ebook img

keberkesanan pendidikan akhlak di sekolah menengah kebangsaan di seremban negeri sembilan PDF

138 Pages·2014·3.38 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview keberkesanan pendidikan akhlak di sekolah menengah kebangsaan di seremban negeri sembilan

KEBERKESANAN PENDIDIKAN AKHLAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN JAMILAH BINTI MOHD NOOR JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2014 KEBERKESANAN PENDIDIKAN AKHLAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN JAMILAH BINTI MOHD NOOR DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA SYARIAH (SECARA PENYELIDIKAN) JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2014 ii UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: JAMILAH BINTI MOHD NOOR (No.K.P): 620322-08-6298 No. Pendaftaran/Matrik: IGA 050064 Nama Ijazah: IJAZAH SARJANA SYARIAH Tajuk Tesis : KEBERKESANAN PENDIDIKAN AKHLAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Bidang Penyelidikan: HUKUM ISLAM DAN MASYARAKAT Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3)Apa-apa penggunaan mana-mana Hasil Kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut danpengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4)Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalamhakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya muladari sekarang adalah tuan punya hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telahmelanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya,saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lainsebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh: Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Tarikh: Nama : Jawatan : iii ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkara-perkara yang berikut iaitu (i) pengetahuan para pelajar yang berkaitan dengan akhlak sebagai salah satu mata pelajaran dalam Pendidikan Islam yang diajar di sekolah (ii)Sikap para pelajar terhadap pelajaran akhlak yang telah dipelajari (iii)Amalan akhlak pelajar dalam membentuk peribadi. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah di Daerah Seremban Negeri Sembilan, iaitu tiga buah sekolah bandar dan tiga buah sekolah luar bandar. Jumlah bilangan responden kajian ini ialah seramai 360 orang yang terdiri daripada 165(45.8%) orang pelajar lelaki dan 195 (54.2%) orang pelajar perempuan. Tumpuan utama kajian adalah pelajar di Tingkatan 1, 2 dan 3. Instrumen utama kajian menggunakan soal selidik di samping kaedah temu bual dan pemerhatian. Instrumen soal selidik mengandungi dua bahagian, Bahagian A : Demografi, bahagian B dan C : mengandungi 62 soalan tentang konstruk Pengetahuan tentang Akhlak, sikap terhadap akhlak dan amalan akhlak pelajar.Kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar dalam memahami akhlak adalah tinggi begitu dengan sikap terhadap akhlak, namun agak rendah untuk tahap amalan akhlak di kalangan mereka. Sebagai kesimpulan, kebanyakan murid memahami bidang akhlakyang terdapat di dalam sukatan pelajaran KBSM dengan baik. Melalui kajian ini juga pengkaji berjaya menilai keberkesanan pendidikan akhlak di sekolah menengah rendah di daerah Seremban berdasarkan sukatan pelajaran akhlak Pendidikan Islam KBSM.Justeru fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kelemahan sukatan pelajaran akhlak sekolah menengah rendah. Oleh yang demikian kajian lanjut perlu dilakukan untuk melihat faktor-faktor lain yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah rendah. iv ABSTRACT The aim of this research is to study the following aspects:i) Students’ ability in understanding the Islamic moral education subject taugh in schools ii) Students’ attitudes towards the Islamic moral education learnt in schools iii) The students practice in moral values. This study was carried out in three urban schools and three rural schools located in the district of Seremban. The total number of respondents was 360 which was made of 165 (45.8%) male students and 195 (54.2%) female students respectively. The research instruments used for this study where the questionnaires, structured interviews and observation. Research shows that many students have knowledge about the principles of good moral values. This study measured Form 1,2 and 3 students’ level of understanding on Islamic Moral education subject. The students’ understanding was measured based on 62 questions which are related to the Islamic Moral education syllabus. Through this study, the researcher will be able to assess the effectiveness of the lower secondary Islamic Moral education syllabus towards the development of good moral values among students and its applications. Major focus in this research is about the knowledge , atitude and practice of Practice Islamic Moral. The applications and its effectiveness can be seen through the analysis of the feedback collected from the research questions. The research finding, conclude that the knowledge and atitude of Islamic Moral among the student are axcellence but the practice of Islamic Moral are decreasefrom the knowledge and atitude. For the conclusion the extra research is needed to find another factorfor the immoral atitude among the student of the lower secondary. v PENGHARGAAN Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,dapat saya menyudahkan penulisan disertasi saya ini dan dapat melalui semua cabaran sepanjang pengajian saya dengan ketabahan diri yang diberikanNya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia saya Profesor Madya Dr Idris Awang dan Profesor Madya Dr Rahimin Affandi Abdul Rahim serta pensyarah-pensyarah di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan di sepanjang pengajian saya di UM.Terima Kasih kepada Akademi Pengajian Islam dan Institut Pengajian Siswazah,UM di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang terlibat dan membenarkan saya membuat kajian di sekolah tersebut,tidak lupa kepada rakan-rakan yang membantu,buat pelajar- pelajar ,terima kasih di atas kerjasama yang diberikan,buat rakan-rakan sepejuangan terima kasih di atas semangat setiakawan kita. Akhir sekali,tidak lupa ucapan penghargaan paling istimewa untuk ahli keluarga tercinta iaitu bonda yang disayangi Hajjah Zabedah Bt Mat Jelah di atas doa restu dan suami tercinta Samijan Bin Maritam terima kasih atas sokongan yang diberikan.Buat anak-anak tersayang Mohd Hafizuddin dan Mohd Anwar Arif,terima kasih atas persefahaman dan kasih sayang yang diberikan.Sesungguhnya kehadiran kamu berdua menguatkan semangat emak. Terima kasih semua,sesungguhnya disertasi ini adalah hasil usaha dan sokongan kita bersama. vi SENARAI JADUAL Halaman Jadual 1.1 : Statistik Kes Juvana 2011 6 Jadual 3.1 : Skala Likert 60 Jadual 3.2 : Tahap Mata Skor 60 Jadual 3.3 : Pengkelasan Skor 61 Jadual 3.4 : Pengkelasan Skor 61 Jadual 3.5 : Jadual interpretasi skor min (Nunnally, 1994) 67 Jadual 4.1 : Pencapaian Pendidikan Islam 70 Jadual 4.2 : Tahap Pengetahuan Akhlak Pelajar 71 Jadual 4.3 : Soalan 28 : Adat hanya satu perkara yang 72 menjadi kebiasaan dilakukan dalam kehidupan seharian Jadual 4.4 : Item 14: sebelum membaca Al-Quran, wajib 72 berwuduk terlebih dahulu Jadual 4.5 : Sikap pelajar terhadap akhlak 73 Jadual 4.6 : Soalan : Ilmu fardhu kifayah wajib dituntut 75 oleh sebahagian masyarakat sahaja. Jadual 4.7 : Wajib bersyukur kepada Allah 75 Jadual 4.8 : Amalan akhlak pelajar 76 Jadual 4.9 : Wajib kita beradab antara sesama ahli keluarga. 77 Jadual 4.10 : Dibenarkan berbual-bual tentang hal dunia 78 ketika berada dalam masjid. Jadual 4.11 : Keberkesanan Pendidikan Akhlak 79 vii SENARAI SINGKATAN AAI Adab dan Akhlak Islam EPRD Education Planning and Reserach Division FPN Falsafah Pendidikan Negara Hal Halaman JPNS Jabatan Pealajar Negeri Sembilan KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KPM Kementerian Pelajaran Malaysia MCKK Malay College Kuala Kangsar P&P Pengajaran dan Pembelajaran PIN Pelan Intergriti Nasional s.a.w. Sallallah ‘alayhi wa salam SPSS Statistical Package For the Social Sciences (SPSS) s.w.t. Subha nahu wa taala t.c. tanpa cetak t.t. tanpa tarikh U.K.M Universiti Kebangsaan Malaysia U.M Universiti Malaya viii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A : Surat Pengesahan Tajuk Disertasi LAMPIRAN B : Surat akuan Menjalankan Penyelidikan LAMPIRAN C : Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan EPRD LAMPIRAN D : Surat Kebenaran JPNS LAMPIRAN E : Borang Soal Selidik LAMPIRAN F : Sukatan Pelajaran KBSM LAMPIRAN G : Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 1, 2, 3 LAMPIRAN H : Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban LAMPIRAN I : Peta Daerah Seremban dan Negeri Sembilan ix TRANSLITERASI x

Description:
mata pelajaran dalam Pendidikan Islam yang diajar di sekolah (ii)Sikap para pelajar terhadap pelajaran . Adab dan Akhlak Islam. EPRD. Education .. Perkataan akhlak sering dikaitkan dengan moral dan etika. Sekiranya kita.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.