ebook img

15 BAB I ALIRAN TAFSIR DI INDONESIA 1.0 Pengenalan Tidak dapat dinafikan bahawa ... PDF

42 Pages·2011·0.43 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview 15 BAB I ALIRAN TAFSIR DI INDONESIA 1.0 Pengenalan Tidak dapat dinafikan bahawa ...

BAB I ALIRAN TAFSIR DI INDONESIA 1.0 Pengenalan Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan tafsir Nusantara tidak terlepas daripada sejarah masuknya Islam ke Nusantara itu sendiri.1 Islam masuk ke Nusantara dengan cara perdamaian. Barat terutamanya para orientalis seharusnya bersikap jujur dalam mengemukakan pandangannya tentang misi dakwah penyebaran Islam dan hendaklah merasa malu jika mereka memesongkan sejarah dengan mengatakan bahawa Islam adalah pengganas dan kaki perang. 1 Para ahli sejarah berbeza pendapat tentang penyebaran Islam yang pertama di Nusantara. Menurut Muhammad Naquib Al-Attas, ada beberapa teori mengenai sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu yang dikaitkan dengan para peniaga Hadramaut (Yaman), Gujerat (India) atau Kwantung (China). Naquib lalu mengangkat pandangan-pandangan ahli sejarah, di antaranya; John Crawford lewat bukunya, History of Indian Archipelago, Islam datang ke Nusantara dari Tanah Arab. Alasan beliau berdasarkan catatan sejarah China dan sumber-sumber Barat. Menurut catatan sejarah Cina, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa dan membuat penempatan mereka di Pantai Barat Sumatera sekitar tahun 684 Hijrah. Di penempatan ini, orang-orang Arab bermukim dan bernikah dengan penduduk tempatan. Lama-kelamaan, terbinalah masyarakat Islam. Batu Bersurat dari Terengganu menguatkan bukti bahawa Islam datang ke benua ini dari Tanah Arab. Batu Bersurat tersebut dijumpai di kawasan tepi Sungai Tara, di Kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada tahun 1887. Tulisan jawi berbahasa Melayu pada batu itu menunjukkan tarikh 702H. Dan tulisan pada batu tersebut menyebut Islam sebagai agama rasmi dan sedikit tentang hukum-hakam Islam. Teori kedua: Naquib mengenengahkan pandangan yang dikemukakan oleh S.Q. Fatimi yang menyebutkan di dalam bukunya Islam comes to Malaysia bahawa Islam tersebarnya di Alam Melayu berasal dari Gujerat, India. Saudagar Gujerat yang beragama Islam sering berdagang dan turut berdakwah di Kepulauan Melayu. Terdapat juga ahli sejarah yang mengatakan Islam di Alam Melayu dibawa oleh para saudagar dari Malabar, India. Ini berdasarkan persamaan mazhab Shafi'i yang dianuti oleh orang-orang Islam di Malabar dan penganut Islam di Nusantara. Marco Polo di dalam catatannya ada menceritakan kehadiran pedagang- pedagang India di Perlak. Alasan teori ini dikuatkan lagi dengan pengaruh gelaran sultan-sultan Islam di India seperti "Shah" yang digunakan oleh raja-raja Islam di Nusantara. Teori ketiga: ialah Islam di Alam Melayu datangnya daripada China. Alasan pendapat ini mengatakan kawasan yang mula-mula menerima Islam ialah di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti di Terengganu. Menurut sumber catatan ahli sejarah China, Laksamana Cheng Ho telah membuat tujuh kali pelayaran ke Kepulauan Melayu. Beliau membawa armada besar termasuk orang Cina Muslim. Justeru, kemungkinan pengislaman di alam Nusantara diusahakan oleh orang-orang ini. Lihat; Syed Naquib al-Attas (1969), Preliminary statement On A General Theory Of The Islamization Of The Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 12-15. dari pelpagai sumber yang dikemukakan Naquib di atas, Penulis lebih cenderung kepada pandangan HAMKA ketika menegaskan dalam seminar internasional tentang masuknya Islam ke Indonesia yang diadakan di Medan dalam tempoh 17-20 Mac 1963 M. bahawa Islam masuk pertama kali pada abad pertama hijrah (7/8 Masihi) secara langsung daripada Arab bukan seperti sejarah versi barat yang mengatakan bahawa Islam dibawa oleh Gujerat India pada abad 13 M. Menurut HAMKA, adanya Jurudakwah daripada Malabar, Gujerat, Persia pada masa awal merupakan hal biasa, kerana mereka berasal daripada Arab. Lihat A. Hasymy (1981 M.), Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, Bandung: PT.al-Ma'arif, h. 38. 15 Kedatangan Islam ke bumi Nusantara ini merupakan angin segar bagi melawan serangan barat yang mengatakan bahawa Islam tersebar dengan perang.2 Bermula daripada aktiviti perniagaan, juru dakwah yang datang daripada Arab melakukan dakwah bi al- Hikmah wa al-Maw'izah al-Hasanah. Ajaran Islam mulai dikenali, dan masyarakat yang sebelumnya menganut fahaman animisme menjadi pengikut Islam.3 Budaya khurafat dan amalan bid‘ah sedikit demi sedikit mula dimusnahkan dengan cara yang halus. Sejarah kedatangan peniaga Muslim daripada Arab, Gujarat dan Parsi yang merupakan proses awal masuknya Islam ke Indonesia memperkenalkan al-Qur’an sebagai kitab ajaran utama dalam kehidupan umat Islam. Maka, selari dengan perjalanan masa dan perkembangan ilmu, masyarakat Muslim dituntut untuk mendalami al-Qur’an di pusat- pusat pendidikan seperti madrasah, pondok, surau dan lain sebagainya. Terdapatnya kegiatan belajar mengajar al-Qur’an di pusat-pusat pengajian tersebut melahirkan generasi pertama ahli tafsir dan menghasilkan beberapa buah karya dalam bidang tafsir. Di bawah ini, penulis akan mengetengahkan sejarah penulisan, perkembangan dan aliran tafsir secara umum di Indonesia. 2 Ada sebahagian ahli sejarah barat yang insaf memberikan penilaian positif mengenai perkara ini, seperti Thomas W. Arnold ketika mengatakan"…bukanlah pada kekejaman orang-orang kasar dan keganasan orang-orang taksub, kita mencari bukti daripada semangat dakwah Islam, apatahlagi memburukkan tokoh pejuang Islam dengan tohmahan bahawa penyebaran Islam dilakukan dengan pedang di tangan kanan dan al-Qur’an di tangan kiri. Akan tetapi bukti itu hendaklah dicari melalui kajian yang objektif dengan data sejarah yang valid. Dalam kenyataan sejarah yang autentik bahawa juru dakwah telah menyebarkan Islam ke seluruh dunia dengan lemah lembut tidak seperti yang dituduhkan oleh sebahagian orang…". Lihat T.W. Arnold (1984), The Preaching Of Islam, Delhi: Renaissance Publishing House, h. 419. 3 Sampai saat ini masih terdapat di beberapa kawasan pedalaman masyarakat yang berfahaman animisme. Faham animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu, dll) mempunyai semangat (roh). Kamus Dewan (2002), edisi ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 51 16 1.1 Sejarah Penulisan Tafsir di Indonesia Pada peringkat permulaan, masyarakat Muslim mengenal “tafsir” dengan mudah kerana bentuk tafsir pada saat itu bersifat umum, pemahaman tafsir lebih menonjol secara praktikal dalam kehidupan masyarakat daripada secara teori, kerana tafsir pada waktu itu diperkenalkan oleh para ulama secara langsung dengan lisan kepada masyarakat secara bersepadu yang digabungkan dengan bidang lain, seperti fiqh, teologi, tasawuf dan akhlak, seperti lima ajaran Sunan Ampel yang terkenal tentang molimo; 1. emoh main, 2. emoh ngombe, 3. emoh madat, 4. emoh maling, 5. emoh madon.4 Jika diperhatikan lima ajaran sunan Ampel ini diambil daripada pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an. Secara mendalamnya bahawa dari perkara pertama sehingga perkara ketiga diambil daripada iktibar yang terdapat dalam surah al-Māidah È≅yϑtã ôÏiΒ Ó§ô_Í‘ ãΝ≈s9ø—F{$#uρ Ü>$|ÁΡF{$#uρ çŽÅ£øŠyϑø9$#uρ ãôϑsƒø:$# $yϑ‾ΡÎ) (#þθãΨtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'‾≈tƒ ∩⊃∪tβθßsÎ=ø(cid:23)è?öΝä3ª=yès9çνθç7Ï⊥tGô_$$sùÇ≈sÜø‹¤±9$# Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Māidah: 90). Manakala perkara keempat adalah merupakan pentafsiran kepada firman Allah: ͕tã ª!$#uρ 3 «!$# zÏiΒ Wξ≈s3tΡ $t7|¡x. $yϑÎ/ L!#t“y_ $yϑßγtƒÏ‰÷ƒr& (#þθãèsÜø%$$sù èπs%Í‘$¡¡9$#uρ ä−Í‘$¡¡9$#uρ ∩⊂∇∪ ÒΟŠÅ3ym Maksudnya: “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan 4 Molimo adalah bahasa jawa berasal daripada kata “emoh” dan kata “limo” disingkat menjadi “molimo” yang bererti tidak mengerjakan lima perkara: emoh main (tidak bermain judi), emoh ngombe (tidak minum arak), emoh madat (tidak menagih dadah), emoh maling (tidak mencuri), emoh madon (tidak bermain perempuan). Lihat; Nasruddin Baidan (2003), Perkembangan Tafsir di Indonesia, Solo: PT. Tiga Serangkai Pustaka Mandiri, h. 33 17 sebagai seksaan daripada Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Māidah: 38). Sedangkan perkara kelima daripada ajaran tersebut merupakan aplikasi terhadap kandungan firman Allah: ∩⊂⊄∪ Wξ‹Î6y™ u!$y™uρ Zπt±Ås≈sù tβ%x. …çµ‾ΡÎ) ( #’oΤÌh“9$# (#θç/tø)s? Ÿωuρ Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (surah al-Isrā': 32). Jika diperhatikan bentuk tafsir seperti itu disampaikan secara global dalam satu pakej meliputi akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf. Kedudukan tafsir dalam bentuk seperti ini berterusan sehingga sembilan abad bermula daripada abad ke 8 sehingga abad ke 15. Perkembangan berikutnya, tafsir di Indonesia mula menampakkan identitinya dalam bentuk buku hasil karya dan terjemahan. Aktiviti penulisan tafsir al-Qur’an di Indonesia dipelopori oleh Abdur Rauf Singkel, yang telah menghasilkan karya al-Qur’an secara lengkap 30 juzuk ke dalam bahasa Melayu pada pertengahan abad XVII. Selanjutnya, usaha penulisan dan penterjemahan tafsir diteruskan oleh pentafsir-pentafsir Indonesia seperti; Munawar Chalil dengan karyanya “Tafsir al-Quran Hidayatur Rahman”, A.Hassan Bandung dengan tafsirnya al-Furqan, (1928), Iskandar Idris “Hibarna” (1934), Mahmud Yunus “Tafsir Quran Indonesia” (1935), Halim Hassan “Tafsir Alquranul Karim” (1955), Zainuddin Hamidi “Tafsir al-Quran” (1959), Kasim Bakry “Tafsir Alquranul Hakim” (1960), Hamka “Tafsir al-Azhar” (1973). Tafsir “Marāh Labīd Li kashf Ma’nā al-Qur’ān al-Majīd” merupakan hasil karya tafsir pertama ulama Nusantara yang ditulis dalam bahasa Arab secara sempurna oleh Muhammad bin Umar atau lebih dikenal dengan panggilan al- 18 Nawawi al-Bantani.5 Tafsir ini mendapat pengiktirafan dari dunia Arab. Justeru penerimaan terhadap tafsir ini disambut baik oleh tokoh reformis Mesir Jamaluddīn al-Afghānī dan Muhammad ‘Abduh. Ini kerana tafsir yang dikarang oleh al-Nawawi menggunakan pendekatan tafsir yang selaras dengan semangat reformisme (tajdīd) yang pada masa itu gerakan dan amalan sufisme muncul di beberapa kawasan Mesir dan Mekkah. Dengan karya besarnya itu, al-Nawawi mendapat gelaran sebagai “Sayyid ‘Ulamā al-Hijāz” yang diberikan oleh Shaykh al-Azhar.6 Terdapat juga tafsir al-Qur’an yang ditulis dalam bahasa-bahasa daerah, seperti usaha yang dilakukan oleh KH. Muhammad Saleh Darat Pelopor Penterjemahan al-Qur’an dalam Bahasa Jawa, beliau menghasilkan karya “Fayd al-Rahmān fī Tarjamat Tafsīr Kalām Mālik al-Dayyān” yang merupakan kitab tafsir pertama di Indonesia ditulis dalam bahasa Jawa dengan tulisan jawi. Tafsir ini terdiri daripada satu juzuk sahaja dan mengandungi pentafsiran surah al-Fātihah, al-Baqarah, Āli Imrān, al-Nisā’ dan al-Mā’idah. Ia merupakan tafsir ishārī dengan menggunakan pendekatan tasawuf amali.7 Corak tasawuf dalam karyanya sangat dipengaruhi oleh karya-karya al-Ghazālī seperti; Ihyā ‘Ulūm al-Dīn, Bidāyah al-Hidāyah dan Minhāj al-‘Ābidīn.8 Beberapa tafsir dalam bahasa jawa juga ditulis oleh KH. Bisri Mustafa Rembang dengan karyanya “al-Ibrīz Li Ma’rifat Tafsīr al-Qur’ān al-‘Azīz” (1960), R. Muhammad Adnan “Al-Quran Suci Basa Jawi” (1969) dan Bakry Syahid “al-Huda” (1972). Dalam bahasa sunda ditulis oleh KH. Muhammad Ramli dengan 5 Pada masa yang sama iaitu pada abad 19 telah ditemui sebuah karya tafsir bertajuk “Kitāb Farāid al- Qur’ān”. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi ditafsirkan secara tahlili ayat 11-12 surah al-Nisā’ berkenaan dengan hukum pusaka. Akan tetapi penulis kepada tafsir ini belum diketahui. Tafsir ini sekarang tersimpan di perpustakaan Universiti Amsterdam. Ibid, h. 61 6 Nor Huda (2007), Islam Nusantara, Sejarah Sosial Intelektual Islam di Indonesia, Jogjakarta: AR-RUZZ MEDIA, h. 350 7 Pendekatan tafsir simbolik menghuraikan bahawa di sebalik teks al-Qur’an terdapat makna tersirat. Dengan kata lain bahawa di sebalik teks al-Qur’an yang bersifat zahir terdapat makna-makna batiniyyah. 8 Nor Huda (2007), op.cit., h. 354 19 karyanya “al-Kitāb al-Mubīn” (1974). Daud Ismail pula menulis dalam bahasa Bugis yang bertajuk “Tafsire al-Qur’an Bahasa Ugi”.9 Kemudian ada beberapa manuskrip bertajuk “Kur'an Winedhar” juzuk satu yang merupakan naskah tercetak berupa ayat al-Qur’an dan di dalamnya terdapat komen singkat yang ditulis pada 1936. Naskah ini disimpan di perpustakaan Kraton Surakarta. Manuskrip lain dalam tulisan tangan setebal 530 muka surat bertajuk “Serat Al Fatekah” berbahasa Jawa ngoko (kasar) dan kromo (halus) berupa tulisan tangan dan belum diketahui waktu dan tempat penulisannya. Manuskrip tersebut disimpan di muzium Mangkunegaran. Terdapat juga manuskrip bertajuk “Serat Wirid Giri Jaya” yang ditulis pada tahun 1925. Naskah ini merupakan al-Qur’an dengan tafsir berbahasa Jawa dan gambar Muslim yang sedang solat. Di samping itu, terdapat juga manuskrip setebal 16 muka surat bertajuk “Tapsir Surat Wal Ngasri” karya St. Chayati di Tulungagung yang dicetak penerbit Worosoesilo Surakarta tahun 1925. Huraian tafsirnya membicarakan kisah Nabi Isa yang memberi khabar gembira tentang kedatangan penyelamat iaitu Nabi Muhammad. Terdapat lagi naskah bertajuk “Kiyamat Kubro 1-V” karya Kender Purbadipura di Surakarta. Naskah ini berisi ajaran eskatologi Islam dengan sandaran terjemahan al-Qur’an Bagus Ngarpah yang tersimpan di Muzium Sonobudoyo Yogyakarta.10 Beberapa lembaga juga turut mengambil bahagian dalam menggalakkan pentafsiran dan penterjemahan al-Qur’an seperti dilakukan oleh bahagian agama melalui menterinya sebagai pelaksana, bahkan telah membentuk Lembaga Yayasan Penyelenggara Penterjemah dan Pentafsir al-Quran, yang pertama kali diketuai oleh Soenarjo. Kemudian muncul terjemahan beberapa tafsir kontemporari yang telah diterbitkan oleh penerbit-penerbit Indonesia. Seperti Tafsīr al- 9 Lihat http://luluvikar.wordpress.com, 23/10/2008 10 Lihat Ervan Nurtawab (2008), “Kajian Naskah-Naskah Keislaman Nusantara”, Akhbar Republika, edisi 2, Januari, 2008, h. 3 20 Marāghī yang diterjemahkan oleh Bahrun Abu Bakar, Tafsīr al-Jalālayn oleh Wahyuddin Syaf dan Bahrun Abu Bakar, Asbāb al-Nuzūl oleh Qomaruddin Saleh, Tafsīr Ibnu Kathīr, al-Asās fī al-Tafsīr oleh Penerbit GIP (Gema Insani Press). Nama Quraish Shihab bukanlah suatu yang asing lagi dalam penulisan tafsir kontemporari. Beliau merupakan salah seorang mufassir Indonesia yang amat terkenal dengan karya-karya tafsirnya. Demikianlah sejarah singkat penulisan dan perkembangan tafsir di Indonesia. Perlu diingatkan juga bahawa pada masa yang sama, kitab al-Jalālayn karya al-Suyūti dan al-Mahallī adalah merupakan tafsir luar yang banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan tafsir Nusantara. 1.2 Aliran Tafsir di Indonesia Kebanyakan tafsir-tafsir di Indonesia secara amnya masih berkiblat kepada tafsir- tafsir Arab sama ada dalam gaya pentafsiran mahupun dalam pemikiran. Dalam hal gaya pentafsiran, ada beberapa tafsir yang menunjukkan jati diri dengan mononjolkan ciri peribadi pentafsirnya seperti yang terdapat dalam karya Mahmud Yunus ketika beliau mentafsirkan surah al-Nur ayat: 31 tentang kewajipan menutup aurat bagi perempuan, beliau mengatakan: “Hanya, di sini ada satu pandangan orang alim di Indonesia iaitu bahawa perintah menutup kepala itu ialah perintah tentang adat pakaian perempuan yang biasa di tanah Arab. Oleh yang demikian, arahan itu adalah arahan sunnah bukan arahan wajib, seperti arahan harus meminta izin apabila seseorang ingin memasuki sebuah rumah mestilah meminta izin terlebih dahulu dan mengucapkan salam, akan tetapi arahan tersebut adalah sunnah kerana ia berkenaan dengan kebiasaan dan ulama-ulama bersepakat bahawa mengucapkan salam itu bukan hal wajib akan tetapi sunnah.”11 Setelah mengemukakan pandangan yang salah tantang batasan aurat bagi perempuan, Mahmud 11 Mahmud Yunus (1954), Tasir Qur’an Karim, Jakarta: Pustaka Muhammadiyah, h. 382 21 Yunus kemudian mengemukakan pandangannya bahawa orang perempuan wajib menutup aurat tidak boleh mendedahkan badannya kecuali muka dan kedua telapak tangannya.12 Ada juga pentafsir Indonesia yang menampilkan gaya tempatannya seperti tafsir al- Azhar ketika pengarangnya mentafsirkan firman Allah; ∩⊂⊄∪ ö/ä3Ïϑ≈yè÷ΡL{uρ ö/ä3©9 $Yè≈tG¨Β ∩⊂⊇∪ $|/r&uρ ZπyγÅ3≈sùuρ Maksudnya: “Dan buah-buahan serta rumput-rumputan, Untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.” (surah ‘Abasa :31-32) Dalam al-Azhar, HAMKA mentafsirkan ayat di atas seperti berikut; “Ertinya berpuluh-puluh macam buah-buahan segar yang dapat dimakan oleh manusia, sejak dari delima, anggur, epal, berjenis pisang, berjenis mangga, dan pelbagai buah- buahan yang tumbuh di daerah beriklim panas seperti betik, nenas, rambutan, durian, duku, langsat, buah ciku, dan lain-lain, dan juga pelbagai macam rumput-rumputan pula untuk makanan binatang ternak yang dipelihara oleh manusia tadi”.13 Huraian HAMKA di atas yang menyebutkan pelbagai buah-buahan seperti nenas, rambutan, durian, dan sebagainya bagi menyesuaikan kondisi budaya tempatan di samping menonjolkan masalah sosial kemasyarakatan, di mana hampir setiap ayat yang ditafsirkan oleh Hamka dalam karyanya tersebut beliau menghubungkannya dengan konteks sosial kemasyarakatan, sama ada masyarakat kelas atas seperti raja, masyarakat biasa, mahupun individu. Semua hal ini tergambar dalam karya HAMKA tersebut. Hampir semua bentuk tafsir Indonesia masih bersifat umum. Namun ada beberapa sifat yang menonjol mengikut pemikiran penulisnya, seperti tafsir al-Nur karya T.M 12 Ibid., 383 13 Hamka (1990) Tafsir al-Azhar, j. 30, Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD, h. 7896 22 Hasbi,14 ia bercorak fiqhī di mana hampir pada setiap ayat yang dijelaskan dihubungkan dengan masalah-masalah hukum fiqh. Ada beberapa aliran tafsir yang berkembang di Indonesia dihasilkan oleh individu atau kelompok aliran tertentu, seperti; 1.2.1 Tafsir Aliran Kebatinan Tafsir yang dikemukakan oleh aliran kebatinan sangat sesat dan menyesatkan.15 Seperti yang terdapat dalam darmogandul halaman 58 tembang 57 ketika mentafsirkan firman Allah surah al-Baqarah ayat: 2; ∩⊄∪zŠÉ)−Fßϑù=Ïj9 “W‰èδ¡Ïµ‹Ïù¡|=÷ƒu‘ŸωÜ=≈tGÅ6ø9$#y7Ï9≡sŒ Dalam darmogandul disebutkan; Dhālikal: jika tidur kemaluannya nyengkal (keras), kitābu lā: kemaluan lelaki masuk dikemaluan perempuan dengan gopoh, rayba fīhi: perempuan yang pakai kain, hudan: telanjang, li al-Muttaqīn: sesudah telanjang terjadilah hubungan intim di antara keduanya.16 14 Prof. DR. Teungku Muhammad Hasbi bin Muhammad Husein bin Muhammad Mas’ud bin Abd. Rahman Ash Shiddieqy. Lahir pada 10 Mac 1907 M di Banda Aceh. Dari silsilahnya diketahui bahwa ia adalah keturunan ke-37 dari Abu Bakar Ash Shiddieq Beliau mempelajari bahasa Arab daripada gurunya yang bernama Syeikh Muhammad ibn Salim al-Kalali, seorang ulama berbangsa Arab. Pada tahun 1926 T.M Hasbi ash Shiddieqy berangkat ke Surabaya dan melanjutkan pelajarannya di Madrasah al-Irsyad, sebuah organisasi keagamaan yang didirikan oleh Syeikh Ahmad Surkati (1874-1943), seorang ulama yang berasal dari Sudan . Di Madrasah al-Irsyad Hasbi ash Shiddieqy mengambil takhassus dalam bidang pendidikan selama 2 tahun. Pengajiannya di al-Irsyad dan gurunya Ahmad Surkati banyak memberi didikan ke arah pembentukan pemikiran moden. Beliau juga pernah menuntut di Timur Tengah. Beliau memiliki keahlian dalam bidang ilmu fiqh dan usul fiqh, tafsir, hadith, dan ilmu kalam. Menghasilkan dua karya besar dalam bidang tafsir iaitu al-Nur dan al-Bayan. Hasbi Ash Shiddieqy meninggal dunia pada tanggal 9 Desember 1975. http://mifzawal.blogspot.com/2009/01/kajian-tafsir-di-indonesia.html, 30/1/2009 15 Yang dimaksud dengan kebatinan di sini iaitu suatu kebudayaan spiritual yang berasal dari kerajaan Jawa. Aliran kebatinan tidak menganut agama tertentu. Tidak memerlukan tempat ibadah, tidak mengambil berat tentang alam akhirat. Kebatinan adalah suatu pencarian metafizik akan suatu keselarasan di dalam batin seseorang, keselarasan antara batin sendiri dengan sesama manusia dan alam. Mereka yang menganut fahaman kebatinan disebut dengan “kejawen”. Lihat; Majalah Derap terbitan bulan Februari minggu III tahun 1978 hal. 35 16 Nasruddin Baidan (2003), op.cit, h. 27 23 Model tafsir di atas sangat sesat dan memalukan kerana mendedahkan perkara lucah yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam. Kaum kebatinan menghasilkan karya lain selain Darmogandul, iaitu Gatoloco dan Wirid Hidayat Jati.17 Mengenai Darmogandul dan Gatoloco18 dinilai oleh Hamka karya itu bukan semata-mata fahaman yang mencari- cari persamaan antara Hindu, Buddha, dan Islam melainkan membuat tafsiran yang jauh daripada ajaran Islam yang murni, sehingga orang yang membacanya akan dapat mengesan bahawa isinya tersebut mengejek Islam bahkan menjadikan Islam itu objek penghinaan dan bahan ketawa.19 Tafsiran menyeleweng seumpama itu juga dibawakan oleh aliran-aliran sesat lain di Indonesia seperti kelompok al-Qiyadah al-Islamiyyah ketika mentafsirkan firman Allah: nο4θx.¨“9$# (#θè?#uuρnο4θn=¢Á9$#(#θãΚŠÏ%r&uρ Maksudnya: Dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat. (surah al- Muzzammil : 20) Mengikut pentafsiran mereka; Tegakkanlah aktiviti pengabdian kepada Allah dan tunaikan prinsip kemurnian kalbu. 17 Darmogandul merupakan tulisan dengan menggunakan bahasa Jawa ngoko (kasar) yang sebahagian besar mengisahkan tentang keruntuhan kerajaan Majapahit dan berdirinya kesultanan Demak yang dimulai sejak orang Jawa meninggalkan agama Buddha dan menganut agama Islam. Di dalamnya juga terdapat cerita tentang nabi Adam dan Siti Hawa ketika makan Khuldi. Terdapat juga cerita tentang salah satu putera nabi Daud yang bernafsu untuk menggantikan kekuasaan ayahnya. Sang anak lantas melakukan kudeta. Namun Nabi Daud berhasil merebut kembali takhtanya kemudiannya sang anak kemudian melarikan diri dan tewas apabila kepalanya tersangkut di pokok saat menunggang kuda. Cerita-cerita yang dikemukakan bersumber dari cerita Israiliyyat. Untuk itu ada yang mengatakan bahawa penulis darmogandul adalah beragama Kristian. Tentang penulis sebenar dan masa penulisannya sampai saat ini belum dapat ditemukan secara pasti. Adapun Wirid Hidayat Jati, dikarang oleh Raden Mas Ngabehi Ronggowarsito. Kitab ini adalah hasil penyatuan antara ajaran Islam dengan budaya keraton Jawa tempat Ronggowarsito dilahirkan dan dibesarkan serta pada kemudian harinya beliau mengabdikan diri di sana. http://susiyanto.wordpress.com/jejak-syariah- phobia-dalam-pemikiran-jawa, 7/82008 18 Gatoloco bukan sahaja mengandungi ayat-ayat lucah tetapi ia juga mengandungi ajaran-ajaran menentang Islam. Bahkan Gatoloco menyebarkan ajaran Kristian jawa dan menentang kekuatan Islam yang dipelopori oleh Sunan Bonang pada masa awal penyebaran Islam. Lihat RM Yunani Prawiranegara (2008), “Kristenisasi Jawa Ala Gatholoco”, Jurnal Matan, bil. 21, April 2008, h. 36 19http://mahardhikazifana.com/religion-philosophy-agama-filsafat/antara-islam-tasawuf-dan-kebatinan-di- jawa.html, 24/7/2009 24

Description:
John Crawford lewat bukunya, History of Indian Archipelago, Islam datang ke Nusantara dari Tanah Arab. Alasan beliau banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menjelaskan tentang kesesatan pemeluk agama kristian, seperti ketika
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.