ebook img

Allah Dalam Aqidah Islamiyah PDF

41 Pages·2005·0.47 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Allah Dalam Aqidah Islamiyah

ALLAH DALAM ‘AQIDAH ISLAMIAH Oleh: AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA Alihbahasa Oleh: AL-USTAZ HAJI FAUZI HAJI AWANG PUSTAKA AMAN PRESS SDN. BHD. ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH MUQADDIMAH Saya teragak seketika untuk memilih perkataan pertama dalam membicarakan topik ini, iaitu “Al‘Aqa’id”. Apakah akan saya tulis berkenaan soal “adDin-Agama”, apakah dia yang dikatakan “ad-Din” itu? dan apakah hubungannya dengan individu dan masyarakat, dan apakah kesan-kesannya terhadap dua perkara tersebut dan sejauh manakah keperluan kedua-duanya itu terhadap agama? Atau apakah akan saya tulis mengenai sejarah pertumbuhan al-’Aqa’id dalam Islam, dan soal-soal yang ada hubungan dengannya dengan pendekatan yang menyentuh persoalan-persoalan politik, kemasyarakatan, dan alam pemikiran, dengan menggambarkan corak dan warna yang berlaku sepanjang masa persejarahan umat Islam?, atau apakah akan saya terus masuk menulis membicarakan bidang ‘aqa’id sekadarnya yang dapat memberi kesan yang mendalam iaitu aqidah kepercayaan kepada “Allah”. Akhirnya saya berpendapat elok saya memilih segi yang terakhir mi, dan inilah yang menjadi bidang tulisan ini, insya Allah. AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 1 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH KANDUNGAN Bab Halaman Pendekatan Bahasan …………………………………………. 6 1. Unsur-unsur Aqidah Islamiah ……………………………… 5 2. Perkembangan Aqidah Ketuhanan ………………………… 12 3. Aqidah Ketuhanan Yang Salah Di Kalangan Umat Manusia ………………………………………………... 25 AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 2 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH PENDEKATAN BAHASAN Saya tidak akan menggunakan istilah-istilah ilmiah yang digunakan oleh alim ulama yang ahli dalam bidang Ilmul-Kalam, dan juga saya tidak akan mengharungi dalam teori-teori yang bercorak falsafah atau cara-cara mantik yang biasa digunakan oleh ulama Mutakallimun ketika mereka memperkatakan maudu’-maudu’ yang seperti ini, tetapi saya akan terus merujuk kepada Al- Quranul-Karim dan kepada As-Sunnah Al-Mutahharah dan kepada apa yang kita ketahui daripada sirah perjalanan golongan mu’min dalam peringkat permulaan dahulu, kerana mereka itu tidak syak lagi adalah manusia yang paling bersih dan segi kejadian, dan mempunyai hati yang lembut, mempunyai tanggapan yang halus terhadap soal-soal agama, dan lebih mengetahui dengan penggunaan lafaz-lafaz, rangkaikata-rangkaikata dan susunan-susunan ayat AlQuran dan Al-Hadis, mereka juga memiliki kemanisan citarasa menganggap sehalus-halus makna dan perasaan-perasaan. Justeru itu, jadilah mereka sebagai contoh yang sempurna bagi orang-orang Islam seluruhnya. Sekarang ini tergambar kepada saya dua golongan orang-orang Mu’min: Golongan peringkat permulaan di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah menerima aqidah Islamiah melalui kata-kata yang mudah difahami, yang segar dan hidup gambarannya, penuh dengan perasaan, indah susunannya dan mengandungi kekuatan batin, serta mengarahkan kepada amal salih yang membuahkan faedah. Jadi, tidaklah diketahui ada jalan lain untuk mengenal erti iman selain daripada apa yang telah digambarkan oleh kitab Suci Al-Quran dalam firman Allah Ta’ala: Ertinya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang khusyu dalam solat mereka. Dan yang berpaling daripada perkara sia-sia. Dan yang mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara kemaluan mereka. Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barangsiapa mencari yang disebalik itu, maka mereka itulah orang- orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka. Dan orang-orang yang memelihara solat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu’minun: 111) Golongan yang kedua ialah orang-orang Mu’min yang berada dalam zaman yang akhir yang telah mempelajari aqidah Islamiah melalui istilah-istilah falsafah yang berbelit-belit dan kata-kata ilmiah yang beku dan mati, menumpulkan tenaga otak dan meletihkan akal fikiran, menjemukan semangat, menjadikan fikiran bersimpang siur di lembah-lembah yang penuh dengan AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 3 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH andaian-andaian, khayalan-khayalan, permasalahan-permasalahan, bahasan- bahasan muqaddimah dan hasil natijah yang tidak berkesudahan. Umpamanya dikemukakan soal-soal seperti: Apakah Iman itu? Apakah perbezaan antara iman dengan tasdiq? Adakah iman itu bertambah atau berkurang? Adakah iman itu ialah Islam, atau dia itu lain? Apakah ada di antara keduanya itu perkara umum dan perkara-perkara khusus? Adakah amal itu menjadi syarat di dalam iman, atau suatu rukun daripada rukun-rukunnya, ataupun suatu yang lazim baginya?, dan lain-lain lagi daripada persoalan-persoalan akal dan gambaran fikiran yang tidak ada hubungan dengan nur di dalam hati dan sinaran cahaya di dalam diri serta pengarahan kepada beramal. Dengan tergambarnya kepada saya dua golongan itu, maka saya mengambil keputusan dan berkeyakinan bahawa kita wajib segera kembali kepada apa yang telah dilalui oleh orang-orang Islam kita yang solih-solih dahulu dan menyedut aqidah Islamiah dan sumber yang hening jernih yang tidak ada sebarang kesamaran dan kerumitan di dalamnya. Tepat sekali sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Malik, sabdanya: Ertinya: Telah ku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu: Kitabullah dan Sunnah RasulNya s.a.w. Oleh sebab itulah, saya memilih pendekatan ini dalam membentangkan tulisan ini, wabillahit-taufiq. AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 4 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH BAB I UNSUR-UNSUR AQIDAH ISLAMIAH Aqidah kepada “Allah” dalam Islam terbentuk daripada unsur-unsur berikut ini: 1. Beri’tiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya, Yang tidak mengambil daripada lainnya. Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan (Al-Kamal), yang semuanya itu kita ambil kesimpulan atau natijah daripada menyaksikan alam semesta ini. Allah Tabaraka wa Ta’ala itu wajib ada, bersifat dengan ‘ilmu (Al- ’Ilm), kudrat (Al-Qudrah), hidup (Al-Hayah), mendengar (As-Sam’u), melihat (Al-Basar), bersifat dengan sifat-sifat Jamal (keindahan), Bijaksana (Al-Hikmah), berkehendak (Al-Iradah) dan seterusnya. Yang demikian itu adalah jelas dan dimaklumi dengan pengetahuan yang yakin bagi setiap mereka yang merenung dan meneliti kepada alam semesta yang indah ciptaannya ini, maka Penciptanya itu tentulah Maha Bijaksana (hakim), kerana telah begitu terang sekali rahsia- rahsia kebijaksanaan mi terkandung di dalam sekalian makhluk mi. Dia juga Maha Kuasa, Maha Mengetahui dengan sepenuh makna ilmu dan qudrat yang setinggi-tingginya, kerana alam semesta yang indah ini tidak mungkin terjadi melainkan dengan sebab ilmu yang luas dan qudrat yang meliputi. Al-Quranul- Karim mengulangi akan sifat-sifat mi dalam berbagai-bagai tempat yang munasabah. Di antara ayat-ayatnya yang lengkap menerangkan sifat-sifat ini adalah tersinting pada akhir surah Al-Hasyr, iaitu: Ertinya: Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Quddus. Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dan apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyaj Naina-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha BUaksana. (Al-Hasyr: 22-24). 2. Menafikan sifat-sifat keserupaan (Al-Musyabahah) dan sifat kekurangan daripada Tuhan Pencipta (Al-Khaliq) s.w.t. Maka sifat berjisim itu ternafi daripada Allah kerana benda itu berubah-ubah, sedang Al-Khaliq jauh AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 5 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH sekali daripada sifat-sifat berubah; dan sifat berbilang-bilang juga ternafi daripadaNya, kerana sifat berbilang itu bersusun, sedang Tuhan pasti Esa. Sementara sifat kebapaan (menjadi bapa) dan keanakan (ada anak), kedua- duanya jauh daripada sifatNya kerana kedua-dua sifat itu berbahagi-bahagi dan berpisah-pisah, sedangkan Al-Khaliq tidak berjuzu’-juzu’ dan begitulah seterusnya. Al-Quranul-Karim mengakui hal ini dengan jelas dan membahaskannya dengan cara logik yang halus dan hujjah yang memuaskan. Dalam menafikan sifat-sifat keserupaan, Al-Quran menjelaskan: Ertinya: (Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikannya kamu berkembang biak dengun jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Asy-Syura: 11) Ertinya: Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa”. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seseorang pun yang setara dengan Dia”. (Al-Ikhlas: 1-4). Dalam menafikan sifat berbilang-bilang, AlQuran menerangkan: Ertinya: Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah Yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang mereka sjfatkah. (Al-Anbiya’: 21-22) Dalam menafikan sifat beranak pinak dan berbilang-bilang, Al-Quran menjelaskan: Ertinya: Allah sekal-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertanya, kalau ada tuhan bersertanya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian daripada tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dan apa yang mereka sifatkan itu. (Al-Mu’minun: 91). Keterangan-keterangan yang seperti ini dapat kita lihat dengan jelas dalam banyak ayat Al-Quran yang membincangkan mengenai aqidah umat- umat yang lampau. Ayat-ayat itu menafikan segala sifat yang membawa kekurangan, penyerupaan dan yang menunjukkan kelemahan Al-Khaliq s.w.t. AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 6 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH 3. Aqidah Islamiah sama sekali tidak menyentuh tentang hakikat dan keadaan zat dan sifat-sifat Allah s.w.t., tetapi sebaliknya dengan cara yang hati- hati dan halus menetapkan segi perbezaan dengan ertikata yang sebenar- benarnya antara keadaan zat Tuhan dan sifatNya dengan keadaan makhluk- makhluk dan sifat-sifat mereka. Dalam Surah Al-An’am, Al-Quran menjelaskan: Ertinya: (Yang memiliki sifat-sfat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan melainkan Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Al-An’am: 102 -103) Hadis pula menerangkan: Ertinya: Fikirkanlah tentang keadaan makhluk Allah, tetapi jangan kamu memikirkan tentang zat Allah, nanti kamu akan binasa. Memang suatu perkara yang jelas bahawa sikap yang demikian itu tidak boleh sedikit pun disalahkan kepada Islam, dan tidak boleh dikatakan bahawa Islam merupakan batu penghalang yang menyekat akal dan mengurangi kebebasan berfikir kerana akal manusia adalah merupakan tiang atau tonggak aqidah di dalam Islam, namun demikian, sehingga hari ini ia tetap merupakan pendirian atau keadaan lemah yang mutlak berhadapan dengan hakikat semua benda. Segala apa yang telah dapat ditanggap olehnya hanyalah perkara-perkara yang tertentu sahaja dan setengah-setengah sifat dan kesan-kesan yang zahir semata-mata. Adapun unsur-unsur abstrak belum lagi dapat dicapainya. Islam tidaklah memaksa atau memberatkan manusia untuk mencapai sesuatu yang tidak mampu ditanggap oleh akal dan kefahaman manusia. 4. Aqidah Islamiah menggariskan jalan ke arah mengenal sifat-sifat Al- Khaliq dan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan ketuhanan, keistimewaan- keistimewaan dan kesan-kesannya. Untuk sampai kepada yang demikian itu mestilah dengan merenung dan memerhati alam jagat ini dengan pandangan yang betul dan membebaskan akal fikiran daripada kepercayaan-kepercayaan yang dipusakai dan datuk nenek, daripada hawa nafsu dan tujuan-tujuan tertentu sehingga dapat mencapai kepada hukum yang betul dan tepat. Al- Quranul-Karim sentiasa menggalakkan supaya memerhatikan kejadian alam dan meneliti keadaan makhluk-makhluk. Al-Quran juga telah mengangkat dan menyanjung tinggi nilai akal dan meninggikan darjat akal sehingga menyebut AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 7 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH akan “akal” lebih daripada empat puluh tempat, disertai dengan sanjungan dan pujian. Di samping itu Al-Quran juga menggalakkan supaya bersungguh- sungguh untuk mencapai hakikat benda-benda dan menyingkap rahsia alam yang terselindung dan tersirat di sebalik alam nyata ini, sebagaimana firman Allah Ta’ala: Ertinya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dan langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Al-Baqarah: 164). Dan firman Allah Ta’ala: Ertinya: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang- orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Yang Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dan siksa neraka. (Ali ‘Imran: 190-191). Dan firman Allah Ta’ala: Ertinya: Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan hujan dan langit lalu Kami keluarkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara bukit-bukit itu ada garis-garis puteh dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang- binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya, hanyalah ulama. (Fatir: 27-28) Dalam ayat yang akhir ini Al-Quran menggalakkan manusia supaya menyelidik dan menyingkap rahsia tumbuh-tumbuhan, haiwan dan kejadian- kejadian yang tidak bernyawa, dan sebagai natijah daripada penyelidikan itu timbul rasa takut kepada Allah. ini menunjukkan bahawa mengetahui rahsia alam, mengenal dan mengetahui Allah yang menciptakan alam ini, dan mengenal Penciptanya dan mengenal benda-benda yang diciptakanNya itu adalah mempunyai hubungan antara satu sama lain yang tidak boleh dipersia- siakan. AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 8 - ALLAH DAN ‘AQIDAH ISLAMIAH 5. Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ‘ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma’rifat semuanya. Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas, yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera. Oleh sebab itulah Islam sering mengutarakan arahannya kepada perasaan hati manusia dan membangkitkan kekuatan batin yang tersembunyi di dalam jiwa manusia supaya memuncak tinggi sampai ke Hadrat Ilahi dan menikmati kelazatan Ma’rifatullah Tabaraka wa Ta’ala, sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala: Ertinya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’d: 28). Lebih tegas lagi wujudnya hubungan yang tersembunyi antara hati nurani manusia dengan Al-Khaliq, ialah ketika berlakunya kesusahan-kesusahan yang mencemaskan, yang membuatkan putus segala harapan kecuali kepada Allah s.w.t. sahaja. Al-Quran menggambarkan keadaan ini sebagaimana firman AllahTa’ala: Ertinya: Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru, kecuali Dia … (Al-Isra’: 67). Dan firmanNya: Ertinya: Dialah yang menjalankan kamu di daratan dan di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan gelombang dan segenap penjuru menimpa mereka dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): ‘Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dan bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur”. (Yunus: 22) AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA - 9 -

Description:
yang mendalam iaitu aqidah kepercayaan kepada “Allah”. sebagaimana ia juga merasa sakit dan penat ketika mengerjakan pekerjaan dan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.