ebook img

Asean LIP: Saravanan A/L Muthiah v Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman PDF

30 Pages·2017·1.58 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Asean LIP: Saravanan A/L Muthiah v Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10(9)/4-139/15 ANTARA SARAVANAN A/L MUTHIAH DAN KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN NO. AWARD: 1479 TAHUN 2017 Di Hadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK - Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan, Cawangan Pulau Pinang Tarikh Rujukan : 9 Januari 2015 Tarikh Sebutan : 2 Mac 2015, 6 April 2015, 8 Mei 2015, 5 Jun 2015, 26 Jun 2015, 10 Julai 2015, 29 Julai 2015, 26 Ogos 2015, 30 September 2015, 21 Oktober 2015, 2 November 2015, 30 November 2015, 8 Januari 2016, 27 Januari 2016, 26 Februari 2016 & 23 Mac 2016 Tarikh Bicara : 28 & 29 September 2016, 15 & 16 November 2016 & 16 Januari 2017 Representasi : Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim Tetuan Aswandi Hashim & Co. Peguambela & Peguamcara [Peguam Pihak Yang Menuntut] Cik Shalani Devi Konsultan Kanan Perhubungan Perusahaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia(MEF) [Wakil Pihak Responden] 1 Rujukan Ini adalah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia berkaitan dengan pembuangan kerja SARAVANAN A/L MUTHIAH (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (selepas ini disebut sebagai Responden) pada 1 September 2014. AWARD Fakta Kes 1. Pihak-pihak dalam pertikaian ini adalah Saravanan A/L Muthiah (Pihak Menuntut) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Responden). Prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah berikutan daripada rujukan bertarikh 9 Januari 2015 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja Pihak Menuntut pada 1 September 2014. 2. Melalui Surat Perlantikan bertarikh 19.4.2011 (halaman 1-2 COB), Pihak Menuntut telah ditawarkan dengan jawatan sebagai Pensyarah Sementara di Kolej Tunku Abdul Rahman, Kampus Cawangan Pulau Pinang dengan bayaran gaji sebanyak RM2050.00 sebulan. 3. Selanjutnya melalui surat bertarikh 10.4.2012 (halaman 3-4 CLB), Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Pensyarah di Kolej Tunku Abdul Rahman mulai 10.4.2012 dengan tawaran gaji sebanyak RM2050.00 sebulan. 4. Ekoran daripada perubahan status pihak Responden kepada sebuah kolej bertaraf Universiti Kolej, Responden melalui surat bertarikh 1.8.2013 (halaman 6 CLB) 2 telah menawarkan perkhidmatan yang baru kepada Pihak Menuntut tetapi tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang sama sepertimana jawatan terdahulu yang ditawarkan kepada Pihak Menuntut oleh pihak Responden sebelum perubahan status tersebut. 5. Pihak Menuntut telah disahkan dalam jawatannya melalui surat pengesahan jawatan bertarikh 10.4.2014 (halaman 7 CLB). Gaji terakhir Pihak Menuntut pada masa pembuangan kerja ini adalah RM3735.00 sebulan. 6. Pihak Responden telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab bertarikh 6.8.2014 (halaman 6-8 COB) kepada Pihak Menuntut dan berdasarkan surat tunjuk sebab tersebut, Pihak Menuntut telah dipertuduhkan dengan tujuh (7) pertuduhan. Untuk kemudahan rujukan, diperturunkan semula kandungan surat tunjuk sebab tersebut seperti di bawah ini. ~ Ruangan Ini Dibiarkan Kosong ~ 3 4 5 6 7. Lanjutan daripada surat tunjuk sebab tersebut, Pihak Menuntut telah mengemukakan jawapan dan pembelaan kepada pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dalam surat tunjuk sebab tersebut melalui surat bertarikh 8.8.2014 (halaman 9-14 COB). 8. Pihak Responden yang tidak berpuashati dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Pihak Menuntut telah memutuskan untuk menjalankan satu siasatan dalaman bagi menyiasat pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap Pihak Menuntut. Oleh itu satu Notis Siasatan Dalaman bertarikh 13.8.2014 (halaman 15-16 COB) telah dikeluarkan kepada Pihak Menuntut yang memaklumkan kepada Pihak Menuntut mengenai pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan keatasnya dan juga memberi notis kepada Pihak Menuntut bahawa siasatan dalaman terhadapnya akan diadakan pada 19.8.2014. Notis Siasatan Dalaman tersebut adalah seperti yang diperturunkan di bawah. ~ Ruangan Ini Dibiarkan Kosong ~ 7 8 9 9. Siasatan dalaman telah dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan. Setelah meneliti keterangan saksi-saksi yang dikemukakan semasa prosiding tersebut, panel siasatan secara sebulat suara mendapati Pihak Menuntut bersalah atas 5 dari 7 pertuduhan yang dipertuduhkan keatasnya iaitu pertuduhan 2,4,5, 6 dan 7 dan tidak bersalah atas pertuduhan no.1 dan 3. 10. Setelah mengambilkira keputusan yang dibuat oleh panel siasatan dalaman serta kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Menuntut adalah satu salah laku yang berat, maka pihak Responden telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut berkuatkuasa pada 1.9.2014. Keputusan ini telah disampaikan kepada Pihak Menuntut melalui surat bertarikh 28.8.2014 (halaman 17-18 COB). 11. Untuk maksud perbicaraan di Mahkamah ini, dokumen-dokumen berikut telah dikemukakan iaitu: i. Ikatan Dokumen Responden – COB ii. Ikatan Dokumen Responden II – COB-1 iii. Ikatan Dokumen Pihak Menuntut – CLB iv. Penyata Saksi Lee Xing Yi – COWS-1 v. Penyata Saksi Chee Choon Chuan – COWS-3 vi. Penyata Saksi Chan Yoke Ying – COWS - 4 vii. Penyata Saksi Karthiyan A/P Shanmugam – COWS-5 viii. Penyata Saksi Teoh Eng Hock – COWS-6 ix. Penyata Saksi Toh Guat Guan (Janice) – COWS-7 x. Penyata Saksi Pihak Menuntut – CLWS-1 10

Description:
meneliti keterangan saksi-saksi yang dikemukakan semasa prosiding tersebut, menduduki ujian/peperiksaan pertengahan semester untuk Business .. from Administrative Law by H.W.R. Wade & C.F. Forsyth offers the accuracy of the inquiry notes, the Industrial Court's action in proceeding to.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.