ebook img

Elektrik dan Elektronik PDF

66 Pages·2014·2.49 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Elektrik dan Elektronik

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah benar pada masa ia dicetak dan Universiti berhak membuat apa-apa pindaan mengikut keperluan. Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, cetakan, rakaman, visual atau cara lain mana-mana bahagian isi kandungan proforma ini sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pusat Pembangunan Akademik dan Latihan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Ogos 2014 Kandungan Aluan Naib Canselor 1 Aluan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 2 Aluan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 3 Visi 4 Misi 4 Falsafah Pendidikan Universiti 4 Logo Universiti 4 Lembaga Pengarah Universiti 5 Pegawai Eksekutif 6 Ahli Senat 7 Profesor Adjung Fakulti 9 Profesor Pelawat Fakulti 9 Pemeriksa Luar Fakulti 9 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 10 Direktori Staf 11 Kurikulum Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik ) dengan Kepujian 22 Sinopsis Kursus 25 3 Aluan Naib Canselor Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mencatatkan beberapa perkara sebagai ingatan dan panduan kepada pembaca-pembaca naskah ini khususnya kepada pelajar- pelajar baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mendaftar untuk Sesi Akademik 2014/2015 ini. Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu dan terima kasih juga di atas kepercayaan saudara/i memilih untuk bersama UTHM bagi saudara/i meneruskan kesinambungan usaha pencarian ilmu demi kejayaan di dalam berkerjaya dan kesejahteraan kehidupan akan datang saudara/i. Justeru itu, gunakanlah peluang dan ruang yang telah dan akan UTHM ‘hidangkan’ sepanjang saudara/i menjadi mahasiswa/i UTHM. Pimpinan UTHM juga yakin, semua tindak balas saudara/i ini adalah demi keazaman dan tekad untuk mendapatkan segulung ijazah dan ‘segunung ilmu’ di atas kepentingan dan kesinambungan diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara. Untuk pengetahuan saudara/i dan pembaca-pembaca naskah ini, barisan kepimpinan Universiti sentiasa berusaha mencari dan merancang pendekatan-pendekatan dan alternatif-alternatif yang ternyata efektif dan efisien bagi menjadikan UTHM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang tersohor di peringkat nasional dan antarabangsa. Kecemerlangan yang dicapai ini bukan sahaja kerana kekuatan sistem akademiknya malahan juga kekuatan kepada graduan yang berjaya dihasilkan di mana graduan-graduan ini ternyata berupaya memenuhi kehendak industri serta berupaya mencipta permintaan. Sebagai Naib Canselor, saya memberikan penuh keyakinan bahawa UTHM kini telah bersedia di dalam fasa ke-dua Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara di mana UTHM kini telah berupaya menonjolkan kekuatan spesifiknya berbanding Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Akhir sekali, saya menaruh kepercayaan bahawa saudara/i akan menjadi warga Universiti yang berjaya meneruskan tradisi kecemerlangan Universiti dan apabila saudara/i bergraduan nanti saudara/i akan menjadi ahli masyarakat yang bukan sahaja mampu mengaplikasi ilmu-ilmu yang dipelajari malahan mampu menyumbang jasa dan kepakaran demi kepentingan dan keperluan Negara. “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” Yang benar, PROFESOR DATO’ DR. MOHD NOH DALIMIN Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Aluan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada saudara/i pelajar baharu yang telah berjaya dipilih melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi sesi 2014/2015 ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik yang telah berjaya menerbitkan proforma yang akan menjadi panduan kepada pelajar untuk membuat perancangan pembelajaran bermula dari semester pertama hingga tamat pengajian di Universiti ini. Perancangan yang teliti dan dilaksanakan secara berkesan pada setiap semester serta persediaan awal pelajar sebelum menghadiri kuliah adalah amat penting untuk memastikan kesediaan proses pembelajaran. Disamping itu, persediaan untuk program kokurikulum juga adalah penting untuk dimanfaatkan dan membantu dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan sosial pelajar. Saya berharap penerbitan proforma ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh saudara/i dalam merancang pembelajaran di Universiti ini dan mampu memperolehi keputusan yang terbaik serta mencapai kejayaan yang cemerlang. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya dan mendoakan agar saudara/i memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pengajian di Universiti ini dan seterusnya dapat menyumbang ke arah penyediaan modal insan yang akan menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan Negara. Sekian, terima kasih. Profesor Dr. Hashim bin Saim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 1 Aluan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Sebagai wadah pembuka bicara saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada saudara/i sebagai ahli baru di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM bagi sesi akademik 2014/2015. Saudara/i merupakan insan terpilih dalam kalangan begitu ramai calon yang telah mengemukakan permohonan untuk memasuki Universiti. Hakikatnya saudara/i sudah pun bergelar siswa/i Universiti ini berbanding dengan ramai lagi rakan lain yang masih mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian. Oleh itu, saudara/i harus bersyukur dan penuh insaf bahawa perkara ini bukannya satu hak mutlak individu tetapi merupakan satu peluang dan keistimewaan yang tidak harus dipersia-siakan. Ini merupakan kesempatan bagi mencari kesinambungan dalam usaha yang memerlukan tumpuan tidak berbelah bagi untuk saudara/i mencari ilmu yang terbaik. Berdasarkan misi universiti dan FPTV untuk melahir dan melatih bakal pendidik yang profesional dan berkualiti serta bersahsiah mulia dan berdaya saing, saudara/i akan dibimbing oleh tenaga profesional dan pensyarah yang sangat komited. Program yang ditawarkan di FPTV mengandungi 4 bidang utama yang akan menerapkan ilmu dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal dan hotel-katering. Pelbagai kemahiran ilmu-ilmu pendidikan yang akan dipraktikan di institusi pendidikan berasaskan Teknikal dan Vokasional sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Amalan-amalan kemahiran insaniah pelajar juga tidak dilupakan bagi memastikan pelajar melaksanakan tanggungjawab dengan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Untuk meningkatkan pemahaman serta kreativiti pelajar, FPTV mempunyai makmal-makmal yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi terkini dengan bantuan dan sokongan juruteknik terlatih. Saudara/i akan menjalani kerja-kerja amali di lapangan mengikut keperluan industri pendidikan semasa. Justeru itu, pelajar harus mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh supaya harapan ibubapa, industri pendidikan serta negara akan tercapai. Perancangan pembelajaran bersistematik dengan penyediaan yang rapi sepanjang pengajian akan menghasilkan graduan yang cemerlang serta berdedikasi. Sekian, terima kasih. Prof. Madya Dr Razali bin Hassan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2 Visi Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat Misi Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep Tauhid. Falsafah Pendidikan Universiti Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan Negara yang mampan. Logo Universiti Logo Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah maruah, identiti, impian dan idealisma warga UTHM. Logo UTHM mengandungi Proton, Buku, Peringkat Pengajian (Mortar Board), Rehal dan Perisai. Konsep keseluruhan logo ini melambangkan UTHM sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang mendukung pengembangan ilmu di pelbagai peringkat dalam bidang Sains dan Teknologi. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara warga UTHM yang memastikan kejayaan dan kemantapan pelaksanaan program-program dan aktivitinya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan yang memacu sumbangannya ke arah kesejahteraan sejagat. Warna Merah pula adalah konsep keberanian UTHM dalam meneroka bidang-bidang baru sebagai peneraju aplikasi sains dan teknologi sekaligus menggambarkan kecekalan semangat dan jati diri warga UTHM. Perlambangan Merah Berani Biru Kerjasama Perak Kualiti/Prestij Rehal Wadah ilmu Proton Sains dan teknologi Buku Ilmu Mortar board Peringkat pengajian Perisai Keyakinan 3 Lembaga Pengarah Universiti Pengerusi Tan Sri Dato' (Dr.) Ir. Jamilus bin Md Hussin Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd. MSc. (Geotechnical) (StateUniv. of New YorkBuffalo, USA), BSc. (Hons.) (Civil Eng.)(Univ. of Strathclyde Glasglow, UK), Dip.(Civil Eng.)(T.C.K.L.) Ahli Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Ph.D, DIC (SolidState Physics) (ImperialCollege, Univ. of London), MSc. (SolidState) (Univ. of London), Sarjana Muda (Fizik) (Univ. Gadjah Mada, Indonesia) Dato' Sri Sufri bin Hj Mohd Zin Pengerusi Eksekutif / Pengarah Urusan Kumpulan TRC Synergy Berhad Bachelor of Jurisprudence (External) (UM), MBA in Construction Management (Hawey International University, US), Diploma in Business Studies (ITM) Mejar Jeneral (B) Dato' Md. Ismail bin Ahmad Khan Pengarah Urusan TALHIS-K Sdn. Bhd. Master in Defence Studies (Univ. New South Wales, Australia), Bachelor in Social Science (USM), Diploma in Management Datuk Dr. Amin bin Senin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia Ph.D (Educational Management) (UMS), M. Sc. (Human Resource Development) (USM), B.Sc and Ed. (Hons) (USM) Dato' Ir. Hj. Wahab bin Suhaili Pengerusi Eksekutif Kumpulan Wahba Group Sdn. Bhd. BSc. (Civil and Engineering Management) (Glasglow), PG. Dip. (Bridge Engineering) (Surrey) Dip. Eng. (Civil) (UTM) Profesor Ir. Dr. Hj. Abas bin Abdul Wahab Profesor Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Ph.D (Aerodynamics) (Univ. of Salford), MSc. (Aerospace Eng.) (West VirginiaUniv.), BSc. (Hons.) (Mech. Eng.) (Univ. of Strathclyde), Dip. (Mech. Eng.) (ITM) Dr. Pang Chau Leong Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Ph.D (Pendidikan Teknik dan Vokasional) (UTHM), Ph.D (Summacum Laude) (Univ. of Bremen, Germany), MSc. (Human Resource Development) (Univ. of Manchester, UK), BEng. (Civil) (Hons.) (UM), Dip. (Management) (Distinction) (Malaysian Institute of Management, KL) 4 Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar Ketua Pengarah Jabatan pengajian Politeknik Ordinary National Diploma in Technology (OND) (Grantham College, UK), B.Sc. Mechanical Engineering (Polytechnic Of Brighton, UK), M.Sc. Manufacturing Systems Engineering (University Of Warwick, UK) En. Zainal Abidin bin Mat Nor Ketua Seksyen Wang Awam 1 Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan Malaysia Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (UPM), B.A (Hons) Sejarah, D.P.A (INTAN) Pn. Mazula binti Sabudin Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia Setiausaha En. Abdul Halim bin Abdul Rahman Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia MMS(HRM)(Waikato), PGrad. Dip(HRM), BA (Hons)(Public Administration)(Nottingham Poly,UK) 5 Ahli Senat Pengerusi Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin Naib Canselor Ahli Profesor Dr. Hashim bin Saim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Wahid bin Razzaly Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dr. Ahmad Tarmizi bin Abd. Karim Penolong Naib Canselor (Pembangunan) Profesor Dr. Ahmad Shakri bin Mat Seman Dekan Pusat Pengajian Siswazah Profesor Madya Dr. Abd Halid bin Abdullah Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Profesor Emeritus Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Profesor Madya Dr. Yusri bin Yusof Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Profesor Madya Sr. Dr. David Martin @ Daud Juanil Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Profesor Madya Dr. Razali bin Hassan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Profesor Madya Dr. Nazri bin Mohd Nawi Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Dr. Mohamad Zaky bin Noh Menjalankan Tugas Dekan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Profesor Madya Dr. Ishak bin Baba Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Profesor Dr. Hj. Ismail bin Abd. Rahman Dekan Pusat Pengajian Diploma Profesor Madya Dr. Sh Salleh bin Sh Ahmad Dekan Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik Profesor Madya Dr. Ahmad bin Esa Pengarah Pusat Kokurikulum Profesor Emeritus Dato' Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Profesor Dr. Mohammad Zarar bin Mohamed Jenu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Profesor Hj. Ayob bin Hj. Johari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 6

Description:
Zahrul Akmal Damin, Fauziah Ani, Lutfan Jaes, Khairunesa Isa, Siti Sarawati Johar,. Harliana Halim, Khairul Diod sebagai penerus, Diod Zener, Aplikasi Diod, Diagnosis Diod, Baik pulih Diod; Transistor Dwi. Kutub iaitu Struktur
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.