ebook img

AZMAH Abd. Manaf Universiti Sains Malaysia PERKEMBANGAN POLITIK DAN KESANNYA KE PDF

22 Pages·2013·0.35 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview AZMAH Abd. Manaf Universiti Sains Malaysia PERKEMBANGAN POLITIK DAN KESANNYA KE

Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, Vol. 40 (1) (July 2013): 133-154 @ School of History, Politics & Strategy, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) AZMAH Abd. Manaf Universiti Sains Malaysia PERKEMBANGAN POLITIK DAN KESANNYA KE ATAS PEMBANGUNAN EKONOMI TERENGGANU, ANTARA TAHUN 1955 HINGGA 1969 POLITICAL DEVELOPMENTS AND ITS IMPACT ON ECONOMIC GROWTH OF TERENGGANU, FROM 1955 TO 1969 Perkembangan politik dan pembangunan ekonomi adalah perkara yang berkait dan ianya terpancar dalam sejarah politik dan ekonomi negeri Terengganu. Sejak pilihan raya pertama yang diadakan pada 1955 sehingga pilihan raya tahun 1969, rakyat Terengganu telah menunjukkan keprihatinan mereka ketika memilih pemimpin- pemimpin yang dirasakan mampu membangunkan Terengganu secara fizikal mahupun kerohanian. Artikel ini melihat sikap serta kepekaan rakyat Terengganu dalam menilai prestasi dan keperibadian pemimpin politik yang telah dipilih untuk mewakili mereka. Perbincangan artikel ini berkisar kepada perkembangan politik yang bermula daripada pilihan raya-pilihan raya yang diadakan dalam tempoh tersebut. Perbincangan ini adalah berasaskan sumber daripada dokumen kerajaan dan koleksi peribadi dan hasilnya menunjukkan bahawa parti yang dipilih untuk memerintah negeri dinilai oleh rakyat dari segi kejayaan mereka mencapai matlamat seperti yang dijanjikan dalam manisfesto pilihan raya. Dalam manifesto parti- parti politik yang bertanding, aspek ekonomi merupakan antara isu penting yang ditekankan untuk meraih sokongan rakyat. Fokus artikel ini adalah kepada perkembangan ekonomi Terengganu dalam menilai prestasi parti yang memerintah. Hasil kajian ini mendapati perkembangan ekonomi dan prestasi pemimpin yang dipilih adalah menjadi keutamaan rakyat Terengganu dan ianya diterjemahkan dalam peti-peti undi pilihan raya. Katakunci: sejarah Terengganu, politik, pilihan raya, parti politik, perkembangan ekonomi, orang Melayu, Islam. The political and economic development was related apparently in the political and economic history of Terengganu. Since the first elections held in 1955 until the election of 1969, the people of Terengganu have shown their concern when choosing leaders whose they trust to develop the state, both physically and spiritually. This paper aims Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 133 Article: Azmah Abd. Manaf to assess the attitudes and sensibilities of the people Terengganu in assessing the performance and personality of the political leaders who have been elected to represent them. The discussion in this paper is centered on the political developments ranging from elections held during the period. This discussion is based on government documents and resources from private collections and the results show that the ruling party will be evaluated by their success in achieving the goals as promised in the election manifestoes. In the manifestoes of the political parties contesting, the economic aspect is one of the key issues highlighted to gain support. Hence, the focus of this paper is to evaluate the economic development of Terengganu and the performance of the ruling party. This study found that economic development and the performance of elected leaders is a priority of the people Terengganu in choosing their political leaders and it was show in the electoral boxes. Keywords: history of Terengganu, politics, elections, political parties, economic growths, Malays, Islam Pengenalan Perkembangan politik dan ekonomi di sesebuah negeri sangat berkait rapat, sama ada perkembangan politik mempengaruhi perkembangan ekonomi atau sebaliknya. Namun di Kelantan dan Terengganu terdapat satu lagi elemen yang penting yang saling berkait dengan perkembangan politik dan juga ekonomi iaitu agama, dalam konteks ini agama Islam. Sejarah awal Terengganu menggambarkan bahawa keislaman rakyatnya tidak boleh menandingi masyarakat Islam di negeri-negeri Melayu yang lain hatta di Kelantan sekalipun (Clifford 1938:115). Islam boleh dikatakan menjadi unsur penting pada awal-awal tahun kemerdekaan negeri itu dalam Persekutuan Tanah Melayu. Keadaan ini boleh digambarkan dalam keputusan pilihan raya umum pertama diadakan selepas merdeka (1959). Bagaimanapun pada tahun berikutnya, faktor ekonomi kemudiannya dipercayai telah mempengaruhi perkembangan politik negeri itu. Makalah ini bertujuan menggarap hubungan erat yang terjalin antara ketiga-tiga aspek tersebut dalam pencernaan politik Terengganu selepas merdeka sehingga tahun 1964 iaitu selepas pilihan raya kedua. Ia juga akan memperlihatkan betapa rakyat Terengganu sangat peka dengan isu-isu semasa yang berbangkit dalam negeri tersebut sehingga mempengaruhi penilaian mereka ketika memilih wakil rakyat dalam pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun sekali. Penulisan tentang Terengganu pada zaman moden tidak dinafikan telah mendapat perhatian daripada sarjana sama ada daripada bidang sains politik,1 sejarah2 mahupun Islam (Muhammad Abu Bakar 1991). Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 134 Perkembangan Politik dan Kesannya ke atas Pembangunan Ekonomi Terengganu Walau bagaimanapun kebanyakan daripada kajian ini tertumpu kepada sejarah Terengganu sebelum dan semasa Inggeris serta semasa pendudukan Jepun. Hanya M. Kamlin, Hussien Mohammad dan Adnan Mohd Nor sahaja yang menumpukan kajian mereka terhadap politik Terengganu sejurus sebelum kemerdekaan sehingga tahun 1970. Berbeza dengan tulisan yang disebutkan tadi, tulisan ini bukan sahaja berbincang tentang politik tetapi juga hubungannya dengan perkembangan ekonomi antara 1955 hingga 1969. Perkembangan Awal Politik Terengganu Secara umumnya boleh dikatakan bahawa perkembangan politik di Terengganu agak lambat berbanding negeri lain. Meskipun Terengganu menerima tempias gerakan Islah Islamiyah yang melanda Tanah Melayu seawal abad ke 20, namun ia tidaklah serancak dan sehebat negeri lain. Meskipun sekolah pondok banyak diusahakan oleh ulama terkenal Terengganu seperti Tok Pulau Manis, Tuan Guru Haji Hussein, Tuan Guru Haji Muhammad dan Haji Mat Shafie, namun, tidak dapat dipastikan arah haluan pendidikannya, sama ada hanya memberikan pendidikan agama semata-mata atau lebih daripada itu seperti yang diberikan di madrasah kelolaan golongan islah Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa ulama memainkan peranan yang besar dalam istana dan pentadbiran negeri Terengganu,3 tetapi penglibatan tokoh agama dalam politik kepartian khususnya hanya menyerlah pada dekad 50-an sahaja apabila cawangan United Malays National Organization (UMNO) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditubuhkan di negeri itu. Telah dicatatkan bahawa persatuan Sarekat Islam yang berasal dari Solo Jawa pernah bertapak di Terengganu pada awal 1920-an tetapi ia lebih bersifat pergerakan ekonomi biarpun keahliannya mencecah angka 800 orang (Abdullah Zakaria Ghazali 1977:21; Shaharil Talib Robert 1984:149). Sarekat Islam walau bagaimanapun tidak dapat berkembang akibat larangan yang dikeluarkan oleh pihak istana kepada rakyat Terengganu agar tidak melibatkan diri dengan persatuan itu (Abdullah Zakaria Ghazali 1977:21) walaupun terdapat ulama pondok yang mempunyai hubungan baik dengan persatuan ini seperti Tuan Guru Haji Muhammad (Muhammad Abu Bakar 1991:69). Perkembangan pengaruh gerakan islah Islamiyah yang melanda Tanah Melayu sejak awal abad ke-20 tidak begitu dirasai oleh masyarakat Islam Terengganu. Barangkali perkara ini terjadi bersabit dengan tindakan kerajaan Terengganu mengharamkan kemasukan suratkhabar dan majalah terbitan Kaum Muda (Mohd Sarim Haji Mustajab 1979:127). Malahan konflik dan pergeseran antara Kaum Muda yang diwakili oleh tokoh gerakan Islah dengan ulama tradisional Melayu yang digelar sebagai Kaum Tua tidak kedengaran di negeri itu. Ketika Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan dan aktif dalam politik Tanah Melayu, ia telah berjaya menarik sebilangan anak muda dari Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 135 Article: Azmah Abd. Manaf Terengganu untuk menyertainya. Antara mereka ialah tokoh nasionalis yang tidak asing lagi dalam sejarah politik Terengganu iaitu Ibrahim Fikri. Besut merupakan antara daerah pertama yang menyambut baik perjuangan KMM ini walaupun pergerakannya tidak seaktif di negeri lain. Sambutan daripada golongan berpendidikan Islam terhadap KMM walau bagaimanapun agak hambar kerana falsafah perjuangan parti itu yang mengiktiraf kebebasan dalam hal-ehwal agama.4 Senario tersebut menunjukkan bahawa rakyat Terengganu secara keseluruhannya tidak begitu berminat dalam hal-hal politik terutamanya dalam politik kepartian. Perkembangan pendidikan moden yang begitu perlahan di negeri Terengganu barangkali boleh dikaitkan dengan situasi ini. Sikap ini menjadi lebih jelas apabila persatuan-persatuan Melayu didapati telah ditubuhkan satu demi satu di negeri Melayu yang lain pada tahun 1930- an, tetapi di Terengganu ia hanya berjaya ditubuhkan selepas Jepun berundur daripada Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, masyarakat Islam Terengganu didapati bersikap terbuka dan memberikan kerjasama yang baik kepada gerakan yang dicetuskan oleh golongan ulama. Contohnya dalam gerakan protes kaum tani yang tercetus pada 1925-1928 menentang kerajaan British berkaitan dengan undang-undang tanah dan cukai yang baru diperkenalkan. Tuan Haji Abdul Rahman Limbong, seorang ulama tempatan yang terkenal dikatakan telah mempengaruhi petani terlibat supaya tidak tunduk kepada undang-undang berkenaan sehingga mencetuskan gerakan penentangan. Peristiwa kedua ialah gerakan memboikot kedai-kedai milik orang Cina dan Jepun dalam gerakan anti Cina dan anti Jepun pada tahun-tahun 1930an yang diilhamkan oleh Tuan Guru Haji Abbas, seorang ulama dan guru pondok yang terkenal di Terengganu. Keberkesanan kempen itu terbukti apabila beberapa buah kedai milik orang Cina dan Jepun mengalami kerugian dan ada pula yang terpaksa ditutup (Muhammad Abu Bakar 1991:224). Keadaan ini boleh dikaitkan dengan kuatnya pengaruh golongan agama dalam kalangan masyarakat Islam Terengganu dan juga kerana perkembangan pendidikan agama yang didominasi oleh institusi pondok dan madrasah. Seperti di negeri-negeri lain, perkembangan politik Terengganu semasa pendudukan Jepun hanya tertumpu kepada KMM yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Jepun atas sikap kerjasama yang ditunjukkan. Namun, menjelang akhir pendudukan Jepun, KMM telah diharamkan dan digantikan dengan parti politik yang lebih bersifat sederhana. Namun ia gagal dalam meraih sambutan daripada rakyat Terengganu. Perkembangan politik selepas pendudukan Jepun di Terengganu menunjukkan sedikit perubahan apabila parti-parti politik kiri yang ditubuhkan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (Malay Nasionalist Party) dan Hizbul Muslimin berjaya meluaskan pengaruhnya di Terengganu khususnya di Besut dan Kuala Terengganu Safar Awang (1984:203-204). Penubuhan UMNO pada 1946 juga telah berjaya menarik minat orang-orang Melayu untuk bergiat dalam politik Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 136 Perkembangan Politik dan Kesannya ke atas Pembangunan Ekonomi Terengganu apabila cawangan parti itu berjaya ditubuhkan di serata daerah di Terengganu seawal tahun 1947. Bagaimanapun dengan adanya sekatan untuk berpolitik di bawah Undang-undang Darurat yang diisytiharkan pada Julai 1948 yang mengharamkan parti politik berhaluan kiri seperti PKMM dan Hizbul Muslimin, tumpuan politik orang-orang Terengganu hanyalah terhadap UMNO. Justeru, apabila pilihan raya umum pertama diadakan pada 1955, maka UMNO di Terengganu menang dengan selesa. Parti Negara yang ditubuhkan pada awal dekad 50- an tidak begitu mendapat sambutan sehinggalah menjelang pilihan raya 1959 apabila Dato’ Onn bertanding di negeri berkenaan bagi kerusi parlimen. PAS walaupun telah wujud dalam arena politik Tanah Melayu sejak 1951 tetapi di Terengganu ia lewat berkembang. PAS hanya dapat bertapak di negeri itu pada 1956.5 Pengaruh UMNO yang begitu kuat barangkali menjadi punca utama mengapa tiada usaha dalam kalangan orang Melayu Terengganu untuk menubuhkan cawangan PAS di negeri itu ataupun kerana masyarakat Melayu di Terengganu lebih memfokuskan perhatian mereka kepada aktiviti pencarian sara hidup sebagai rutin utama memandangkan Terengganu bukanlah sebuah negeri yang kaya dengan sumber ekonominya. Menjelang pelaksanaan sistem pilihan raya bagi memilih wakil rakyat yang akhirnya akan membentuk kerajaan negeri dan persekutuan, parti politik yang telah sedia wujud mula melebarkan sayapnya ke serata Tanah Melayu manakala parti baru pula tumbuh satu persatu dengan pelbagai slogan dan falsafah perjuangan. Parti Melayu yang telah lama bertapak seperti UMNO dan juga Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar terus mencari pengaruh di Terengganu yang mana rakyat Terengganu menerima baik kehadiran kedua-dua parti berkenaan. Sementara itu, PAS yang telah ditubuhkan pada 1951 belum dapat bertapak di Terengganu ketika pilihan raya pertama diadakan pada 1955. Natijahnya, UMNO melalui gabungan Parti Perikatan telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan, bukan sahaja untuk kerusi negeri malah untuk kerusi parlimen juga. Ternyata, pengaruh UMNO yang telah bertapak di negeri Terangganu sejak 1946 lagi itu telah memberikan pulangan yang tidak sedikit dalam pilihan raya pertamanya di negeri itu. Ekonomi Terengganu Sebelum Merdeka Terengganu banyak bergantung kepada hasil hutan dan perikanan yang bercorak sara diri. Bagaimanapun, perkembangan zaman telah memperkenalkan Terengganu dengan pertanian komersial. Kedatangan Inggeris yang menggalakkan ekonomi eksport sedikit sebanyak telah menarik syarikat asing untuk mengusahakan tanah sama ada untuk tujuan perlombongan mahupun pertanian komersial. Namun begitu, pada pendapat Residen Inggeris (J. L. Humpreys) sistem konsesi tanah yang diamalkan oleh Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 137 Article: Azmah Abd. Manaf keluarga diraja Terengganu (Shaharil Talib Robert 1984), sedikit sebanyak telah membantutkan minat pelabur asing untuk datang mengusahakan tanah di negeri itu di samping ketidakcekapan Jabatan Ukur dan Tanah negeri.6 Boleh dikatakan bahawa kerajaan Terengganu telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu meningkatkan prestasi ekonomi negeri itu dan boleh dikatakan berhasil kerana negeri itu tidak menanggung hutang yang banyak7 dan setiap tahun kerajaan negeri berupaya membayar balik pinjaman wang kepada kerajaan Negeri-Negeri Selat. Ekonomi Terengganu yang mula bangkit selepas dunia dilanda krisis ekonomi pada tahun 1930an, bagaimanapun mengalami kemerosotan apabila negeri itu berada di bawah taklukan kerajaan Jepun. Walaupun Terengganu merupakan antara negeri pengeluar beras selain daripada Kedah, Perlis dan Kelantan, rakyatnya tetap mengalami masalah kekurangan beras akibat catuan beras yang dikenakan oleh kerajaan Jepun. Rakyat Terengganu bukan sahaja berhadapan dengan masalah kemiskinan akibat kemusnahan semasa perang tetapi juga berhadapan dengan masalah kebuluran dan kematian akibat kekurangan makanan, sesuatu yang lumrah dalam zaman pemerintahan Jepun. Sedar akan perkara ini, pemerintah Jepun cuba melancarkan beberapa projek ekonomi, antaranya memberi bantuan benih dan baja serta member keizinan tanah dikerjakan secara percuma untuk beberapa tahun. Namun begitu akibat kemiskinan yang teruk, semangat rakyat Terengganu menurun dan mereka tidak berminat untuk menyertai program tersebut, sebaliknya mengharapkan kerajaan Jepun membantu mereka daripada segi wang ringgit dan makanan yang memang sangat diperlukan.8 Sehingga apabila Inggeris datang kembali selepas perang tamat, ekonomi Terengganu masih belum berkembang. Ancaman serangan komunis sejak 1948 yang berhasrat besar untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu telah menambah burukkan keadaan. Sehingga tahun 1950, banyak skim atau perancangan ekonomi yang diperkenalkan di Terengganu khususnya dan Tanah Melayu amnya. Namun skim yang diperkenalkan itu tidak begitu berjaya kerana dilaporkan skim-skim yang hendak dilaksanakan itu tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada rakyat Terengganu khususnya orang-orang Melayu.9 Walaupun laporan berkenaan barangkali boleh dianggap sebagai sesuatu yang berat sebelah, tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan ekonomi Terengganu agak lembab sehingga negeri itu mencapai kemerdekaan di bawah gagasan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Perkembangan Ekonomi selepas Merdeka sehingga 1959 Sebagai kerajaan negeri yang pertama kali diberi mandat memerintah, kerajaan Perikatan menerusi UMNO tidak hanya berusaha untuk mengukuhkan kedudukan partinya tetapi juga berusaha untuk memenuhi janji yang telah dinyatakan dalam manifesto pilihan raya terutamanya berkaitan dengan Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 138 Perkembangan Politik dan Kesannya ke atas Pembangunan Ekonomi Terengganu pembangunan tanah dan ekonomi negeri itu. Usaha-usaha itu boleh ditinjau pada perancanga-perancangan ekonomi yang telah disusunatur oleh kerajaan negeri. Pada peringkat awal pemerintahan, kerajaan pimpinan UMNO ini telah memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi negeri dengan mengkaji semula dasar-dasar dan rancangan ekonomi yang telah dilancarkan untuk melihat keberkesanan dan masalah yang timbul hingga membantutkan usaha perkembangannya. Sasaran pertama Ibrahim Fikri dan Jawatankuasa kerja kerajaan negeri ialah berkenaan dengan penanaman getah secara besar-besaran yang terencat berikutan dengan masalah agihan tanah yang tidak ekonomi kepada petani-petani yang menyertai skim berkenaan,10 justeru agihan tanah yang tidak sampai lima ekar luasnya kepada peserta telah dikaji semula. Salah satu cara bagi mengatasi masalah kegagalan dalam penanaman getah, kerajaan menerusi pejabat tanahnya telah berusaha meluluskan permohonon tanah yang dibuat sama ada oleh individu atau berkumpulan untuk menanam getah mahupun padi semaksimum yang boleh. Sebagai contoh, pada bulan Januari 1956, Pejabat Pertanian Kuala Terengganu telah meluluskan permohonan tanah sebanyak 584.477 ekar untuk tanaman getah, 54.147 ekar untuk padi dan 200.073 ekar untuk tanaman buah-buahan tempatan. Angka ini telah meningkat kepada 1088.016 ekar untuk tanaman getah dan 61.169 untuk padi pada bulan Disember tahun yang sama.11 Pemberian tanah ini telah meningkatkan penggunaan tanah untuk pertanian terutamanya untuk padi apabila tanaman itu telah mengalami peningkatan daripada 43,169 ekar pada 1955 kepada 44,624 pada 1957 dan terus meningkat ke angka 49,915 tahun berikutnya.12 Perluasan penggunaan tanah telah meningkatkan hasil padi. Peningkatan ini turut dibantu oleh usaha-usaha lain seperti pemberian subsidi baja dan biji benih yang berterusan yang melibatkan tanah di seluruh negeri. Untuk memantapkan lagi bidang pertanian ini, teknologi pertanian terkini cuba diperkenalkan. Hasilnya, kerajaan telah mendirikan Pusat Latihan Luar Bandar di Ajil yang dikhususkan untuk melatih belia-belia Melayu dengan teknik pertanian dan penternakan baharu yang mampu menghasilkan produk yang baik dan bermutu.13 Pada setiap tahun pusat ini akan melatih dua belas orang belia daripada setiap daerah selama dua minggu untuk menghasilkan petani dan penternak terlatih. Penubuhan pusat latihan ini sebenarnya sejajar dengan matlamat pari Perikatan yang terkandung di dalam manifesto pilihan raya mereka iaitu dalam perkara lima: “memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian secara berterusan.”14 Sudah tentu hal ini merupakan salah satu strategi untuk terus mendapatkan sokongan masyarakat Terengganu. Apabila kerajaan Persekutuan melancarkan rancangan penerokaan tanah baru yang diberi nama FLDA (Federal Land Development Authority) atau dikenali sebagai FELDApada tahun 1956, kerajaan negeri Terengganu tidak menunggu masa yang lama untuk membuka tanah baharu di bawah rancangan itu kerana rancangan berkenaan dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 139 Article: Azmah Abd. Manaf persekutuan. Tanah seluas empat ribu ekar di Chalok, daerah Besut telah dikenalpasti untuk tanaman getah di bawah rancangan ini. Seramai 400 keluarga Melayu telah dipilih untuk menyertai rancangan ini. Boleh dikatakan bahawa secara tidak langsung, rancangan penerokaan tanah ini telah memberikan manafaat yang tidak sedikit bukan sahaja kepada pembangunan tanah dan ekonomi negeri tetapi juga kepada orang-orang Melayu yang terpilih kerana di bawah rancangan ini, segala kemudahan awam dan infrastruktur akan turut dibina. Dalam masa yang sama tanah seluas 548 ekar telah diperuntukkan kepada 91 keluarga di Sungai Tong, Kemaman untuk projek menanam getah.15 Tiga tahun kemudian satu lagi tanah baru di buka untuk rancangan FELDA iaitu di Jerangau daerah Ulu Terengganu yang membabitkan sepuluh ribu ekar tanah untuk tanaman kelapa sawit.16 Untuk mengurangkan masalah penanaman padi sawah dan dalam masa yang sama merancakkan aktiviti penanamannya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Parit dan Taliair telah membina tali air untuk tanaman padi seluas 31,496 ekar di kawasan Batu Burok, Kuala Terengganu.17 Usaha kerajaan ini sudah pasti akan dapat membantu meningkatkan dan seterusnya memperbaiki taraf hidup rakyat Terengganu terutamanya masyarakat Melayu yang sejak dahulu lagi sentiasa berada dalam lingkungan garis kemiskinan terutamanya yang tinggal di luar bandar. Keperihatinan kerajaan negeri juga terarah kepada penduduk kampung yang tidak memiliki tanah. Kerajaan telah memutuskan untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 50 keluarga yang didapati tidak memiliki tanah di Kampong Sekayu, Mukim Tersat.18 Kerajaan Perikatan juga tidak melupakan sektor perikanan yang menyumbang kepada ekonomi negeri melalui eksport ikan segar dan ikan kering bagi tujuan meningkatkan jumlah tangkapan ikan di laut dalam, kerajaan negeri telah membenarkan penggunaan pukat lekong. Walau bagaimanapun penggunaan pukat jenis ini yang pernah diharamkan semasa pentadbiran British dahulu telah menimbulkan ketegangan pada kalangan nelayan pantai.19 Hal Ini kerana, penggunaan pukat lekong akan memberi kesan negatif kepada hidupan laut dan akan membuatkan ikan-ikan pantai pergi ke tempat lain dan sekaligus menyukarkan nelayan pantai untuk menangkap ikan. Biarpun bantahan dibuat melalui surat20 namun penggunaan pukat tersebut terus dibenarkan. Langkah ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati nelayan pantai yang kebanyakannya adalah ahli dan penyokong UMNO sehingga mendorong mereka untuk keluar parti seandainya Ibrahim Fikri terus dilantik sebagai ketua UMNO Kuala Terengganu. Boleh dikatakan bahawa dalam tempoh lima tahun pemerintahannya, kerajaan Perikatan telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan ekonomi negeri dan dalam masa sama meningkatkan punca pendapatan rakyatnya. Dari segi survival politiknya, dominasi UMNO di Terengganu agak tergugat dengan kemunculan parti PAS yang telah ditubuhkan pada tahun 1951. Ketika kerajaan negeri yang ditunjangi UMNO sedang rancak menjalankan Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 140 Perkembangan Politik dan Kesannya ke atas Pembangunan Ekonomi Terengganu aktiviti-aktiviti pembangunannya, parti PAS pula mencari tapak di negeri Terengganu sejak tahun 1956 selepas kukuh di Kelantan. Daerah pertama yang mendapat perhatian daripada parti itu ialah Dungun dan ia terus melebarkan pengaruhnya ke daerah-daerah lain. Kejayaan PAS bertapak kukuh di beberapa buah daerah di negeri itu membayangkan bahawa rakyat Terengganu telah dapat menerima parti yang meletakkan Islam sebagai landasan perjuangannya. Sokongan masyarakat Melayu Terengganu ini telah memendekkan hayat pemerintahan parti Perikatan apabila parti itu tewas mengejut kepada PAS dalam pilihan raya tahun 1959 bagi kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen. PAS mendapat tiga belas kerusi DUN daripada 24 yang dipertandingkan dan empat kerusi daripada enam yang dipertandingkan pada peringkat parlimen. Parti Perikatan hanya menang tujuh kerusi negeri dan hanya satu sahaja kerusi parlimen manakala prestasi Parti Negara yang dipimpin Dato Onn Jaafar juga memberangsangkan apabila memenangi empat kerusi negeri dan satu kerusi parlimen. Kemenangan PAS ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan bukan sahaja kalangan pemimpin UMNO bahkan kalangan pemimpin PAS sendiri kerana boleh dikatakan PAS adalah parti yang baharu setahun jagung usianya di Terengganu berbanding UMNO dan parti-parti lain. Kemenangan tidak diduga PAS ini bukanlah disebabkan kegagalan kerajaan Perikatan memikat hati pengundi Terengganu menerusi rancangan pembangunan tanah dan ekonominya tetapi lebih kepada kecenderungan rakyat Terengganu kepada parti politik bercorak Islam yang mendokong asas Islam dalam perjuangannya. Sekiranya penilaian dibuat ke atas dasar ekonomi kerajaan Perikatan sebelum ini, walaupun ianya belum mampu menarik keluar masyarakat Melayu negeri itu daripada lembah kemiskinan, namun dalam jangka panjang dipercayai ianya mampu memberi manfaat yang tidak sedikit kepada mereka. Dalam jangka masa lima tahun adalah agak sukar untuk mengukur kejayaan atau kegagalan rancangan pembangunan tanah dan ekonomi yang dijalankan, terutamanya yang melibatkan rancangan yang besar seperti FELDA. Oleh yang demikian, rakyat Terengganu khususnya masyarakat Melayu dilihat sebagai menginginkan perubahan dalam pentadbiran negeri dengan memilih parti baru untuk memerintah. Terengganu di bawah PAS (1959-1961) Kerajaan PAS Terengganu bukan sahaja memikul tanggungjawab yang besar sebagai kerajaan negeri yang baharu tetapi juga berhadapan dengan kesulitan untuk mendapat kelulusan rang undang-undang baharu yang dirangka dalam DUN lantaran kemenangan tipis selain tidak memperoleh majoriti dua pertiga di dalam Dewan Mesyuarat Negeri. Tanpa kelulusan DUN, rang undang- undang itu tidak boleh dilaksanakan dan perkara ini akan menjejaskan pentadbiran. Kesulitan ini ditambah lagi dengan ketiadaan pengalaman mentadbir sesebuah negeri seperti Terengganu. Kemenangan tipis parti itu Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 141 Article: Azmah Abd. Manaf dalam pilihan raya membayangkan bahawa kedudukan PAS sebenarnya belum mantap lagi. Keadaan ini membuatkan parti yang baharu mendapat mandat itu seperti hilang arah dalam mengemudi pentadbiran dan ekonomi Terengganu yang masih dalam proses pembangunan untuk bersaing dengan negeri-negeri yang lain. Ketidaksediaan parti PAS untuk memerintah terserlah apabila parti itu gagal mencari calon yang sesuai dan yang mendapat perkenan Sultan Terengganu untuk dilantik sebagai Menteri Besar. Kemelut dalaman yang berpunca daripada perebutan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan. Akhirnya Daud Samad, anak kelahiran Terengganu telah mendapat perkenan Sultan sebagai Menteri Besar (MB) walaupun pada peringkat parti beliau mendapat undian yang paling rendah.21 Sementara Ahmad Azam, Pesuruhjaya Negeri yang disifatkan sebagai calon yang paling layak untuk jawatan MB pula dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Walaupun akhirnya Menteri Besar yang baharu berjaya dilantik setelah tiga bulan, lantikan itu tidak dapat memuaskan hati beberapa pemimpin kanan parti yang juga bercita-cita untuk menjawat jawatan penting itu. Ketidapuasan hati menjadi lebih bercelaru apabila diterjemahkan secara terbuka hingga menimbulkan krisis politik yang berpanjangan apabila timbul isu lain yang turut berkait. Konflik ini tidak berkesudahan sehinggalah kerajaan PAS digulingkan oleh undi tidak percaya pada bulan Oktober 1961. Konflik yang berlaku memang sukar untuk dihuraikan kerana melibatkan banyak pihak dan faktor. Oleh yang demikian, jalan penyelesaian kepada konflik yang berlaku juga sukar dicari. Pemimpin-pemimpin PAS pusat tidak putus-putus berusaha untuk menyelesaikan konflik yang timbul bersilih ganti dan seterusnya cuba menyelamatkan kerajaan PAS yang goyah sejak hari pertama memerintah Terengganu.22 Walau bagaimanapun, tanpa kerjasama pihak yang bertelingkah, usaha itu menjadi sia-sia belaka. Daud Samad, selaku Menteri Besar Terengganu kelihatan tidak berupaya untuk mengendalikan orang-orangnya daripada bertelagah sesama sendiri sehingga menjejaskan kepercayaan rakyat Terengganu terhadap keupayaan kerajaan baru itu untuk memerintah dan melaksanakan pembaharuan yang telah dijanjikan ketika kempen pilihan raya yang lalu. Konflik yang bermula dengan isu calon menteri besar itu kemudiannya merebak kepada perebutan jawatan nombor dua iaitu Timbalan Menteri Besar yang seharusnya diberikan kepada pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, Ustaz Ahmad Azam. Namun begitu, sekali lagi atas alasan bahawa dia bukan anak negeri Terengganu, maka ramai kalangan ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan pencalonan beliau (Ismail Ibrahim 1980/81:23). Kekecewaan Ahmad Azam tergambar apabila menolak pelantikan beliau sebagai exco kerajaan negeri. Keadaan bertambah tegang apabila speaker dewan negeri, Mohd Taib Sabri, juga inginkan jawatan tersebut. Bagi kerajaan pimpinan Daud Samad perlantikan Timbalan Menteri Besar bukanlah sesuatu hal yang terlalu penting untuk didahulukan berbanding hal-hal pentadbiran. Namun, individu yang Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 142

Description:
parti politik berhaluan kiri seperti PKMM dan Hizbul Muslimin, tumpuan dinyatakan dalam manifesto pilihan raya terutamanya berkaitan dengan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.