BAB IV IJTIHAD DAN IKHTILAF HUKUM HAJI ANTARA KEMENTERIAN AGAMA DAN PERSATUAN ISLAM 4.1 PENGENALAN Ulama fiqh termasyhur telah tersebar di negeri-negeri dan telah terpengaruh oleh budaya lingkungan dan cara berfikir negeri itu yang berbeza antara satu sama lain. Kerana itu setiap ulama melakukan ijtihad dan mencari jalan penyelesaian menurut jalan fikiran mereka yang dirasakan benar. Hal tersebut akan berlanjutan disebabkan oleh perbezaan waktu, tempat, metode dan instrumen akan menghasilkan perbezaan kadar, kualiti jenis dan kecenderungan terhadap pengertian atau makna dan hikmah yang ada pada agama Islam. Keadaan ini selanjutnya menyebabkan pertumbuhan bermacam jenis fahaman, pendapat dan pengertian. Justeru, muncul pemikiran untuk membuat peraturan-peraturan dalam berijtihad dan pengambilan hukum agar dapat memperoleh pendapat yang benar dan dapat mengurangkan jarurang perbezaan pendapat tersebut. Dewasa ini, antara yang menjadi sebab utama perselisihan dan perpecahan di kalangan golongan aktivis kebangkitan Islam ialah perselisihan dalam masalah cabang- cabang fiqh, ia muncul akibat wujudnya pelbagai sumber dan aliran dalam memahami nas serta pengistinbatan hukum yang tiada nasnya. Perselisihan ini terjadi antara dua pihak iaitu yang memperluaskan dan yang menyempitkan, antara pihak yang memperketatkan dan yang memperlonggarkan, antara pihak-pihak yang cenderung kepada zahir nas dan yang cenderung kepada ra‟y (rasional), antara pihak yang 169 mewajibkan semua orang untuk bertaklid kepada mazhab dan pihak yang melarang kepada orang untuk bermazhab. Di samping itu, ada pula yang bersikap moderat; iaitu pihak yang membolehkan orang awam bertaklid tanpa membatasi mazhab tertentu. Mereka juga menekankan kepada setiap orang yang terpelajar agar menyempurnakan kekurangannya sehingga mencapai tingkatan orang yang mampu mempertimbangkan dalil-dalil dan mentarjih (memilih mana yang lebih kuat) antara pendapat yang ada, Serta melakukan ijtihad mengenai beberapa masalah yang masih baharu. 4.2 IJTIHAD DALAM SOROTAN Lima belas abad sudah berlalu daripada zaman Nabi sehingga sekarang, pelbagai peristiwa telah terjadi. Permasalahan pun tak kunjung padam, sedangkan penyelesaiannya belum lagi ditemui. Segalanya mengalami perubahan. Perubahan itu berlaku dari sudut dalaman (internal) dan luaran (external). Al-Shahrastani menggambarkan keadaan ini dalam kitab al-Milal wa al-Nihal: “Peristiwa dan kejadian-kejadian dalam ibadat dan muamalat tidak dapat dibatasi, dihitung dan diketahui dengan pasti bahawa wujudnya nas bagi persoalan-persoalan baharu dan tidak dapat digambarkan yang demikian. Dan nas-nas itu adalah terhad sedangkan peristiwa-peristiwa baharu yang muncul tidak berkesudahan.”1 Sebagai sebuah agama yang diturunkan untuk seluruh umat manusia, Islam sudah sewajarnya mampu menyerap gejala-gejala dinamik tersebut dan menjadikannya sesuatu yang sebati pada dirinya. Disebabkan itu didapati bahawa sebahagian besar ajaran Islam datang dalam bentuk yang global (mujmal). Bentuk global seperti itu memungkinkan setiap kelompok masyarakat dapat menerapkan hukum Islam sesuai 1 Al-Shahrastani, al-Milal wa al-Nihal (Mesir: Mustafa al-Bab al-Halabi, 1967), 199. 170 dengan situasi dan keadaannya. Berhubung kait dengan masalah ini, Ahmad Zaki Yamani mengatakan bahawa syariat Islam itu adalah sesuatu yang selalu tumbuh dan berkembang mengikuti pertumbuhan dan perkembangan masyarakat, dan dalam setiap pertumbuhan tersebut, ia selalu menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat dan keperluan sekitar.2 Gambaran tersebut sudah tentu memaksa dan mendorong para cendekiawan muslim untuk selalu berusaha menangkap dan mengaktualkan nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran Islam melalui pelbagai inovasi dalam pelbagai bidang kehidupan yang belum dijelaskan secara tekstual dalam al-Quran dan sunnah. Kerana itu, semenjak abad pertama Hijriyah para sarjana hukum Islam mula tampil ke hadapan dengan bersungguh-sungguh (jihad bi al-„ilm) menggunakan akal dan kepandaian mereka untuk menumbuh dan mengembangkan dari segi „amaliyyah dalam syariat Islam. Mereka berusaha keras untuk membentuk hukum yang dianggap paling sesuai dengan hukum yang pernah ditetapkan oleh nabi atau sekurang-kurangnya mendekatinya. Usaha keras para sarjana hukum Islam dalam mengembangkan hukum „amaliyyah menurut kamus hukum Islam lebih dikenali sebagai ijtihad . Kemudian, ijtihad mengalami perkembangan yang meluas dan menjadi satu disiplin ilmu yang tegak dengan keperibadian sendiri yang dikenal sebagai ilmu fiqh. Oleh sebab itu, fiqh Islam yang dikenali sekarang tidak tumbuh sekali gus. Malahan tumbuh secara beransur-ansur dan beranjak dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai bentuknya yang sempurna. Sebelum Rasulullah SAW wafat, beliau telah menyempurnakan dasar- dasar fiqh yang asas dan prinsip-prinsip yang penting sebagai tempat berpijak dan 2 Ahmad Zakki al-Yamani, al-Shari„ah al-Khalidah wa Mushkilah al-„Asr: Syariat Islam Yang Abadi Menjawab Tantangan Masa Kini, terj. Mahyduddin Syaf (cet. ke-2, Bandung: PT al-Ma‟arif, 1980), 27. 171 berpedoman bagi fuqaha dan ulama dalam menetapkan hukum yang sesuai dengan masa, tempat dan suasana. Fiqh yang dipandang sama dengan istilah hukum Islam dalam pembahasan ini, pada mulanya disusun oleh sarjana-sarjana hukum Islam kenamaan yang dikenali sebagai ulama pendiri mazhab. Ulama mazhab di kalangan umat Islam Sunni yang besar pengaruhnya hingga sekarang dapat bertahan antaranya adalah pendapat Imam Abu Hanifah (80H. – 150H.), Imam Malik (93H. – 175H.), Imam Syafii (150H. – 204H.) dan Imam Ahmad (164H. – 241H.). Ajaran hukum dari ulama mazhab itu memperoleh para pendukung dan penganutnya yang dimanifestasikan dalam bentuk mazhab; sedangkan keupayaan mengkodifikasikan fiqh dari setiap imam mazhab itu dilakukan dua belas abad yang lalu, secara tepatnya pada abad ketiga Hijriyah.3 Pada mulanya, hukum Islam berjalan tanpa berdasarkan sesuatu hukum yang tertulis, kecuali al-Quran. Ini terjadi kerana pengetahuan para sahabat nabi dan tabi‟in mengenai al-Quran, bahasa Arab dan sebab-sebab turunnya ayat, rahsia syariat dan tujuannya telah sempurna. Pengetahuan ini diperoleh melalui pergaulan intensif dengan Nabi Muhammad SAW, selain kerana kecerdasan mereka sendiri. Oleh itu, mereka tidak memerlukan peraturan-peraturan untuk mengambil sesuatu hukum (istinbat) sebagaimana mereka tidak memerlukan kaedah-kaedah untuk mengetahui bahasa mereka sendiri (bahasa Arab). Sesudah Islam berkembang luas dan bangsa Arab bergaul dengan bangsa lain, maka bermulalah penyusunan peraturan-peraturan bahasa Arab. Langkah ini perlu dilakukan selain untuk menjaga bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran 3 Uyun Kamiluddin, “Ijtihad Sebagai Satu Usaha Penggali Hukum Islam dan Peranannya dalam Pembinaan Hukum Islam” (Skripsi, Fakultas Syari‟ah, UNISBA, 1985), 5. 172 dari pengaruh bahasa lain dan juga supaya bahasa ini mudah dipelajari oleh bangsa lain.4 Orang pertama yang mengusahakan peraturan-peraturan tersebut ialah Imam Abu Yusuf, sahabat akrab Imam Abu Hanifah. Sayangnya, penulisan tersebut tidak sampai ke tangan kita. Sebaliknya orang yang mula-mula mengkodifikasikannya adalah Imam Idris al-Shafi„i (w. 204H.) yang ditulis dalam kitab “al-Risalah.” Dalam kitab ini, beliau membicarakan al-Quran, kedudukan hadis dan jenisnya, ijmak, qiyas dan asas- asas pengambilan hukum. Peraturan-peraturan untuk berijtihad tersebut kemudian lebih dikenali dengan Ilmu Usul Fiqh.5 Ulama al-Shafi„iyyah merupakan dasar awal bagi terbentuknya Ilmu Usul Fiqh yang kemudian perbahasannya dilanjutkan oleh para ahli usul sesudahnya sehingga ilmu ini muncul menjadi satu disiplin ilmu tersendiri dengan konsep yang sangat mantap.6 Berkat ijtihad para ahli hukum (mujtahid) terdahulu, pengetahuan mengenai hukum Islam dan yang bersangkutan dengannya berhasil dirumuskan dan disusun menjadi satu disiplin ilmu yang teratur, tersusun dan berdiri sendiri. Berkat mereka pula ilmu fiqh berhasil dimodifikasikan sehingga kini masih dapat disaksikan dan dinikmati. Menurut Rifyal Ka‟bah, perbahasan berkait rapat dengan hukum Islam dalam perjalanan bangsa Indonesia tidak hanya mendapat perhatian rasmi seperti di PPKI, konstituante, DPR, department pemerintahan atau lembaga rasmi negara lainnya, tetapi juga di peringkat rakyat terutamanya organisasi-organisasi masa yang berhubungan dengan Islam. Di peringkat rakyat ini, menurut Rifyal, Muhammadiyah (Lajnah Tarjih) dan Nahdlatul Ulama (Lajnah Bahth al-Masa‟il) sebagai dua organisasi Islam terbesar 4 Ibid. 5 A. Hanafi, Ushul Fiqh (cet. ke-14, Jakarta: Wijaya, 2001), 9-10; Wael B. Hallaq, A History of Islamic Legal Theories: Sejarah Teori Hukum Islam, terj. E. Kusnadiningrat dan Abdul Haris B. Wahid (Jakarta: Rajawali Press, 2000), 31. 6 Wael B. Hallaq, Ibid., 30. 173 dan tertua di Indonesia telah berusaha keras, malah semenjak sebelum kemerdekaan, telah membahaskan pelbagai permasalahan hukum yang berhubungan langsung dengan Islam, terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat umum. Masalah ini menjadi penting kerana pengertian hukum dalam Islam tidak hanya bersangkut paut dengan aturan-aturan yang memerlukan kekuasaan untuk perlaksanaannya, tetapi juga semua perbuatan yang dilakukan warga masyarakat, baik yang berhubungan langsung ataupun tidak langsung dengan negara.7 Rifyal tidak menyebutkan PERSIS dengan majilis fatwanya “Dewan Hisbah” yang sebenarnya terlibat pula dalam usaha-usaha memecahkan pelbagai persoalan hukum Islam di Indonesia semenjak organisasi itu ditubuhkan pada 1923.8 Ini terjadi kerana fokus penelitiannya hanyalah hukum Islam di Indonesia dalam perspektif Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama. Padahal PERSIS mempunyai sumbangan yang cukup besar dalam pembentukan hukum Islam di Indonesia.9 7 Ibid., 3. 8 Isa Anshary, Manifestasi Perjuangan Persatuan Islam (Bandung: Sekretariat PP. PERSI, 1958), 6. 9 Jenis-jenis keputusan yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Hisbah PERSIS semenjak awal penubuhannya sehingga sekarang banyak sekali. Namun, hasil keputusan terutamanya sebelum tahun 1983, dokumentasinya tidak dapat ditemui sehingga sukar untuk menentukan jenis keputusan yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Hisbah. Dokumentasi yang tercatit hanyalah keputusan Dewan Hisbah 1953 berkaitan definisi agama, harta warisan, keharaman memilih atau memasuki parti politik yang menentang atau bertentangan dengan Islam. (Shiddiq Amien (Editor), Kumpulan Keputusan Dewan Hisbah Persatuan Islam (Bandung: PERSIS Press, 2001), 17. Pada tahun 1983 atau pasca kepemimpinan KH. E. Abdurrahman dan selanjutnya dipegang oleh KH. A. Latief Muchtar, MA., seluruh keputusan sidang Dewan Hisbah tersimpan dengan lengkap seperti berikut: 1. 1983-1985: sedekap dalam solat; solat Tarawih 4-4-3; fidyah bagi orang yang sakit; memperbanyak umrah bagi yang sakit; solat Jama‟ ketika menunaikan ibadat haji; solat Qasar di Makkah; solat Rawatib ketika safar; taswib azan Subuh; hukum miqat di Qarnul Manazil; hukum menghormat bendera. 2. 1989: lafaz Ihlal Ihram; mengangkat tangan ketika melihat Baitullah; lafaz doa ketika melihat Baitullah; Multazam; minum air zam-zam; Hajar Aswad dan Rukun Yamani; Sa‟i bagi yang tawaf ifadah yang melaksanakan haji tamattuk; posisi ketika i‟tidal; cadar; hukum Mabit di Mina dan singgah di Namirah; hukum tawaf ifadah; takbir dan doa pada jamarat; solat sebelum ihram. 3. 1990: bayi tabung; transplantasi; transeksual; asuransi; SDSB. 4. 1991: harta yang wajib dizakatkan; pengertian riba. 5. 1992: mustahiq zakat; pengertian lima wasaq; Sa‟i ba‟da tawaf ifadah bagi mutamatti‟; solawat pada tasyahud awal; Qunut Nazilah; salam di Mimbar Pengajian. 6. 1993: ramal pada Tawaf Qudum; menikahkan wanita hamil; posisi imam wanita dalam solat; keluarga berencana; Dar al-Aytam. 7. 1994: Darul Arqam; solat Jumat dan Arafah; menjama‟ solat pada Yawm Tarwiyah; kaifiyah berpakaian ihram di luar Tawaf Qudum; hukum Mabit di Muzdalifah dan melontar Jumrah „Aqabah; penggunaan alkohol pada proses 174 Ijtihad dan gerakan kembali kepada al-Quran dan sunnah yang disuarakan oleh PERSIS ini mengaplikasikan satu tuntutan bahawa warga PERSIS mesti memiliki kemampuan yang memadai untuk memahami ajaran-ajaran Islam yang terkandung dalam kedua sumbernya itu. Kerana itu, menurut Dede Rosada, peranan ulama yang bergabung dalam Majlis Ulama PERSIS (sekarang Dewan Hisbah PERSIS) menjadi sangat sentral, terutamanya bagi melahirkan pemikiran-pemikiran keagamaan yang murni sesuai dengan tuntutan al-Quran dan sunnah.10 Disebabkan oleh itu, semenjak awal penubuhannya, muncul ulama PERSIS yang mampu memecahkan pelbagai persoalan hukum Islam di kalangan masyarakat, terutamanya yang berkaitan dengan perkara ibadat. Kemudian terbinalah Dewan Hisbah PERSIS yang salah satu tugasnya produksi makanan; cara yang disyariatkan di Rukun Yamani waktu Tawaf dan di Rukun Yamani Ba‟da solat di Maqam Ibrahim; Jamak melontar Jumrah dan kaifiyahnya. 8. 1995: asuransi takaful; urine dijadikan obat; transplantasi dengan organ binatang haram; pengurusan jenazah AIDS; upacara adat dalam pernikahan dan berkhitan; al-Hadyu diganti dengan Qimah; rahim titipan/sewa rahim; siapakah Ahli sunnah Waljamaah itu? 9. 1996: isbal; euthanasia; wanita yang nifas di bulan Ramadan, Qadha atau Fidyah?; tawaf ifadah di luar tanggal 10 Zulhijah; doa di Jumrah „Aqabah pada Yawum Tashrih; Turuq al-Istinbat hukum Islam (metode pengambilan keputusan hukum Islam); sighat takliq talaq. 10. 1997: isyarat di Hajar Aswad ba‟da solat di Maqam Ibrahim; hukum Sa‟i bagi wanita haid ba‟da Tawaf; risalah zakat dan sawum. 11. 1998: perempuan menjadi presiden atau kepala Negara; isyarat telunjuk ketika duduk antara dua sujud; solat Zuhur pada hari raya „ied yang jatuh pada hari Jumat; hukum solat dua raka‟at ba‟da Asar; posisi telapak kaki waktu sujud. 12. 1999: tasyahud awal pada solat malam; tawaf ifadah sepulang dari Mina, 12 dan 13 Zulhijah; hukum menghormati seseorang dengan cara berdiri; tata tertib sumpah (jabatan) dengan memegang al-Quran atau diletakkan di atas kepala. 13. 2000: posisi zakat dan pajak; posisi tasawuf dalam Islam; transplantasi dengan tubuh non muslim; jual-beli saham = valuta asing dalam rangka profit tacking; menghajikan orang yang lanjut usia, yang sakit dan mati (badal); perbuatan obat atau kosmetik dari organ tubuh manusia yang sudah mati; perusahaan pada modal wajib zakat atau infaq? Selama 2001-2004, Dewan Hisbah telah mengeluarkan produk ijtihad sebanyak 27 keputusan yang terdiri dari beberapa tema. 1. Aqidah: hukum magik dan main silap mata; hipnotis dan tayangan-tayangan ghaib. 2. Ibadah mahdah: hukum melaksanakan Haji Ifrad untuk penduduk luar Makkah; fiqh al-jana’iz; salam pada solat jenazah; membaca surah pada solat jenazah; solat jumat bagi musafir; istighasah dan solat istighasah; kedudukan hisab dan ru‟yat dalam penetapan awal bulan; keluar miqat bagi muhrim dan setelah tahallul bagi haji tamattuk; zakat profesi dan ketentuan 2.5% untuk zakat tijarah; isyarat telunjuk pada duduk di antara dua sujud; keluar dari Mina dan hukum mabit di Mina pada Layaliya Mina; doa di Multazam; tawaf sebahagian kerana keletihan atau kerana uzur lain dilanjutkan kemudian; meninggalkan Arafah setelah Isya; jadual kepulangan tiba sebelum tawaf ifadah kerana haid; jadual kepulangan tiba sebelum tawaf wada; ihram haji (8hb Tarwiyah) di Mina; mengepalkan tangan waktu bangkit dari sujud untuk berdiri; mengangkat imam di antara makmum yang masbuk. 3. Muamalah: hukum memelihara janggut dan misai; hukum cloning pada manusia menurut syariat Islam; hukum jual-beli cek dan sejenisnya; hukum Isbal; wakaf dengan wang. (Uyun Kamiluddin, Menyorot Ijtihad Persis: Fungsi dan Peranan dalam Pembinaan Hukum Islam di Indonesia (Bandung: Tafakur, 2006), 124-127.) 10 Dede Rosyada, Metode Kajian Hukum Dewan Hisbah PERSIS (Jakarta: Logos, 1999), 2. 175 adalah melakukan kajian hukum Islam untuk melahirkan pemikiran-pemikiran dan aspek-aspek keagamaan lainnya. 4.3 ULAMA DAN KONSEP IJTIHAD Sebagai sumber pertama dan utama hukum Islam, al-Quran mengandungi hukum- hukum yang sudah diperincikan dan sesuai sifatnya yang tidak berkembang serta hukum-hukum yang masih memerlukan pentafsiran dan berpotensi untuk berkembang. Ayat hukum yang berkaitan dengan ibadat, pada umumnya disebutkan asas-asasnya di dalam al-Quran. Tetapi, ayat-ayat mengenai ibadat itu dijelaskan oleh Rasulullah SAW secara terperinci dan lengkap yang direfleksikan dalam sunnahnya. Abd. Salam Arief ada mengemukakan bahawa isi kandungan al-Quran memiliki dua dimensi, iaitu vertikal dan horizontal. Dari dimensi vertikal terkandung peraturan khusus yang mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhan (bersifat „ubudiyyah). Manakala dari dimensi horizontal, al-Quran dengan tegas menekankan hubungan sosial- kemasyarakatan (social relation) antara sesama manusia. Pada peraturan dimensi vertikal ini, sifat hukum yang berkaitan dengannya tidak bersifat interpretable di luar konteks praktikal Rasulullah SAW kerana pola ibadat mahdah dalam aturan teoretis telah ditentukan oleh Allah. Sedangkan aturan praktikalnya telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam sunnahnya.11 Dari dimensi horizontal yang bercorak hubungan sosial-kemasyarakatan, penerapan hukum yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah bersifat fleksibel. Tidak dapat dicanggah bahawa kemajuan budaya dan peradaban manusia sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Muamalat merupakan aktiviti yang 11 Abd. Salam Arief, Pembaharuan Pemikiran Hukum Islam, Antara Fakta dan Realita (Yogyakarta: LESFI, 2003), 83. 176 bersifat horizontal yang akan sentiasa dilakukan oleh manusia dalam menjalini kehidupan sesama manusia. Dalil-dalil muamalat yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah bersifat mujmal dan sedikit sekali yang terperinci dan qat‟i sehingga berpeluang besar untuk dilakukan ijtihad hukum yang sesuai dengan kemaslahatan manusia.12 Sehingga kini sudah ramai ulama yang telah mengemukakan beberapa teori hukum Islam dan antaranya adalah mengenai ijtihad. Mengenai teori perubahan hukum kerana perubahan waktu dan tempat yang dikemukakan oleh Ibn al-Qayyim (1292-1350M) dalam kitabnya “I„lam al- Muwaqqi„in” ialah: “Perubahan dan perbezaan fatwa hukum terjadi kerana perubahan dan perbezaan waktu, tempat, keadaan, niat dan manfaat”.13 Ibn al-Qayyim mengembangkan teori perubahan ini pada abad ke-empat belas (abad 7H). Selanjutnya teori ini diperbaharui menjadi sebuah teori yang dikembangkan di Barat pada abad ke-sembilan belas oleh Montesquieu dalam bukunya “L‟Esprit d‟louis (Jiwa Hukum)” yang menyatakan: “Adat istiadat manusia tidak tetap pada satu keadaan. Ianya berbeza-beza menurut perbezaan masa, malah berbeza pula kerana berlainan tempat dan cuaca.”14 Dengan rumusan bahasa yang berbeza, al-Sharussattani (w. 548 H/1153 M) dalam kitab “al-Mihal wa al-Nihal” mengemukakan pula teori yang inti patinya sama dengan Teori Perubahan Hukum, iaitu Teori Keterbatasan Nash.15 12 Ibid., 83-84. 13 Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, I„lam al-Muwaqqi„in „an Rabb al-„Alamin (Bairut: Dar al-Jil, 1973), 3: 148. 14 Hasbi al-Shiddieqy, Syariat Islam Menjawab Tantangan Zaman (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 36; Sobbhi Mama Sani, Falsafah al-Tasyri‟fi al-Islam, terj: Ahmad Sudjono, Filsafat Hukum Dalam Islam (cet. 2, t.tp: PT. Al-Ma‟arif, 1981), 160. 15 Shahrastani, al-Milal wa al-Nihal, 199. 177 Teori perubahan hukum dan teori keterbatasan nas al-Quran dan hadis yang dikemukakan oleh Ibn al-Qayyim dan al-Sharussattani itu menimbulkan implikasi bahawa pembaharuan pemikiran hukum Islam merupakan langkah yang sangat diperlukan untuk memberikan jalan keluar dalam masalah hukum terhadap masalah- masalah terkini yang selalu berkembang sejurus perkembangan budaya dan ilmu. Semenjak awal, kajian hukum Islam merupakan satu kajian yang sangat berkembang dan kreatif. Ianya tumbuh dan berkembang sebagai hasil pentafsiran terhadap prinsip- prinsip yang ada dalam al-Quran dan sunnah sesuai dengan susunan dan perkembangan masyarakat pada masa itu. Ianya juga merupakan pemikiran yang munasabah dari keadaan dan tempat di mana ia tumbuh dan berkembang.16 Prinsip Ibn al-Qayyim mengenai isu teori perubahan hukum juga dibahaskan dalam kitabnya “al-Fawa‟id”. Beliau sentiasa menyandarkan perbahasan yang dilakukan atas apa yang terjadi dan tidak menginginkan pada hal-hal yang belum terjadi atau membuat andaian. Dalam masalah penentuan hukum, beliau selalu berpegang kepada al-Quran, sunnah, ijmak, fatwa sahabat, qiyas, melanjutkan hukum asal, maslahah mursalah dan menutup pintu keburukan.17 Menganalisis dan mencermati huraian di atas, kelihatanmanhaj yang beliau gunakan dalam bidang fiqh, sangat berkait dengan keadaan dan zaman di mana beliau berada dan juga melihat keadaan masyarakat di mana hukum itu akan diterapkannya. Ini juga terpengaruh dengan metode ijtihad yang beliau gunakan terutamanya masalah ‘urf dan al-dhariyah. Kerana itu kaedah fiqh yang beliau kemukakan “taghayyur al-amkan bi taghayyur al-azman wa al-amkinah wa al-ahwal” mengandungi pengertian yang luas dan mendalam dalam pelbagai aspek fiqh kerana syariat Islam sentiasa menyandarkan 16 Abd. Salam Arief, Pembaharuan Pemikiran Hukum Islam, Antara Fakta dan Realita, Ibid., 11. 17 Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, al-Fawaid (cet. 2, Bairut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, 1973M), xxv. 178
Description: