Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 TERAPI SPIRITUAL MELALUI KAEDAH TAZKIYAH AL-NAFS OLEH SYEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI DALAM KITAB PENAWAR BAGI HATI SPIRITUAL THERAPY USING THE METHOD OF TAZKIYAH AL-NAFS BY SYEIKH ABDUL QADIR AL- MANDILI BASED ON KITAB PENAWAR BAGI HATI Che Zarrina Sa’ari*, Nor Azlinah Zaini** Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. 50603. Kuala Lumpur. Malaysia. Emel: [email protected] Khulasah Konsep penyucian hati (tazkiyah al-nafs) yang disebut juga sebagai tazkiyah al-qalb, merupakan intipati penting dalam perbincangan Kitab Penawar Bagi Hati yang disusun oleh Syeikh Abdul Qadir al- Mandili. Beliau mengemukakan konsep-konsep penyucian hati dalam tiga komponen utama iaitu pertama kawalan dan pencegahan kerosakan tujuh anggota yang zahir, kedua rawatan dan rehabilitasi sifat-sifat yang dicela (mazmumah), dan terakhir suntikan penerapan sifat-sifat yang dipuji (mahmudah). Makalah ini akan memperkenalkan kaedah tazkiyah al-nafs yang telah digarap secara sempurna oleh Syeikh Abdul Qadir al-Mandili sebagai penyelesaian penyakit yang berpunca daripada hati. Kata kunci: Terapi spiritual, tazkiyah al-nafs, Abdul Qadir al-Mandili, Kitab Penawar Bagi Hati Abstract The concept of soul purification (tazkiyah al-nafs), which is also known as tazkiyah al-qalb is an essential ingredient in the discussion of the Kitab Penawar Bagi Hati compiled by Syeikh Abdul Qadir al-Mandili. He put forward the concepts of soul 35 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 purification into three main components, which begins with method of controling and preventing the damage of seven human physical, second methods is the treatment and rehabilitation from negative attitudes (mazmumah), whereas the last methods by injection applying positive values (mahmudah). This paper will introduce methods tazkiyah al-nafs that has worked perfectly by Syeikh Abdul Qadir al- Mandili as a solution stemming from soul disease. Keywords: Spiritual therapy, tazkiyah al-nafs, Abdul Qadir al-Mandili, Kitab Penawar Bagi Hati Pendahuluan Perluasan ilmu dan kesarjanaan Islam telah merentasi blok negara dan merentasi batasan kaum sehingga tidak meninggalkan alam Nusantara ini tanpa kehadiran ulama yang memainkan peranan menabur usaha dan bakti kepada masyarakat dalam pelbagai kepakaran, pemikiran, politik dan kemasyarakatan1. Keunikan sejarah kegiatan para ulama Semenanjung Tanah Melayu pula dapat dilihat melalui beberapa kategori berbeza. Kebanyakkan alim ulama ini terlibat secara khusus dan langsung dalam kegiatan penyebaran dan pengajaran ilmu pengetahuan kepada masyarakat awam mahupun khusus kepada para pelajarnya. Sebahagian lain pula meningkatkan inovasi dengan menghasilkan karya melalui penulisan kitab mahupun risalah. Manakala terdapat segelintir ulama melepasi garisan kebiasaan ini dengan melibatkan diri 1 Lihat Mohamad Abu Bakar, “Tanah Melayu Abad ke-19: Pengislaman, Penjajahan dan Pemupukan Manhaj Melayu”, dalam Islam di Tanah Melayu Abad ke-19, ed. Farid Mat Zain (Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd, 2007), 1-2. Lihat juga Shukri Ahmad, Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir Abad ke-20 (Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok, 2011), 9-11. 36 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 dalam kegiatan masyarakat semasa seperti terlibat dengan politik negara2. Al-Mandili telah merepresentasikan peranan dan figura peribadi yang bervariasi merentasi sempadan negara, bangsa dan sumbangan melalui dunia keilmuan dan peranan beliau dalam merawat penyakit masyarakat semasa. Sumbangan pemikiran beliau yang telah dicatatkan dalam penulisannya masih dapat dimanfaatkan buat pedoman masyarakat hari ini. Biodata Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Tokoh Mandailing yang dibicarakan ini ialah Syeikh „Abd al-Qadir bin Abd Al-Mutallib Al-Mandili. Menilik kepada latar belakang awal al-Mandili, tidak banyak maklumat rasmi yang direkodkan berkenaan tarikh dan tempat kelahiran beliau. Nama tokoh ini ialah Abdul Qadir bin Abd al-Mutalib3 bin Hassan4. Beliau merupakan anak kelahiran Desa Sigalapang5 di Daerah Penyabungan Kabupaten Mandailing Natal Sumatera Utara Indonesia, 2 Abdul Razak Mahmud, “Haji Husain Che Dol (1904-1967),” dalam Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2), ed. Ismail Che Daud (Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 2007), 83. 3 Nama ini sering digunakan oleh al-Mandili dalam kebanyakan kitab tulisan beliau. Antaranya boleh dirujuk „Abd Qadir bin „Abd. al- Mutallib al-Indunisi al-Mandili, Penawar Bagi Hati (Thailand : Matba‟ah Bin Halabi, t.t), kulit hadapan. 4 Ishamuddin Abd. Rahim, “Tokoh Ulamak al-Syeikh Abd al-Qadir al- Mandili: Tinjauan Pemikirannya dari Aspek Politik”, (Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1987), 1. 5 Syeikh Muhammad Husni Ginting (Mudir Pesantrean Husniyyah, Langkat) dalam temubual dengan pengkaji pada 20 November 2013. Beliau mendapatkan maklumat tempat kelahiran al-Mandili daripada guru beliau, Syeikh Ibrahim Zannun. Maklumat ini agak berbeza dengan pendapat Ishamuddin Abd. Rahim dan Ramli Awang yang mengatakan kelahiran al-Mandili di Kampung Sigalangam, Padang Sidingpuan. 37 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 yang terletak di wilayah Tapanuli Selatan6, Sumatera Utara7, Indonesia. Al-Mandili lahir pada tahun 1910M8 bersamaan 1329 Hijriyyah9. Beliau lahir dalam lingkungan masyarakat petani dan mendapat pendidikan asas di daerah kelahirannya seperti kebanyakan kanak- kanak yang lain. Nama gelaran beliau yang tercatat pada kitab-kitab tulisannya adakalanya berbeza-beza. Terdapat beberapa nisbah panggilan yang digunakan seperti al-Indunisi al- Mandili10 al-Tapanuli11. Nisbah al-Indunisi ialah kerana beliau dilahirkan di Indonesia. Penggunaan nisbah negara ini merupakan perkara biasa bagi memperkenalkan seorang tokoh atau pengarang tentang negara kelahirannya. Nisbah al-Mandili ini diambil daripada perkataan Mandailing, iaitu nama salah satu suku kaum atau bangsa Batak yang mendiami kawasan Sumatera Utara, Indonesia. Beliau juga dinisbahkan dengan al- Tapanuli iaitu tempat kelahiran beliau yang merupakan 6 Di pergunungan sebelah Sumatera Timur tinggal dua kelompok sub etnik Batak, kelompok etnik Toba di Tapanuli Utara dan Mandailing di Tapanuli Selatan. Kedua-duanya berada dalam Wilayah Sumatera Utara dan ibu kotanya adalah Medan. Lihat Usman Pelly, Urbanisasi dan Adaptasi Peranan Misi Budaya Minangkabau dan Mandailing, Edited by Taufik Abdullah (Jakarta: LP3ES, 1994), 6. 7 Lihat Ramli Awang, Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (1910-1965) : Biografi & Pendidikan Akhlak, (Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2008), 6. 8 Sila lihat Ishamuddin Abd. Rahim, “Tokoh Ulamak al-Syeikh „Abd al-Qadir al-Mandili”, 1. Lihat juga Ramli Awang, Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (1910-1965), 7. 9 Lihat Muhammad Husni Ginting, Ibid. 10 Nama ini dipetik sebagaimana dicatat dalam kitab-kitab karangan beliau seperti Kitab Penawar Bagi Hati. 11 Tapanuli nisbah kepada tempat iaitu salah sebuah daripada sepuluh kabupaten dalam wilayah Sumatera Utara. Nama gelaran ini disebut oleh Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dalam kitab “Pembantu Sekalian Orang Islam dengan Harus Membaca Qur’an dan Sampai Pahalanya Pada Sekalian Yang Mati”, (Pulau Pinang : The United Press, 1962), 47. 38 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 salah sebuah wilayah di Sumatera Utara itu. Oleh itu, nama penuh beliau berserta nisbah panggilan boleh disebut dengan Syeikh Abdul Qadir bin Abd al-Mutalib al-Indunisi al-Tapanuli al-Mandili. Al-Mandili dikatakan datang ke Tanah Melayu bersama dua orang lagi sahabatnya bernama Abdullah dan Haji Abbas untuk mencari tempat pengajian12. Mereka singgah dari satu pondok ke pondok yang lain mencari tempat pengajian yang sesuai. Al-Mandili telah menuntut ilmu di tiga buah pondok pengajian di Kedah. Pondok pertama tempat beliau menimba ilmu ialah Pondok Panjang Rong, Tobiar di Pendang, Kedah. Al-Mandili telah mempelajari asas-asas ilmu termasuk penguasaan membaca dan menulis jawi serta bahasa Arab dengan 13 Tuan Guru Haji Bakar . Al-Mandili kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam, Kedah yang diterajui oleh Tuan Guru Haji Idris bin Lebai Yusuf. Di sini beliau mula belajar kitab-kitab Arab antaranya pengajian ilmu-ilmu alat seperti Matan al-Ajrumiyyah, Mutammimah dan matan Alfiyah Ibn Malik daripada Lebai Dukun, iaitu ketua metela’ah pondok tersebut14. Selepas menguasai ilmu-ilmu tersebut, al-Mandili berpindah pula ke Pondok Gajah Mati, Pendang. Pondok 12 Temubual dengan Tuan Guru Abd. Raof al-Bahanji, (Mudir Pondok Tampin) bersama pengkaji pada 21 November 2013. Beliau turut mencatatkan pengalaman beliau sendiri bertemu dengan Paksu Lah yang menyampaikan sumber maklumat ini. Petikan kata Tuan Guru Abdul Raof: “saya menziarahi sorang guru tua. Umurnya dekat 100 tahun. Orang memanggil beliau dengan gelaran Pak Su Lah. Beliau salah sorang dari tiga sahabat Syeikh Abd. Qoder al Mendeli yang datang musafir ke Tanah Melayu dengan tujuan menuntut ilmu. Seorang lagi bernama haji Abbas, guru juga.” 13 Lihat Ishamuddin Abd. Rahim, “Tokoh Ulamak al-Syeikh Abd al- Qadir al-Mandili”, 4; dan Ramli Awang, Syeikh Abdul Qadir Al- Mandili (1910-1965),10. 14 Ibid. 39 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 ini diasaskan oleh tuan guru Haji Ismail Cik Dol15, namun begitu ia diambil alih oleh menantunya Tuan Guru Haji Wan Ibrahim Bin Haji Wan Abdul Qadir (1894-1968M) yang lebih dikenali dengan nama Pak Cu Him. Beliau adalah seorang ulama berasal daripada Patani dari keluarga Tok Bendang Daya16. Al-Mandili menuntut ilmu selama lebih kurang sepuluh tahun di Pondok Gajah Mati ini bersama Pak Cu Him dan beliau turut diberikan amanah untuk mengajar di pondok ini. Pondok Gajah Mati pula pada ketika itu merupakan kemuncak zaman kegemilangannya kerana penuntut ilmu yang ada hampir mencecah lima ratus ke enam ratus orang murid yang datang bukan sahaja dari Semenanjung Tanah Melayu, tetapi juga dari Patani, Thailand dan Indonesia termasuk Kepulauan Sumatera17 iaitu dipercayai penuntut-penuntut dari kalangan warga Mandailing18. Pada tahun 1355H, al-Mandili berangkat menuju Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan haji. Setelah menunaikan fardu haji, beliau berniat untuk bermukim di Mekah agar dapat belajar dengan ulama-ulama besar yang berada di sana. Walaupun al-Mandili telah menguasai banyak pengetahuan agama dan hafalan matan-matan ilmu semasa pengajian beliau di Kedah, namun semasa di Mekah beliau tidak mahu melepaskan peluang mendalami 15 Nama penuh beliau ialah Haji Wan Ismail bin Wan Mustafa bin Wan Musa al-Samlawi (1873-1948M). Lihat Ahmad Fathi Al-Patani, Ulama Besar Dari Patani, Edisi Rumi (Bangi: Penerbit UKM, 2002), 274. 16 Tok Bendang Daya adalah gelaran kepada seorang ulama Patani yang sangat terkenal pada separuh kedua abad ke 19. Gelaran ini diberi kerana beliau menjadi Syeikh di Pondok Bendang Daya yang diasaskan oleh ayahnya. Nama beliau ialah Syeikh Wan „Abd al- Qadir bin Wan Mustapha (1895M). Beliau adalah bapa kepada Pak Cu Him. Ibid., 225. 17 Temubual dengan En. Mahfor bin Hj. Hassan, (cucu kepada Tuan Guru Ismail Che‟ Dol) pada 6 Oktober 2012 di Kampung Batu Hampar, Pendang Kedah. 18 Lihat Ahmad Fathi Al-Patani, Ulama Besar Dari Patani, 285. 40 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 lebih banyak ilmu. Beliau bersungguh-sungguh mendampingi ramai para ulama dan mempelajari pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, fikah, tasawuf, tafsir, hadith dan sebagainya19. Justeru, al-Mandili mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu secara tahqiq (mendalam) dalam masa yang singkat20. Antara guru-guru yang mencurahkan ilmu kepada al- Mandili di Kota Mekah ialah Tuan Guru Wan Ismail bin Wan Abdul-Qadir bin Wan Mustafa al-Fatani21 atau lebih dikenali sebagai Pak Da‟el, Syeikh al-Kabir al-Sayyid Bakri Shata22, Syeikh „Abd al-Karim al-Daghastani23, Syeikh Hasan Sa`id Yamani24, Syeikh Muhammad Nur bin Sayf25, Syeikh Muhammad al-„Arabi bin al-Tabani bin al- Hussin al-Wahidi al-Maghribi26, Syeikh al-Sayyid „Alawi 19 Tuan Guru Haji Salleh bin Musa (Mudir Madrasah Rahmaniah, Sik,Kedah) dalam temubual bersama pengkaji, 19 Jun 2013. 20 Tuan Guru Khairul Anwar, (Mudir Pondok Darul Muhajirin, Gajah Teriak) dalam temubual bersama pengkaji, 8 September 2012. 21 Beliau ialah abang kepada Pak Cu Him iaitu guru Syeikh Abdul Qadir al-Mandili semasa di Pondok Gajah Mati. Setelah ayahnya membawa beliau dan adiknya Pak Cu Him ke Mekah, beliau terus menetap di sana menuntut ilmu dan akhirnya menjadi seorang tokoh ulama besar Melayu di Mekah. Semasa di Mekah juga beliau mengajar dan telah melahirkan pula sejumlah murid, lebih dari 50 orang yang menjadi ulama-ulama ternama khususnya di Tanah Melayu. Lihat Ahmad Fathi Al-Fatani, Ulama’ Besar Daripada Pattani, 167-178. 22 „Abd al-Qadir Al-Mandili, Al-Khaza’in al-Saniyyah min Mashahir al-Kutub al-Fiqhiyyah li A’immatina al-Fuqaha’ al-Shafi’iyyah (Kaherah: Dar Misr li Tiba’ah, t.t), halaman mukadimah. 23 Ibid. 24 Al-Mandili menyebutkan secara jelas nama gurunya ini di dalam kitab Siyasah dan Loteri serta ‘Alim Ulama’, (Mesir: Matba‟ah al- Anwar, 1962), 43. 25 Ibid. 26 Ibid. Juga disebut oleh al-Mandili, Pembantu Sekalian Orang Islam dengan Harus Membaca Qur’an dan Sampai Pahalanya kepada Sekalian yang Mati, (Pulau Pinang: The United Press, Penang, 1962), 6. 41 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 bin „Abbas al-Maliki27, Syeikh Zakariyya „Abdullah Bila28, Syeikh Hassan Muhammad al-Mashat29, Syeikh Muhammad Yasin „Isa al-Fadani30, Syeikh `Abdullah Bahji31, Syeikh Muhammad Ahyad bin Muhammad Idris32, Tuan Guru Hussin Abdul Ghani al-Falimbani33, Syeikh „Abdul Rahim al-Kalantani34 dan terakhir Syeikh Daud al- Kalantani35. Al-Mandili kemudiannya diamanahkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di satu sudut di kawasan Masjid al-Haram atas kepercayaan dan ketulenan ilmu yang ada pada beliau. Pengajian al-Mandili dihadiri oleh masyarakat Nusantara terdiri daripada kalangan warga Tanah Melayu, Indonesia dan Patani, Thailand. Para tetamu Allah yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji juga tidak ketinggalan mengikuti pengajian halaqah beliau pada masa tibanya musim haji. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi hari Selasa, 20 Rabiulakhir 1385H bersamaan 17 Ogos 1965M36 di Mekah al-Mukarrramah pada usia 55 tahun, 27 Ibid. 28 Ibid. 29 Ibid. Al-Mandili turut memperakukan bahawa Syeikh Hassan Muhammad Al-Masyat adalah gurunya di dalam Kitab Larangan Memasukkan Anak-anak Orang Islam ke dalam Sekolah Orang- orang Kafir (Mesir: Matba‟ah al-Anwar, 1961), 2. 30 Ibid. Lihat juga „Abd al-Qadir Al-Mandili, Senjata Tok Haji dan Tok Lebai , (Pattani: Matba‟ah Bin Halabi, Thailand, t.t), 68. 31 Ibid. 32 Lihat „Abd al-Qadir Al-Mandili, Senjata Tok Haji dan Tok Lebai (Thailand: Matba`ah Bin Halabi, t.t) 68. Lihat juga „Abd al-Qadir al- Mandili, Beberapa Mutiara yang Bagus Lagi Indah atau Beberapa Masalah yang Penting Lagi Mudah, (Mesir: Matba‟ah al-Anwar, 1960), 58-59. 33 „Abd al-Qadir Al-Mandili, Senjata Tok Haji dan Tok Lebai, 70. 34 Ibid. 35 Ibid. 36 Sila rujuk catatan tarikh kematian al-Mandili yang diedarkan selepas kematian beliau. Nota ini diperolehi oleh Mohamed Bazri Che Harun 42 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 setelah berkhidmat mengembangkan ilmu pengetahuan selama lebih 30 tahun. Al-Mandili telah dikebumikan di perkuburan Ma‟la, Mekah dengan diiringi oleh ribuan manusia yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat beliau. Pengenalan kepada Kitab Penawar Bagi Hati Al-Mandili sempat menghasilkan 24 karya yang diterbitkan dalam bentuk buku. Penulisan beliau terdiri daripada usaha penterjemahan, penyusunan dan tidak kurang karya autentik beliau sendiri. Salah satu karya yang disusun oleh al-Mandili adalah Kitab Penawar Bagi Hati. Kitab ini telah selesai ditulis pada 7 Rejab 1378H di Mekah bersamaan tahun 1958M37. Ianya telah diulang cetak beberapa kali di beberapa tempat pencetakan berbeza iaitu di Jala, Thailand, kedua di Pulau Pinang Malaysia dan ketiga di Patani, Thailand. Kitab Penawar Bagi Hati merupakan sebuah kitab yang membicarakan beberapa perkara asas dalam permulaan pengajian ilmu tasawuf. Kitab ini membincangkan tentang pembentukan akhlak lahiriah daripada anggota tubuh badan serta perbincangan sifat terpuji dan tercela sebagai asas ilmu tasawuf yang mesti dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu Muslim. Perbicaraan asas tasawuf dalam kitab ini bertujuan membersihkan hati daripada sepuluh sifat kekejian dan menghiasinya pula dengan sepuluh sifat kepujian. Justeru, untuk mencapai maksud tersebut, kitab ini memulakan perbicaraannya dengan tujuh anggota badan yang zahir daripada Tuan Haji „Abd al-Rahman al-Fatani, iaitu salah seorang anak murid Al-Mandili. Lihat Mohammed Bazri Che Harun, “Hadith-hadith dalam karya Syeikh 'Abd. al-Qadir al-Mandili: Takhrij Dan Analisis”, (Disertasi Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya, 2012), 56 dan 198. 37 Lihat „Abd Qadir bin „Abd. al-Mutallib al-Indunisi al-Mandili, Penawar Bagi Hati (Pattani: Matba‟ah Bin Halabi, t.t), 100. 43 Che Zarrina & Nor Azlinah, “Terapi Spiritual melalui Kaedah Tazkiyah al- Nafs,” Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 35-72 iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, dua tangan dan dua kaki. Secara praktikalnya, kitab ini telah membincangkan tentang hubungan anggota badan yang zahir dengan amalan tasawuf. Ini kerana perbuatan anggota yang zahir ini akan mempengaruhi hati. Perbuatan dan tingkah laku buruk anggota zahir akan memberi kesan negatif kepada hati. Begitu pula apabila hati kotor dan penuh maksiat, maka akan melahirkan tingkah laku anggota zahir yang negatif. Apabila perbuatan anggota zahir melakukan kebaikan, ia akan menghasilkan hati yang suci. Ini bermakna, apabila hati yang bersih dan suci dari kotoran maksiat akan melahirkan tingkah laku anggota zahir yang baik. Kitab Penawar Bagi Hati merupakan satu karya yang ditulis oleh Syeikh Abdul Qadir al-Mandili sebagai satu kompilasi karya-karya tasawuf berbentuk amali. Ianya muncul dalam situasi masyarakat yang sentiasa menempuh perubahan zaman yang mempunyai cabarannya tersendiri. Namun, tulisan al-Mandili yang terpandu daripada klausa dan tuntutan pemurnian akhlak bersumberkan daripada al-Qur‟an dan hadith-hadith Nabi s.a.w merupakan suatu anugerah berharga sepanjang zaman. Kitab ini menampilkan pengetahuan dan pemikiran al-Mandili dalam bidang pendidikan, akhlak dan tasawuf yang mendapat perhatian masyarakat sepanjang zaman ini. Pemikiran tasawuf al-Mandili ternyata mempunyai hubungan dengan tradisi tasawuf di kalangan ahli fiqh (fuqaha’) dan merupakan adunan daripada akidah dan hakikat dengan syariat. Oleh yang demikian, dalam kehidupan masyarakat hari ini yang telah banyak meninggalkan akhlak serta budi pekerti mulia, tidak beramal dengan sifat hati yang disuruh syarak, maka wajarlah kitab seperti ini ditampilkan dalam memberi 44
Description: