ELEMEN SAINTIFIK DALAM AL-QUR’AN: ANALISIS TERHADAP TAFSIR AL-SHA‘RAWI KARANGAN MUHAMMAD MUTAWALLI AL-SHA‘RAWI SELAMAT BIN AMIR AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016 ELEMEN SAINTIFIK DALAM AL-QUR’AN: ANALISIS TERHADAP TAFSIR AL-SHA‘RAWI KARANGAN MUHAMMAD MUTAWALLI AL-SHA‘RAWI SELAMAT BIN AMIR TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016 ABSTRAK Shaykh Muhammad Mutawalli Al-Sha‘rawi (1911-1998) adalah merupakan salah seorang cendekiawan Islam prolifik yang banyak membahaskan mengenai isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Melihat kepada perkembangan intelektual dan disiplin ilmu semasa, fenomena implementasi pemikiran saintifik dalam pentafsiran al-Qur’an semakin mendapat perhatian pelbagai pihak dengan tumpuan perbincangan terarah kepada memahami al-Qur’an berdasarkan fakta dan penemuan saintifik. Walau bagaimanapun, situasi ketara pada hari ini memperlihatkan kelemahan umat Islam memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi dalam memahami ayat dan isharat teks al-Qur’an, serta dalam mendepani cabaran kekinian. Justeru, refleksi daripada senario tersebut, kajian ini bertujuan menganalisis konsep elemen saintifik kontemporari yang terdapat di dalam al- Qur’an menerusi analisis ayat-ayat terpilih berdasarkan pentafsiran al-Sha‘rawi melalui karya agungnya Tafsir Al-Sha‘rawi. Kajian ini berorientasikan analisis kandungan (content analysis) dengan menerapkan metode induktif dan metode deduktif bagi proses menganalisis data. Dalam mengidentifikasi elemen saintifik dalam Tafsir Al-Sha‘rawi, tumpuan analisis difokuskan kepada lapan ayat terpilih. Hasil kajian mendapati, konsep elemen saintifik dalam al-Qur’an merangkumi tiga bahagian utama iaitu Saintifik Ketuhanan (Divine Science), Saintifik Sosial (Social Science) dan Saintifik Tabii (Natural Science). Dapatan lain menunjukkan, al- Sha‘rawi konsisten menerapkan metode al-‘Ilmi al-Naqli al-Ijtima‘i dalam pentafsiran ayat-ayat saintifik. Selain itu, hasil analisis ayat dalam Saintifik Ketuhanan menunjukkan penemuan baru mengenai hikmah dan i‘jaz dalam aspek leksikal dan perkaitannya pada konteks implikasi berdasarkan korelasi saintifik iii khusus pada ayat 16 Surah al-‘Alaq, yang menjelaskan hubungkait perintah Allah SWT dengan manfaat kebaikan dan kesan keburukan (akibat melakukan pendustaan). Manakala frasa zikr Allah pada ayat 28 Surah al-Ra‘d mendedahkan elemen ketaatan yang diimplementasikan menerusi pelbagai konsep mampu membentuk kecemerlangan emosional dan intelektual. Selain itu, penemuan terhadap kemukjizatan susunan makna teks pada kalimah al-Sam‘a dan al-Absar dalam Surah al-Sajadah ayat 9 menyerlahkan hubungkait terhadap fungsional kejadian manusia. Manakala dapatan dalam Saintifik Sosial membawa kepada penemuan terhadap aspek penjenamaan semula konsep modal sosial berteraskan pemahaman gagasan ‘ikhwah’ dalam Surah al-Hujurat ayat 10 dan konsep keadilan sosial dalam bentuk jaminan dan perlindungan menerusi perincian frasa ‘al-‘Adl’ dalam Surah al-Ma’idah ayat 8. Selain itu, hasil penelitian ayat dalam Saintifik Tabii mendedahkan penemuan terhadap ketinggian nilai tekstual kalimah al-Qur’an telah membawa kepada petunjuk pada aspek fungsionalnya. Misalnya, frasa mawaqi‘ al-Nujum dalam Surah al-Waqi‘ah ayat 75 telah memberi petunjuk kepada keluasan fenomena ilmu astronomi. Begitu juga pada lafaz al-Jibal Awtada dalam Surah al-Naba’ ayat 7 telah memperincikan pengkajian ilmu geologi. Manakala penelitian kalimah ‘pemisah dua lautan’ pada Surah al-Rahman ayat 20 menunjukkan wujudnya pelbagai fenomena dalam ilmu oseanografi. Penemuan- penemuan ini bukan sekadar menyerlahkan kemukjizatan al-Qur’an, malah secara tidak langsung memberikan nilai tambah pada penghuraian dan perluasan makna kalimah al-Qur’an. iv ABSTRACT Shaykh Muhammad Mutawalli Al-Sha‘rawi (1911-1998) is one of the prolific Islamic scholar who has numerously debating on current issues and challenges faced by Muslims. Contemplating into intellectual development and current knowledge discipline, implementation of scientific thinking in al-Qur’an interpretation phenomena has been getting a lot of attention from various parties with a discussion focusing towards understanding of al-Qur’an based on facts and scientific discovery. Yet, the today’s translucent situation has given us the weakness of Muslims in benefiting science and technology progress in understanding verse and al-Qur’an texts signs and also in facing today’s challenges. Thus, as reflection of those scenarios, this study is to analyse Qur’anic scientific contemporary element concept through selected verses analysis based on al- Sha‘rawi interpretation via his masterpiece; Tafsir Al-Sha‘rawi. This study is a content analysis oriented with inductive as well as deductive methodologies in its data analysis process. In identification of scientific element in Tafsir Al-Sha‘rawi, the author focuses on eight selected verses. The results find out that Qur’anic scientific element concept involves three main parts which are Divine Science, Social Science and Natural Science. Other findings have shown al-Sha‘rawi consistence in his al-‘Ilmi al-Naqli al-Ijtima‘i methodology in interpreting scientific verses. Other than that, Divine Science verse analysis has discover a new result on hikmah and i‘jaz in lexical aspect and its relation towards implication contexts based on particular scientific correlation on verse 16 Surah al-‘Alaq which explains the relationship of Allah SWT’s command on the benefit of goodness and the effect of evilness (due to falsehood). Besides, phrase of zikr Allah on verse 28 v Surah al-Ra’d reveals submissive element in which implemented via various concepts where it shapes emotional and intellectual excellence. Other than that, the discovery upon meaning texts miraculous organization on the words of al-Sam‘a and al-Absar in Surah al-Sajadah verse 9 has highlighted its relation upon functional of human creation. Meanwhile, Social Science findings bring us to the rebranding aspect discovery of social modal concept based on understanding of ‘ikhwah’ concept in Surah al-Hujurat verse 10 as well as social justice concept in terms of warranty and security via precision of phrase ‘al-‘Adl’ in Surah al-Ma’idah verse 8. Furthermore, findings of verse examination in Natural Science have revealed the discovery of al-Qur’an textual words advancement value which brings to the key of its functional aspects. For instance, phrase mawaqi‘ al-Nujum in Surah al-Waqi‘ah verse 75 has offered the sign towards the extent of astronomy knowledge phenomena. The phrase al-Jibal Awtada in Surah al-Naba’ verse 7 has also intensify geology knowledge study. Whereas words examination of ‘two ocean divider’ in Surah al-Rahman verse 20 has indicate the existence of various phenomena in oceanography knowledge. These discoveries not only have highlighted al-Qur’an miracle, it is also secondarily enhancing the value of justification and al-Qur’an words meaning expansion. vi PENGHARGAAN Selayaknya segala puji-pujian bagi Allah SWT di atas segala nikmat dan izin- Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat Baginda dan orang-orang soleh yang sentiasa meneruskan legasi kebenaran. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang diberikan dan keizinan yang dikurniakan sehingga dapat menyempurnakan kajian ini dengan jayanya. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diberikan kepada al-Fadhil Profesor Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Hj. Mohd Yusoff dan al-Fadhilah Dr Munirah @ Monika Abd Razzak selaku penyelia yang telah banyak memberikan bimbingan dan panduan, yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pengkaji mendepani segala cabaran dan mehnah di sepanjang kajian ini dilakukan. Sekalung apresiasi buat semua kakitangan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) khususnya kepada pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah, Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman, Dr Faisal Ahmad Shah, Dr Sedek Ariffin, Dr Khader Ahmad, Dr Ahmad Kassar, Dr Thabit al-Hajj, Puan Norlina Istar, kakitangan Bahagian Ijazah Tinggi, Puan Norazah Ithnin, para pensyarah, pembantu penyelidik serta kakitangan sokongan. Kesyukuran yang tidak terhingga kepada ayahanda dan ibunda tercinta Amir Hj Patawari dan Hjh Paida Hj Rusli, ibu mertua Siti Zabidah Mustaffa dan isteri tersayang Rozana Mohd Zol kerana sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan iringan doa yang tidak henti sehingga dapat menyelesaikan pengkajian ini. Juga buat seluruh ahli vii keluarga tercinta, guru-guru SMU Kunak Sabah , SMU Papar Sabah yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan ribuan terima kasih diucapkan. Semoga Allah SWT rahmati. Sekalung penghargaan dan budi juga khas buat murabbi dan rakan-rakan seperjuangan di bumi Jordan, Madinah al-Munawwarah, United Kingdom, serta seluruh kenalan SLAI APIUM, CQR UM, Bright Spark, yang telah banyak memberikan sumbangan idea ketika melakukan penyelidikan bersama di dalam dan luar negara. Penghargaan juga dirakamkan khas buat pihak Universiti Malaya (UM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana telah membiayai sepenuhnya pengajian pengkaji di bawah Skim Latihan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (SLAI) di dalam dan luar negara. Hakikatnya rakaman apresiasi ini tidak akan mampu membalas jasa insan yang telah membantu pengkaji selama ini. Iringan doa semoga Allah SWT memberkati kebaikan dan merahmati seluruh kehidupan anda semua. Akhir kata, sekali lagi pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghasilkan kajian ini. Tanpa iringan doa, sokongan, dorongan serta kerjasama yang diberikan, mustahil bagi pengkaji untuk menyempurnakan kajian yang terhad ini. Semoga dengan segala manfaat yang akan diperolehi melalui penyelidikan ini adalah merupakan hadiah terindah buat semua. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang diberikan dan mengganjari kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran. SELAMAT BIN AMIR Jabatan Al-Quran & Al-Hadith Kg. Pangkalan, Akademi Pengajian Islam W.D.T, 122, Universiti Malaya 91207, Kunak Kuala Lumpur Sabah. 24 Jun 2016M / 19 Ramadhan 1437H viii DAFTAR KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN ABSTRAK iii ABSTRACT v PENGHARGAAN vii DAFTAR KANDUNGAN ix SENARAI RAJAH xiv SENARAI JADUAL xv PANDUAN TRANSLITERASI xvi SENARAI KEPENDEKAN xviii BAB PENDAHULUAN H ALA MA 1. PENGENALAN 1 2. LATAR BELAKANG KAJIAN 7 3. PERNYATAAN MASALAH KAJIAN 10 4. PERSOALAN KAJIAN 12 5. OBJEKTIF KAJIAN 12 6. KEPENTINGAN KAJIAN 13 7. JUSTIFIKASI PEMILIHAN TAJUK KAJIAN 16 8. SKOP KAJIAN 18 9. DEFINISI TAJUK KAJIAN 19 10. KAJIAN LITERATUR 23 i) Kajian Mengenai Elemen Saintifik 24 ii) Kajian Mengenai Pemikiran Muhammad Mutawalli Al-Sha‘rawi 28 iii) Kajian Mengenai Tafsir Al-Sha‘rawi 31 11. METODOLOGI KAJIAN 34 i) Metode Penentuan Subjek 35 ii) Metode Pengumpulan Data 35 a) Metode Dokumentasi 35 b) Metode Observasi 36 c) Metode Temubual 36 iii) Metode Analisis Data 38 a) Metode Historis 38 b) Metode Induktif 39 c) Metode Deduktif 39 d) Metode Komparatif 40 12. SISTEMATIKA KAJIAN 40 ix
Description: