Pn Lok Yim Pheng NUTP Objektif KKP Di Sekolah Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang bekerja iaitu para guru dan kakitangan sekolah Melindungi orang lain iaitu para pelajar daripada aktiviti mereka yang bekerja (guru dan kakitangan sekolah) Mengadakan persekitaran kerja (pejabat, makmal, bilik darjah, kantin, tandas, asrama, padang dll) yang bersesuaian dengan kehendak psikologi dan fisiologi mereka yang bekerja (guru, kakitangan dan para pelejar) Mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan menyeronokan dengan mengurangkan amalan dan keadaan yang kurang selamat Tingkat kefahaman mengenai KKP (OSH) kepada guru dan bukan guru Meningkatkan tahap kesedaran KKP dikalangan pihak terlibat termasuk; Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), pengurusan sekolah, kakitangan dan guru-guru yang telibat Mengenalpasti hazad dan risiko yang berkaitan Isu dan Cabaran KKP Di Sekolah Berlaku kemalangan-kemalangan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan ke atas pelajar-pelajar dan juga guru-guru di sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga semasa berada di dalam kawasan sekolah. Kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kurang kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) oleh pihak yang terlibat KKP merupakan bukan keutamaan/KPI sekolah. Keutamaan adalah kepada kejayaan akademik. Kekangan/Tiada peruntukan spesifik untuk melaksanakan aktiviti KKP Pihak sekolah juga kurang pendedahan berkaitan KKP Beberapa Kes Kemalangan Yang Berlaku Di Sekolah • Pelajar cedera parah akibat letupan (Berita Harian 20/10/1999) • Murid cedera ditimpa kipas (Utusan Malaysia 18/6/2003) • Pelajar cedera jatuh bangunan (7/8/2003) • 19 orang pelajar cedera akibat paip gas makmal di sekolah meletup (Utusan Malaysia 2/7/2004) • Sejumlah murid dilanggar oleh kereta dalam kawasan sekolah di Kepala Batas, P. Pinang. • Guru mati terjatuh akibat terpijak lantai reput (Utusan Malaysia 12/09/2005) • Murid mati ditimpa tiang gol. KERATAN AKHBAR KEMALANGAN DI KAWASAN SEKOLAH DAN SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM
Description: