Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 AL-MAQSAD AL-ASNA SEBAGAI SEBUAH KARYA AKIDAH AL-GHAZALI Mohd Hasrul Shuhari, PhD Felo Biasiswazah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur [email protected]. Mohd Fauzi Hamat, PhD Profesor Madya Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur [email protected] Khulasah Makalah ini akan membahaskan kitab al-Maqsad al- Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna sebagai sebuah karya ilmiah dalam bidang akidah. Ia ditulis oleh salah seorang ulama muktabar yang begitu dikenali di dunia Islam iaitu Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali (m. 505H). Makalah ini berasaskan metode kualitatif iaitu berbentuk analisis kandungan (content analysis) terhadap kitab al- Ghazali ini. Antara yang akan disentuh ialah sorotan ringkas latar belakang pengarang, latar belakang kitab, tema penulisan, kandungan kitab dan sumber rujukan. Ia juga akan menjelaskan ciri-ciri keistimewaan kitab yang merangkumi metode penulisan, kesesuaian dengan sasaran pembaca, pengaruh kitab kepada para ulama dan kewajarannya dijadikan karya rujukan dalam bidang akidah. Makalah ini menyimpulkan bahawa kitab al-Maqsad al-Asna merupakan salah satu karya ilmiah dalam bidang akidah yang wajar dirujuk oleh umat Islam. Kata Kunci: al-Maqsad al-Asna, Akidah, al-Asma’ al-Husna, al-Ghazali 1 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 Abstract This article is a discourse on al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna, an intellectual book on the ‘Aqeedah (Islamic creed). The book was written by one of the most highly respected and recognized scholar in the Islamic world, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali (d. 505H). This article is based on qualitative method which is content analysis on this book by al-Ghazali. The article will dwell on the a short background of al-Ghazali as the writer, the theme of the book, its contents and its references. This article will also look at unique characteristics of the book including its method of writing, its suitability to the target reader, its influence to religious scholars and the rationale of adopting it as a reference in the field of ‘Aqeedah. This article concludes that the book al-Maqsad al-Asna is one important academic work on ‘Aqeedah that should be referred to by the Muslims. Keywords: al-Maqsad al-Asna, `Aqidah, al-Asma’ al-Husna, al-Ghazali Pendahuluan Penulis kitab al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al- Husna ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Tusi al-Shafi‘i dilahirkan pada tahun 450H di Tus. Beliau pernah belajar dengan Imam al- Haramayn1 (m. 478H) dan merupakan seorang yang 1 Beliau ialah Abu al-Ma‘ali al-Juwayni ‘Abd al-Malik ibn Abi Muhammad ‘Abd Allah ibn Yusuf. Gelaran Imam al-Haramayn adalah gelaran yang diberikan kepadanya kerana beliau pernah menetap dan mengajar di dua tanah suci, iaitu Mekah dan Madinah kira-kira 4 tahun. Tokoh pemikir yang bermazhab Shafi‘i dan mendokongi aliran mazhab al-Asha‘irah ini telah menghasilkan banyak karya ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu dalam Islam. Antaranya ialah kitab al-Shamil fi Usul al-Din, al-Irshad, al-‘Aqidah al-Nizamiyyah, al-Burhan fi Usul al-Fiqh dan lain-lain lagi. Beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Madrasah al-Nizamiyyah sekembalinya dari tanah suci. Kuliah pengajian yang disampaikan oleh beliau dihadiri kira-kira 300 orang penuntut. Untuk keterangan 2 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 sangat pintar dalam pelbagai bidang. Beliau memiliki kitab-kitab yang ditulis dalam pelbagai bidang keilmuan di mana sehingga kini kitab-kitabnya sangat mempengaruhi para pembaca. Majlis-majlis pengajiannya dihadiri oleh para ulama yang terkenal. Beliau digelar hujjat al-Islam (penghujah Islam) dan pemikirannya sangat mempengaruhi khazanah intelektual Islam dalam bidang seperti falsafah, tasawuf, teologi dan akhlak. Beliau merupakan salah seorang ulama besar dalam mazhab al-Shafi‘i dalam bidang fiqh dan merupakan ulama besar al-Asha‘irah dalam bidang akidah. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 14 Jumada al-Akhir 505H dan dikebumikan di Tus ketika umurnya lima puluh lima tahun.2 Berhubung dengan kitab al-Maqsad al-Asna, perkataan al-Maqsad berasal daripada perkataan qasada yang bermaksud menuju, memaksudkan dan menginginkan.3 Manakala al-Asna berasal daripada lanjut tentang biodatanya, lihat Shihab al-Din Abu al-Falah ‘Abd al- Hayy ibn Ahmad ibn al-‘Imad, Shadharat al-Dhahab fi Akhbar Man Dhahab (Kaherah: Maktabah al-Qudsi, 1932), juz. 3: 358-362. 2 Abu al-Fida’ Isma‘il ibn ‘Umar Ibn Kathir, al-Bidayah wa al- Nihayah, tahqiq ‘Abd Allah ibn ‘Abd al-Muhsin al-Turki (Giza: Markaz al-Buhuth wa al-Dirasat al-‘Arabiyyat al- Islamiyyah, 1998), juz. 16: 213-214; Shihab al-Din Abu al- Falah ‘Abd al-Hayy ibn Ahmad ibn al-‘Imad, Shadharat al- Dhahab fi Akhbar Man Dhahab, tahqiq Mahmud al-Arna’ut (Beirut: Dar Ibn Kathir, 1989), juz. 5: 18-19; ‘Abd al-Hamid al-Madkur, “Ittijahat al-Muslimin Nahwa al-Tasawwuf”, dalam Mawsu‘at al-Tasawwuf al-Islami, ed. Mahmud Hamdi Zaqzuq (Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, 2009), 32; Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, “Al-Ghazzali and His Refutation of Philosophy”, Jurnal Usuluddin, bil. 21 (2005), 1 dan Mehmet Vural, “Classic Logic of Al-Ghazali Methodology”, Journal of Islamic Research, volume. 3, no: 2, (2010), 143. 3 Al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi (t.tp.: al-Munzamat al-‘Arabiyyah li al-Tarbiyyah wa al-Thaqafah wa al-‘Ulum, t.t.), 989, entri “qasada” 3 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 perkataan sana yang bermaksud menerangi dan tinggi.4 Perkataan al-asna merupakan ism al-tafdil (kata nama yang merujuk kepada sifat yang bersangatan) yang memberi erti sangat terang atau sangat tinggi. Jadi, gabungan dua perkataan al-Maqsad al-Asna, bermaksud “maksud yang tertinggi atau maksud yang sangat jelas dan terang”. Berkenaan perkataan Asma’ Allah al-Husna, perkataan asma’ merupakan perkataan jama’ kepada ism yang berasal daripada perkataan sama yang bermaksud tinggi. Perkataan ism bermaksud sesuatu yang dikenali dengan sesuatu yang lain atau menggunakan dalil (penunjuk) tertentu bagi menunjukkan kepadanya.5 Perkataan al-Husna yang merupakan perkataan mu’annath bagi perkataan al-ahsan bermaksud sangat baik. Maka, Asma’ Allah al-Husna bermaksud nama-nama Allah S.W.T yang sangat baik.6 Al-Asma’ al-Husna berjumlah sangat banyak, namun al-Asma’ al-Husna yang dimaksudkan di sini ialah al-Asma’ al-Husna yang berjumlah sembilan puluh sembilan nama seperti yang disenaraikan oleh al-Ghazali di dalam kitab tersebut. dan al-Mu‘jam al-Wasit, ed. Mujamma‘ al-Lughat al-‘Arabiyyah (Mesir: Maktabat al-Shuruq al-Dawliyyah, 2005), 738, entri “qasada”. 4 Al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi, 648, entri “sana”; Al-Mu‘jam al- Wasit, 457, entri “sana” dan al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam, cet. ke-30 (Beirut: Dar al-Mashriq, 1988), 359, entri “sana”. 5 Al-Mu‘jam al-Wasit, 452, entri “sama”. Menurut al-Ghazali, al-ism adalah lafaz yang diletakkan untuk menunjukkan sesuatu yang dinamakan (al-musamma). Contohnya, seseorang itu diberikan nama yang dipilih untuknya sama ada oleh dirinya sendiri, wali, bapa atau tuannya. Pada hemat penulis, jika seseorang itu diberikan nama Zaid, maka Zaid adalah lafaz dan dalil (penunjuk) yang menunjukkan kepada seseorang atau seseorang yang dikenali dengan nama Zaid. Lihat Abu Hamid al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna, tahqiq Abu Sahl dan Najah ‘Iwad Siyam (Kaherah: Dar al-Muqtim, 2008), 183. 6 Al-Mu‘jam al-Wasit, 174, entri “hasuna” dan M. Quraish Shihab, Menyingkap Tabir Ilahi Asma Al Husna Dalam Perspektif Al-Qur’an (Jakarta: Penerbit Lentera Hati, 2005), xxxvi. 4 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 Setelah memahami maksud perkataan seperti di atas, maka diterjemahkan nama kitab tersebut seperti berikut, “Maksud Tertinggi dalam Mensyarahkan Nama-nama Allah S.W.T yang Sangat Baik”. Latar Belakang Kitab Penisbahan kitab al-Maqsad al-Asna ini kepada al-Ghazali berpandukan kepada beberapa bukti yang jelas. Antaranya ialah:7 a) Para ulama ahl al-tarajum (menjelaskan biografi ulama lain) telah menerangkan bahawa kitab ini merupakan salah satu daripada karya-karya al- Ghazali. Antaranya seperti al-Yafi‘i (m. 768H), al- Subki (m. 771H), Tash Kubra Zadah (m. 962H) dan Haji Khalifah (m. 1067H).8 b) Para ulama sendiri yang menukilkan beberapa pandangan al-Ghazali tentang al-Asma’ al-Husna dalam kitab-kitab mereka. Contohnya seperti apa yang dilakukan oleh Fakhr al-Din al-Razi (m. 606H) yang menukilkan pandangan al-Ghazali berkenaan al-Asma’ al-Husna dalam kitabnya.9 Selain itu, Ibn 7 ‘Isa ‘Abd Allah ‘Ali, “al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al- Husna (li al-Imam Hujjat al-Islam Abi Hamid al-Ghazali al- Mutawaffa Sanah 505H): Dirasah wa Tahqiq” (Disertasi Sarjana, Kuliyyah Usuluddin, Universiti al-Azhar, 1988), 153-157. 8 Abu Muhammad ‘Abd Allah ibn As‘ad al-Yafi‘i, Mir’at al-Jinan wa ‘Ibrat al-Yaqzan (Heydarabad: Matba‘ah Dairat al-Ma‘arif al- Nizamiyyah, t.t.), 179; Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Shafi‘iyyat al-Kubra, tahqiq ‘Abd al-Fattah Muhammad dan Mahmud Muhammad al-Tanahi (Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, t.t), juz. 6: 199; Mawla Ahmad ibn Mustafa Tash Kubra Zadah, Miftah al-Sa‘adah wa Misbah al-Siyadah (Heydarabad: Matba‘ah Dairat al-Ma‘arif al-Nizamiyyah, t.t.), 202 dan Mustafa ibn ‘Abd Allah Haji Khalifah, Kashf al-Zunun ‘an Asami al-Kutub wa al- Funun (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1941), j. 2: 1805. 9 Fakhr al-Din al-Razi, Sharh Asma’ Allah al-Husna li al-Razi wa Huwaal-Kitab al-Musamma Lawami‘ al-Bayyinat Sharh Asma’ Allah Ta‘ala wa al-Sifat (Kaherah: al-Maktabat al- 5 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 al-Murtada al-Yamani (m. 840H) juga menukilkan pendapat al-Ghazali dengan menyatakan sekali karyanya al-Maqsad al-Asna melalui kitabnya.10 c) Laras bahasa atau uslub yang digunakan dalam kitab ini menyamai laras bahasa atau uslub al-Ghazali di dalam kitab-kitabnya yang lain seperti al-Munqidh min al-Dalal, Ihya’ ‘Ulum al-Din dan Minhaj al- ‘Abidin. Contohnya, al-Ghazali menjelaskan bahaya al-wusul, al-ittihad dan al-hulul di dalam subtopik al-Turuq al-Sufiyyah dalam kitab al-Munqidh min al-Dalal. Kemudian, al-Ghazali menyatakan bahawa maklumat lanjut tentang perkara ini telah dijelaskan di dalam kitab al-Maqsad al-Asna. Begitu juga di dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din, al-Ghazali menjelaskan hakikat kesabaran yang menyamai penerangannya tentang makna al-Sabur di dalam al-Maqsad al- Asna.11 d) Bukti yang paling jelas ialah judul yang digunakan bagi manuskrip kitab ini ialah al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna yang disandarkan kepada al-Ghazali. Manuskrip tersebut telah dikaji dan ditahqiq12 oleh ‘Isa‘Abd Allah ‘Ali dalam Azhariyyah li al-Turath, 2000), 15 dan al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna,24. 10 Abu‘Abd Allah Muhammad ibn al-Wazir, Ithar al-Haqq ‘ala al- Khalq (Kaherah: al-Matba‘at al-Adab wa al-Muayyid, 1318H), 172; al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 185 dan ‘Isa ‘Abd Allah ‘Ali, “al- Maqsad al-Asna”, 57-58. 11 Abu Hamid al-Ghazali, “al-Munqidh min al-Dalal”, dalam Majmu‘at al-Rasa’il al-Imam al-Ghazali, ed. Maktab al-Buhuth wa al-Dirasat (Beirut: Dar al-Fikr, 2008), 555; al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 161, 163-168; Abu Hamid al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din (Kaherah: Dar al-Fajr li al-Turath, 1999), j. 4: 85 dan ‘Isa ‘Abd Allah ‘Ali, “al- Maqsad al-Asna”, 162. 12 Al-Tahqiq merupakan istilah yang merujuk kepada kajian khusus terhadap manuskrip kitab sehingga dapat dipastikan kesahihan judulnya, nama penulis, penisbahan kitab kepada seseorang penulis dan teksnya. Jadi, kitab yang sudah ditahqiq merupakan kitab yang 6 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 kajian sarjananya. Beliau telah mengkaji empat naskhah manuskrip al-Maqsad al-Asna dan mendapati bahawa keempat-empat manuskrip tersebut tertulis judul al-Maqsad al-Asna dan nama penulisnya iaitu al-Ghazali.13 Al-Ghazali membahaskan al-Asma’ al-Husna dengan menulis kitab al-Maqsad al-Asna setelah diminta oleh seseorang untuk menjelaskan al-Asma’ al-Husna. Pada mulanya, beliau teragak-agak kerana persoalan ini perlu ditanggapi secara berhati-hati dan di luar kemampuan manusia untuk membicarakan sifat rububiyyah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, beliau memahami bahawa menjawab persoalan yang diajukan oleh orang yang bertanya adalah menjadi kewajipan agama. Al-Ghazali menulis kitab ini ketika beliau berada dalam fasa pengasingan diri setelah selesai menulis kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din dan sebelum beliau menulis kitab al- Munqidh min al-Dalal. Mustafa Abu-Sway mengklasifikasikan kitab ini sebagai karya ilmiah yang ditulis dalam tempoh masa pengasingan diri al-Ghazali, sama seperti kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din iaitu di antara tahun 488H - 499H / 1095M - 1106M.14 Kitab ini membahaskan judul, nama penulisnya, penisbahan kitab kepada penulis tersebut dan teksnya telah ditentukan kesahihannya. Lihat ‘Abd al-Salam Muhammad Harun, Tahqiq al-Nusus wa Nashriha, cet. ke-5 (Kaherah: Maktabat al-Sunnah, 2008), 42. 13 ‘Isa ‘Abd Allah ‘Ali, “al-Maqsad al-Asna”, 144-152 dan 157; ‘Abd al-Rahman Badawi, Muallafat al-Ghazali, cet. ke-3 (Kuwait: Wakalat al-Matbu‘at, 1977), 135-136; Abu al-‘Abbas Shams al-Din Ahmad ibn Muhammad ibn Khallikan, Wafayat al-A‘yan wa-Anba’ Abna’ al-Zaman, tahqiq Ihsan ‘Abbas (Beirut: Dar Sadir, 1971), j. 4: 218 dan al-Subki, Tabaqat, juz. 6: 199. 14 Al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 19; Mustafa Abu-Sway, al- Ghazzaliyy: A Study In Islamic Epistemology (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), 1996), vii, 101, 123-124 dan Mohd Abduh bin Abu Samah@Hashim, “Pemikiran Akidah al-Imam al-Ghazzali Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din: Analisis Terhadap Kitab Qawa‘id al-‘Aqa’id” (disertasi sarjana, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2006), 41-42. 7 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 persoalan akidah di samping akhlak sebagaimana yang dijelaskan dalam subtopik berikutnya.15 Selain itu, menurut Prof. Dr. ‘Abd al-Hamid Madkur, ketokohan al- Ghazali dalam pelbagai bidang telah mempengaruhi penulisannya dalam al-Maqsad al-Asna sebagaimana berikut: ” “ Terjemahan: [Al-Ghazali merupakan seorang] ahli fiqah, ahli usul, mutakalim dan ahli sufi...semua ini memberi kesan kepada tajuk- tajuk dan permasalahan kitab [al-Maqsad al- Asna]... al-Ghazali menghimpunkan semuanya [dalam kitab al-Maqsad al-Asna iaitu]; bahasa, tasawuf, usul fiqah dan ilmu kalam...16 Tema Penulisan Tema merujuk kepada tajuk, pokok atau subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan dan cerita.17 Penulis mendapati al-Ghazali memberi fokus kepada tema akidah yang merupakan tema utamanya di samping tema tasawuf atau akhlak dalam kitab al-Maqsad al-Asna. Berhubung dengan tema akidah, kitab ini membicarakan tentang Allah S.W.T secara khusus pada aspek nama-nama-Nya iaitu al-Asma’ al-Husna. Ini 15 ‘Isa ‘Abd Allah ‘Ali, “al-Maqsad al-Asna”, 36-37 dan 184-185 dan al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 44. 16 ‘Abd al-Hamid Madkur (Profesor, Jabatan Falsafah Islam, Kuliyyah Dar al-‘Ulum, Universiti Kaherah), dalam temu bual dengan penulis, 2 dan 7 Julai 2010. Maklumat lanjut berkenaan ketokohan al-Ghazali, lihat ‘Isa ‘Abd Allah ‘Ali, “al-Maqsad al-Asna”, 49 dan 184-185 dan al-Sayyid Muhammad Salih Dawud, “al-Dars al-Dilali”, 163-164, 171 dan 175-176. 17 Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), 1638, entri “tema”. 8 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 dijelaskan sendiri oleh al-Ghazali bahawa karya ini ditulis setelah diminta oleh seseorang untuk memahami sifat-sifat Allah S.W.T. Al-Ghazali juga menjelaskan bahawa ilmu yang paling penting adalah ilmu mengenai Allah S.W.T meskipun ia sukar dijelaskan kerana hanya Allah S.W.T yang mengetahui tentang diri-Nya secara sempurna. Manusia hanya mampu mengenali-Nya melalui nama- nama-Nya yang dijelaskan melalui wahyu-Nya dan melalui renungan kepada alam ciptaan Allah S.W.T yang juga merupakan kesan-kesan dari perbuatan-Nya.18 Perbahasan ilmu akidah merangkumi wacana ketuhanan (al-ilahiyyat), kenabian (al-nabawiyyat) dan perkara ghaib (al-sam‘iyyat). Kitab ini membahaskan ilahiyyat kerana ia memberi fokus tentang Allah S.W.T.19 Jadi, kitab ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia merupakan karya al- Ghazali yang bertemakan akidah. Kitab ini juga mengandungi tema tasawuf atau akhlak kerana al-Ghazali menulis dalam fasa pengasingan diri setelah beliau selesai menulis kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din dan sebelum menulis kitab al-Munqidh min al-Dalal. Beliau menulis kitab ini berdasarkan kaedah kesufian, contohnya penggunaan istilah-istilah dan kata-kata ulama tasawuf dalam kitab al-Maqsad al-Asna. Antara contoh istilah-istilah tasawuf ialah mushahadah (penyaksian mata hati) dan mukashafah (terbuka tabir penutup). Contoh lain, al-Ghazali menyatakan bahawa terdapat dua peringkat kefahaman manusia terhadap al-Asma’ al-Husna. Pertama, peringkat mengenali dan beriktikad dengan al-Asma’ al-Husna. Peringkat ini dilihat agak mudah dicapai oleh manusia. Kedua, peringkat mencontohi makna-makna yang terkandung dalam al-Asma’ al-Husna 18 Al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 19, 54-56 dan 89-90. 19 Burhan al-Din Ibrahim al-Bajuri, Hashiyat al-Imam al-Bayjuri‘ala Jawharat al-Tawhid al-Musamma Tuhfat al-Murid ‘ala Jawharat al- Tawhid, tahqiq ‘Ali Jum‘ah Muhammad al-Shafi‘i (Kaherah: Dar al- Salam, 2002), 104. 9 Mohd Hasrul & Mohd Fauzi, “Al-Maqsad al-Asna,” Afkar 15 (2014): 1-44 berasaskan keupayaan manusiawi.20 Peringkat ini agak sukar dicapai oleh manusia melainkan setelah melalui tahap kefahaman yang begitu mendalam terhadap al- Asma’ al-Husna. Namun, peringkat ini amat berkaitan dengan persoalan akhlak kerana ia merupakan peringkat manusia berusaha meniru akhlak-akhlak Allah S.W.T Al- Ghazali meletakkan fasal khusus yang menerangkan kesempurnaan dan kebahagiaan hamba Allah S.W.T yang meniru akhlak-akhlak Allah S.W.T. Di samping itu, beliau menggunakan kaedah penjelasan tasawuf al-Qushayri (m. 465H) ketika menerangkan makna-makna al-Asma’ al-Husna. Kajian mendapati kitab tersebut merupakan kitab yang membahaskan persoalan akhlak secara ilmiah.21 Justeru, tema lain yang turut difokuskan oleh al-Ghazali dalam karya ini adalah tema tasawuf atau akhlak. Kandungan Kitab Al-Ghazali membahagikan kitab al-Maqsad al-Asna kepada tiga bahagian yang dinamakan funun:22 a) Bahagian pertama iaitu pendahuluan dan pengenalan (al-sawabiq wa al-muqaddimat) membahaskan persoalan hakikat nama (al-ism), yang dinamakan (al-musamma) dan penamaan (al- tasmiyyah). Al-Ghazali menjelaskan bahawa al-ism, al-musamma dan al-tasmiyyah adalah masing- 20 Mustafa Abu-Sway, al-Ghazzaliyy, 101; ‘Abd Allah ibn Salih al- Ghisni, Asma’ Allah al-Husna (Riyadh: Dar al-Watn, 1996), 258 dan al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 44, 46-47. 21 ‘Isa ‘Abd Allah ‘Ali, “al-Maqsad al-Asna”, 36-37, 45, 184-185 dan al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 44. 22 Al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna, 19-21 dan Mohd Abduh bin Abu Samah@Hashim, “Pemikiran Akidah al-Imam al-Ghazzali”, 41-42. Menurut Ibn Manzur, funun juga bermaksud jenis-jenis (anwa‘), lihat Muhammad ibn Mukarram ibn Manzur, Lisan al-‘Arab (t.tp.: Dar al-Ma‘arif, t.t.), j. 5: 3475, entri “al-fann”. Penulis berpandangan, perkataan ‘bahagian’ yang penulis gunakan dalam makalah ini adalah tidak jauh dari maksud funun atau anwa‘ tersebut. 10
Description: