5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 POLEMIK MANHAJ AKIDAH ANTARA ASHĀCIRAH DAN HANĀBILAH: SATU TINJAUAN Mustafa Kamal Amat Misra, Kamal Azmi Abd Rahman, & Abd Hadi Awang [email protected], [email protected], [email protected] Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Sejarah perkembangan pemikiran Islam menyaksikan Muctazilah mendominasi landskap pemikiran masyarakat Islam era Abbasiyah selain jumhur ulama’ seperti ahli hadis. Namun keintelektualan tersebut kemudiannya dipelopori oleh Asya’irah setelah ahli hadis (sebahagian Hanabilah) dilihat tidak sesuai berperanan ketika itu kerana kerencaman perbahasan akidah yang memerlukan pengekploitasian akal semaksima mungkin di samping pengintegrasian ilmu kalam dan ilmu tauhid bagi menyaingi aliran lain seperti Syi’ah dan Khawarij (Azmil, 2012). Namun dalam sisi yang lain, dengan mempromosikan manhaj berteraskan al-Quran, hadis dan pandangan salaf al-sālih, sebahagian aliran Hanabilah ini dilihat meletakan ilmu kalam sebagai suatu ilmu yang tidak sesuai untuk diintegrasikan bersama ilmu tauhid dan budaya ini menyemarak rencam pemikiran antara kedua-dua aliran. Buktinya seperti dakwaan terhadap ilmu kalam yang dicemari dengan falsafah seperti kajian Abd Rashid b. Idris berkenaan pemikiran Ibn Taimiyyah terhadap ilmu kalam. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan dengan memilih beberapa isu perbahasan dalam Ilāhīyyāt seperti sifāt Allah, Asmā’ Allah dan Ayat Mutasyābihāt. Justeru, kertas kerja ini akan mengkaji polemik yang berlaku antara manhaj Ashācirah dan manhaj sebahagian Hanābilah dalam menterjemah isu Ilāhīyyat. Kata kunci: polemik manhaj akidah, manhaj Ashācirah, manhaj Hanābilah, 1 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 1.0 PENGENALAN Perbezaan pemikiran yang berlaku di antara dua aliran akidah bertitik tolak daripada perbezaan dalam memahami ayat mutasyabihat dalam al-Quran mahupun hadis. Ia tidak dilihat sebagai suatu isu baru memandangkan perbincangannya sudah mengakar semenjak kurun pertama hijrah. Terdapat sebahagian sejarawan menyatakan konflik pemikiran tersebut berlaku antara Ashacirah dan Ahl al-Hadis dan ada sebahagian yang lain mengatakan konflik antara Ashacirah dan Golongan Musyabbihah al-Mujassimah begitu juga dengan Hanabilah. Dalam konteks isu perbahasan, ia dilihat sebagai suatu perkara yang senantiasa menjadi perdebatan sehingga hari ini. Bahkan sebelum ini ia telah melalui siri perbincangan sehingga melewati usul permasalahan antara dua kumpulan tersebut berdasarkan perspektif sejarah yang dilihat bermula dari kurun ketiga (Ashacirah) sehingga muncul Syeikh Ibn Taimiyah al-Harani 728h). Pemilihan limitasi kajian sehingga kemunculan Syeikh Ibn Taimiyah al-Harani jua dilihat sesuai untuk pengkelasan dan penjenamaan Hanabilah. Ini kerana, era sebelumnya dokongan aliran lebih tepat disebut sebagai ahl al-hadis. Seterusnya kerencaman pemikiran kalam berubah dengan kemunculan peranan Abu Hasan al-Ashcari yang berhijrah dari ideologi muctazilah kepada ideologi yang selamat yang kemudiannya dikenali sebagai manhaj al- Ashcari sebelum dipopularkan dengan jenama sunnah wa al-Jamacah. Ini adalah gambaran penting tentang perbezaan pegangan dan percampuran pemikiran akidah yang berlaku pada kurun tersebut. Manhaj berasal dari perkataan ‘Arab dengan perkataan dasarnya nahaja yang membawa maksud jalan yang jelas dan nyata. Perkataan manhaj juga sama dengan perkataan minhaj yang juga bermaksud jalan yang jelas (al-Ifriqi, t.t: 383). Menurut Ibn Kathīr (1986: 66-67), manhaj bermaksud sunnah. Contoh penggunaan perkataan manhaj dalam al-Qur’an seperti pada surah al-Maidah ayat 48 yang bermaksud, bagi tiap-dap 2 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) sesuatu syariat dan jalan agama yang wajib diikuti oleh masing-masing. Dalam bahasa Inggeris, manhaj diertikan sebagai methodology yang berasal dari gabungan dua perkataan Yunani iaitu methodos yang bererti cara, manakala logos yang bererti ilmu. Gabungan dua perkataan tersebut menjadi ‘methodologi’ yang bermaksud ilmu tentang cara mengadakan penelitian (Koentjaraningrat, 1977: 16). Dalam bahasa Inggeris, methodology adalah tech the set of method used for study or action in particular subject, as in science or education (Longman Dictionary Of Contemporary English, 1981: 681). Dari pengertian bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa definisi manhaj sebagai suatu kaedah jelas yang digariskan untuk diikuti dalam melakukan sesuatu kerja agar sampai kepada matlamat. Manakala dalam bahasa Melayu, kedua-dua istilah, iaitu manhaj dan metode diguna pakai. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan manhaj bermaksud kaedah atau cara dan metode bermaksud cara melakukan sesuatu atau sistem (Noresah Baharom, 2007). Daripada definisi-definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa manhaj atau metode bermaksud satu keadah atau cara yang digunakan untuk sampai kepada tujuan dan matlamat tertentu. Oleh itu, ia merupakan suatu perkara yang amat penting kerana sampai atau tidak kepada matlamat atau tujuan sesuatu itu bergantung kepada kaedah dan caranya. 2.0 PERKEMBANGAN MANHAJ AKIDAH: ANALISIS PERTEMBUNGAN AHL AL-HADIS DAN MUCTAZILAH SERTA KEMUNCULAN ASHACIRAH Umat Islam merentasi dimensi kurun dan siri khilafah yang menjadi kayu ukur kepada kajian sejarah perkembangan tamadun pemikiran. Bermula kurun kedua hijrah yang menyaksikan kepesatan pengajian dan pembinaan manhaj fiqh al-Islam yang dipandu oleh ulama’-ulama’ fiqh seperti Imām Abū Hanīfah, Imām Mālik, Imām Syāfīce dan Imām Ahmad bin Hanbal. Kurun ketiga hijrah pula memperlihatkan kepesatan ilmu 3 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 hadis yang dipandu oleh ulama’ bermanhaj ahli hadis seperti Sufiyan al-Thauri dan Imam Ahmad bin Hanbal. Berlatarbelakangkan pemerintahan Abbasiyah yang meraikan manhaj aliran muctazilah berbanding manhaj aliran-aliran lain, kerencaman pemikiran antara ahli hadis dan Muctazilah meruncing sehingga tercetus fitnah terhadap pendokong manhaj ahli hadis seperti pemenjaraan Imam Ahmad bin Hanbal. Dalam konteks ahl al-hadis dan hanabilah, Imam Ahmad bin Hanbal terus menjadi figur dalam kalangan pengikutnya dan ini membentuk manhaj khas yang berpaksikan pegangan ahli hadis dan dinisbahkan kepada beliau dengan nama hanabilah. Namun ketika itu, golongan ini dilihat kurang keterampil kerana keterbatasan metode dalam menggarap permasalahan semasa dan menyebabkan muctazilah terus mendominasi pemikiran umat Islam di samping gagal beradaptasi dengan peredaran zaman Sejarah merakamkan tekanan yang dikenakan oleh pihak kerajaan (Abbasiyyah- aliran muctazilah) terhadap orang Islam yang mendokongi aliran lain dan dalam pemasalahan utama ketika itu iaitu al-Qur’an adalah makhluk (khalq al-Qur’an). Tekanan ini berlarutan melalui tiga fasa pemerintahan pemerintah Abasiyyah yang berfahaman muctazilah iaitu al-Macmun (wafat 218 hijrah), al-Muctasim (wafat 227 hijrah) dan al- Wathiq (wafat 232 hijrah). Perkembangan pengaruh muctazilah didorongi oleh khalifah Daulah Abbasiyyah iaitu al-Macmun (wafat 198 hijrah) dan al-Muctasim Billah (wafat 218 hijrah) yang mewajibkan penerimaan doktrin muctazilah oleh seluruh rakyatnya. Namun pada era al- Mutawakkil (wafat 232 hijrah), muctazilah mula melalui fasa kejatuhannya. Ahli politik, ulama’ dan intelektual dari kalangan mereka dipecat malahan dilarang dari menyebar ilmu kerana dibimbangi doktrin muctazilah akan terus disebar. Pada era khalifah al-Muctadid Billah (wafat 279 hijrah), kejatuhan kegemilangan pengaruh muctazilah makin jelas apabila beliau bertindak lebih radikal dengan mengusir golongan muctazilah dari kota Baghdad. Tidak hanya dengan mengusir, sikap bencinya tehadap golongan muctazilah lebih ketara hingga menganggap doktrin muctazilah adalah 4 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 bidcah. Berpegang pada doktrin Jabariyah, beliau berjaya memusnahkan buku-buku yang menjadi nadi golongan muctazilah, malahan pengarangnya juga dibunuh (Hamzah Harun: 2009). Mihnah bagi pengaruh muctazilah ini dilihat menerusi dua sudut iaitu luaran dan dalaman. Sudut luaran adalah tindakan al-Mutawakkil (wafat 247 hijrah) yang berfahaman Ashacirah dalam merencat ideologi muctazilah daripada terus mendominasi dunia Islam. Kelicikan strategi yang diatur al-Mutawakkil untuk melumpuhkan pengaruh muctazilah dari segi politik dapat dilihat dengan tindakannya yang mengeluarkan penjawat awam dari jabatan dan institusi kerajaan bahkan kelompok rasionalis juga disingkir keluar dari Baghdad. Dari sudut pendidikan pula, Institusi pengajian tinggi yang mengajar doktrin muctazilah diarah tutup. Hanya jurusan tertentu sahaja yang dibenar untuk dibuka seperti kesusasteraan, sains dan falsalah. Manakala ulama’ fiqh mula mendapat tempat dan dilantik menjawat di pelbagai posisi dalam pemerintahan dan pentadbiran (Wan Zailan, 1997: 84-106). Pengkaji berpendapat, tindakan al-Mutawakkil ini adalah suatu tindakan yang sukar diambil bagi seseorang ketua Negara kerana orang Islam yang berfahaman muctazilah ketika itu boleh digambarkan dengan individu-individu yang berautoriti dan berpotensi membawa Negara kepada kemajuan. Sejarah mendapati ketika al-Mutawakkil menaiki takhta, hampir kesemua orang Islam yang terlibat dalam sektor kerajaan seperti pemerintahan, pentadbiran, pendidikan, pusat perubatan dan perdagangan berfahaman Muktazilah. Ini menunjukkan kebanyakan golongan terpelajar, intelek dan kenamaan dalam masyarakat ketika itu lebih memilih konsep pemikiran muctazilah berbanding aliran lain. Selepas aliran Muktazilah melalui mihnah (luaran) pada era al-Mutawakkil, mihnah dari sudut dalaman pula dilihat pada era pemerintah berikutnya iaitu al-Muctadid Billah (wafat 279 hijrah) apabila pertembungan ideologi berlaku sesama pendokong aliran Muktazilah iaitu antara Abu Hasan al-Ashcari (al-Ashcari) dan Abu Ali al-Jubba’i 5 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 (al-Jubba’i) hingga menyebabkan al-Ashcari mengambil keputusan untuk meninggalkan jamacah serta doktrin muctazilahnya di samping menyusun metodologinya tersendiri untuk membuktikan kesilapan doktrin muctazilah (Wan Zailan, 1997: 84-106). Ini menunjukkan secara tidak langsungnya dua mihnah yang dilalui oleh muctazilah tersebut membantu kepada kemunculan Ashacirah. Mudahnya, keberadaan muctazilah dalam pentas kerencaman pemikiran akidah menjadi penanda aras perubahan landskap pemikiran umat Islam kepada pemikiran yang dibawa Imam Abu Hasan al-Ashcari dan dikemas kini tokoh-tokoh selepasnya seperti al-Baghdadi dan al-Baqillani yang kemudiannya digelar dengan gelarang Ashacirah. Abu Hasan al-Ashcari mengambil langkah wasatiyah memurni aliran logikal muctazilah dan konsdtektual Hanabilah hingga melahirkan satu corak pemikiran sederhana di samping metodologi tersendiri dengan keselarian antara akal, al-Qur’an dan hadith. 3.0 PERKEMBANGAN ASHACIRAH DAN PENJENAMAAN AHLI SUNNAH WA AL-JAMACAH Fasa pertama pertumbuhan aliran Ashacirah boleh ditelusuri bermula era pemerintahan al- Muctadid Billah menjadi khalifah, pihak yang sefahaman dengan al-Ashcari mula mendapat kemenangan tempat dalam kalangan masyarakat. Tindakan al-Ashcari meninggalkan muctazilah mendapat sokongan dari para ulama’ fiqh, tokoh ilmu kalam dan masyarakat ketika itu. Bahkan nama dan ketokohan beliau mula menjadi sebutan selain mendapat sanjungan dan sokongan dari pihak pemerintah (Wan Zailan, 1997: 84- 106). Fasa kedua faktor perkembangan aliran al-Ashacirah memperlihatkan penerimaan konsep pemikiran al-Ashcari oleh masyarakat dengan mudah. Ini kerana dalam banyak sudut perbincangan permasalahan, metodologi yang digunakan oleh al-Ashcari lebih mudah difahami oleh masyarakat awam berbanding metodologi muctazilah yang sering menimbulkan corak perbincangan berbaur falsafah dan sesetengah permasalahan yang 6 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 lain (Harun Nasution: 66) bahkan ideologi muctazilah dilihat hampir kepada konsep pemikiran Syiah (Wan Zailan, 1997: 84-106). Fasa ketiga menunjukkan peranan kebangkitan golongan Turki Saljuq yang berkuasa di Iran dan Baghdad serta penerimaan mereka terhadap kekuasaan Abbasiyyah turut menjadi faktor kepada perkembangan dan penyebaran aliran al-Ashacirah (Wan Zailan, 1997: 84-106). Selama 250 tahun, gelombang pemikiran Islam mengalami perubahan besar dengan menyaksikan perjuangan untuk menempati hati Muslimin dan menyebarluaskan fahaman masing-masing antara aliran rasionalisme (muctazilah) dengan aliran ortodoks (Sunni) hinggalah al-Ashcari mendirikan mazhab kalamnya sendiri. Menurut Ibn `Asakir, al-Ashcari merupakan tokoh ilmu kalam yang pertama (mutakallim bi-lisan) yang berhujah dengan aliran muctazilah dan rasionalis (Syed Ameer Ali: 444). 3.1 Penjenamaan Ahli Sunnah Wa al-Jamacah Kemunculan Ahli Sunnah wa al-Jamacah tidak dapat ditentukan secara tepat. Begitu juga dengan tokoh yang mula-mula memperkenalkan Ahli Sunnah wa al-Jamacah (Abdul Shukor, 1998:14). Walaupun peringkat awalnya, penggunaan istilah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamacah bukanlah suatu yang rasmi atau fenomena. Buktinya Ia tidak dikenali walaupun pada era pemerintahan Bani Umaiyyah dan awal zaman Bani `Abbasiyyah. Namun menurut al-Syahrastani, istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah hanya timbul setelah berlaku gelombang pemikiran kalam apabila Abu al Hasan al-Ashcari memperhangatkan perbahasan isu-isu kalam setelah masyarakat Islam terlena dengan pemikiran Muctazilah pada era pemerintahan al-Macmun dan al-Muctasim. Ketika itu, jenama aliran yang lebih dikenali adalah al-Sifatiyyah iaitu aliran yang menetapkan sifat- sifat azali bagi Allah dan beransur berubah kepada al-Ashcariyyah saban era (al- Syahrastani: 93). Penjenamaan awal berkaitan Ahli Sunnah Wa al-Jamacah hanyalah al- Sunnah sahaja seperti dalam sebutan al-Ashcari (320) menerusi karyanya al-Maqālāt al- Islāmiyyīn apabila membicarakan pendapat-pendapatnya berkenaan akidah. Contohnya al-Ashcari menyebutkan: 7 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 ‘Ini adalah sebahagian daripada pendapat (qaul) Ashab al-Hadith dan Ahl al- Sunnah’. Begitu juga penamaan al-Sunnah dalam karyanya kitab al-Ibanah ‘An al-Usūl al-Diyānah: ‘Ini adalah pendapat (qaul) Ahl Haq wa al-Sunnah Namun penjelasan mengenai Ahl Sunnah tetap menjadi tajuk kajian. Ia difahami sebagai golongan yang meliputi tiga kumpulan iaitu Ahl al-Hadis, kumpulan yang mendasari dalil-dalil al-samciyah iaitu al-Qur’an, al-Sunnah dan al-Ijmac. Kedua ialah ahl al-Nazar (logik) seperti al-Ashcariah, aliran Hanafi, Imam Abu Hasan al-Ashcari dan Abu Mansur al-Maturidi. Mereka bersepakat dalam menerima prinsip logik (akliah) pada setiap perbahasan yang berdiri di atas kaedah al-Sam’c. Aliran ketiga bagi al-Subki adalah ahli al-Wujdan dan al-Kasyaf iaitu golongan sufi. Prinsip golongan ini seiring dengan prinsip ahli al-Nazr dan al-Hadis pada permulaan dan kasyaf dan ilham pada pengakhiran. Menurut al-‘Allamah al-Syeikh Muhammad al-Isfarāyīnī al-Hanbalī dalam karya Lawāmic al-Anwār al-Bahiah, Ahl al- Sunnah wa al-Jamacah merujuk kepada tiga kumpulan. Pertama al-Athariyah mendokong pemikiran Imam Ahmad bin Hanbal, al-Ash’ariah mendokong pemikiran Abu Hasan al- Asy’ari dan al-Maturidiyah yang membawa pemikiran Abu Mansur al-Maturidi-al) .(73Isfarayini: Al-‘Allamah ‘Abd al-Baqi al-Mawahibi al-Hanbali menyatakan dalam al-‘Ain wa al-Athar Fi ‘Aqa’id Ahl al-Athar , aliran-aliran yang tercakup dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah ialah Asha’irah, Hanabilah dan Maturidiah. Al-‘Allamah ‘Abd Allah bin Audah Sufian al-Qudumi al-Hanbali dalam karyanya al-Manhaj al-Ahmad fi Dar’I al-Mathalib al-Lati Tanmi Li Mazhab al- Imam Ahmad menyatakan: Umat Islam terbentuk kepada 73 kumpulan, menurut sebahagian Ahl al-‘Ilm, mereka bermaksud al-Najiah Ahl al-Hadis yang dinamakan juga dengan Ahl al-Athar yang mendokong pemikiran Imam Ahmad bin Hanbal, al- Asy’ariah dan al-Maturidiah. 8 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 Tuntasnya, walaupun begitu, kedua-dua kenyataan tersebut tidak tertera perkataan al-Jamacah. Namun tokoh selepasnya mula menggunakan istilah al- Jamacah selepas perkataan al-Sunnah seperti al-Baghdadi (304) dalam al-Farq Baina al-Firāq dan al-Syahrastani dalam Milal Wa Nihal (11). Istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah pada awalnya diberikan kepada aliran al-Ashacirah namun telah diperluaskan sehingga merangkumi mazhab fiqh dan lapangan-lapangan ilmu Islam yang lain. Justeru, dari sudut konsep pemikiran dan amalan Ahli Sunnah Wa al- Jamacah, ianya telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Namun, dari sudut penjenamaannya, ia dilihat mula diperkenalkan sekitar perkembangan metodologi al-Ashacirah. 3.2 Ashācirah Aliran al-Ashacirah merupakan satu aliran dalam mazhab akidah Islam iaitu Ahli Sunnah Wa al-Jamacah. Sejarah perkembangan pemikiran Islam menyaksikan penerimaan aliran Ashacirah oleh masyarakat Islam dunia dulu hingga kini. Di samping mempunyai pendirian yang teguh, ulama’ aliran ini juga mempunyai metodologi yang tersusun dalam menentang semua fahaman akidah yang bercelaru dan terpengaruh dengan unsur-unsur pemikiran yang mengelirukan. Istilah Ashacirah umumnya merujuk kepada golongan yang menggunakan metode pendalilan asalnya diasaskan oleh Imam Abu al-Hasan al-Ashcari dan dikemaskini saban era hingga era Imam Sanusi. Namun menurut al-Zuhayli (2009), penggunakan istilah al- Ashacirah adalah bersifat menyeluruh dalam pengamalan al-Ashacirah dan al- Maturidiyyah (Muhammad, 2009). Al-Ashacirah merupakan aliran akidah (ilmu Kalam) yang mendominasi gaya fikir mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamacah. Bahkan penjenamaan Sunnah Wa al-Jamacah dipromosikan oleh tokoh daripada aliran al-Ashacirah iaitu al-Baqillani. Aliran ini 9 5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 muncul dengan pembaharuan yang diusahakan oleh Abu al-Hasan al-Ashcari dengan bertindak mengundur diri daripada tradisi keilmuan Muktazilah yang ketika itu dipimpin oleh Abu Ali al-Jubba’i. Fenomena kemunculan dan perkembangan ideologi al-Ashacirah turut dibantu dengan kemunculan ideologi al-Maturidiyah, suatu gelombang ideologi yang mempertahankan metodologi klasik dengan hujah akal, fiqh dan ahli hadith yang dirintis oleh Abu Mansur Muhammad Ibn Muhammad Ibn Mahmud al-Maturidi (wafat 333 hijrah) yang berpusat di Samarkand dan kawasan berdekatan dengan sungai di Khurasan. Perkembangan kedua-dua aliran ini dilihat saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan beransur-ansur menjadi aliran yang dominan di tanah Arab dalam kekuasaan Bani `Abbasiyyah (khususnya selepas zaman al-Mutawakkil). Kemudiannya, kedua-dua aliran ini sebenarnya mewakili umat Islam dalam merungkai permasalahan yang timbul berkaitan dengan iman dan akidah serta tasawwur Islam dalam skop yang berkaitan dengan kemanusian dan kehidupan. Justeru, ia menyelusuri zaman tanpa tergelincir daripada skop pembudayaan yang dibawa oleh al-Qur’an dan hadith serta mengikuti apa yang diamalkan oleh zaman para sahabat dan salaf. Menurut al-Zuhayli (2009), sebenarnya inilah aliran yang dipegang oleh majoriti umat Islam masa kini. Dari segi fiqh pula, umumnya pendokong aliran al-Ashacirah bermazhab fiqh al- Syafici kerana al-Ashcari selaku pengasasnya juga bermazhab al-Syafici manakala pendokong aliran al-Maturidiyyah adalah bermazhab Hanafi (Ahmad Mahmud Subhi: 187). Tokoh-tokoh awal (ketiga hijrah) yang merupakan tokoh yang pernah hidup dan belajar secara langsung dengan Abu al-Hasan al-Ash‘ari seperti al-Baqillani (Abu Bakr Muhammad al-Tayyib, wafat 403 hijrah). Kurun keempat pula seperti Ibn Furak (Abu Bakr Muhammad Ibn al-Hasan, wafat 406 hijrah) al-Isfarayini (Abu Ishaq Ibrahim Ibn Muhammad, wafat 418 hijrah). Era kurun kelima hijrah pula seperti al-Baghdadi ‘(Abd al-Qahir Ibn Tahir, wafat 429 hijrah), al-Qusyairi (Abu al-Qasim, wafat 460 hijrah), al- Juwayni (Imam al-Haramayn Abu al-Macali ‘Abd al-Malik Ibn ‘Abd Allah, wafat 478 hijrah) dan al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad, wafat 505 hijrah. 10
Description: