AKTIVITI KESENIAN,HIBURAN DAN KREATIF JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA PENYIASATAN PERTUBUHAN PERKHIDMATAN 2013 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2012) PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK A. UMUM 1. Penyiasatan pertubuhan perkhidmatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama- sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama. 2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2012. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah. 3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. 5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 18 soal selidik ini. Penjelasan ini akan membantu meminimakan pertanyaan. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Penyiasatan pertubuhan perkhidmatan ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan kesenian,hiburan dan kreatif di Malaysia. 2. Aktiviti perkhidmatan kesenian,hiburan dan kreatif yang diliputi termasuk aktiviti perjudian dan pertaruhan. 3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini yang meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas. 1 4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam soal selidik ini KECUALI Soalan 13 di muka surat 20. 5. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah IBU PEJABAT, sila laporkan semua maklumat dalam soal selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai akaun yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di Soalan 13.2 dan 13.3 di muka surat 20. C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara 1.1 Sila berikan nombor pendaftaran syarikat / perniagaan jika berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkara 1.2 Sila nyatakan jenis organisasi pertubuhan tuan dan sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja. Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan. Contoh: (a) 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012 Hari Bulan Tahun Hari Bulan Tahun Dari 0 1 / 0 1 / 2 0 1 2 Hingga 3 1 / 1 2 / 2 0 1 2 (b) 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012 Hari Bulan Tahun Hari Bulan Tahun Dari 0 1 / 0 7 / 2 0 1 1 Hingga 3 0 / 0 6 / 2 0 1 2 Perkara 1.5 Adakah pertubuhan tuan membekal atau menerima perkhidmatan ke/dari luar Negara? Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah komoditi tidak ketara. Perkhidmatan perdagangan antarabangsa adalah perkhidmatan yang dieksport dari atau perkhidmatan yang diimport ke Malaysia. Ini meliputi perkhidmatan perdagangan kepada sebarang individu atau entiti perniagaan yang terletak di luar Malaysia. Termasuk : • Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan Malaysia yang berada di luar Malaysia. • Bagi perkhidmatan pembinaan, perdagangan antarabangsa termasuk kedua-dua barangan dan perkhidmatan. 2 Tidak termasuk: • Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan asing yang berada di dalam Malaysia. Perkara 1.6 Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan perkhidmatan yang memberikan sumbangan terbesar dari segi nilai. Perkara 1.7 Sila nyatakan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang diberikan di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi sebenar terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap seperti kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya. Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di dalam Soalan 1.7. Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja. Soalan 2: Taraf Sah Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja (a) Hak Milik Perseorangan Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya. (b) Perkongsian Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang. (c) Syarikat Sendirian Berhad Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan. Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang-pemegang saham yang mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad. Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel Persatuan sendiri, yang antara lain: i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya; ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang masih menjadi ahli); iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa saham atau debentur syarikat itu; dan 3 iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak. (d) Syarikat Awam Berhad Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan. (e) Syarikat Koperasi Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya. (f) Perbadanan Awam Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri. (g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan tanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan kebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada isi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarang keuntungan yang diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan berkenaan. (h) Lain-lain Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana- mana kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad. Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik Perkara 3.1 Dana pemegang saham Perkara 3.1.1 Modal berbayar Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan. (a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan atau rakan kongsi. (b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat. (c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh kerajaan Malaysia. 4 (d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran. Perkara 3.1.2 Rizab Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan. (a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab tukaran mata wang asing dan rizab lain. (b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian. (c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang terkumpul dan dana rizab. Perkara 3.2 Struktur hak milik Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar dalam kotak yang disediakan seperti pada 31.12.2012. Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf kewarganegaraan mereka. Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang- kurangnya satu tahun. Residen Malaysia meliputi: • Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia; dan • Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada setahun. Perkara 3.2.1.1 Individu Jelas maksudnya. Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat (a) Bumiputera Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Bumiputera, contoh: Lembaga Tabung Haji Lembaga Tabung Angkatan Tentera Koperasi Polis Jabatan Koperasi ASM Mara Amanah Saham PNB (b) Bukan Bumiputera Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Bukan Bumiputera. 5 Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contoh: Khazanah Nasional Berhad Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Kementerian Kewangan Malaysia Keretapi Tanah Melayu Berhad Bank Pertanian Malaysia Lembaga Air Perak Yayasan Kemiskinan Kelantan Lembaga Pelabuhan Johor Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Industri Selangor (UNISEL) Kementerian Kewangan Negeri Sabah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Menteri Besar Incorporation Selangor State Incorporation Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak 6 Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi yang lazimnya tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia. Bukan residen Malaysia terdiri daripada: • Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk di Malaysia; dan • Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi setahun. Soalan 4: Perbelanjaan Modal dan Nilai Harta i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah: a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan; dan b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan. ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer dan sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini. iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja masih dalam pembinaan dan sebagainya. iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilai setelah mengambil kira susut nilai pada masa itu. v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja- pekerja sendiri. Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan. vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat, iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan. vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan. viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai) meliputi perolehan harta baru termasuk pengubahsuaian harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai (ruangan 02). 7 ix. Pembelian aset terpakai Malaysia merujuk kepada semua harta yang dahulunya digunakan dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03). x. Membuat / membina sendiri ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan (ruangan 04). Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh. Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan. xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di ruangan 05. xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk kepada sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan / kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-). xiii. Susut nilai semasa merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh haus dan lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama dengan perkara 9.26 Soalan 9. xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) = + nilai buku bersih awal tahun + nilai harta yang diperoleh - harta yang dijual atau dilupus ± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta - susut nilai semasa xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09. 8 Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:- Perkara 4.1 Harta tetap Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna. Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain: a. Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan atau pengubahsuaian bangunan-bangunan yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya terdiri dari tempat- tempat kediaman. b. Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi pembinaan atau pengubahsuaian bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersial misalnya kilang, gudang, bangunan pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital, sekolah dan sebagainya. c. Binaan lain termasuk pembinaan atau pengubahsuaian jalan, landasan keretapi, parit, jambatan, pelabuhan, medan tempat letak kereta, saluran paip dan sebagainya. Perkara 4.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan untuk pemindahan barangan dan / atau orang. Perkara 4.1.4 Komputer (a) Perkakasan komputer Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan, penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer. (b) Perisian komputer Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama ada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli. Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin dan kelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan jentera industri lain, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama, peralatan dan perkakas yang digunakan oleh profesional dan jentera serta alat lain termasuk pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan peralatan jenis ini. Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagi menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contoh kerusi, meja, kain langsir, permaidani dan sebagainya. Perkara 4.2 Harta lain merujuk kepada harta tak ketara. 9 Perkara 4.2.1 Paten merujuk kepada hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada kos. Perkara 4.2.2 Muhibah wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah. Perkara 4.3 Lain-lain Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada, yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan. Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham) dikecualikan. Perkara 4.4 Jumlah besar Sila jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3. Perkara 4.5 Kerja dalam pelaksanaan Merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih belum dimodalkan. Soalan 5 : Pekerjaan dan Gaji & Upah A. Takrif am Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B (PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut: i. Jumlah pekerja (ruangan 01 hingga 13) Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja, kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada ruangan 01 hingga 13 pada bulan Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah dikecualikan. Sila pastikan bahawa semua Jumlah mendatar dan menegak adalah betul. ii. Gaji & upah tahunan (ruangan 18) Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dan sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan. 10
Description: