madjid 2012); 1. Serangan dilakukan ke atas negeri lain adalah bertujuan menghukum negeri terbabit yang bersepakat dengan kuasa Portugis. Dakwaan tawanan ditindas adalah tidak benar kerana ramai daripada tawanan perang ini diterima menjadi warga terpenting di Aceh, contohnya Raja Iskandar Thani, Puteri Kamelia dan Tun Seri Lanang. Raja Iskandar Thani asalnya adalah anak raja Pahang yang ditawan dan dilantik menjadi pengganti Raja Iskandar Muda. Begitu juga halnya dengan Puteri Kamelia, tawanan daripada Pahang telah menjadi isteri Raja Iskandar Muda yang sah. Beliau kemudiannya bertanggungjawab menjadi penasihat di istana yang membentuk badan mesyuarat negara bagi mendengar masalah masyarakat awam. Kepentingannya terbukti dalam Hadis Maja yang digunakan di Aceh, suatu formula tentang bagaimana pemerintahan negara perlu dilakukan. Masyarakat Aceh menjadi masyarakat kosmopolitan dan sehingga kini kesannya masih dapat dilihat. 12 2. Strategi Politik Membesan yang diamalkan oleh Aceh dapat memastikan kuasa politik Alam Melayu dapat dijalankan dalam bentuk yang sistematik sesuai dengan realiti Alam Melayu. Strategi Politik Membesan yang diamalkan oleh kerajaan Aceh penuh hikmah dalam membentuk kekeluargaan yang berasaskan semangat ukhuwah Islam. Apa yang dilakukan melalui taktik ini adalah Aceh berusaha mengahwinkan raja dan keturunan raja daripada Pahang, Kedah dan Perak; sebagai kaedah untuk merapatkan hubungan atas dasar ukhuwah Islam dengan keluarga diraja negeri-negeri Melayu. Bukan hanya hubungan terjalin, malah taktik ini juga bakal meraih simpati dan sokongan daripada masyarakat awam yang sememangnya bergantung kepada keluarga diraja terbabit. Di Alam Melayu, taktik penyebaran Islam berjaya dilakukan melalui institusi perkahwinan. Ia lebih bersifat alami kerana perkahwinan akan mewujudkan dan menggabungkan dua keluarga besar yang berbeza untuk tujuan yang lebih besar, meninggikan agama Islam. Kedua, Aceh mewujudkan jalinan ukhuwah Islam sesama umat Islam Alam Melayu. Ia seperti menyediakan tapak yang kondusif untuk perkembangan Islam. Usaha Aceh memerangi kuasa penjajah Portugis dan merapatkan hubungan dengan negeri Melayu telah berjaya mewujudkan ikatan persaudaraan Melayu Islam (the Allied Malay Nationalism) berasaskan hubungan antara kerajaan Aceh, Minangkabau, Tanah Melayu dan Banjarmasin. Walaupun kesemua lokasi ini agak besar dan jauh tetapi usaha ke arah mewujudkan perpaduan ini sentiasa dilakukan (Madjid 2012). Usaha Aceh ini dianggap seperti pagar yang menjaga kawasan ummah Islam daripada pencerobohan kuasa kafir. Hal ini turut didokong dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di antara kerajaan Melayu dan lebih penting lagi ianya menjadi alat terpenting bagi perkembangan keilmuaan dan intelektual Islam pada abad ke 17 (Amirul 2004). Ketiga, Aceh mempunyai hubungan yang kuat dengan kerajaan Ottoman, menjadi pembantu melawan kuasa penjajah dan bertindak sebagai penaung kepada kapal yang membawa jemaah haji Alam Melayu (Ermy Azziaty 2014). Hasilnya, seperti mana dijelaskan dalam catatan Abdullah Munsyi, keadaan kapal jemaah haji Alam Melayu yang dahulunya penuh dengan kesulitan telah menjadi semakin baik dan terjamin (Abdullah Munsyi 1981: 94). Dasar hubungan Aceh-Ottoman ini menyumbang kepada kewujudan masyarakat jawi di Haramayn (ulamak dan pelajar Melayu yang mendalami dan menyebarkan ajaran Islam (Azyurmardi 2015). Masyarakat jawi ini kemudiannya menyumbang kepada wujudnya jalinan intelektual antara Alam Melayu dengan Haramyn. Ia secara langsung telah mempercepatkan pemerkasaan world-view dan keilmuaan Islam di Alam Melayu dalam bentuk yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Hubungan Aceh-Turki ini antara lainnya berjaya menggerunkan kuasa penjajah barat daripada menzalimi umat Islam di Alam Melayu. Terdapat beberapa fakta yang boleh membuktikan realiti ini, antaranya; 1. Setiausaha general Portugis di Goa, Jorge De Lemos pada tahun 1585 melaporkan kepada pihak Lisbon tentang kebimbangannya terhadap hubungan erat antara Aceh dengan kuasa Ottoman di Lautan Hindi dan Lautan Merah, di mana kapal dagang Aceh dibenarkan untuk memakai bendera Ottoman. Beliau kemudiannya memohon bantuan daripada pihak Lisbon untuk memperkuatkan armada tentera Portugis di sebelah timur (Azyumardi 2004). 2. Pihak Turki telah melantik kaunselor Turki di Alam Melayu. Sehingga tahun 1904, sebanyak 8 orang kaunselor telah dilantik. Ianya berperanan untuk menerima aduan kezaliman dasar penjajah Belanda dan British, mengedarkan mashaf al-Quran rasmi dan menerbitkan karya-karya Islam. Kaunselor ini juga berperanan untuk melaporkan 13 situasi umat Islam Alam Melayu kepada beberapa akhbar berbahasa Arab di Timur Tengah. Antaranya adalah Akhbar Al-Malumat di Istanbul dan Thamarat Al-Funun di Beirut (Kayadibi 2011). Pihak penjajah Belanda dan British sangat tidak menyenangi dasar kuasa Ottoman ini yang mendapat sokongan penuh daripada pelbagai NGO Islam di Alam Melayu (Hurgronje 1994). i. Hubungan Turki - Aceh dan Terhasilnya Usaha Pemerkasaan Keilmuan Islam Hubungan Aceh dan Alam Melayu dengan dunia luar khususnya Timur Tengah banyak memberi manfaat ilmu kepada masyarakat Melayu dan kuasa Ottoman telah menjadi penaung kepada Haramayn. Oleh itu, hasil hubungan ini bukan hanya menimbulkan kekuatan politik ketenteraan, bahkan turut menyediakan ruang yang luas untuk perkembangan ilmu-ilmu Islam. Seiringan dengan usaha pengukuhan sistem politik Islam, ia turut menjadi pemangkin yang menekankan kegiatan ilmu dijalankan di kedua benua berbeza. Atas dasar itu, tradisi besar Islam milik sarjana Negeri Atas Angin telah mempengaruhi tradisi kecil milik masyarakat Negeri di Bawah Angin (Laffan 2003) Mengikut perspektif Islam, proses pembangunan sesuatu tradisi ilmu perlu bergantung kepada sumber tradisi (turath) yang menjadi asas terpenting. Tradisi ini kemudiannya perlu berinteraksi dengan realiti tempatan mengikut zaman; realiti Alam Melayu sehingga mewujudkan tradisi ilmu baru; Manhaj Islam Alam Melayu. Di sini terletak keunggulan Islam, bila mana sifat ummah Islam sangat dinamik dan sentiasa terbuka dengan perubahan yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Ini bermakna ummah Islam memang melalui elemen kesinambungan dan perubahan (continuity dan changing), contohnya seperti mazhab yang telah dominan kerangka metodologinya akan melalui proses pembaharuan (islah) bagi memperkemaskan lagi kewujudannya (Safi 1998: 86-88). Sejarah keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ianya memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua; menarik perhatian orang untuk diikuti, ketiga; mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable) dan keempat; ianya mempunyai mekanisme untuk proses islah memperbaharui idea yang lama tanpa meninggalkan asas tradisi yang penting (Ismail Raji 2000: 51-55). Apa yang jelas, keempat-empat perkara ini memang dimiliki oleh tradisi Islam Alam Melayu, sehingga mendorongnya untuk kekal sehingga sekarang (Amir Mualim 2006). Asas tradisi turath milik warisan Timur Tengah akan sentiasa bertembung dengan pelbagai realiti masalah yang wujud di Alam Melayu. Antaranya seperti masalah bid'ah, budaya feudal sesat yang melanggar asas agama dan sebagainya. Adunan daripada tradisi Timur Tengah dan Alam Melayu kemudiannya melahirkan tradisi dan formula Islam Alam Melayu yang bertepatan dengan realiti budaya tempatan. Maknanya, hubungan Aceh – Turki ini telah mewujudkan asas, budaya dan kesedaran ilmu yang kemudiannya melahirkan beberapa perkara; Pertama, menyedarkan masyarakat Islam Alam Melayu bahawa semangat perpaduan Islam (konsep ummah) bukannya teori semata-mata tetapi ia kenyataan yang boleh digunakan untuk kepentingan ummah Islam sedunia. Ia menuntut keprihatinan dan kewaspadaan semua ummah Islam di atas nasib mereka. Kedua, menyedarkan umat Islam tentang kepentingan dan praktikaliti konsep jihad (ketenteraan dan intelektual) di dalam memperjuangkan identiti Islam. Apa yang jelas, konsep jihad ini telah tersebar luas di Alam Melayu dan menjadi kaedah ataupun mekanisme utama untuk kegiatan melawan kuasa kafir. Ia bukanlah teori baru di Alam Melayu tetapi dikesan penggunaannya membabitkan umat Islam dipelbagai lokasi berbeza 14 seperti Aceh, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Palembang, Sumatera dan Pattani (Amnah Saayah 2011). Ketiga, hasil hubungan Aceh dan Turki telah mempelbagaikan keberkesanan institusi haji. Ia telah mewujudkan jalan yang selamat untuk jemaah haji Alam Melayu dan seterusnya melahirkan masyarakat Jawi di Haramayn. Hal ini terbukti dalam lipatan sejarah Alam Melayu apabila; 1. Haji khususnya Masjidil Haram menjadi tempat yang melatih kader ulamak di Alam Melayu. Mereka terlibat melakukan proses transmisi ilmu Islam ke Alam Melayu dalam bentuk kitab agama yang masih dipakai hingga kini (Faudzi Naim 2012). 2. Haji menjadi pemangkin kepada wujudnya semangat jihad fizikal melawan kuasa kafir barat. Kuasa barat (British dan Belanda) maklum bahawa haji meniupkan semangat jihad yang menyebabkan mereka menyekat peluang umat Islam Tanah Melayu dan Indonesia mengerjakan ibadah haji (Mansumoor 2009). 3. Haji menjadi pencetus munculnya semangat nasionalisme membebaskan diri daripada penjajahan kuasa barat di Alam Melayu. Bahkan telah wujud beberapa negeri di Malaysia yang mendapat gelaran Serambi Mekah. Di Alam Melayu, Aceh, Kelantan dan Terengganu di gelar sebagai Serambi Mekah. Gelaran Serambi Mekah ini mempunyai beberapa maksud utama; 1. Tempat ini telah menjadi tempat persiapan awal yang wajib dihadiri oleh pelajar agama yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Mekah (Rahimin Affandi 2003). 2. Terdapat ungkapan yang menyebut bahawa sesiapa yang belajar di tempat ini mutu ilmu, autoritinya dan suasana masyarakatnya sama seperti belajar di Kota Mekah. Maksudnya, bagi sesiapa yang tidak berpeluang belajar di Mekah, sudah memadai andainya mereka berpeluang belajar di kawasan Serambi Mekah ini (Aziz Deraman 2013: 529). 3. Kawasan Serambi Mekah ini terkenal dengan pengamalan budaya Rehlah Ilmiah (Azyumardi 1998: 89-90). Konsep ini menuntut pelajar agama sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan) (Rahimin Affandi, Ruzman & Nor Adina 2011). Justeru, pengamalan budaya Rehlah ilmiah ini secara langsung telah membantu perkembangan ilmu Islam di kawasan Timur Laut dan sekitarnya. 4. Sistem pengajian ilmu Islam telah disusun rapi dengan mengambilkira realiti tempatan wilayah Timur laut. Ianya dibuat secara sentesis bila mana ulama Melayu telah meniru bentuk halaqat pengajian ilmu-ilmu Islam daripada sistem pengajian Masjidil Haram di Mekah yang disesuaikan dengan ciri-ciri tempatan Melayu dari segi bentuk asrama, gaya pakaian dan sebagainya dalam melahirkan sistem pengajian pondok yang lebih berorientasikan tempatan (Md. Sidin 2000: 29-30). Ringkasnya, tindakan ulama Melayu ini didorong dengan prinsip mengakui keabsahan dan menghormati kebudayaan tempatan Melayu dan tidak meniru secara bulat-bulat kesemua unsur-unsur dari Timur tengah. 3. Hubungan Alam Melayu-Haramyn Dan Penetapan Asas Tradisi Keilmuan Islam Di Alam Melayu 15 Hasil kajian terhadap sejumlah besar kitab jawi yang dikenali ramai, kita dapat mengesan beberapa tradisi dan paradigma yang terbentuk di Alam Melayu pada zaman formatif ini. Antaranya; a. Falsafah dan Kefahaman Asas Ia menanamkan kefahaman asas bahawa Islam perlu menggunakan 3 domain utama dalam kehidupan; kognitif (pemikiran), afektif (membentuk sikap) dan psikomoto (kemahiran yang terhasil). Islam harus difahami, diimani dan diamalkan dalam kehidupan. Paling utama, Islam memerlukan peranan kuasa politik untuk tujuan fungsional pelaksanaan hukum Islam dalam kehidupan masyarakat. Buktinya boleh dilihat kepada artifak Batu Bersurat di Terengganu (Rahimun Affandi 2010) yang mencatatkan peranan fungsional kerajaan diperlukan sejak awal di Alam Melayu (Rahimin Affandi, Ruzman & Nor Adina 2011). Islam harus diamalkan berasaskan kepada world-view dan falsafah Islam sejati; 1. Falsafah Tauhid: perbezaan yang jelas di antara Tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah Tuhan dan ianya berbeza daripada makhluk di mana makhluk dalam apa bentuk sekalipun bukannya jelmaan daripada Tuhan yang harus ditakuti. Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah swt yang Maha Berkuasa secara mutlak, di mana kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah swt semata-mata. Perbuatan syirik kepada Allah swt tidak dibenarkan sama sekali, kerana ianya mengakibatkan kezaliman yang amat besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah swt. Perbuatan syirik ini boleh berlaku dalam dua bentuk, samada menyekutukan Allah swt dengan kuasa ketuhanan yang lain ataupun menjadikan manusia dan nafsu sebagai kuasa penentu yang bertaraf seolah- olah seperti Tuhan. Dalam erti kata lain, kedua-dua bentuk syirik ini iaitu syirik jali dan syirik khafi perlu disedari sepenuhnya oleh umat Islam. Matlamat utama daripada pendekatan anti-syirik ini adalah bagi menjuruskan pengabdian insan hanya kepada Allah swt, yang bakal melahirkan manusia yang berjiwa bebas, merdeka dan tidak tunduk kepada manusia dan selainnya yang boleh menggantikan posisi Tuhan. 2. Budaya Ilmu: mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredhaan Allah swt; bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemimpin masyarakat; menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji) tetapi untuk mencapai keredhaan Allah swt. Nikmat pengetahuan akan menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain dan menekankan persoalan akhlak serta disiplin Islam melebihi segala-galanya. 3. Falsafah Rationalistik: menentang keras amalan budaya taqlid iaitu amalan yang menerima pendapat orang lain tanpa usul periksa secara teliti. Amalan ini perlu ditolak sama sekali membabitkan aspek akidah dan syariah. Persoalan akidah dan syariah Islam perlu diterima dengan menggunakan neraca perkiraan akal yang waras dan tidak ada perkara yang bersifat dogmatik yang tidak boleh dipersoalkan oleh akal yang waras. Islam adalah bersifat mesra akal yang sihat serta turut menggalakkan proses mengawal, menajam dan menyuburkan kapasiti akal sehingga ke tahap yang paling maksima melalui proses latihan dan pengamalan budaya ilmu. 4. World Affirmative: (alam sebagai tempat yang berguna) kepada masyarakat Melayu. Ianya telah menjadi asas kepada pembangunan hidup masyarakat yang lebih dinamik. Menurut pendekatan ini, umat Islam perlu menolak semua bentuk ajaran yang menafikan kepentingan hidup dunia seperti mana dipegang oleh ajaran Neo-Platonism, Hindu, Buddha dan Kristian yang menganggap kehidupan dunia ini sebagai kotor dan perlu dijauhkan demi untuk mencapai kejayaan di dalam hidup selepas mati. 16 5. Societal: intelektual Muslim perlu berkhidmat dengan lebih gigih di dalam masyarakat melalui penerapan prinsip societal (mementingkan kehidupan bermasyarakat). Pendekatan ini antara lainnya menekankan kepentingan kehidupan bermasyarakat. 6. Prinsip Wasatiyyah:membawa maksud seimbang dan pertengahan. Lebih khusus lagi, ia bermaksud berada di tempat yang sesuai di antara dua situasi yang bertentangan, selalu mengambil jalan tengah dalam menghadapi situasi yang berlaku dalam kehidupan. Anti tesis ataupun lawan kepada sifat wasatiyyah ini adalah sifat tafrit (melampaui batas) samada terlalu keras atau lembut, rajin atau malas dalam melakukan sesuatu pemahaman dan tindakan. Ianya didorong oleh ketiadaan ilmu yang benar (konsep kehilangan adab) dan terlalu mengikut dorongan nafsu dalam melakukan sesuatu perkara. b. Pergantungan kepada Formula Mazhab Konstruk ilmu perlu bergantung kepada Mazhab Ahl Sunnah Wal Jamaah: 1. Wajib berpegang kepada mazhab ASWJ. Tindakan berpegang kepada mazhab ASWJ ini dilaksanakan bukan secara sewenang-wenangnya (Rahimin Affandi & Noor Naemah 2005). Secara kasar, mazhab merupakan paradigma berfikir mengikut world- view dan kaedah syariah yang diasaskan oleh fuqaha tertentu. Ianya lahir daripada tradisi Islam sendiri dan bukannya berasal daripada pengaruh asing seperti didakwa oleh orientalis barat (De Boer 1994). Ianya merupakan kemuncak dari satu proses pembentukan world-view yang panjang. World-view adalah pandangan dunia, hidup, kepercayaan dan pemikiran yang berfungsi sebagai pemangkin untuk setiap perilaku manusia (Muhammad Abu Bakar 1993). Mengikut Hamid Zarkashi (2004), world-view Islam adalah: visi tentang realiti dan kebenaran, berupa kesatuan pemikiran yang arsitektonik, yang berperanan sebagai asas yang tidak nampak (non-observable) bagi semua perilaku manusia, termasuk aktiviti ilmiah dan teknologi. Antara elemen asas untuk world-view Islam terdiri dari konsep ketuhanan, wahyu dan penciptaannya, psikologi manusia, ilmu, agama, kebebasan, nilai dan kebajikan serta kebahagiaan. Elemen-elemen inilah yang kemudiannya menentukan bentuk perubahan (change), perkembangan (development) dan kemajuan (progress) dalam Islam. Atas dasar itu, berpegang kepada Mazhab Shafi’i bukanlah suatu amalan yang salah, tetapi ianya merupakan formula yang bersifat flexible yang memberikan garis panduan terhadap setiap persoalan yang muncul dalam kehidupan manusia. Faktor perpaduan dan keseragaman diperlukan bagi memastikan wujudnya kestabilan hidup sosio-politik umat Islam. Hal ini bakal memudahkan proses penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam dijalankan (Abdul Halim 1992). Ia juga boleh dikatakan sebagai asas perpaduan umat Melayu sehingga tidak wujudnya perbalahan dan fanatik mazhab yang menimbulkan pertumpahan darah seperti mana berlaku di tempat lain. Sikap pro mazhab ini bukan bermakna perlu terjebak dengan fenomena fanatik mazhab yang boleh menyumbang kepada ketertutupan minda, tetapi perlu berpegang kepada kerangka metodologi (manhaj) usuli sesuatu mazhab yang dilihat terbukti mampu menyelesaikan masalah hukum umat Islam. Kita tidak boleh memandang institusi taqlid ini secara negatif keseluruhannya, kerana hukum Islam mengakui akan wujudnya perubahan. Mengikut perspektif tajdid yang tertanam di dalam hukum Islam itu sendiri, pelbagai perubahan yang diperlukan masih dibolehkan bagi menunjukkan sifat dinamisme syariah apabila berhadapan dengan keperluan masyarakat (Amir Mualim 2006). Maknanya, penerimaan konsep mazhab ini tidak membataskan amalan ijtihad untuk dipraktikkan demi menyelesaikan masalah umat Islam. 17

Description:
Azra Ayumardi (2015). The Significance Of Southeast Asia (The Jawah World) for Global. Islamic Studies: Historical and Comparative Perspectives.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.