ebook img

israfliyyat dalam pengajian tafsir PDF

12 Pages·2012·0.86 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview israfliyyat dalam pengajian tafsir

ISRAFLIYYAT DALAM PENGAJIAN TAFSIR DAN SUNNAH Oleh Ishak Hj. Sulaiman* Abstract Israi'Iiyyat is one ofthe important topics which discusses in the study oftafsir and sunnah. This article isfocussed on its definition, historical issues, standfrom Muslimfaith and its implication in their way oflife. PENDAHULUAN Di dalam Pengajian Tafsir dan Sunnah kita akan menemui satu topik yang menarik dan penting iaitu Israi'Iiyyat. Aspek yang menarik dari Israi'Iiyyat ini ialah mengenai huraian dan perspektifnya yang tersendiri terhadap ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran. Manakala aspek yang penting pula ialah mengenai kesan-kesan Israi'Iiyyat terhadap keilmuan Islam dan kehidupan umat Islam yang bersangkut paut dengan aqidah, syariat, dakwah, politik dan aspek-aspek yang berkaitan dengan syiar Islam sendiri. Kesan-kesan tersebut bukan sahaja di dapati di zaman silam malah dapat dibuktikan terus menjalar sebagai isu-isu kontemporari. Namun tulisan ini hanya menfokuskan isu-isu Israi'Iiyyat dalam pengajian tafsir dan sunnah sahaja. KAJIAN ILMIAH Buat pertama kalinya Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Is lam, Universiti Malaya telah menawarkan pada tahun ini beberapa kursus baru di *Pensyarah di Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 1 JurnalUsuluddin tahap akhir yang pada pengamatan penulis begitu penting dan menjadi tuntutan semasa. Di antara kursus-kursus baru tersebut ialah Al-Quran dan Sains, Hadith dan Isu-isu Semasa dan Israi'liyyat Dalam Tafsir dan Sunnah. Lalu penulis telah diamanahkan oleh Ketua Jabatan1 untuk mengajar kursus Hadith dan Isu-isu Semasa di samping kursus Israi'liyyat Dalam Tafsir dan Sunnah. Pada peringkat awalnya, dua kursus ini agak mencabar akademik penulis sebagai seorang pensyarah baru. Namun setelah melakukan beberapa langkah penyelidikan dan pengajaran, ternyata dua kursus baru ini menimbulkan minat yang begitu mendalam dan tampak keberhasilannya terutama kursus Israi'liyyat Dalam Tafsir dan Sunnah. Pada peringkat awalnya, ada pihak yang berpandangan bahawa kursus Israi'liyyat Dalam Tafsir dan Sunnah ini hanyalah merupakan satu kursus klasik dan berbentuk pengkajian kitab semata-mata. Sebagai buktinya lihat sahaja karya Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi yang berjudulAl-Tafsir wa Al-Mufassirun2 danAl- Israi'liyyatfi al-Tafsir wa al-Hadith,3 Muhammad Muhammad Abu Zahw, Al-Hadith wa al-Muhaddithun,4 Dr. Muhammad b. Muhammad Abu Shahbah, Al-Israi'liyyat wa Al-Mawdu'atfi Kutub al-Tafsir5 dan Dr. 'Abd al-Wahhab 'Abd al-Wahab Fa'eid, al-Dakhilfi Tafsir al-Quran al-Karim} Lima buah karya ini sememangnya mengulas persoalan Israi'liyyat dari aspek sejarah dan bukti-bukti unsur Israi'liyyat dalam tafsir dan sunnah. Namun aspek klasikal ini sebenarnya terus difahami, dipelajari sehinggalah dihayati oleh kebanyakan orang Islam di dalam bentuk aqidah dan ibadah. Israi'liyyat dari sifatnya yang klasikal itu terbukti terus mengikut perubahan zaman apabila pengkajiannya dikontemporarikan oleh sarjana Islam semasa. Dr. Solah al-Khalidi merupakan di antara sarjana Islam yang mengembangkan 'Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith ketika artikel ini ditulis ialah Ustaz Fauzi Deraman. 2Muhammad Hussein al-Dhahabi, Dr., al-Tafsirwaal-Mufassirun, Jil.l, Al-Azhar, t.t. 3Muhammad Hussein al-Dhahabi, Dr., al-Israi'liyyatfi al-Tafsir wa al-Hadith, Maktabah Wahbah, Qaherah, Cet.4, 1990. 4Muhammad Muhammad AbuZahw, al-Hadith waal-Muhaddithun, Misriyyah, t.t. 5Muhammad b. Muhammad Abu Shahbah, Dr.,Al-Israi'liyyat waAl-Mawdu'atfiKutub al- Tafsir, Maktabah al-Sunnah, Cet.4, 1408H. 6'Abd al-Wahab 'Abd al-Wahab Fa'ied, Al-Dakhilfi Tafsiral-Quran al-Karim, Qaherah, 1398H/1978M. Israi'liyyatDalamPengajianTafsirDanSunnah pengkajian Israi'liyyat apabila menghasilkan karya yang bertajuk Israi'liyyat Mu'asirah.1M&l&lui karyanya ini, Israi'liyyat dibuktikan sebagai ideologi moden yang meresapi dan menguasai pelbagai aspek kehidupan manusia terutama umat Is lam. Justeru kajian ini cuba membuktikan bahawa betapa pentingnya mengetahui latarbelakang Israi'liyyat dari aspek klasikal sebelum mengetahui Israi'liyyat dari aspek kontemporari kerana ianya mempunyai perkaitan yang amat rapat. PENGERTIAN Israi'liyyat dari aspek terminologi ialah perkhabaran, periwayatan dan kisah- kisah yang bersumberkan khususnya dari Yahudi atau Nasrani yang telah mewarnai pengkajian tafsir dan sunnah.8 Walaupun begitu, sumber maklumat Israi'liyyat yang utama datangnya dari orang-orang Yahudi berbanding orang-orang Nasrani.9 Dilihat dari sudut bahasa pula, kalimah Israi'liyyat ini sebenarnya dinisbahkan kepada Bani Israil yang bermaksud anak-anak dari keturunan Nabi Ya'qub b. Ishak b. Ibrahim a.s.w, kerana kalimah Israil itu sendiri menunjukkan kepada namanya.10 Dalam perspekif Ilmu Hadith, Israi'liyyat lebih dikenali sebagai "Akhbar Israi'liyyat." Bagi Muhammad Muhammad Abu Zahw, sebarang periwayatan yang diambil daripada Ka'ab al-Ahbar (m.32H.) dan Wahab ibn Munabbih (m.llOH.) adalah merupakan "AkhbarIsrai'liyyat"11 dan bukannya Hadith Nabawi.12 Berhubung dengan persoalan tentang perkaitan Israi'liyyat dengan Yahud atau Yahudi,jelas ianya menunjukkan perkaitan yang rapat kerana kebanyakan maklumat mengenai Israi'liyyat di dapati daripada perawi atau ilmuan yang berbangsa Yahudi walaupun ada yang telah memeluk agama Islam.13 7Solah al-Khalidi, Dr.,Israi'liyyatMu'asirah, Dar 'Ummar, Amman, 1991. "Muhammad Hussein al-Dhahabi, Dr., op.cit, Jil.l, h.165. 9Muhammad b. Muhammad Abu Shahbah, Dr., op.cit., h.12. wIbid. "Lihat Muhammad Muhammad Abu Zahw, op.cit., h.185. "Ibid., Latarbelakang dua orang perawi tersebut akan dihuraikan selepas ini. l3Perawi atau ilmuan berbangsa Yahudi yang banyak menjadi rujukan mengenai Israi'liyyat ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut di dalam topik seterusnya. 3 Jurnal Usuluddin Namun begitu, bagi Dr. Solah al-Khalidi berhubung perkaitan Israi'liyyat dengan Yahudi, temyata beliau mempunyai pandangan yang tersendiri. Bagi beliau, Israi'liyyat adalah lebih umum sifatnya dan tidak semata-mata bersumberkan dari Yahudi. Menurutnya, setiap cerita yang karut-marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan shubhah adalah merupakan Israi'liyyat walaupun bukan bersumberkan dari Yahudi semata-mata.14 Bagi Dr. Solah al-Khalidi, Israi'liyyat bukan semata-mata diwarnai oleh warna Yahudi tetapi turut diwarnai sama oleh warna-warna dari Nasrani, Parisi dan Rumani.15 Di antara hujah-hujah beliau ialah kaum Yahudi merupakan bangsa terawal yang memulakan gerakan pendustaan dan menyebarluaskan kepada bangsa- bangsa lain. Dan bangsa-bangsa tersebut turut serta di dalam gerakan ini dengan menjadi murid kecil kepada guru utama mereka iaitu bangsa Yahudi yang bertopengkan kesyaitanan dalam melakukan propaganda permusuhan terhadap Islam dan umatnya.16 Daripada kepelbagaian pengertian di atas, penulis merumuskan pengertian Israi'liyyat kepada dua dimensi iaitu klasikal (sejarah) dan kontemporari (semasa). Israi'liyyat dari dimensi klasikal ialah merupakan perkhabaran, periwayatan dan kisah-kisah yang bersumberkan khususnya dari Yahudi yang telah mempengaruhi beberapa aspek dalam pengkajian tafsir dan sunnah. Pengertian dari dimensi klasikal ini mengambilkira pandangan Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi, Muhammad Muhammad Abu Zahw dan Dr. Muhammad b. Muhammad Abu Shahbah. Manakala Israi'liyyat dari dimensi kontemporari pula mengikut pandangan Dr. Solah al-Khalidi pula merupakan setiap cerita yang karut-marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan shubhah walaupun bukan bersumberkan dari Yahudi semata-mata. Malahjika ianya bersumberkan dari Nasrani, Parisi dan Rum yangjelas mempunyai persamaan di atas maka ianya layak dikategorikan sebagai Israi'liyyat. Pada hemat penulis dua dimensi pengertian ini boleh diterima pakai secara ilmiah kerana ianya saling lengkap melengkapi (jami' wa mani') berdasarkan perkembangan masa kini. 14Lihat huraiannyadi dalamIsrai'liyyatMu'asirah, h.14. l5Ibid. iflIbid. Berhubung hal ini, beliau terus mengulas lanjut mengenai peranan dan penguasaan Yahudi terhadap umat-umat lain dan membuktikan celaan Al-Quran terhadap pengkhianatan Yahudi ini dengan membawabeberapaayat yang berkaitan seperti S. Al-Baqarah : 75, 79 & 89. Lihat h. 17-44. Israi'liyyatDalam PengajianTafsirDanSunnah PERSEJARAHAN Bagi perbincangan selanjutnya, amat wajar pula diimbau sejarah perkembangan Israi'liyyatkhususnya di dalam kontek pengajian tafsir dan sunnah serta sikap ulama- ulama mengenainya. Sejarah kemasukan dan perkembangan Israi'liyyat dalam pengajian tafsir dan sunnah secara khususnya boleh dikesan dalam beberapa faktor seperti berikut: (i) Realiti kehidupan masyarakat awal Arab yang tidak ramai mempunyai para ilmuan dan ahl al-kitab. Sedangkan pada masa itu masyarakat Yahudi khususnya mempunyai ramai yang berpengetahuan secara umum mengenai kitab Taurat yang turut dikenali sebagai ahl al-kitab. Dan masyarakat awal Arab pada ketika itu ramai di kalangan mereka yang hidup di dalam keadaan badawi (kekampungan) dan ummi (buta huruf). Kedatangan Islam sememangnya merupakan rahmat kepada masyarakat Arab kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri berbangsa Arab. Walaupun baginda sebagai rujukan utama umat Islam, namun masih ada segolongan kecil di kalangan umat Islam pada ketika itu yang merujuk kepada ahl al-kitab ini khususnya mengenai persoalan kawniyyat, qisas al- anbiya' dan ghaibiyyat. Lalu keadaan ini berleluasa sehingga kepada penafsiran ayat-ayat Al-Quran.17 Meskipun begitu masih ramai lagi di kalangan al-sahabah yang tetap / merujuk kepada Nabi s.a.w dalam pelbagai persoalan daripada merujuk kepada ahl al-kitab.18 Golongan seumpama ini dilihat sebagai mereka yang berpegang dengan dalil dari Hadith Nabawi seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud; "Janganlah kamu membenarkan (mempercayai) ahl al-Kitab dan janganlah kamu mendustai mereka, dan kamu katakanlah; kami telah beriman dengan Allah dan apa-apa yang diturunkan kepada kami...">9 17Lihat Muhammad Hussein al-Dhahabi, Dr., op.cit, Jil.l, h.177. Beliau sebenarnya memindahkan pandangan Ibn Khaldun dari Muqaddimahnya berhubung hal ini. lHbid. 19A1-Bukhari,al-Jami'al-Sahih, Juz.9, Beirut, Dar al-Fikr, t.t., h.193 Jurnal Usuluddin (ii) Pada zaman sahabah r.a20 dan tabi'ein21 khususnya di dapati ramai yang merujuk tentang persoalan kisah-kisah dalam Al- Quran kepada individu-individu yang pernah bergelar ahl al-kitab yang telahpun memeluk agama Islam. Di antara mereka ialah Abdullah b. Salam (m.43H),22 Ka'ab al-Ahbar (m.32H.),23 Wahab ibn Munabbih (m.llOH.)24 dan 'Abd al-Malik b. 'Abd al-'Aziz b. 2()Iaitu orang Islam yang sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w serta berimannya dengannya dan mati sebagai seorang Islam. Lihat Ibn Hajar l-'Asqalani, Nuzhah al-Nazrfi Tawdih Nukhbah al-Fikr, Beirut, 1993M, h.109. 21Iaitu orang Islam yang berguru dengan sahabah dan bergaul dengan mereka di samping mendapatkan maklumatdari mereka. LihatMuhammadMuhammadHussein al-Dhahabi, op.cit, Jil.l, h.99. 22Nama penuh beliau ialah Abdullah b. Salam al-Isra'iliy al-Ansary. Beliau menganut Islam ketikahijrah Nabi s.a.w di Madinah. Beliau merupakan salah seorang sahabatyang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai ahli syurga. Beliau dikenali sebagai seorang yang berilmu pengetahuan khususnya yang meliputi ilmu Al-Quran dan ilmuTaurat. Al-Bukhari telah merakamkan tentang kisah pengislamannya di dalam Bab al-Hijrah (lihat Al-Jami'al-Sahih, Jil.5, h.63) dan tentang kedudukannyajuga dirakamkan di dalam Bab Manaqib al-Ansar (lihat Al-Jami' al-Sahih, Jil.5, h.37). Beliau meninggal dunia di Madinah padatahun 43H. LihatIbn Hajar al-'Asqalani, Tahdhib al-Tahdhib, India, 1352H, Jil.5, h.249 dan Ibn Athir, Usdal-GhabahfiMa'rifahal- Sahabah, al-Wahabiyyah, Mesir, Jil.3, h.176. 23Nama penuh beliau ialah Ka'ab b. Mati' al-Himyary. Beliau berbangsa Yahudi yang berasal dari Yaman. Ka'ab dikatakan menganut Islam di zaman pemerintahan Umar al-Khatab. Dari sudutkeilmuan, Ka'ab dianggap sebagai seorang yang berpengetahuan khususnya dari sumber Al-Quran danTaurat. Dari aspek thiqah dan 'adalah, ramai di kalangan ulama' mengakui Ka'ab mempunyai sifat-sifat sedemikian. Sebagai buktinya dikatakan bahawa Ibn 'Abbas dan Abu Hurairah mengambil periwayatan daripada Ka'ab. Begitujuga dengan Imam Muslim, Abu Dawud, Turmudhi dan Nasa'ieturut mengeluarkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ka'ab. Lihat Ibn Hajar al-'Asqalani, op.cit., Jil.8, h.438. 24Namapenuh beliau ialahWahab b. Munabbihb. Syij. Beliau seorang Yahudi yangberasal dari San'a, Yaman. Ayahnyamemeluk agamaIslam di zaman Nabi s.a.w. Dan Wahab dilahirkan di zaman Khalifah Uthman padatahun 34H. Dari sudutkeilmuan, Wahab dikenali sebagai seorang ilmuan yang pernah menghasilkan sebuah kitab yang berkaitan dengan peperangan (al-Maghazi) yang telah diakui oleh Ibn Khalikan (m.681H) sebagai kitab yang berfaedah. Dari aspek keperibadian, ramai dikalangan ulama' yang mengakui kethiqahanWahab. Di antaranyaialah al- Dhahabi, al-'Ajaly, Ibn Hajar al-'Asqalani dan al-Nasa'ie. Al-Bukhary turut meriwayatkan hadith yang menceritakantentang sifat wara' Wahab. LihatIbn Khallikan, Wafayatal-a'yan wa anba'abna'al-zaman, Al-'Amiriyyah, 1299H., Al-Bukhary, op.cit. Jil.l, h.34 danIbn Hajar al- 'Asqalany, op.cit., Jil.ll, h.166. Israi'liyyatDalam PengajianTafsirDanSunnah Juraij (m.l50H @ 159H).25 Persoalan-persoalan yang ditanya kepada mereka dijawab berdasarkan maklumat yang sedia ada khususnya dari sumber rujukan agama mereka yang terdahulu iaitu Taurat. Justeru di kalangan sarjana ada yang mengambil kesempatan untuk menyandarkan sumber-sumber Israi'liyyat hanya kepada mereka sahaja tanpa penelitian yang rapi.26 (iii) Metodologi penulisan tafsir di zaman tabi'ein yang tidak menitikberatkan kepentingan dan kualiti isnad al-Hadith27 yang menjadi sumber rujukan di dalam tafsir bi al-ma'thurntelah menambahkan lagi faktor perkembangan Israi'liyyat. Ramai di kalangan ahli tafsir pada masa itu yang mengabaikan metodologi sanad al-Hadith sehingga corak penafsiran mereka diwarnai dengan unsur-unsur Israi'liyyat. Sebagai buktinya, menurut Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi29 terdapat di antara enam buah kitab tafsir yang jelas mengandungi unsur-unsur Israi'liyyat. Di antaranya ialah TafsirMuhammad bin Jarir al-Tabari yang berjudul, Jami' al-Bayan fi Tafsiral-Quran, Tafsir al-Hafidh Ibn Kathir yang bertajuk, Tafsir al-Quran al-'Azim, Tafsir Muqatil bin Sulaiman, Tafsir al-Tha'labi yang berjudul, Al-Kashfu 'an Bayani Tafsir al-Quran, Tafsir al- Khazin, Lubab al-Ta'wilfi Ma'ani al-Tanzil dan Tafsir al-Sayyid Muhammad Rashid Reda yang bertajuk Tafsir al-Manar. 25Nama penuh beliau seperti yang dinyatakan di atas. Beliau hidup di zaman tabi'ein iaitu di zaman pemerintahan Umayyah dan agama asalnya ialah Nasrani dari bangsa Rum. Beliau dilahirkan pada tahun 80H dan meninggal pada tahun 150H atau 159H (terdapat pertentangan pendapat di kalangan ulama'). Beliau dikatakan sebagai orang terawal menulis kitab di Hijaz. Dari sudut keperibadian terdapat dua pandangan yang berbeza. Ada yang berpendapat beliau seorang yang thiqah dan ada yang berpendapat beliau seorang yang da'if. Ramai di kalangan ulama' yang meragui periwayatan sehingga ada yang mengkategorikan sebagai tadlis kerana kecuaiannya di dalam menjaga kesahihan sanad hadith. Lihat Ibn Hajar al-'Asqalani, op.cit Jil.6, h.402. 26LihatMuhammad Hussein al-Dhahabi,Israi'liyyatfial-Tafsirwaal-Hadith, Qaherah, h.156. 27Iaitu penjelasan tentangjalan rangkaian perawi yang menyampaikan kepada (teks) matn al- Hadith Nabi s.a.w. Lihat al-Khatib, 'Ajaj, Usulal-Hadith waMustalahuhu, Beirut, 1975, h.32. 28Iaitu penafsiran atau keterangan Al-Quran melalui ayatAl-Quran yang lain atau melalui Hadith Nabawi, pandangan sahabat atau pandangan tabi'ein. Lihat Muhammad Hussein al-Dhahabi, op.cit, Jil.l, h.152. 29Muhammad Hussein al-Dhahabi, op.cit. JurnalUsuluddin BEBERAPA CONTOH PENAFSIRAN ISRAI'LIYYAT Sebenarnya terdapat banyak contoh unsur-unsur penafsiran Israi'liyyat dalam kitab-kitab tafsir khususnya dari kitab-kitab yang telah disebutkan di atas. Namun tulisan ini memaparkan beberapa contoh penafsiran Israi'liyyat yang mewakili empat buah kitab tafsir seperti berikut: (i) Contoh Israi'liyyat dalam Tafsir Muhammad bin Jarir al-Tabari yang berjudul, Jami' al-Bayanfi Tafsir al-Quran; Di antara contoh Israi'liyyat yang terdapat di dalam tafsir ini ialah dalam mentafsirkan firman Allah s.w.t ayat 94 dari Surah al-Kahfi yang bermaksud; "mereka berkata: wahai Zul-Qarnain, sesungguhnya Ya'juj wa Ma'juj itu membuat kerosakan di muka bumi". Bagi pentafsiran ayat ini, al-Tabari telah membawakan beberapa sumber sanad yang di antaranya diambil dari ahli kitab yang tidak disebut perawinya tetapi telah memeluk agama Islam dan mempunyai cerita yang diwarisi mengenai pengenalan diri Zul-Qarnain. Menurut sanad ini, bahawa Zul-Qarnain adalah seorang lelaki yang berbangsa Mesir dan bernamaMarzibabin Mardabah al-Yunani dari anak Yunan bin Yapis bin Nuh.30 (ii) Contoh Israi'liyyat dalam Tafsir al-Hafidh Ibn Kathir yang bertajuk, Tafsir al-Quran al-'Azim; Di dalam tafsirnya, Ibn Kathir sebenarnya seorang yang cukup teliti mengenai unsur Israi'liyyat. Beliau kerap memberi komentar terhadap sanad-sanad yang berunsurkan Israi'liyyat. Walaupun begitu, terdapatjuga keadaan di mana beliau mendiamkan diri dari memberi komentar terhadap unsur Israi'liyyat di dalam tafsirannya. Sebagai satu bukti ketika beliau mentafsirkan firman Allah swt dalam ayat 20 surah Taha yang bermaksud; "Maka dia (Musa) pun mencampakkan (tongkat) maka tiba-tiba ia bertukar menjadi seekor ularyang berjalan". Berhubung hal ini, Ibn Kathir membawakan riwayat dari Wahab bin Munabbih yang menceritakan secara terperinci tentang keadaan ular itu. Di antaranya ular itu digambarkan telah menelan seekor unta dan menumbangkan sebatang pokok yang besar. Kedua-dua matanya menyala seperti api, rambutnya seperti lembing dan sebagainya mengenai kehebatan ular itu.31 "'LihatMuhammadbin Jariral-Tabari,Jami'al-Bayanfi Tafsiral-Quran, Daral-Kutub, Beirut, 1992, Jil.8, h.208. 3!LihatIbn Kathir, Tafsiral-Quran al-'Azim, Jil.3, h.245. Israi'liyyatDalamPengajianTafsirDanSunnah (iii) Contoh Israiliyyat dalam Tafsir al-Khazin, Lubab al-Ta'wilfi Ma'ani al- Tanzil; Di antara contoh Israi'liyyat yang terdapat di dalam tafsir ini ialah berhubung dengan ayat 57 Surah Al-Baqarah yang bermaksud; "Dan Kami naungi kamu dengan awan dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baikyang telah Kami berikan kepadamu". Berhubung hal ini Al-Khazin telah membawakan beberapa sanad tanpa memberi sebarang komentar dan kritikan. Beliau membawakan pandangan Wahab ibn Munabbih yang menyatakan al-Manna merupakan sejenis roti yang nipis. Dikatakanjugaal-Manna merupakan sejenis madu yang diturunkan dari langit. Dari riwayat Said ibn Zaid yang menyebutbahawa Nabi s.a.w pernah menyatakan bahawa al-Manna merupakan tumbuhan ciptaan Allah s.w.t yang ditumbuhkan tanpa usaha ihktiar manusia dan cecairnya pula boleh menjadi penyembuh kepada penyakit mata.32 (iv) Contoh Israiliyyat dalam Tafsir al-Sayyid Muhammad Rashid Reda yang bertajuk Tafsir al-Manar Di dalam tafsirnya, Muhammad Rashid Rida begitu keras menolak cerita-cerita periwayatan Israi'liyyat dan begitujuga dengan perawi-perawinya. Sebagai buktinya dibawakan satu contoh tentang kaedah Muhammad Rashid Rida menolak penafsiran Israiliyyat seperti di dalam ayat yang berkaitan dengan kisah Nabi Nuh dan pembinaan bahteranya. Menurut beliau, apa yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir berhubung hal ini tidak boleh dipercayai dan bukan merupakan sesuatu yang marfu' kepada Nabi s.a.w dengan sanad yang sahih ataupun hasan. Tambah beliau lagi, riwayat tentang bahtera Nabi Nuh a.s dari segi panjang, lebar, tinggi, bahagian dan isinya adalah merupakan riwayat yang khurafat dan batil seperti yang diambil dari AH bin Zaid bin Jad'an.33 SIKAP DAN PENDIRIAN Setelah mengetahui tentang sejarah kedudukan Israi'liyyat dalam pengajian tafsir khususnya yang berkait rapat pula dengan sanad al-Hadith, maka wajar pula melihat tentang sikap dan pendirian yang sepatutnya dizahirkan berhubung dengan Israi'liyyat ini. Secara umumnya ulama' telah menetapkan tiga asas pendirian yang 32Lihat Al-Khazin, Lubab al-Ta'wilfiMa'anial-Tanzil, Dar al-Fikr, 1979M, Jil.2, h.63. 33Lihat al-Sayyid Muhammad RashidReda, Tafsiral-Manar, Mesir, 1375H, Jil.12, h.104 JurnalUsuluddin penting berhubung persoalan ini seperti berikut :34 (i) Mengakui kebenaran dari sumber-sumber Israi'liyyat ini sekiranyajelas tidak wujud sebarang percanggahan dengan sumber utama dari Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih. Sebagai satu contoh ialah di dalam menentukan nama sahabat Nabi Musa a.s seperti yang terdapat di dalam Surah al-Kahfi itu ialah seorang hamba Al lah yang bemama Khidir. Berhubung hal ini terdapat persamaan di antara sumber dari Israi'liyyat dengan sumber hadith Nabi s.a.w khususnya seperti yang terdapat di dalam Sahih Bukhari.35 (ii) Menolak pendustaan dari sumber-sumber Israi'liyyat ini sekiranyajelas wujudnyapercanggahan dan pertentangannyadengan sumber utama dari Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih. Beberapa contoh yang berkaitan telah dihuraian dalam topik yang sebe- lumnya. (iii) Mendiamkan diri sebagai satu pendirian apabila tiadanya ciri-ciri kebenaran dan pendustaan malah wujud kesamaran dari sumber-sumber Israi'liyyat ini. Menurut Dr. Muhammad Hussein al- Dhahabi, di antara contoh-contoh yang berhubung dengan hal ini ialah menentukan nama-nama pemuda di dalam cerita al-Kahfi, warna anjing di dalam kisah itu, jenis pokok atau kayu yang menjadi tongkat Nabi Musa a.s, nama burung yang telah dihidupkan oleh Allah s.w.t menerusi mukjizat Nabi Ibrahim a.s dan yang seumpama dengannya.36 Jenis cerita yang seumpama ini seme- mangnya tidak diperincikan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan ianyajelas menunjukkan tiadanya pula faedah yang terpenting bagi umat Islam untuk mengetahuinya keranatidak bersangkutan dengan taklif yang berhubung dengan urusan agama dan dunia. KESAN-KESAN TERHADAP PENGAJIAN Perkembangan penulisan tafsir yang berunsurkan Israi'liyyat khususnya di zaman tabi'ein ini telah menghasilkan beberapa kesan yang utama di dalam MLihatMuhammad Hussein al-Dhahabi, Dr.,op.cit. h. 179 dan Solan al-Khalidi, Dr., op.cit, h.47 "Lihat al-Bukhari, op.cit, Jil.8, h.297. MMuhammad Hussein al-Dhahabi, Dr., op.cit. h. 180. 10

Description:
dalam Al-Quran. Manakala aspek yang penting pula ialah mengenai kesan-kesan. Israi'Iiyyat terhadap keilmuan Islam dan kehidupan umat Islam yang bersangkut paut dengan aqidah, syariat, dakwah, politik dan aspek-aspek yang berkaitan dengan syiar. Islam sendiri. Kesan-kesan tersebut bukan
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.