ebook img

penguasaan pelajar stam terhadap imbuhan kata bahasa arab muhamad fahmi bin abd jalil ... PDF

27 Pages·2013·0.22 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview penguasaan pelajar stam terhadap imbuhan kata bahasa arab muhamad fahmi bin abd jalil ...

PENGUASAAN PELAJAR STAM TERHADAP IMBUHAN KATA BAHASA ARAB MUHAMAD FAHMI BIN ABD JALIL DISERTASI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2012 PENGUASAAN PELAJAR STAM TERHADAP IMBUHAN KATA BAHASA ARAB MUHAMAD FAHMI BIN ABD JALIL FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2012 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: Muhammad Fahmi bin Abd Jalil (No. K.P/Pasport: U939711) No. Pendaftaran/Matrik: TGA070010 Nama Ijazah: Sarjana Pengajian Bahasa Moden Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): Penguasaan Pelajar STAM Terhadap Imbuhan Kata Bahasa Arab Bidang Penyelidikan: Morfologi Bahasa Arab Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon: Tarikh: 21 Mei 2012 Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi : Tarikh: 21 Mei 2012 Nama: Encik Mat Taib b. Pa Jawatan: Penyelia ABSTRAK Kajian ini merupakan kajian untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar terhadap konsep imbuhan kata dan makna kata berimbuhan bahasa Arab. Perbahasan imbuhan kata bahasa Arab meliputi al-Af‘a:l al-Mazi:daṯ dan al-Istiqa:q. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor berlakunya kelemahan penguasaan pelajar terhadap imbuhan kata dan makna dalam bahasa Arab dan mengenalpasti bahagian- bahagian yang dianggap sukar dikuasai oleh pelajar dan punca kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar. Beberapa langkah penyelesaian yang efektif dalam memahami dan menguasai imbuhan kata dan makna dalam bahasa Arab dicadangkan pada bahagian bab terakhir dalam kajian ini. Sampel kajian adalah terdiri daripada para pelajar yang sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia daripada beberapa sekolah di negeri Perak. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan analisis diskriptif digunakan dalam menganalisis dapatan kajian. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 18.0 dan dapatan kajian akan dilaporkan dengan bantuan graf, rajah dan carta pai. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan pelajar dalam konsep imbuhan kata dan makna kata berimbuhan bahasa Arab masih pada tahap yang lemah dan memerlukan tindakan menyeluruh dalam mengatasi kelemahan yang berlaku. Beberapa faktor yang menyebabkan kelemahan dikenalpasti antaranya ialah sikap dan motivasi pelajar, silibus yang ditawarkan, kurang galakan dan dorongan daripada pihak yang terlibat. Kajian ini juga telah menyingkap dimensi dalam pengajaran dan pembelajaran morfologi bahasa Arab. Semoga dapatan kajian ini mendapat perhatian semua pihak, terutama pihak yang terlibat secara khusus dalam bidang pendidikan supaya bertindak segera demi meningkatkan penguasaan para pelajar terhadap morfologi bahasa Arab dan juga meningkatkan kualiti dan mutu bahasa Arab dalam pendidikan negara. ii ABSTRACT This research is to identify the level of students’ competency towards affixes and the word meaning of the affixed words in Arabic. The debate of affixes in Arabic covers al- Af’a:l al-Mazi:d and al- Istiqa:q. This research also intends to identify the factors that affect low competency of students’ mastering towards of fixes and meanings in Arabic and identifying the hard parts of mastering and the source of difficulties faced by students. Several effective ways or solutions in understanding and mastering affixes and meanings in Arabic are being introduced or proposed in the last chapter of this research. The research participants were selected from students who are undertaking the Malaysian Higher Religious Certificate (STAM) from several schools in Perak state. This research is a quantitative research and descriptive analysis used in analyzing results and findings. Data analysis using SPSS software version 18.0 and the findings are reported with the support of graphs, ilustrations and pie charts. The final result finds that the level of students’ mastering in affixes and the meaning of affixed words in Arabic still in weak position and will be needing full hands on in handling all the weaknesses. Few identified factors that caused the weaknesses are students’ attitude and motivation, syllabus that being offered, and less support and encouragement from the related parties. This research also opens new dimension or exposure in Arabic learning and teaching morphology. Hopefully the findings of this research will attact the attention from all parties, especially those who are directly involved in educational field or department institutions to take immediate action in increasing the students’ mastering level of competency towards Arabic language morphology and also increasing the quality and standard of Arabic language in national education. iii PENGHARGAAN ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ .نَﺎَﻴـَﺒْﻟا ُﻪﻤَﱠﻠﻋَ نَﺎﺴَ ْﻧﻹِا ﻖََﻠﺧَ نَآﺮْﻘُﻟا لَﺰَـْﻧَأ يﺬِﱠﻟا ﷲِ ﺪُﻤَْﳊَْا ... ﻦَﻳﺮِﻫِﺎﱠ ﻄﻟا ﻪِِﻟآو َ ﺪٍﻤﱠَﳏُ ﺎﻨﱢﻴِﺒَﻧوَ ﺎَ ﻧﺪِﱢﻴﺳَ ﻰَ ﻠﻋَ ُﷲا ﻰﱠﻠـ ﺻَ و َ Alhamdulillah, sujud syukur kepada Ilahi dengan rahmat dan kurniaanNya penulis telah dapat menyelesaikan penyelidikan yang bertajuk: “Penguasaan Pelajar STAM Terhadap Imbuhan Kata Bahasa Arab”, dengan sempurna seperti yang telah dirancang. Sepanjang tempoh kajian ini dijalankan penulis telah melalui pelbagai pengalaman yang amat bernilai dan memperolehi ilmu yang sangat berguna. Dalam proses menyiapkan kajian ini juga terlalu banyak bantuan, sokongan, galakan dan kerjasama yang sangat baik daripada pelbagai pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Dengan demikian itu, penulis ingin mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan penulisan penyelidikan ini. Dalam kesempatan ini pertamanya dan yang utama penulis ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia saya Ustaz Mat Taib bin Pa yang sangat banyak membantu penulis menyiapkan penulisan ini. Tanpa bimbingan, panduan, tunjuk ajar, pandangan, nasihat, teguran dan dorongan daripada beliau sudah pasti penulis akan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan kajian ini. Segala ilmu yang dicurahkan sangat tinggi nilainya dan amat berguna kepada penulis sama ada dalam menyiapkan kajian ini dan juga dalam meningkatkan ilmu pengetahuan sebagai ahli akademik yang sentiasa menerokai ilmu terutamanya ilmu bahasa Arab yang amat luas. iv Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Dekan Fakulti Bahasa Dan Linguistik Prof. Dr Zuraidah Mohd Don dan juga para pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM, khususnya Dr Mohd Zaki Abd Rahman, Dr Haji Muhammad Seman, Dr Wan Hassan Wan Mat, Prof Madya Dr Faridah Noor Mohd Nor, Prof. Dr Lohanayahi Baskaran, Dr Jawakhir Mior Jaafar dan Pn Ainun Rozana @ Ainun Mohd Zaid. Segala ilmu yang telah dicurahkan merupakan permata yang amat berharga dan sudah pasti akan digunakan dengan sebaiknya. Penulis juga merakamkan penghargaan terima kasih yang tiada penghujungnya kepada isteri tercinta Noor Mumtazah binti Hashim yang banyak membantu, berkorban, berdoa dan sentiasa prihatin sepanjang menjalankan kajian ini. Penghargaan juga kepada anak yang disayangi Aisyah Mahfuzah binti Muhammad Fahmi yang menjadi penyeri dalam keluarga semoga menjadi anak yang solehah. Penghargaan juga kepada mak dan bapa iaitu Mariana binti Sulaiman dan Abd Jalil bin Ibrahim yang amat berjasa dan banyak menghulurkan pelbagai bantuan, dorongan dan iringan doa sepanjang masa. Tanpa jasa mak dan bapa anakanda tidak akan sampai ke peringkat sekarang. Penghargaan juga kepada mak dan abah, Hajjah Sofiah binti Usman dan Haji Hashim bin Muhammad yang banyak memberikan dorongan, nasihat dan iringan doa sepanjang masa. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pegawai dan staf di Institusi Pengajian Siswazah (IPS) UM, Perpustakaan Utama UM, Perpustakaan Fakulti Bahasa Dan Linguistik UM, Perpustakaan Kolej Islam Darul Ridzuan dan juga Perpustakaan Kolej Universiti Insaniah. Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pengetua sekolah yang terlibat Ustaz Mohd Hatta Bin Hj. Imran pengetua SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Puan Hjh Nooraini Bt. Zainal Abidin penolong kanan pentadbiran Sekolah Raja v Perempuan Ta’ayah, Ustaz Zulkifli Bin Ahmad pengetua Sekolah Menengah Al- Hidayah dan Ustaz Megat Ridzuan Bin Hj. Megat Taib pengetua SABK Maahad Al- Mizan. Penghargaan juga kepada para guru yang mengajar pelajaran morfologi bahasa Arab dan juga para pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang telah memberikan kerjasama dengan baik. Dan tidak lupa juga ucapan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu memberikan idea, maklumat dan pelbagai bantuan antaranya ialah Ustaz Mohamad bin Hussin, Ustaz Kamarul Abrar bin Haji Zakaria dan lain-lain lagi. Jasa anda semua penulis mendoakan: “semoga Allah SWT memberikan ganjaran kebaikan yang berlipat ganda di sisiNya”. Akhir kata, semoga usaha yang kerdil ini mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT dan memohon kepadaNya semoga kajian ini dapat memberi faedah kepada semua dalam usaha meningkatkat martabat bahasa Arab dalam pendidikan negara. رﻮــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــﻣﻷا ﻊــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــﺟﺮﺗ ﷲا ﻰــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــﻟإو Sekian. Wassalam. Muhammad Fahmi Bin Abd Jalil. Kuala Kangsar, Perak. 01 Rejab 1433H. U 22 Mei 2011M. vi KANDUNGAN Halaman PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN i ABSTRAK ii ABSTRACT iii PENGHARGAAN iv KANDUNGAN vii TRANSLITERASI xvi SENARAI SINGKATAN xix SENARAI RAJAH xxi BAB I PENGENALAN 1.0 Pendahuluan. 1 1.1 Penyataan Masalah. 2 1.2 Objektif Kajian. 3 1.3 Soalan Kajian. 4 1.4 Kepentingan Kajian. 5 1.5 Batasan Kajian. 6 1.6 Kajian Terdahulu. 7 1.7 Rangka Kajian. 10 1.8 Kesimpulan. 12 vii BAB II PENGAJIAN (STAM) DAN MORFOLOGI BAHASA ARAB DI SEKOLAH AGAMA PERAK 2.1 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 13 2.1.1 Latar Belakang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 14 2.1.2 Sistem Pensijilan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 15 2.1.3 Sukatan Pelajaran. 16 2.1.4 Buku Teks. 20 2.1.5 Format Pensijilan. 21 2.2 Silibus Pengajian Morfologi Bahasa Arab. 22 2.2.1 Silibus Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). 22 2.2.2 Silibus Morfologi Bahasa Arab dalam Pelajaran Bahasa Arab (KBSM). 29 2.3 Latar Belakang Populasi Kajian. 33 2.3.1 SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah. 33 2.3.2 Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah. 35 2.3.3 Sekolah Menengah Al-Hidayah. 37 2.3.4 SABK Maahad Al-Mizan. 38 viii

Description:
khususnya Dr Mohd Zaki Abd Rahman, Dr Haji Muhammad Seman, Dr Wan Hassan. Wan Mat, Prof . Makna Kata Kerja Tiga Huruf Asal Dengan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.