BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalan Bab ini akan menganalisis bahasa yang digunakan dalam buku komik Doraemon. Bahasa yang dikaji bukan sahaja bahasa yang berbentuk humor malah unsur-unsur gaya bahasa lain turut akan dikaji bagi mendapatkan maklumat tentang minat kanak-kanak lelaki membaca buku komik Doraemon. Dalam bab ini juga, analisis kajian akan difokuskan kepada ciri-ciri linguistik dalam penggunaan dialog dan perlakuan sosial dalam watak-watak terutama watak Doraemon, Nobita, Shizuka, Giant dan Suneo. Sememangnya watak-watak ini sahaja yang menguasai dalam setiap perjalanan cerita Doraemon. Kebetulan watak-watak ini adalah watak kanak-kanak yang juga mewakili kanak-kanak di seluruh dunia. Oleh itu, apa sahaja yang dipertuturkan oleh watak-watak dalam buku komik Doraemon akan menjadi ikutan dan panduan setiap kanak-kanak yang membacanya. 4.1 Penggunaan Bahasa Standard Data kajian menunjukkan kekerapan penggunaan bahasa standard dalam buku komik Doraemon. Komik Doraemon ini banyak menggunakan bahasa yang standard yang merupakan bahasa yang baik dan sempurna daripada segi pembentukan struktur ayat. 35 Ekstrak 1 (42,70:5) Doraemon: Ruang masa di dalamnya akan terhenti, jadi sebarang objek yang disimpan di dalamnya akan kekal berkeadaan seperti ketika objek tersebut dimasukkan. Ekstrak 2 (40,50:5) Nobita: Aku mahu Shizuka menyaksikan kehebatan aku bermain alat permainan ini tanpa diganggu orang lain. Ekstrak 3 (42,57:2) Shizuka: Minta maaf, aku mahu mengulangkaji pelajaran di rumah Dekisugi. Ekstrak 4 (40,36:7) Giant: Tidak! Aku memang nampak dengan nyata kucing Misteri itu! Doraemon, apa yang patut aku lakukan? Ekstrak 5 (41,37:7) Suneo: Kita tunggu siri buku komik baru yang akan dipaparkan pada awal tahun nanti. Ekstrak 1 hingga 5 menunjukkan kesemua watak yang didapati dalam buku komik menggunakan bentuk bahasa yang standard. Didapati watak utama seperti Doraemon, Nobita, Giant, Suneo dan Shizuka sering menggunakan dialog standard dan secara tidak langsung mengekalkan penggunaan bahasa yang formal. Ini bertentangan dengan pertuturan seharian yang lebih kepada bahasa vernakular. Sebagai contoh, sekiranya ungkapan dialog Giant dalam (40,36:7), “Tidak! Aku memang nampak dengan nyata kucing misteri itu! Doraemon, apa yang patut aku lakukan?” diungkapkan dalam suasana sebenar masyarakat Melayu, ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang janggal 36 kerana dalam perbualan, penutur sering menggunakan ayat yang ringkas, pendek dan tatabahasa yang kurang sempurna. Misalnya, ungkapan “nyata” mungkin tidak digunakan dan sebaliknya perkataan “jelas” sering digunakan. Ayat standard bermaksud ayat yang baik dari segi struktur bahasa dan tatabahasanya. Ayat seperti ini kerap digunakan oleh kanak-kanak seperti ketika membaca di dalam bilik darjah. Jika bahasa dalam buku komik ini tidak standard atau tidak sempurna daripada segi tatabahasa, mungkin ia akan menjadikan kanak-kanak lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Bahasa yang standard dalam buku komik dapat mendorong kanak-kanak memperbaiki tahap kemahiran bahasa Melayu mereka. Ini kerana lebih banyak unsur bahasa standard dalam buku komik, maka akan bertambah pula kemahiran berbahasa seseorang kanak-kanak itu. Contoh perkataan standard yang didapati dalam kajian ini adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 4.0. Standard Tidak standard Terhenti Berhenti Alat permainan Mainan Mengulangkaji pelajaran Belajar Nyata Jelas Dipaparkan Dikeluarkan Jadual 4.0 Perkataan Standard 37 4.2 Penggunaan Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris Untuk penggunaan perkataan pinjaman bahasa Inggeris pula, data kajian di bawah menerangkan pengolahan ayat dalam buku komik Doraemon yang banyak meminjam perkataan dalam bahasa Inggeris (rujuk Ekstrak 6 hingga 11). Ekstrak 6 (40,113:5) Doraemon: Biar aku tunjukkan eksperimen pembuktiannya agar kau mudah faham! Ekstrak 7 (41,154:3) Nobita: Hari ini kan dalam bulan Februari, pasukan besbol profesional pun kebiasaannya berehat pada bulan ini tau! Ekstrak 8 (42,126:1) Doraemon: Ia akan melaksanakan arahan dengan tepat dengan fungsi automatik, jadi tak perlu risau. Dalam Ekstrak 6, perkataan eksperimen merupakan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Perkataan dalam bahasa Melayu bagi eksperimen ialah uji kaji. Begitu juga dengan perkataan Februari, besbol dan profesional dalam Ekstrak 7. Sementara dalam Ekstrak 8 pula, terdapat perkataan fungsi dan automatik yang juga merupakan perkataan asal bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun perkataan automatik, Februari, besbol dan profesional tidak ada terjemahan dalam bahasa Melayu. 38 Ekstrak 9 (43,143:9) Doraemon: Pada helikopter buluh itu ada nasib frekuensi. Ekstrak 10 (44,43:6) Nobita: Ujian mikrofon sekarang! Ekstrak 11 (45,21:6) Nobita: Lagi pun kau sudah berjanji akan ke kilang robot, biar aku berusaha belajar dengan keupayaan aku sendiri. Dalam Ekstrak 9 hingga 11 pula, terdapat perkataan bahasa Inggeris seperti helikopter, frekuensi, mikrofon dan robot yang merupakan perkataan yang diresap masuk bersama-sama dengan kemajuan teknologi di Malaysia. Analisis kajian mendapati bahawa sejumlah 272 perkataan pinjaman bahasa Inggeris digunakan dalam buku komik Doraemon dari siri 40 hingga siri 45 (lihat Apendiks 1). Dari sejumlah 272 perkataan tersebut, terdapat 25 perkataan bahasa Inggeris yang paling kerap digunakan dalam enam buah buku komik Doraemon siri 40 hingga siri 45 seperti yang disenaraikan dalam Jadual 4.1. 39 Perkataan Perkataan Bahasa Kekerapan Bil. Pinjaman I n g g e r i s dalam Siri 1 aktiviti activity 6 2 idea idea 6 3 stor store 6 4 telefon telephone 6 5 besbol baseball 5 6 helikopter helicopter 5 7 imej image 5 8 kelas class 5 9 buku komik comic 5 10 mini mini 5 11 minit minute 5 12 objek object 5 13 poket pocket 5 14 profesional professional 5 15 saiz size 5 16 TV television 5 17 unik unique 5 18 fungsi function 4 19 gas gas 4 20 ilusi illusion 4 21 mikrofon microphone 4 22 pil pill 4 23 serius serious 4 24 suis switch 4 25 teknik technique 4 Jadual 4.1 Kekerapan Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris dalam Buku Komik Doraemon Berdasarkan Jadual 4.1, didapati 25 perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang diulang penggunaannya dalam buku komik siri 40 hingga siri 45 yang mewakili perkataan pinjaman dalam empat buah daripada kesemua enam buah buku komik menunjukkan bahawa perkataan-perkataan seperti aktiviti, idea, stor dan telefon merupakan kata 40 pinjaman yang digunakan dalam kesemua enam buah buku komik Doraemon (lihat Jadual 4.1). Walaupun perkataan idea dan stor mempunyai kata asal dalam bahasa Melayu iaitu pemikiran bagi idea dan tempat menyimpan barang bagi stor, tetapi perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Inggeris itu lebih banyak digunakan di dalam komik Doraemon. Penggunaan perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang banyak ini sebenarnya telah membantu kanak-kanak melatih diri dalam kemahiran berbahasa mereka. Siri/Buku Jumlah keseluruhan Peratusan 40 77 16.35 % 41 77 16.35 % 42 71 15.07 % 43 77 16.35 % 44 78 16.56 % 45 91 19.32 % Jumlah 471 100 % Jadual 4.2 Statistik Entri Penggunaan Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris dalam Buku Komik Doraemon Jadual 4.2 menunjukkan penggunaan perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang digunakan dalam komik humor yang dikaji adalah hampir seimbang. Walaupun perkataan pinjaman bahasa Inggeris lebih banyak didapati dalam buku komik Doraemon siri 45 namun itu hanya mengambil jumlah peratusan sebanyak 19.32% sahaja. Justeru, boleh dikatakan penggunaan pinjaman bahasa Inggeris dalam buku 41 komik ini amat ditekankan terutamanya apabila buku Doraemon ini menyentuh unsur magik yang berbentuk Sains yang memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Jumlah kata pinjaman yang banyak digunakan dalam komik ini dapat membantu kanak-kanak menambah kosa kata dalam bahasa Inggeris mereka. Perkataan-perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang berjumlah 471 yang terdapat dalam Doraemon dari siri 40 hingga siri 45 boleh dilihat dalam Apendiks 2 hingga 7. 4.3 Penggunaan Kata Seruan Data kajian menunjukkan penggunaan kata seruan dalam ayat seruan dalam buku komik Doraemon siri 40 hingga siri 45. Kata seru yang dikaji sebahagiannya wujud dalam tatabahasa Melayu sementara sebahagiannya pula hanya rekaan bagi tujuan untuk menyuntik unsur hiburan kepada para pembaca, terutamanya kanak-kanak. Ekstrak 12 (40,73:3) Nobita: Oh begitu! Ekstrak 13 (42,48:3) Giant: Eh! Majalah Darjah 4 lah! Ekstrak 14 (43,43:6) Giant: Ha! Sudah jumpa! 42 Ekstrak 15 (42,51:4) Nobita: Wah! Memang sungguh berkesan! Ekstrak 16 (42,85:6) Suneo: Yalah! Kalau dia terus bercuti sampai bila-bila kan bagus! Ekstrak 17 (41,180:7) Nobita: Arhh! Sedang jual kepada pembeli kertas! Analisis data dalam buku komik Doraemon ini menunjukkan bahawa banyak kata seruan diwujudkan sendiri oleh pengarang atau penterjemah untuk menarik minat kanak-kanak membaca buku komik tersebut. Antara kata seru yang kerap digunakan misalnya adalah Oh, Eh, Ha, Wah, Yalah dan Arhh (lihat Ekstrak 12 hingga 17). Kata seruan Oh dalam Ekstrak 12 menunjukkan perasaan terkejut Nobita yang mengungkapkan “Oh begitu!” kerana terkejut dengan kebolehan robot pemberita yang boleh memaparkan berita secara langsung melalui televisyen. 43 Kata Seruan Kekerapan Penggunaan Oh 163 Eh 125 Ha 80 Wah 80 Yalah 61 Arhh 60 Jumlah 569 Jadual 4.3 Kekerapan Penggunaan Kata Seruan dalam Buku Komik Doraemon Sebanyak 1307 kali kata seru dituturkan oleh watak-watak dalam buku komik Doraemon (lihat Apendiks 9). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 569 kata seruan terdapat dalam buku komik Doraemon seperti dalam Jadual 4.3. Kata seru Oh merupakan kata seru yang paling banyak diucapkan iaitu sebanyak 163 kali. Diikuti kata seru Eh yang diucapkan sebanyak 125 kali. Seterusnya kata seru Ha dan Wah mempunyai jumlah penggunaan yang sama iaitu digunakan sebanyak 80 kali. Kata seru Yalah pula diulang sebanyak 61 kali. Terdapat unsur humor yang digambarkan melalui kata seru yang ditunjukkan dalam komik Doraemon (lihat Apendiks 9). Antaranya ialah kata seru yang Aiyoh. Perkataan Aiyoh ini adalah seakan-akan perkataan Aiyoyo yang sering kita dengar pengucapannya yang dalam filem-filem Tamil. Dalam hal ini perkataan Aiyoh adalah sebagai unsur humor yang boleh menyebabkan seseorang merasa geli hati apabila 44
Description: