PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS Dr Munirah Abd Razzak & Nik Mohd Zaim Ab Rahim Jabatan al-Quran dan al-Hadith APIUM & Kolej Sains dan Teknologi UTM International Campus ABSTRACT Islam places great emphasis on cleanliness, in both its physical and spiritual aspects. On the physical side, Islam requires the Muslim to clean his body, his clothes, his house, his surrounding, and he is rewarded by Allah for doing so. While people generally consider cleanliness a desirable attribute, Islam insists on it. As making it an indispensible fundamental of the faith. Every muslim who has respect for both himself and the society should be clean at least by taking a shower in a day, doing ablution before praying, istinjak and tayammum in order to be clean. Therefore, this article focuse on these four types of cleanliness of muslim physical body according to al-Qur‟an and scientific evident to show it significant for Muslim life. Pendahuluan Islam adalah agama yang amat mementingkan kesihatan. Melalui syariatnya, ia telah mendidik umatnya supaya suka dan gemarkan kepada penjagaan kesihatan, selari dengan naluri manusia yang menginginkan hidup yang sihat. Kesihatan pada umumnya berpunca daripada kebersihan. Dengan itu, umat Islam disarankan agar sentiasa berada dalam keadaan suci bersih terutamanya ketika beribadat kepada Allah. Peraturan-peraturan seperti istinjak, wuduk, mandi junub, tayammum, samak dan lain-lain, adalah secara hakikinya membawa kepada kebersihan dan kesucian lahiriah. Justeru artikel ini akan menonjolkan aspek penjagaan kebersihan diri dari dimensi saintifik sebagai tambahan panduan yang dikemukakan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Pengertian Bersih Perbincangan tentang pengertian bersih akan dilihat dari segi aspek bahasa dan istilah. Oleh kerana artikel ini tertumpu kepada nas-nas daripada al-Qur‟an dan hadith, maka ia lebih merujuk kepada perkataan yang datangnya dari bahasa Arab. Pengertian Bersih Dari Segi Bahasa Perkataan bersih dalam bahasa Melayu bermaksud tidak kotor, bebas daripada pencemaran, jujur dan ikhlas, suci, murni, bebas daripada amalan yang tidak baik seperti rasuah dan penyelewengan serta bebas daripada anasir yang tidak baik. Sementara perkataan kebersihan pula, berupa kata nama daripada kata kerja bersih, yang menggunakan imbuhan ke...an membawa maksud satu keadaan atau perihal bersih sama ada dari aspek fizikal mahupun mental.1 Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang memberikan makna bersih disebut sebagai clean (bersih dan cuci), neat (kemas) dan tidy (elok, rapi dan kemas).2 Manakala dalam bahasa Arab, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada makna kebersihan dalam bahasa Melayu ialah al-Taharah dan al-Nazafah. Oleh itu, perkataan al-Taharah secara etimologinya merujuk kepada makna bersih, bebas dan suci daripada najis (najis hissi seperti air kencing dan macnawi seperti keaiban dan maksiat).3 Sementara perkataan al-Nazafah dari sudut etimologi pula bermaksud penyucian.4 Dalam hal ini, kedua-dua perkataan al-Taharah dan al-Nazafah telah digunakan bagi memberikan maksud kepada kebersihan dalam bahasa Melayu. Pengertian Bersih Dari Segi Istilah Sebagaimana dalam perbincangan terdahulu, terdapat dua perkataan yang dirujuk bagi maksud kebersihan iaitu al-Taharah dan al-Nazafah. Dalam konteks ini, perkataan taharah dari sudut istilah ditakrifkan sebagai menghilangkan sesuatu atau bersih daripada segala hadas atau najis.5 Al-Shawkani pula mentakrifkan taharah sebagai sifat hukmiyyah yang menetapkan bagi manusia keharusan untuk mendirikan solat.6 1 Kamus Dewan, ed. 3, cet. 3, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1994, hlm.146-147. 2 Oxford dictionary of english, hlm. 320, 1175 dan 1844. 3 Asal perkataan dari tahara rujuk Ibn Manzur, Lisan al-carab, jil. 5, hlm. 652; Ibrahim Mustafa etal., Al-Mucjam al-wasit, jil. 2, hlm. 568. 4 Ibn Manzur, Lisan al-carab, jil.8, hlm. 608. 5 al-Qadi Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Rushd al-Qurtubi al- Andalusi Ibn Rushd, Bidayat al-mujtahid wa nihayat al-muqtasid, Dar al-Fikr, t.tp., t.th., juz. 1, hlm. 5; Abu Zakariya Yahya bin Sharf al-Nawawi al-Dimashqiyyi al-Nawawi, Rawdat al-talibin, Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Beirut, 1992, juz. 1, hlm. 115; Abdul Karim Zaidan, Ensaiklopedia fiqh wanita, As-Syabab Media, Bandar Baru Bangi, 1997, jil. 1, hlm. 27. 6 Muhammad bin cAli bin Muhammad al-Shawkani, Nayl al-awtar sharh muntaqa al-akhbar min ahadith sayyid al-akhyar, Tahqiq Anwar al-Baz, Dar al-Wafa‟, Mansurah, 2003, cet. 2, juz. 1, hlm. 35; Mustafa Taharah terbahagi dua, taharah hukmiyyah iaitu suci daripada hadas khususnya badan manakala taharah hissiyyah adalah suci daripada kekotoran yang biasanya ada pada badan, baju dan tempat.7 Bersuci dari sudut kesihatan akan mencegah bakteria-bakteria, parasit- parasit yang membawa penyakit dan telur-telur cacing daripada menjangkiti manusia.8 Seterusnya, taharah maknawiyyah pula bermaksud membersihkan diri dari segala jenis dosa seperti kemaksiatan, syirik atau kufur. Cara membersihkan kekotoran ini adalah dengan cara bertaubat, zikir dan lain-lain. Sementara, pembahagian kebersihan menurut Imam al-Ghazali pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu menyucikan zahir dari segala hadas, kotoran dan benda yang menjijikkan, kedua mensucikan anggota badan dari segala perbuatan jahat dan dosa, ketiga menyucikan hati dari segala pekerti yang tercela dan keempat menyucikan sirr (rahsia dan batin) dari sesuatu yang lain, selain daripada Allah.9 Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukakan di atas, maka dapat disimpulkan bahawa perkataan taharah dari segi istilah ialah kebersihan yang merangkumi kebersihan jasmani dan rohani. Kebersihan jasmani terdiri daripada kebersihan diri, pakaian, pemakanan, tempat tinggal, masjid, alam sekitar dan kebersihan rohani pula terdiri daripada kebersihan jiwa (hati) dan nafsu. Kebersihan Diri Menurut al-Qur’an Dan al-Sunnah Menerusi penelitian dan pemilihan pada ayat-ayat al-Qur‟an yang membicarakan aspek ini, didapati perkataan al-Taharah dan perkataan pecahannya10 disebut sebanyak 31 kali, namun daripada ayat-ayat tersebut, hanya aspek kesihatan diri yang difokuskan. Malah Islam amat menyukai mereka yang cintakan kebersihan dan menjaga kebersihan dirinya. Kebersihan diri al-Khin, Mustafa al-Bugha & cAli al-Sharbaji, Al-Fiqh al-Manhaji cala madhhab al-Imam al-Shafici, Dar al- Qalam, Dimashq, cet. 3, 1419H/1998, jil. 1, hlm. 27. 7 Qasim Suwaydani, Al-Tibb minbar al-islam, Dar al-Albab, Beirut, 1419H/1999, hlm.186-187. 8 ibid., hlm.192. 9 Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali, Ihya’ culum al-din, Dar al-Tawzic wa al-Nahsr al-Islamiyyah, Kaherah, 1426H/2005, juz. 1, hlm. 186. 10 Iaitu iaitu di dalam surah al-Baqarah 2: 25, 222, 232, Ali cImran 3: 15, 42, 55, ; al-Nisa‟ 4: 43, 57; al-Ma’idah 5: 6, 41; al-Acraf 7: 82; al-Anfal 8:11; al-Tawbah 9: 103, 108 ; Hud 11: 78; al-Furqan 25: 48; al- Naml 27: 56; al-Ahzab 33: 33; al-Waqicah 56: 79; al-Mujadalah 58:12; al-Mudaththir 74: 4; al-Insan 76: 21; cAbasa 80: 14; al-Bayyinah 98: 2. Rujuk al-Himsi, Muhammad Hasan, Qur’an Karim faharis kamilah lil mawadic wa al-Alfaz, Dar al-Rashid, Beirut, t.th., hlm. 137-138. akan melahirkan keluarga yang sihat dan sejahtera. Berikut adalah beberapa cara pembersihan tubuh badan: a. Kebersihan dengan istinjak Sebelum melakukan wuduk dan mandi, Islam telah mensyariatkan beristinjak untuk menyempurnakan kebersihan pada manusia. Istinjak dari segi bahasa bermaksud membasuh kekotoran dengan air atau menyapu dengan batu-batu. Ia juga bermaksud pembersihan dengan tanah kering atau dengan air11 serta bersih dari sesuatu benda.12 Manakala dari segi istilah ialah menghilangkan atau membersihkan bekas benda-benda yang keluar dari qubul atau dubur dengan air, batu dan seumpamanya.13 Selain itu, istinjak juga bererti menghilangkan najis atau mengurangkan daripada tempat keluar air kencing atau air besar. Perkataan istinjak diambil daripada perkataan al- Naja‟ iaitu selamat dan terhindar daripada penyakit atau diambil daripada perkataan al- Najwah iaitu tanah yang tinggi atau daripada al-Najw iaitu sesuatu yang keluar daripada dubur. Ia dinamakan istinjak di sisi syarak kerana orang yang beristinjak berusaha untuk melepaskan dirinya daripada sesuatu yang menyakitkan.14 Pada kebiasaannya ia dilakukan di tempat yang tertutup seperti di belakang tanah yang tinggi dan seumpamanya.15 Pensyariatan berhubung dengan istinjak dapat dilihat dalam firman Allah di bawah: َنَْأَنَوُّبيَُُِلٌاجَرَِهِيِفَ َهِيِفَمَوقُ َتَنَْأَقُّحََأَمٍوَْ يَلِوََّأَنْ مَِىوَقْ َّتلاَىَلعََسَ سُِّأَدٌجِ سْ مََلَادًَبَأَهِيِفَمْقُ َتَََل .َنَيرِهَِّّطمُْلاَبُّ يَُُُِهَّللاوََاورُهََّطَتَ ي Maksudnya : “Janganlah engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba‟ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki 11 Asal perkataan dari naja‟a rujuk Ibn Manzur, Lisan al-carab, jil. 8, hlm. 475. 12 Mustafa etal., Al-Mucjam al-wasit, juz. 2, hlm. 905. 13 cAbd al-Halim cUways, Mawsucah al-fiqh al-islami al-mucasir, Dar al-Wafa‟, Mansurah, juz.1, 1426H/2005, hlm. 227. Rujuk juga al-cAli, Husayn cAbd Allah, Khisal al-fitrah fi al-fiqh al-islami dirasah muqaranah maca al-tibb al-hadith, Dar al-Diya‟, Kuwait, 1425H/2004, hlm. 62. 14 al-Nawawi, Rawdah al-talibin, juz. 1, hlm. 175. 15 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & cAli al-Sharbaji, Al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-imam al-shafici, jil. 1, hlm. 45. yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”16 Menurut al-Qurtubi,17 ayat ini diturunkan untuk menceritakan keadaan lelaki yang berada di dalam masjid Quba‟. Mereka ini sentiasa bersuci dengan cara beristinjak dengan air, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:18 لٌا جَرِ وِيِف( ءٍاَب ُق لِىَْأ يِف ُةَيلآا ِهذِىَ تْ َلزَ َنَلَاَقَمََّلسَوََهِيَْلعََمهَّللاَىَّلصَ َبَِِِّّنلاَنِ عََةَرَ ْيرَهَُبَِِأَنْ عَ .ُ ةَيلآا هِذِىَ مْ هِيِف تْ َلزَ َن َف ءِامَْلاِب نَوجُ نْ َتسْ َي اوُناكَ لَاَق )اورُهََّطَت َي نَْأ نَوُّبحُِي Maksudnya: “Ayat ini diturunkan kerana menjelaskan keadaan ahli Quba‟ yang mana mereka telah beristinjak dengan air maka turunlah ayat ini.” Hukumnya wajib menurut pandangan al-Maliki, al-Shafici dan al-Hanabilah.19 Berdasarkan dalil dari hadith-hadith Nabi s.a.w. iaitu antaranya: ىَّلصَ يُّ ِبَّنلا نَ اكََلُوقَُ يََكٍ ِلامََنَْبَسَ َنَأَتُ عْسََِْلَاَقََةَنومُيْمََبَِِأَنُْبَُءاَطعََُهُسْْ اوََذٍاعَمَُبَِِأَنْ عَ يجِ نْ َتسْ َي يِنعْ َي ءٍامَ نْ مِ ٌةوَادَِإ اَنعَمَ ٌمَ لُ غوَ اَنَأ ُءيجَِأ وِِتجَ احَ ِل جَ رَخَ اَذِإ مََّلسَوَ وِيَْلعَ مهَّللا .َِِوِب Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila keluar untuk qadak hajatnya, aku dan hamba sahaya akan mendatangkan air untuk Nabi beristinjak dengannya.” 20 ُوَيِتآ نَْأ يِنرَمََأَف طَ ِئاَغْلا مََّلسَوَ وِيَْلعَ مهَّللا ىَّلصَ يُّ ِبَّنلا ىَتَأَلُوقَُ يَهَِّللادَبْعََعَسََُِْهَّنَأََهِيِبَأَنْ عَ ذَخََأَف اهَِب ُوُتيْ َتَأَف ًةَثوْرَ تُ ذْ خََأَف ُهدْجَِأ مَْل َف ثَ ِلاَّثلا تُ سْ مََتْلاوَ نِْيرَجَ حَ تُ دْجَوَ َف رٍاجَ حْ َأ ةَِثَ لَ ثِب . سٌ كْرِ اذَىَ لَاَقوَ َةَثوْرَّلا ىقَْلَأوَ نِْيرَجَ حَ ْلا 16 al-Qur‟an, al-Tawbah 9:108. 17 Abi cAbd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, Al-Jamic li ahkam al-qur’an, Tahqiq: cImad Zaki al-Barudi dan Khawri Sacid, al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, Kaherah, t.th., juz. 8, hlm. 224. Rujuk juga Ibn Kathir, Tafsir al-qur’an al-cazim, juz. 4, hlm. 228. al-Zuhayli, Tafsir al-munir fi al-caqidah wa al- sharicah wa al-manhaj, jil. 11, hlm. 42. 18 Takhrij hadith: Abu Dawud, Kitab al-Taharah, Bab fi al-Istinja‟ bi al-Ma‟, no. hadith 44, juz. 1, hlm. 11; Tirmidhi, Kitab al-Taharah, Bab al-Istinja‟ bi al-Ma‟, no. hadith 3100, juz. 5, hlm. 262; Ibn Majah, Kitab al-Taharah wa sunaniha, Bab al-Istinja‟ bi al-Ma‟, no hadith 357. 19 Husayn cAbd Allah al-cAli, Khisal al-fitrah fi al-fiqh al-islami dirasah muqarinah maca al-tibb al- hadith, hlm. 63. 20 Takhrij hadith: Sahih Bukhari, kitab al-Wudu’, no. hadith 146; Sahih Muslim, kitab al-Taharah, no. hadith 399 dan 400; Sunan Nasa‟ i, kitab al-Taharah, no. hadith 45; Sunan Abu Dawud kitab al-Taharah no. Hadith 39. Maksudnya: “Nabi s.a.w. merasa untuk membuang air besar lalu disuruh aku bawa kepadanya tiga biji batu. Namun aku hanya mendapat dua sahaja, lalu aku cari yang ketiga tetapi tidak ada. Oleh itu aku ambil tahi kering dan membawanya kepada Nabi. Maka ketika itu Nabi mengambil dua batu tersebut dan membuang tahi kering dan berkata ini kotor.” 21 Padar dasarnya, hukum asal dalam menyucikan najis adalah dengan air. Walau bagaimanapun, Imam al-Nawawi telah meletakkan tiga syarat apabila beristinjak dengan selain daripada air. Pertamanya ialah ia bersih dan suci, kedua ia kering dan dapat membuang najis seperti arang atau tanah yang keras; serta ketiga ialah benda yang bukan dihormati seperti roti dan tulang.22 Ini sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadith sebelum ini. Oleh itu, pada pandangan penulis, istinjak juga boleh mengunakan semua benda yang keras lagi kesat (tidak merbahaya) yang boleh menghilangkan najis seperti batu, daun, kertas tisu, tembikar, tanah keras, rumput kering dan sebagainya. Oleh itu, apabila seseorang itu ingin melepaskan hajat, adab-adab ketika beristinjak hendaklah dipatuhi. Pertama, tidak beristinjak dengan tangan kanan, terlindung dari pandangan manusia, tidak mengadap kiblat sekiranya dia berada di tempat yang lapang dan ada pendinding yang tinggi yang dapat menutup auratnya, beristibrak,23 merenjis air pada kemaluan atau pakaian untuk menghapuskan syak atau was-was syaitan24 serta tidak membuang air di jalan orang ramai atau tempat berkumpul, atau pada lubang, atau di bawah pokok yang berbuah atau pada air yang tenang dan bertakung.25 21 Takhrij hadith: Sahih Bukhari, kitab al-Wudu’, no. hadith 152; Sahih Muslim, kitab al-Taharah, no. hadith 17. Sunan Nasa‟i, kitab al-Taharah, no. hadith 42; Sunan Ibn Majah kitab al-Taharah wa sunaniha, no. hadith 310. 22 al-Nawawi, Rawdah al-talibin, juz. 1, hlm. 180. Rujuk juga Abi cAbd Allah Muhammad bin Idris al- Shafici, Al-Umm, Takhrij Mahmud Matraji, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, juz. 1, 1413H/1993, hlm. 73; Abi Ishaq Ibrahim bin cAli bin Yusuf al-Firuzabadhi al-Shirazi, Al-Muhadhdhab fi fiqh madhab al-imam al-shafici, Matbacah cIsa al-Babi al-Halabi wa Sharikah, t.th., juz. 1, hlm. 28. 23 Asal perkataan dari bara‟a dan maksudnya pada bahasa ialah terpelihara atau bebas. Manakala pada istilah pula ialah bebas atau kosong dari tinggalan baki air kencing dan suci tempat salirannya sama ada dengan cara mengerakkan zakar atau genggam dengan kuat dan seumpama dengannya. Rujuk Ibn Manzur, Lisan al- carab, jil. 1, hlm. 367. 24 Husayn cAbd Allah al-cAli, Khisal al-fitrah fi al-fiqh al-islami dirasah muqarinah maca al-tibb al- hadith, hlm. 88-90. 25 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & cAli al-Sharbaji, Al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-imam al-shafici, jil. 1, hlm. 48-49. Dari segi perubatan, air kencing mengandungi bahan beracun yang dibebaskan oleh badan manusia. Bahan beracun ini adalah bahan kimia yang mengandungi banyak kekotoran. Justeru apabila badan manusia dan pakaian mereka tercemar dengan air kencing, maka mereka juga turut terdedah dengan kuman-kuman dan bahan beracun yang dikeluarkannya.26 Tegasnya melalui istinjak dan mengamalkan adab-adabnya akan menghindari seseorang dari penyakit berjangkit, pencemaran kepada kuman-kuman dan parasit-parasit yang merbahaya.27 Manakala pembuangan najis yang betul akan mencegah merebaknya penyakit-penyakit berjangkit seperti taun, demam kuning, demam kepialu dan sebagainya.28 b. Kebersihan dengan wuduk Wuduk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tidak ada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk dari segi bahasa ialah keelokkan.29 Sementara dari segi syarak, wuduk ialah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.30 Dalil pensyariatannya adalah sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al- Maidah (5) ayat 6: َاوحُ سَ مْاوَََقِِفارَمَْلاَلََِإَمْكَُيدِْيَأوََمْكُ هَوجُوَُاوُلسِغْاَفَةََِلصَّ لاَلََِإَمُْتمُْقَاَذِإَاوُنمَاَءَنَيذَِّلاَاهَُّ يَأاَي …َيِْْ َبعْكَ ْلاَلََِإَمْكُ َلجُرَْأوََمْكُ سِوُءرُِب Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhkanlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua kedua belah kaki kamu meliputi buku lali...” 26 Ahmad cAbd al-Rahim al-Sayih & Ahmad cAbduh cIwad, Qadaya al-bi’ah min manzur islami, Markaz al-Kitab li al-Nashr, Kaherah, 1425H/2004, hlm. 216. 27 Muhammad Nazar al-Daqar, Rawaic al-islami- al-adab al-islami wa atharuha fi sihhah al-fard wa al- mujtamac, Dar al-Macajim, Dimashq, 1419H/1999, juz. 4, hlm. 97. 28 Danial Zainal Abidin, Konsep Perubatan Islam, Pustaka Nahnu, Pulau Pinang,1988, hlm. 30. 29 Asal perkataan dari tawadda‟ rujuk Ibn Manzur, Lisan al-cArab, jil. 9, hlm. 326. 30 Mustafa etal., al-Mucjam al-Wasit, juz. 2, hlm. 1038. Rujuk juga Qasim Suwaydani, Al-Tibb minbar al-islam, Dar al-Albab, Beirut, 1419H/1999, hlm.198. cAbd al-Rahman Ibn Muhammad cIwad al-Jaziri, Kitab al- fiqh cala al-madhahib al-arbacah, jil. 1, Dar Ihya‟ al-Turath al-„Arabi, Beirut, t.th., hlm. 49. Rujuk juga Ahmad Shawqi Ibrahim, Al-Muharramat wa sihhah al-insan wa al-tibb al-wiqa’i, Dar al-Fikr al-cArabi, Kaherah, 1422H/2002, juz. 3, hlm. 234. Menurut Ibn Kathir, ayat ini adalah suatu perintah supaya melakukan wuduk ketika ingin menunaikan solat. Namun bagi orang yang berhadas, ia adalah wajib dan bagi orang yang ingin bersuci ia adalah sunat serta amat digalakkan. Dikatakan perintah berwuduk setiap kali solat adalah wajib pada permulaan Islam kemudian ia telah dinasakh.31 Ini kerana ia membebankan lalu dibolehkan berwuduk sekali sahaja untuk semua solat selama mana seseorang itu tidak berhadas. Sementara itu, ulama juga telah menetapkan berwuduk wajib disertai dengan niat. Kemudian digalakkan seseorang menyebut nama Allah sebelum membasuh muka dan membasuh dua tapak tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air. 32 Semua ini boleh didapati dalam kebanyakan hadith tentang wuduk. Dari itu, dapat difahami bahawa wuduk disyariatkan apabila setiap kali seseorang ingin menunaikan solat. Seseorang boleh melaksanakan solat dengan sekali sahaja wuduk selama mana dia tidak berhadas dan boleh menyapu kedua khuf33nya untuk memperbaharui wuduk. Pensyariatan wuduk diperkukuhkan lagi menerusi hadith-hadith nabi s.a.w., antaranya apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah: 34 ُةَ ل صَ لُ َبقْ ُت َ لَمََّلسَوََهِيَْلعََمهَّللاَىَّلصَ َهَِّللاَلُوسُرََلَاَقَلُوقَُ يَةَرَ ْيرَهَُاَبَأَعَسََُِْهَّنَأَهٍِّبَنمَُنَِْبَمِاَّهَََنْ عَ ِ وَْأ ٌءاسَ ُف لَاَق َةرَ ْيرَىُ اَبَأ اَي ثُ دَحَ ْلا امَ تَ وْمَرَضْ حَ نْ م ٌلجُرَ لَاَق َأضَّ وَ َت َي ىَّتحَ ثَ دَحْ َأ نْ مَ . طٌ ارَضُ Maksudnya: “Tidak diterima solat seseorang yang berhadas sehingga dia berwuduk.” Lalu berkata seorang lelaki dari Hadramaut apa yang dimaksudkan dengan hadas wahai Abu Hurayrah? Maka Abu Hurayrah berkata ia adalah angin atau kentut. Sementara dalam menerangkan cara berwuduk, sabda Nabi s.a.w.: 31 Ibn Kathir, Tafsir al-qur’an al-cazim, juz. 3, hlm. 55. Rujuk juga al-Zuhayli, Tafsir al-munir fi al- caqidah wa al-sharicah wa al-manhaj, juz. 6, hlm. 102-103. al-Qurtubi, Al-Jamic li ahkam al-qur’an, juz. 6, hlm. 71-72. 32 Ibn Kathir, Tafsir al-qur’an al-cazim, juz. 3, hlm. 59. 33 Khuf adalah kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi buku lali kedua-dua kaki. Ibn Manzur, Lisan al-carab, jil. 3, hlm. 159. 34 Takhrij hadith: Sahih Bukhari, kitab al-Wudu’, no. hadith 132; Sahih Muslim, kitab al-Taharah, no. hadith 330; Sunan Tirmidhi, kitab al-Taharah, no. hadith 71; Sunan Abu Dawud kitab al-Taharah no. hadith 55. نْ مِ وِْيدََي ىَلعَ غَ رَ ْفَأَف ءٍوضُ وَِب اعَدَ نَ افَّعَ نَْب نَ امَْثُع ىَأرَ ُوَّنَأَنَافَّعََنِْبَنَامَْثُعَلََوْمََنَارَْحُُ َنْ عَ رَ َثنْ َتسْ اوَ قَ شَ نْ َتسْ اوَ ضَ مَضْ مََت مَُّث ءِوضُ وَْلا يِف ُوَنيمَِي لَ خَ دَْأ مَُّث تٍ ارَّمَ ثَ َ لَ ث امَهَُلسَ َغ َف وِِئاَنِإ مَُّث اًثَ لَ ث لٍجْرِ لَّ كُ لَ سَ َغ مَُّث وِسِْأرَِب حَ سَ مَ مَُّث اًثَ لَ ث نِ يْقَ َفرْمِْلا ىَلِإ وِْيدََيوَ اًثَ لَ ث ُوهَجْوَ لَ سَ َغ مَُّث وَحْ َن َ أضَّ وَ َت نْ مَ لَاَقوَ اذَىَ يِئوضُ وُ وَحْ َن ُأضَّ وَ َت َي مََّلسَوَ وِيَْلعَ مهَّللا ىَّلصَ يَّ ِبَّنلا تُ ْيَأرَ لَاَق . وِِبْنَذ نْ مِ مَدَّقَ َت امَ ُوَل ُوَّللا رَفََغ ُوسَ فْ َن امَهِيِف ثُ دِّحَ ُيَ ل نِ يْ َتعَكْرَ ىَّلصَ مَُّث اذَىَ يِئوضُ وُ Maksudnya: “Sesungguhnya cUthman bin cAffan35 r.a. minta diambilkan air wuduk. Maka dia membasuh kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali. Setelah itu dia berkumur dan memasuk dan mengeluarkan air melalui lubang hidung. Kemudian cUthman membasuh wajahnya sebanyak tiga kali, membasuh tangan kanannya sampai ke siku sebanyak tiga kali, membasuh tangan kirinya seperti itu, mengusap kepalanya, membasuh kaki kanannya sampai ke buku lali sebanyak tiga kali dan setelah itu membasuh kaki kirinya juga seperti itu. Kemudian cUthman bin cAffan berkata, “Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. berwuduk seperti wudukku ini”. Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berwuduk sepertiku, kemudian melakukan rukuk sebanyak dua kali dan tidak bercakap maka dosanya yang lalu telah diampuni Allah.”36 Manakala hadith lain yang menerangkan cara berwuduk juga ialah apa yang diriwayatkan oleh cAbdullah bin Zayd37 iaitu sabda Nabi s.a.w.:38 َنَاكََفَ يْكََنَِِيرُِتَنَْأَعُيطِ َتسْ َتَأَيََيََُْنِْبَورِمْعََدُّجَ َوَهُوََدٍْيزََنِْبَهَِّللادِبْعَِلَلَاَقًََلَجُرََنََّأَهِيِبَأَنْ عَ ىَلعَ غَ رَ ْفَأَف ءٍامَِب اعَدََف مْ عَ َن دٍْيزَ نُْب وَِّللادُبْعَ لَاقَ َف ُأضَّ وَ َت َيَمََّلسَوََهِيَْلعََمهَّللاَىَّلصَ َهَِّللاَلُوسُرَ 35 Nama penuh beliau adalah cUthman bin cAffan bin Abi al-cAs bin Umayyah (?H-35H/ M-M). Seorang sahabat yang mempunyai martabat tinggi dalam periwayatan iaitu adil lagi thiqah. Berketurunan al- Qurashi al-Umawi dan panggilannya adalah Abu cAmru. Meriwayatkan hadith dari Nabi, cUmar dan Abu Bakr. Antara anak murid beliau adalah Aban bin cUthman anaknya, Ibrahim bin Abd al-Rahman bin cAwf, Abu cIyad dan banyak lagi. Menetap di Madinah dan wafat pada tahun 35H di Madinah juga. Rujuk Ibn Hajar al-cAsqalani, Tahdhib al-Tahdhib, juz. 4, hlm. 91-92. 36 Takhrij hadith: Sahih Bukhari, kitab al-Wudu’, no. hadith 159; Sahih Muslim, kitab al-Taharah, no. hadith 331-332 dan 336; Sunan Nasa‟i, kitab al-Taharah, no. hadith 83-84 dan kitab al-Imamah no. hadith 847; Sunan Abu Dawud, kitab al-Taharah no. hadith 96-98 dan Sunan Ibn Majah, kitab al- al-Taharah wa sunaniha, no. hadith 281. 37 Nama penuh beliau adalah cAbd Allah bin Zayd bin cAsam bin Kacab al-Ansari al-Mazani (7 SH- 63H/616M-683M). Seorang sahabat yang mempunyai martabat tinggi dalam periwayatan iaitu adil lagi thiqah. Berketurunan al-Mazani dan panggilannya adalah Abu Muhammad. Meriwayatkan hadith dari Nabi dan di antara anak murid beliau adalah Sacid bin Musayyab, cIbad bin Tamim, Wasic bin Hibban,Yahya bin cImarah dan banyak lagi. Menetap di Madinah dan wafat pada tahun 63H di Hirrah ketika berumur 70 tahun. Meriwayatkan 48 hadith daripada Nabi s.a.w. Rujuk al-Zirikli, Al-Aclam, jil. 4 , hlm. 88. Ibn Hajar al-cAsqalani, Tahdhib al-Tahdhib, juz. 3, hlm. 147. 38 Takhrij hadith: Sahih Bukhari, kitab al-Wudu’, no. hadith 179; Sahih Muslim, kitab al-Taharah, no. hadith 346; Sunan Tirmidhi, kitab al-Taharah, no. hadith 30; Sunan Nasa‟i, kitab al-Taharah, no. hadith 96-97. Sunan Abu Dawud Kitab al-Taharah no. hadith 103 dan Sunan Ibn Majah kitab al- al-Taharah wa sunaniha, no. hadith 428. ِ ِ نِ يْ َترَّمَ وْيدََي لَ سَ َغ مَُّث اًثَ لَ ث ُوهَجْوَ لَ سَ َغ مَُّث اًثَ لَ ث رَ َثنْ َتسْ اوَ ضَ مَضْ مَ مَُّث نِ يْ َترَّمَ لَ سَ َغ َف وْيدََي بَ ىََذ ىَّتحَ وِسِْأرَ مِدَّقَمُِ ب َأدََب رَ َبدَْأوَ امَهِِب لَ َب ْقَأَف وِْيدََيِب ُوسَ ْأرَ حَ سَ مَ مَُّث نِ يْقَ َفرْمِْلا ىَلِإ نِ يْ َترَّمَ . وِيَْلجْرِ لَ سَ َغ مَُّث ُونْمِ َأدََب يذَِّلا نِاكَ مَْلا ىَلِإ امَىُدَّرَ مَُّث ُهافَ َق ىَلِإ امَهِِب Maksudnya : “Seorang lelaki berkata kepada cAbd Allah bin Zayd dan dia adalah datuk cAmru bin Yahya: “Adakah boleh kamu perlihatkan kepadaku bagaimana cara Rasulullah s.a.w. berwuduk?” Maka kata cAbd Allah bin Zayd: “Ya”. Lantas dia meminta air dan meletakkan di atas kedua tangannya dan membasuh sebanyak dua kali. Kemudian selepas itu dia berkumur-kumur, menghirup air ke dalam hidung sebanyak tiga kali. Selepas itu, dia membasuh muka tiga kali, kedua tangannya sampai ke siku dua kali dan menyapu kepala dengan tangannya dari depan ke belakang hingga ke hujungnya dan kembali mengulangi seperti permulaan tadi. Akhirnya dia membasuh kedua kakinya.” Oleh yang demikian, daripada hadith-hadith tersebut dapatlah difahami bahawa fardu wuduk ada enam perkara39 iaitu niat, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian kepala,40 membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali dan tertib sebagaimana yang kita fahami dari ayat sebelum ini. Untuk mendapatkan wuduk yang lebih sempurna seseorang dikehendaki melakukan sunat-sunat wuduk seperti membaca basmalah, membasuh dua tapak tangan sebanyak tiga kali, menggunakan siwak, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, menyelati janggut yang tebal, menyapu semua kepala, menyelati antara celah-celah jari kedua-dua belah tangan dan kaki dengan air,41 menyapu kedua telinga luar dan dalam, mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan, mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak tiga kali, mengosok iaitu melalukan tangan ke atas anggota ketika membasuhnya, berturut-turut dengan tidak putus, melebihkan membasuh bahagian kepala, atas siku dan buku lali dan 39 al-Nawawi, Rawdah al-talibin, juz. 1, hlm. 157-167. 40 Ubun-ubun kepala ialah bahagian depan kepala dan ia satu bahagian daripada kepala. Memadai menyapu di atasnya adalah dalil yang menunjukkan bahawa menyapu satu juzuk daripada kepala itulah yang dituntut. Dan maksud menyapu kepala itu akan berhasil dengan disapu pada mana-mana bahagian kepala. Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & cAli al-Sharbaji, Al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-imam al-shafici, jil. 1, hlm. 55. 41 Menyelati antara jari-jari tangan ialah dengan memasukkan jari kedua-duanya antara satu sama lain. Manakala menyelati jari-jari kaki pula ialah dengan digosok oleh jari kelingking tangan kiri, bermula dari jari kelingking kaki kanan dan berakhir pada jari kelingking kaki kiri. Rujuk Muhammad Adib Kalkal, al-Fiqh al- mubassat fi al-madhhab al-shafici, hlm. 61; cAbd al-Wahhab cAbd al-Salam Tawilah, Fiqh al-albisah wa al- zinah, hlm. 264.
Description: