ebook img

kajian terhadap surah al-kahfi siti sarah binti izham jabatan al-qur'an dan al-hadith akadem PDF

244 Pages·2013·5.07 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview kajian terhadap surah al-kahfi siti sarah binti izham jabatan al-qur'an dan al-hadith akadem

USLUB METAFORA DALAM AL-QUR’AN: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-KAHFI SITI SARAH BINTI IZHAM JABATAN AL-QUR’AN DAN AL-HADITH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2013 USLUB METAFORA DALAM AL-QUR’AN: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-KAHFI SITI SARAH BINTI IZHAM JABATAN AL-QUR’AN DAN AL-HADITH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2013 USLUB METAFORA DALAM AL-QUR’AN: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-KAHFI SITI SARAH BINTI IZHAM DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN II (SECARA KURSUS DAN PENYELIDIKAN) JABATAN AL-QUR’AN DAN AL-HADITH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2013 ABSTRAK Kajian ini merupakan kajian yang memenuhi madrasah balaghah al-Qur’an iaitu dengan memberi fokus kepada perbahasan mengenai metafora dalam surah al-Kahfi. Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu menjelaskan berkaitan metafora menurut bahasa dan ahli sarjana, mengemukakan elemen-elemen menurut Balaghah Arab yang membentuk metafora dalam al-Qur’an, mengidentifikasikan metafora yang wujud pada setiap penceritaan kisah dalam surah al-Kahfi, mengklasifikasikan ayat-ayat metafora dalam surah al-Kahfi dan seterusnya menganalisis bentuk-bentuk metafora padanya. Dalam usaha mencapai objektif tersebut, kajian ini telah menggunakan metode kualitatif meliputi kajian perpustakaan dan dokumentasi serta sumber-sumber yang berautoriti bagi menerbitkan kefahaman metafora dalam al-Qur’an khususnya surah al-Kahfi. Data- data tersebut dianalisis secara kritikal dengan menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasilnya, kajian ini menemukan dua perkara besar iaitu metafora merujuk al-Qur’an dan metafora yang terdapat dalam surah al-Kahfi. Metafora merujuk al- Qur’an adalah tasybih muakkad, tasybih baligh dan isti’arah. Manakala metafora dalam surah al-Kahfi terbahagia kepada dua iaitu metafora yang terdapat pada kisah- kisah dan metafora yang terdapat pada struktur ayat surah al-Kahfi. Pada kisah-kisah di dalamnya, ditemui tujuh kisah besar dan penyebutan kisah tersebut mengandungi unsur metafora. Manakala pada struktur ayat pula ditemui terdapat enam belas ayat yang menggunakan metafora. ii ABSTRACT This research is based on the Quranic school of balaghah which focus on debates on metaphorical aspects of the Chapter of al-Kahfi. The research was undertaken with the purpose of achieving few objectives namely to explain the metaphorical aspects according to language and scholars’ opinion, to introduce elements according to Arab Balaghah which form the metaphor in the Quran, to identify metaphor which exist in every stories in Chapter al-Kahfi and eventually to analyze its different metaphors. This research has utilized qualitative method in its approach comprising of library research and documentation including from authoritative sources with the purpose of developing understanding on the metaphorical aspects of the Quran, particularly Chapter al-Kahfi. Data were critically analyzed using inductive and deductive methods. As a result, this research managed to identify two major findings namely metaphora with regards to Quran and metaphora inherent in Chapter al- Kahfi. Metaphora with regards to Quran is known as tasybih muakkad, tasybih baligh and isti’arah while metaphora in Chapter al-Kahfi were divided into two namely metaphora in the stories and metaphora found in the structure of the sentences in Chapter al-Kahfi. Seven major stories were found among the stories within the Chapter that inhibit metaphor while within the structure, 16 sentences were found to be metaphorical. iii PENGHARGAAN Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t Rabb sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh penghuni dunia dan juga keatas ahli bait baginda, para sahabat, para tabi’in dan seluruh hamba Allah yang taat dan patuh mengikuti perintah Allah serta seluruh hamba Allah yang taat dan patuh dalam meninggalkan larangan Allah Taala. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat penyelia penulis Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff atas pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit dalam membantu, mengajar seterusnya mendidik penulis sehingga selesainya penulisan kajian ini. Tidak dilupakan juga buat al-Fadhil Dr. Mat Taip Pa ketua Jabatan Bahasa Arab yang banyak membantu, mengajar dan mendidik penulis dalam ilmu balaghah sehingga menerbitkan rasa minat yang mendalam serta kefahaman yang sebenarnya terhadap ilmu tersebut. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat suami Abdul Qayyum M Suhaimi, mak Che Norihan Che Yob, ayah Izham Hashim serta adik-adik yang sentiasa memberi dorongan, nasihat, semangat dan doa yang tidak putus demi kejayaan penulis dalam menyelesaikan kajian ini. Begitu juga, jutaan terima kasih atas pengorbanan yang diberikan kalian dari sudut masa, tenaga dan wang ringgit. iv Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan serta terima kasih buat para pensyarah serta warga Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, staf pejabat pembangunan, staf pejabat pengarah serta staf pejabat ijazah tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Seterusnya ucapan terima kasih penulis buat sahabat-sahabat, senior dan junior yang banyak membantu penulis dalam menyiapkan kajian penulis ini, hanya Allah yang dapat membalasnya. Siti Sarah Binti Izham (IGB100043) No. 22, Jalan Tun Teja 35/12 Seksyen 35, Alam Impian, 40470, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. [email protected] v ISI KANDUNGAN ABSTRAK ii ABSTRACK iii PENGHARGAAN iv ISI KANDUNGAN vi SENARAI GAMBAR RAJAH xi PANDUAN TRANSLITERASI xiii SENARAI KEPENDEKAN xiv GLOSARI xv BAB PENDAHULUAN 1 1. Pendahuluan 1 2. Latar Belakang Kajian 4 3. Permasalahan Kajian 7 4. Objektif kajian 9 5. Kepentingan Kajian 9 6. Pengertian Kajian 10 7. Skop Kajian 12 8. Justifikasi Pemilihan Surah 12 9. Sorotan kepustakaan/Kajian Lepas 14 10. Metodologi Kajian 18 vi BAB 1: KONSEP METAFORA 1.1 Pendahuluan 22 1.2 Pengertian Metafora 23 1.2.1 Bahasa 23 1.2.2 Istilah 25 1.2.3 Perkembangan Skop Metafora 26 1.3 Sejarah Awal Metafora 31 1.4 Struktur Binaan Metafora 33 1.5 Kedudukan Metafora dalam Bahasa Kiasan 35 1.6 Kesimpulan 38 Bab 2: KEDUDUKAN METAFORA DALAM BALAGHAH ARAB 2.1 Pendahuluan 39 2.2 Pengenalan Ilmu Balaghah Arab 40 2.2 Ilmu Bayan 47 2.3 Elemen Yang Membentuk Metafora Dalam Al-Qur’an 51 2.3.1 Tasybih 51 2.3.1.1 Definisi dari sudut bahasa 52 2.3.1.2 Definisi dari sudut istilah 52 2.3.1.3 Stuktur Binaan Tasybih 53 2.3.1.4 Pembahagian Tasybih 55 2.3.1.5 Hubungan Tasybih dengan metafora 62 2.3.2 Isti’arah 63 2.3.2.1 Definisi dari sudut bahasa 64 vii 2.3.2.2 Definisi dari sudut istilah 64 2.3.2.3 Stuktur Binaan Isti’arah 66 2.3.2.4 Pembahagian Isti’arah 67 2.3.2.5 Hubungan Isti’arah dengan metafora 81 2.4 Konsep Metafora Dalam al-Qur’an 82 2.5 Kesimpulan 85 BAB 3: SURAH AL-KAHFI DAN AYAT-AYAT METAFORA 3.1 Pendahuluan 86 3.2 Pengenalan Surah al-Kahfi 87 3.2.1 Penamaan Surah al-Kahfi 87 3.2.2 Sebab Penurunan Surah al-Kahfi 88 3.2.3 Kategori Surah al-Kahfi 90 3.2.4 Munasabat Surah al-Kahfi 91 3.2.5 Tema dan Intisari Surah al-Kahfi 93 3.2.6 Keistimewaan Surah al-Kahfi 94 3.3 Ayat-Ayat Metafora Mengikut Tematik Kisah dalam Surah al-Kahfi 96 3.3.1 Kisah al-Kahfi 98 3.3.2 Kisah Pemilik Kebun 101 3.3.3 Kisah Nabi Musa dan Khidhir a.s 104 3.3.4 Kisah Zulkarnain 106 3.3.5 Kisah Nabi Adam dan Iblis 110 3.3.6 Kisah al-Qur’an dan Kandungannya 113 3.3.7 Kisah keadaan Kiamat dan Neraka 118 viii

Description:
exist in every stories in Chapter al-Kahfi and eventually to analyze its digunakan di dalam kalamullah ini adalah bahasa Arab seperti maksud
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.