BAB TIGA ADAB AL-RIYADAH WA AL-ISTISLAH MENURUT AL-MAWARDI DALAM KARYA ADAB AL-DUNYA WA AL-DIN 3.0 PENDAHULUAN Al-Mawardi telah membahagikan perbincangan mengenai adab al-nafs di dalam kitabnya Adab al-Dunya wa al-Din kepada dua pecahan iaitu adab al-riyadah wa al-istislah dan juga adab al-muwada‘ah wa al-istilah. Kedua-dua bab ini mempunyai perbincangan tersendiri mengenai beberapa sifat yang termasuk di dalam kategori masing-masing. Walau bagaimanapun, bab ini hanya akan menyentuh perbincangan mengenai adab al-riyadah wa al-istislah sahaja. Al-Mawardi telah membahagikan adab ini kepada enam fasal yang terdiri daripada al-i‘jab wa al-kibr, husn al-khuluq, al-haya’, al-hilm wa al-ghadab, al-sidq wa al- kadhb dan al-hasad wa al-munafasah. Keenam-enam fasal ini dihuraikan oleh al-Mawardi dengan mendatangkan ayat-ayat al-Qur’an, al-Hadith, kata-kata para ulama’, ahli balaghah dan syair sebagai hujah dan keterangan di samping menghuraikan kebaikan, keburukan serta proses yang perlu dilalui individu ketika berusaha menghapuskan adab buruk dan menggantikannya pula dengan adab yang baik. Perbincangan seterusnya dalam bab ketiga ini akan memperincikan enam fasal adab al-riyadah wa al-istislah tersebut. 99 3.1 AL-I‘JAB WA AL-KIBR Al-Mawardi menyatakan bahawa kedua-dua sifat ini boleh menghilangkan kemuliaan dan mendatangkan kehinaan kepada pemiliknya.1 Kedua-dua sifat ini sama pada kecelaannya tetapi berbeza pada maknanya.2 Individu yang telah dikuasai oleh sifat ini tidak menerima nasihat dan kritikan orang lain.3 Huraian terperinci mengenai pandangan al- Mawardi sifat-sifat ini adalah seperti di bawah. 3.1.1 Al-Kibr ( Sombong) Sifat al-kibr atau sombong muncul kerana kedudukan (al-manzilah)4 yang digambarkan dari kedudukannya yang tinggi.5 Justeru, orang yang bersifat sombong ini akan mengangkat dirinya lebih tinggi daripada golongan lain termasuk kalangan orang yang berilmu.6 Menurut al-Mawardi, sifat sombong merupakan penyebab kepada kebencian yang menghalang dan memutuskan perhubungan persahabatan serta menghasilkan rasa benci di antara satu sama lain.7 Beliau menerangkan secara tidak langsung mengenai sifat sombong yang tidak layak wujud di dalam diri manusia berdasarkan kedudukan asal usul manusia itu 1 Al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali al-Basri (1986), Kitab Adab al-Dunya wa al-Din. Beirut: Dar Maktabah al- Hayah, h. 236. 2 Al-Mawardi, Abi al-Hasan ‘Ali bin Muhammad (1981), Tashil al-Nazr wa Ta‘jil al-Zufr. Beirut: Dar al- Nahdah al-‘Arabiyyah, h. 51. 3 Al-Mawardi (1986), op.cit., h.236. 4 Al-manzilah disini bermaksud kedudukan kekuasaan yang tinggi. Lihat al-Arzanjani, Shaykh Uways Wafa (1328H.), Minhaj al-Yaqin Sharah Adab al-Dunya wa al-Din. Turki: Mahmud Bek, h. 397. 5 Al-Mawardi (1981), op.cit., h. 51. 6 Al-Mawardi (1986), op.cit., h. 236. 7 Ibid.. 100 sendiri.8 Selain itu, orang yang sombong juga telah meletakkan dirinya di dalam keburukan dan kejahilan yang nyata kerana merasakan diri mereka mulia walaupun pada hakikatnya ia mendapat kehinaan disebabkan kesombongan tersebut.9 Hal ini terjadi kerana pada kebiasaannya orang yang sombong tidak menyedari kekurangan dirinya berbanding orang lain dan menjadi sombong untuk memuliakan diri mereka serta mengangkat darjat dari kehinaan diri mereka sendiri.10 Punca munculnya sifat sombong dalam diri seseorang ialah kerana individu tersebut mempunyai kedudukan yang tinggi, pengaruh kuasa yang besar serta kurang pergaulan dengan golongan yang sama taraf dengannya. Ia merupakan sebab yang paling kuat dan dominan yang menyebabkan seseorang bersifat sombong.11 Bagi mengelakkan sifat sombong, al-Mawardi meyarankan supaya individu yang memiliki kedudukan haruslah menghilangkan penyebab kesombongan dari diri mereka dan sebaliknya menghiasinya dengan sifat tawaduk.12 8 Al-Mawardi telah menukilkan sebuah kisah yang berlaku di antara Mutarrif bin ‘Abdullah al-Shikhkhir yang melihat al-Muhallab bin Abi Sufrah memakai pakaian sehingga terseret di atas tanah dan berjalan dengan sombong. Mutarrif telah menegur al-Muhallab kerana perbuatannya yang dibenci oleh Allah dan RasulNya. Al-Muhallab menjawab dengan bertanyakan adakah Mutarrif mengenalinya. Lalu Mutarrif menjawab bahawa dia sememangnya telah mengenalinya iaitu “ia (al-Muhallab) hanyalah berasal dari air mani yang hina, dan pengakhirannya juga adalah bangkai yang hina dan isi perutnya dipenuhi oleh najis dan kotoran. Lihat ibid., h. 237. 9 Kenyataan al-Mawardi ini adalah berdasarkan sebuah kisah mengenai Nafi‘ bin Jubayr yang telah ikut berkumpul di dalam halaqah al-‘Ala’ bin ‘Abd al-Rahman al-Hurqi yang mengajar orang disekelilingnya. Setelah selesai, Nafi‘ bin Jubayr bertanya kepada orang ramai tentang tujuan kehadirannya sama ada mereka mengetahuinya ataupun tidak. Lalu mereka mengatakan bahawa Nafi‘ hanya ingin turut serta mendengar. Nafi‘ telah menafikannya lalu menyatakan kehadirannya dengan menyertai mereka semua adalah untuk tawaduk atau merendah diri kepada Allah. Lihat ibid., h. 237. 10 Ibid.. 11 Ibid., h. 239. 12 Al-Mawardi telah menyebut beberapa kisah mengenai Rasulullah s.a.w. dan beberapa sahabat r.a. yang merendah diri dengan kemuliaan yang ada pada diri mereka. Lihat Ibid., h. 239. 101 3.1.2 ‘Ujub (Bangga Diri) ‘Ujub atau bangga diri terhasil daripada kemuliaan diri seseorang. Justeru, orang yang bangga diri mengganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain.13 Sifat bangga diri ini akan menyembunyikan kebaikan dan menyerlahkan keburukan di samping hanya menimbulkan celaan dan menghalang daripada wujudnya kemuliaan sejati.14 Sifat bangga diri muncul disebabkan puji-pujian berlebihan dan sanjungan daripada orang di sekelilingnya. Golongan yang memuji ini menurut al-Mawardi telah terbiasa dengan sifat munafik.15 Individu tersebut juga didapati lemah dari segi akal yang menyebabkan mereka terus memperdaya dan menyembunyikan kebenaran. Tujuan mereka adalah untuk memperdaya dan memperolokkan orang yang dipujinya itu.16 Rasulullah s.a.w. telah bersabda mengenai pujian dalam sebuah Hadithnya: : لقيلف ةلامح لا هاخأ احدام مكدحا ناك نا حبذلا هناف حدامتلاو مكايا ادحأ للها ىلع يكزأ لاو , هبسحأ Jauhkanlah dirimu dari saling memuji, kerana memuji bererti menyembelih. Jika salah seorang diantara kamu memuji orang lain yang bukan pada tempatnya, maka hendaklah dia berkata: “Semoga apa yang kamu katakan itu benar dan aku tidak akan memuji siapa pun kecuali kepada Allah.”17 Al-Mawardi menegaskan bahawa orang yang berakal perlu menghindari diri dari pujian dan mencegah dirinya dari membenarkan pujian dan sanjungan yang diberikan kepada dirinya atas perbuatannya. Ini kerana manusia sememangnya menyukai pujian dan 13 Ibid., h. 236. 14 Ibid., h. 237. 15 Allah S.W.T. telah menerangkan mengenai sifat orang munafik di dalam al-Qur’an. Lihat surah al-Baqarah (2):8-20 dan surah al-Munafiqun (63):1-8. 16 Al-Mawardi (1986), op.cit., h. 239. 17 Ibn Majah, Abu ‘Abdullah Muhammad bin Yazid al-Qazwini (1918), Sunan Ibn Majah, “Kitab al-Adab”, no. Hadith 3743, 3744. Kaherah: Dar al-Kutub al-‘Arabiyyah, h.1232. 102 sanjungan.18 Seseorang yang menerima dan cenderung kepada pujian akan terus menerus mengikut nafsu syahwat dan keinginannya untuk menyibukkan dirinya dengan perbuatan mulia supaya sentiasa mendapat pujian. Pujian pada hakikatnya adalah merupakan pendustaan dan celaan, dan hanya sedikit sahaja pujian serta sanjungan yang mengandungi kebenaran. Justeru, para ulama’ dan orang-orang yang mulia sangat membenci untuk mengeluarkan kata-kata pujian dan sanjungan menghindari dan memelihara diri dari kebiasaan mencari sanjungan.19 Apabila pujian dan celaan bertembung, maka hanya kebenaran yang akan menentukannya kerana kebenaran adalah sesuatu yang tidak dapat dibantah oleh orang yang berakal dan mumayyiz.20 Menurut al-Mawardi, orang yang mengharapkan pujian kebiasaannya terlalu menuntut untuk diterima dan tidak bersedia untuk ditolak. Orang yang suka pada pujian ini akan sentiasa mengharapkan pujian daripada sahabatnya kerana ia akan merasa bimbang dan khuatir jika orang di sekelilingnya melupakan kelebihan yang ada pada dirinya, lalu haknya akan hilang. Selain itu juga, ia bertujuan untuk memperdaya orang ramai dengan pujian dan sanjungan agar mereka beranggapan apa yang dikatakan olehnya adalah benar dan harus diikuti. Perbuatan menyanjung dirinya sendiri ini bagaikan suatu hiburan untuk dirinya. Dalam hal ini, al-Mawardi menganggap ia sebagai suatu perbuatan yang bodoh dan sekaligus menunjukkan bahawa terdapat kekurangan pada diri individu tersebut.21 18 Al-Mawardi (1986), op.cit., h. 240. 19 Ibid.. 20 Ibid.. 21 Ibid.,h. 241. 103 3.1.3 Menjauhi al-Kibr Dan ‘Ujub Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, sombong dan bangga diri kedua- duanya merupakan sifat yang dapat menghilangkan kemuliaan diri dan mendatangkan kehinaan kepada pelakunya. Al-Mawardi telah mendatangkan pelbagai contoh dan kisah dalam penerangannya mengenai keburukan kedua-dua sifat ini sebagai pengajaran. Antaranya al-Mawardi menyatakan sekiranya orang yang kibr dan ‘ujub ini mengambil pengajaran daripada apa yang telah terjadi kepada golongan sebelum ini yang telah ditimpa musibah akibat sifat sombong dan bangga diri, maka perasaan rendah hati dan ingin mengubah sikap akan timbul. Sikap sombong akan berubah kepada ketundukan dan hilanglah juga rasa ketakutan yang kemudiannya digantikan dengan ketenangan diri.22 Selain itu, orang yang menjauhi sifat sombong dan menghindari sifat bangga diri berhak mendapatkan kemuliaan dan kedudukan yang luhur dalam kehidupan di dunia ini. Ini kerana, menurut al-Mawardi, golongan ini telah berusaha mengurangi dan mencegah dirinya dari dikuasai oleh kedua-dua sifat radha’il ini.23 Di samping itu, al-Mawardi turut menyarankan agar orang yang berakal perlu merujuk kepada petunjuk para ulama’ yang memiliki hati yang bersih supaya ada orang yang menegur dan memberi peringatan kepadanya terhadap segala kekurangan yang ada pada dirinya. Ini kerana para ulama’ merupakan golongan yang selalu menjaga kebaikan dan menghindari segala celaan. Ia merupakan saranan daripada al-Mawardi kerana ianya merupakan suatu pandangan dan pemikiran yang baik yang patut dilaksanankan. Ianya dilihat sebagai suatu pandangan yang tulus dari orang yang bersih hatinya iaitu para ulama’ 22 Ibid., h. 238. 23 Ibid. 104 yang dapat menjadi pengganti kepada pujian yang hanya membawa kepada akibat yang buruk.24 Apabila sebab-sebab yang menimbulkan sombong dan bangga diri dapat dibuang, al-Mawardi menyarankan agar sifat sombong digantikan dengan sifat tawadu’ atau rendah diri serta menggantikan sifat bangga kepada kemesraan dan kasih sayang. Ia dapat menguatkan serta mengukuhkan lagi sebab-sebab kemuliaan dan kenikmatan yang menghasilkan ketenangan hati, menimbulkan rasa kasih sayang dan menghilangkan rasa benci.25 Kedudukan dan martabat boleh menyebabkan perubahan akhlak kepada akhlak yang tercela serta menzahirkan akhlak yang buruk. Manakala orang yang sedia memiliki akhlak yang terpuji, kedudukan dan martabat merupakan suatu anugerah kemuliaan baginya. Perubahan keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak berperingkat serta tanpa persedian menurut al-Mawardi akan menyebabkan perilaku yang sebenar yang tersembunyi akan terzahir.26 3.2 HUSN AL-KHULUQ Akhlak mulia merupakan antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan adab yang ditekankan oleh al-Mawardi dalam adab al-riyadah wa al-istislah. Latihan dan kesedaran dengan akhlak mulia ini yang perlu dipupuk dalam diri setiap individu. Al-Mawardi dalam menerangkan mengenai akhlak mulia tidak mendatangkan definisi secara langsung. Akan tetapi, beliau telah menyebut beberapa ciri individu yang berakhlak dengan akhlak mulia iaitu mudah bertolak ansur, mudah untuk berurusan 24 Ibid.,h. 241. 25 Ibid. 26 Ibid.,h. 242. 105 dengannya, wajah yang tenang, terhindar dari kebencian orang dan baik tutur katanya.27 Keterangannya ini adalah berdasarkan sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. للها لوسر اي لاقف )ص( لاقف للها لوسر لأس لاجر نأ ةريره بيأ نع لهس بيرق ,ينل ينه لك : لاقف ؟ ةنلجا لهأ نم Daripada Abu Hurayrah bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, siapakah ahli syurga? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Ahli syurga adalah orang yang lembut dan penurut, dan orang yang bermurah hati dan mudah didekati.”28 Selain itu, terdapat beberapa faedah bagi mereka yang berakhlak dengan akhlak mulia seperti yang telah dinukilkan oleh al-Mawardi. Secara keseluruhannya beliau telah menyatakan tiga faedah yang sangat besar yang akan diperoleh oleh mereka yang berakhlak mulia. Ianya adalah berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w. mengenai kelebihan akhlak mulia serta kata-kata para ulama’. Faedah yang pertama ialah kehidupan orang yang berakhlak mulia tenang dan orang sekelilingnya juga turut merasa aman dan selamat. Ianya sebagaimana ungkapan sebahagian ahli balaghah iaitu: قللخا ءيسلاو ةملاس في هنم سانلا و ةحار في هسفن نم قل لخا نسلحا ءانع في هسفن نم وهو ءلاب في هنم سانلا Akhlak yang mulia menimbulkan dalam diri ketenangan dan orang yang berada di sekelilingnya merasa aman dan selamat, sedangkan akhlak yang buruk mejadikan orang disekelilingnya dalam keadaan gelisah dan dirinya sendiri akan berada dalam kesulitan.29 27 Ibid., h. 243. 28 Al-Bayhaqi, Imam Abi Bakr Ahmad bin al-Husin (1990), Sha‘b al-Iman, j. 6, “Bab Fi Husn al-Khuluq”, no. Hadith 8124. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 272. 29 Al-Mawardi (1986), op.cit., h. 242. 106 Faedah kedua yang diperoleh ialah bertambah sahabat dan musuhnya sedikit. Selain itu, ianya turut memperoleh kemudahan dalam segala urusan dan melembutkan hati orang yang marah. Faedah yang ketiga ialah mereka yang berakhlak mulia meraih kebahagiaan dalam hidup dengan sahabat yang ramai dan sedikitnya musuh yang mendekati. Ianya bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: نوفلؤيو نوفلأي نيذلا ,افانكأ نوؤطولما اقلاخأ مكنساحأ ليا مكبحأ Orang yang paling aku cintai di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya, yang lembut perangainya dan orang yang saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi. Rasulullah s.a.w. sendiri menyatakan kecintaan Baginda kepada orang yang berakhlak mulia. Kenyataan Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang berakhlak mulia akan dicintai dan mendapat kebahagiaan kerana kasih sayang orang yang berada di sekelilingnya kepada dirinya. Walau bagaimanapun, akhlak mulia sebagaimana yang diterangkan oleh al-Mawardi mempunyai batasan dan aturan tertentu. Ianya adalah berdasarkan kepada beberapa buah Hadith yang menerangkan mengenai sifat bermuka-muka yang ditegah oleh Rasulullah s.a.w. yang mana ianya merupakan sifat orang munafik dan merupakan salah satu sifat yang hina.30 Sabda Rasulullah s.a.w.: هجوب ءلاؤه و هجوب ءلاؤه ىتأي ىذلا,ينهجولا وذ سانلا رش نودتجو Orang yang paling jahat adalah orang yang bermuka dua, iaitu orang yang datang kepada seseorang dengan satu muka dan datang kepada orang lain dengan mukanya yang lain.31 30 Ibid., h. 243. 31 Al-Bukhari, al-Imam Hafiz Abi ‘Abdullah Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah (2000 ), Sahih al-Bukhari, “Bab al-Manaqib”, no. hadith 3494. Riyadh: Dar al-Salam. h. 285. 107 Makhul telah meriwayatkan dari Abu Hurayrah bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: لىاعت للهادنع انيمأ نوكي نأ ينهجولا يذل يغبني لا Tidak layak bagi seseorang yang bermuka-muka (talam dua muka) untuk bertemu dengan Allah.32 Berdasarkan Hadith yang telah dinyatakan di atas menunjukkan bahawa sifat bermuka-muka ini merupakan sifat yang keji dan tidak disukai di sisi Allah. Seseorang yang dikatakan berakhlak mulia tidak seharusnya mempunyai sifat bermuka-muka dengan menonjolkan dirinya baik pada suatu pihak dan sebaliknya apabila berada dalam lingkungannya sendiri. 3.2.1 Perubahan Akhlak Perubahan yang berlaku dari akhlak mulia dan perilaku yang lembut kepada akhlak yang buruk berlaku dengan beberapa sebab yang mendatang. al-Mawardi telah mendatangkan tujuh sebab perubahan akhlak yang baik kepada akhlak yang buruk. Sebab yang pertama ialah al-walayah. Ianya menyebabkan perubahan kepada akhlak seseorang. Lingkungan tempat tinggal boleh merubah akhlak yang baik menjadi buruk. Hal ini terjadi kerana pergaulan yang mana ianya berlaku sama ada kerana perangai dan akhlaknya yang buruk sebelum ini atau kerana keresahan dan susah hati.33 Sebab yang kedua ialah al-‘azl. Kebiasaan mengasingkan diri seringkali menjadikan akhlak semakin buruk dan sempit dada dan meresahkan jiwa. Hal ini sering 32 Al-Qada‘i, al-Qadi Abi ‘Abdullah Muhammad bin Salamah (1985), Musnad al-Shihab. j. 2. no. Hadith 869. Beirut: Mu’assasah al-Risalah. h. 53-54. 33 Al-Mawardi (1986), op.cit., h. 244. 108
Description: