AL-QUBAN DAN BIOLOGI Kamaru1 Azmi Jasmi Azura Ahmad Izzatul Amanda Jamarluddin Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia Suggested Citation: Jasmi, K. A., Ahmad A., & Jamarluddin, I. A. (2013). Al-Quran dan Biologi in Penciptaan Manusia dari Perspektif al-Quran. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia Press, pp. 49– 73. ISBN: 978-983-52-0915-4 PENGENALAN Biologi merupakan kata pinjaman bahasa Inggeris, iaitu biology: Perkataan ini dari bahasa Greek: βίος, bios, "kehidupan"; λόγος, logos, ‘kata’. Biologi adalah cabang ilmu yang berkaitan dengan ilmu alam termasuklah kajian tentang organisma serta kehidupan, struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi, pengedaran dan taksonomi hidup (Truman, 1924). Biologi menurut Wikipedia (2011) bermaksud bidang sains tulen yang mengkhusus kepada pembelajaran mengenai kehidupan dan organisma hidup. Artikel ini membincangkan al-Quran dari sudut biologi. Fakta biologi telah disebut dalam al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu yang dibuktikan tepat oleh para saintis hari ini. Memandangkan definisi biologi yang luas mencakupi manusia, haiwan dan tumbuhan yang boleh dipecahkan kepada banyak cabang ilmu yang lebih khusus seperti embriologi, botani, zoologi dan sebagainya, maka artikel ini akan memfokuskan kepada biologi molekul yang mencakupi genetik dan sel selain biologi umum yang tidak termasuk dalam mana- mana cabang ilmu yang disebutkan. Antara subtopik yang akan dibincangkan adalah kepentingan air kepada setiap benda hidup. Pentingnya air kepada kewujudan sesuatu entiti telah dibuktikan secara saintifik. Sains moden membuktikan bahawa sitoplasma yang merupakan bahan asas dalam pembinaan sel adalah terdiri daripada 80% air. Seterusnya, kewujudan mikroorganisma yang telah diceritakan dalam al-Quran. Mikroorganisma memainkan peranan yang sangat penting dalam keseimbangan alam kerana mereka bertanggungjawab menyediakan keperluan sumber mineral dan makanan kepada semua hidupan. Mikroorganisma juga bertanggungjawab menguraikan benda mati kepada mineral untuk diserap oleh tumbuhan dan seterusnya menjadi sumber makanan kepada haiwan dan manusia. Artikel ini juga akan membincangkan tentang pengaturcaraan genetik yang dikawalselia oleh DNA. Menariknya, huruf yang mewakil DNA dan RNA muncul bersebelahan dalam al-Quran. Seperti juga DNA, huruf yang mewakili hemoglobin dan besi juga boleh didapati bersebebelahan dalam al- Quran. Kedua-dua molekul ini bertanggungjawab mengangkut oksigen dalam darah. Akhir sekali, artikel ini juga akan membincangkan cap jari manusia yang merupakan ciri yang sangat unik kepada setiap individu. Tiada manusia di dunia yang mempunyai dua cap jari yang sama termasuklah kembar. KANDUNGAN Prakata vii Bab 1 Al-Quran Satu Mukjizat yang Menakjubkan 1 Kamarul Azmi Jasmi & `Atiqah binti Selamat Bab 2 Al-Quran dan Fisiologi 19 Noorul Hudai Abdullah & Nasrul Hisyam Nur Muhammad Bab 3 Al-Quran dan Biologi 49 Kamarul Azmi Jasmi, Azura Ahmad, & Izzatul Amanda Jamarluddin Bab 4 Al-Quran dan Proses Kejadian Manusia 75 Norhafizah binti Salleh & Azmi Shah Suratman Kandungan vi Bab 5 Al-Quran dan Perubatan 101 Siti Fatimah Zaharah Mustafa & Jima’ain Safar Indeks 119 PRAKATA Al-Hamdulillah dengan inayah dan hidayah Allah dapatlah saya menyelesaikan satu buku penyelenggaraan yang tidak kurang penting dalam kehidupan umat Islam. Sebuah buku yang menyingkap sebahagian besar mukjizat al-Quran dan hubungannya dengan sains dalam kehidupan manusia. Pengertian sains ini sukar difahami sejak seribu tahun lalu sejak penurunannya sehinggalah sains ini tersingkap dalam era kehidupan manusia kini. Buku ini terdapat 5 buah artikel yang berkisar tentang ayat al- Quran yang menyentuh tentang sains penciptaan manusia yang telah difahami zaman ini. Bab-bab tersebut adalah seperti berikut: (1) Al-Quran Satu Mukjizat yang Menakjubkan (2) Al-Quran dan Fisiologi (3) Al-Quran dan Biologi (4) Al-Quran dan Proses Kejadian Manusia (5) Al-Quran dan Perubatan Semua artikel ini dikupas dengan bahasa yang mudah difahami dalam pelbagai peringkat masyarakat agar dapat menjadi rujukan asas kepada mereka dalam memahami al-Quran terhadap perkara sains yang terdapat dalam kehidupan manusia. viii Prakata Buku ini diharap dapat dijadikan rujukan kepada semua para pensyarah sains dan teknologi serta para siswazah dalam bidang tersebut untuk memahami perbahasan asas sains dalam kehidupan manusia. Kamarul Azmi Jasmi Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia 2013 3 AL-QURAN DAN BIOLOGI Kamarul Azmi Jasmi Azura Ahmad Izzatul Amanda Jamarluddin PENGENALAN Biologi merupakan kata pinjaman bahasa Inggeris, iaitu biology: Perkataan ini dari bahasa Greek: βίος, bios, "kehidupan"; λόγος, logos, ‘kata’. Biologi adalah cabang ilmu yang berkaitan dengan ilmu alam termasuklah kajian tentang organisma serta kehidupan, struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi, pengedaran dan taksonomi hidup (Truman, 1924). Biologi menurut Wikipedia (2011) bermaksud bidang sains tulen yang mengkhusus kepada pembelajaran mengenai kehidupan dan organisma hidup. Artikel ini membincangkan al-Quran dari sudut biologi. Fakta biologi telah disebut dalam al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu yang dibuktikan tepat oleh para saintis hari ini. Memandangkan definisi biologi yang luas mencakupi manusia, haiwan dan tumbuhan yang boleh dipecahkan kepada banyak cabang ilmu yang lebih khusus seperti embriologi, botani, zoologi dan sebagainya, maka artikel ini akan memfokuskan kepada biologi molekul yang mencakupi genetik dan sel selain biologi umum yang tidak termasuk dalam mana- mana cabang ilmu yang disebutkan. Antara subtopik yang akan dibincangkan adalah kepentingan air kepada setiap benda hidup. Pentingnya air kepada kewujudan sesuatu entiti telah dibuktikan secara saintifik. Sains moden membuktikan bahawa sitoplasma yang merupakan bahan asas dalam pembinaan sel adalah terdiri daripada 80% air. Seterusnya, kewujudan mikroorganisma yang telah diceritakan dalam al-Quran. Mikroorganisma memainkan 50 Penciptaan Manusia dari Perspektif al-Quran peranan yang sangat penting dalam keseimbangan alam kerana mereka bertanggungjawab menyediakan keperluan sumber mineral dan makanan kepada semua hidupan. Mikroorganisma juga bertanggungjawab menguraikan benda mati kepada mineral untuk diserap oleh tumbuhan dan seterusnya menjadi sumber makanan kepada haiwan dan manusia. Artikel ini juga akan membincangkan tentang pengaturcaraan genetik yang dikawalselia oleh DNA. Menariknya, huruf yang mewakil DNA dan RNA muncul bersebelahan dalam al-Quran. Seperti juga DNA, huruf yang mewakili hemoglobin dan besi juga boleh didapati bersebebelahan dalam al-Quran. Kedua-dua molekul ini bertanggungjawab mengangkut oksigen dalam darah. Akhir sekali, artikel ini juga akan membincangkan cap jari manusia yang merupakan ciri yang sangat unik kepada setiap individu. Tiada manusia di dunia yang mempunyai dua cap jari yang sama termasuklah kembar. SEMUA HIDUPAN TERDIRI DARIPADA AIR Asal kejadian kehidupan seperti yang tercatat dalam al-Quran ialah daripada air. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T. yang menyatakan: m l k j i h g f e d c w v u ts r q p o n Maksud: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu kami pisahkan antara keduanya? Dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah al-Anbiya, 21:30) Sains moden telah membuktikan bahawa bahan asas dalam pembinaan sel, iaitu sitoplasma adalah terdiri daripada 80% air (Zakir, 2000). Setiap benda hidup pula adalah terdiri daripada sel. Hal ini demikian bermakna bahawa setiap benda hidup memerlukan air untuk kewujudannya. Al-Quran dan Biologi 51 Fakta ini dikukuhkan lagi dengan penemuan bahawa sebahagian besar organisma terdiri daripada 50% hingga 90% air (Zakir, 2000). Ayat di bawah pula merujuk kepada penciptaan haiwan dari air: ] \ [ Z YX W V U TS R Q P O N M o n m l k j i hg f e d cb a ` _ ^ Maksud: Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Nur, 24:45) Seterusnya, ayat 54 dari surah al-Furqaan menceritakan penciptaan manusia dari air: Ë Ê É È ÇÆ Å Ä Ã Â Á À ¿ ¾ Maksud: Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya). (Surah al-Furqaan, 25:54) Berdasarkan kepada ayat-ayat yang disebutkan ini, maka terbuktilah kebenaran al-Quran sebagai kalam Allah. Hal ini kerana adalah mustahil untuk mana-mana manusia, pada masa al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu, untuk mengandaikan bahawa setiap benda hidup adalah dicipta daripada air. Tambahan pula, andaian ini sudah tentu dianggap tidak masuk akal oleh orang-orang pada zaman
Description: